Terpanggil aku kali ini untuk kita sama-sama membahas isu sensasi lagi hangat. Isu Air dan Selangor. Lihat komen-komen berkaitan di facebook, bahasa bukan main "kaw-kaw" mencucuk-cucuk perasaan. Tapi awas. Ada masanya komen-komen ini memperlihatkan kebodohan sendiri. Kebodohan yang selayaknya mmg wajib di tertawa guling-guling. Jom review:-
Ada komen yang menyentuh berkenaan dengan hubungkait parti politik dan masalah air. Konon-kononya masalah air menjadi-jadi setelah Selangor jatuh ke tangan PR. Tidak kurang juga yang mengaitkan empunya syarikat dan peranan beliau semasa menjawat jawatan penting dalam parti BN.Yang melucukan, banyak fakta yang tidak berasas dan semata-mata bersandar khabar angin.Hakikatnya ramai yang malas untuk ambil tahu. Berkenaan isu pinjaman SYABAS yang dibekukan, "flow" kerja SYABAS dan fungsi syarikat konsesi yang lain, dan pelbagai perkara yang remeh.
Pinjaman kewangan SYABAS yang dibekukan mengakibatkan program pertukaran paip yang dibuat oleh syarikat berkenaan tergendala. Siapa yang bekukan? Kenapa? Cari lah sendiri. Rajin-rajin lah bertanya pada Mr Google.Sebab? Sebab jawapan media sangat berat sebelah.
Berkenaan Flow kerja SYABAS, tidak kurang yang komen syarikat berkenaan kurang efektif kerana isu pemotongan cepat, notis lambat, sambung lambat, bil tinggi dan sebagainya. Selidiklah. SYABAS menggunakan meter air analog/manual yang menyebabkan terdapat beberapa kekeliruan tentang bil tinggi. Bacaan pada meter pun ramai yang tidak arif tentang cara melihat bacaan, lagikan pula yang sebut meter baru bergerak laju. Pelik.memang betul ada teknologi yang membolehkan bacaan di buat tanpa melibatkan pekerja turun tapak, tapi di sini saya tegaskan, Gantirugi meter yang rm 50 tu pun dah bising nak bayar, lagikan pula nak melabur ratus ringgit untuk meter digital?????
Ada yang berpendapat peranan PUSPEL seperti wayang semata-mata. Malah ada yang tak pernah tahu pun SYABAS dan PUSPEL tu berbeza. cetek sungguh IQ rakyat kita.Cari sendiri apa perbezaan. Ada masanya, aduan yang di buat pada PUSPEL gagal memberi sebarang perubahan. Bukan sahaja hal ini berlaku, malah Call Centre juga seperti tidak berfungsi. Ini faktanya.Berbeza dengan semua jenis perkhidmatan telco, aduan pada PUSPEL memanglah lambat. Sebabnya Call Centre SYABAS nie bukan "on-call-solution". Aduan yang di buat akan dihantar ke wilayah masing-masing, bahagian tertentu untuk tindakan. Jadi PUSPEL nie apa benda? PUSPEL nie sebenarnya Pusat Aduan Pelanggan a.k.a. Call Centre. Bukan dengan sekali enter je masalah selesai. Pelik betul persepsi awam sekarang.
Paip pecah lambat tindakan.Tiada air pon lambat tindakan.Proses "recovery" ambil berhari-hari. SYABAS makan gaji buta? Hakikatnya, SYABAS tak buat pon paip pecah tu, Syarikat ni akan upah kontraktor ikut kelas masing-masing untuk proses baik pulih.Syarikat swasta lah katakan. Mesti mau untung. Lagi pun, SYABAS tiada kuasa untuk mepercepat, menghalang dan atau dengan sengaja melambat-lambat tindakan. Sebab SYABAS nie bukan SPAN. SPAN???? Ya, SPAN....Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.Kan dah terlopong. Tak pernah tau pun sebelum nie SPAN tu wujud kan? Tu la, bila suruh membaca, awak baca benda takde faedah.
Isu pencemaran sungai, kegagalan loji memproses air dan sebagainya, ramai yang anggap SYABAS sangap "makan duit". Tapi ramai pulak tu yang tak tahu fungsi SYABAS. Kawan-kawan, syarikat nie cuma ambil untung membekalkan air terawat. Proses Rawatan air tu di kelola oleh syarikat lain.Pernah dengar nama seperti SPLASH, ABAS dan PUNCAK NIAGA? Siapa yang jaga loji rawatan air Semenyih? SSP 1 SSP 2 dan SSP 3? Ini semua bukan hak milik SYABAS. SYABAS tiada kuasa pun untuk mengawal perkara nie. Apa yang SYABAS buat? Beli air dari dorg, jual balik kat pengguna. Bukan ke benda tu sia-sia? Cuba tgk balik situasi di Malaysia. Bukan semua benda pon mcm tu ke? So kalau kata SYABAS korup, maka anda berhak katakan amalan perniagaan di Malaysia juga korup!! Sekarang masuk akal tak kenapa isu gangguan bekalan ada masanya notis lambat keluar? Siapa jaga sungai? Siapa jaga loji rawatan air?Kawan-kawan, Tenaga Nasional pon sama jugak ye. Ada syarikat yang jual bekalan elektrik pada TNB. Kesian kalau Tak tahu.
Berkenaan campurtangan Politik pulak, ada yang berbunyi Selangor gagal kendali bekalan air. Itu paling lucu.Kerajaan Selangor masih dalam proses nak menyatukan ABAS SPLASH dan aset rawatan air milik Puncak Niaga di bawah 1 bumbung supaya info dan proses salluran air senang di salurkan dan di kendali.Fikir logik la, kalau kata Selangor dah ambil alih, kenapa nama syarikat berkenaan masih SYABAS a.k.a. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR???? Habis tu kenapa lama sangat nak ambil alih? Cuba lihat balik siapa di sebalik tirai pengambil alihan. KEITTHA, Kerajaan Negeri dan SPAN. KEITTHA pulak. Siapa tu? Kalau tak tahu, maka rugi je belajar tinggi-tinggi berhabis tapi tak pandai selidik.Jadi apa sebab lambat sangat nak ambil alih? Fikir sendiri.
Tapi kadang-kadang pelik jugak. Kenapa selalu sangat bekalan air di Selangor bermasalah? Cuba selidik balik. sungai dalam Selangor, yang manakah sesuai untuk dijadikan sumber utama? Sungai Selangor tu bukan ke kotor. Mayat orang ada, tuala wanita pon ada, segala bangkai dalam tu. Ikan pon boleh mati. Kenapa jadi mcm tu? Jawapan dia, berbalik pada diri sendiri. Kalau hisap rokok pon buang rata-rata, malu laa sikit nak maki-maki carut-carut salahkan orang lain tak pandai urus operasi bekalan air. Lagi 1, Sepatutnya bekalan air terawat nie di gunakan hanya untuk mandi, membasuh, memasak dan sebagainya. Dah tu yang pegi guna air terawat buat siram pokok bunga, buat cuci kereta ke kenapa?Sebab tu laa pembaziran air terawat sangat tinggi
Guna air lombong boleh memudaratkan? Kandungan logam tinggi kan. Paip SYABAS pulak guna getah ke? Tak nak ambil kira air-air karat yang keluar dari paip singki yang kita guna buat memasak hari-hari tu? Kenapa tak ganti paip je? Asek pecah dan berkarat? Siapa pulak yang bekukan pinjaman SYABAS?Kenapa pulak teknologi proses air laut tidak di perkenal? Kenapa Langat 2 lambat siap? Kos Langat 2, kontraktor Langat 2?
Jangan berlagak jadi Dato Datin makan sedap tapi tak fikir secara normal. Kata belajar tinggi-tinggi..................
Pelik sungguh.