Sunday, January 1, 2012

~~Selamat Tinggal 2011~~

Berakhir sudah segalanya. Tutup sudah jendela 2011. Banyak yang telah aku lalui. Suka, duka....Telah aku buka jendela 2011 dengan menjadi nelayan. Dari situlah aku berkenalan dengan Pak akop, Wak giman, Acik limi,didi, Kak su....Langkahan pertaman, ada lah hasilnya. Selepas itu aku berhadapan dengan masalah. Ternakan udang putih dan udang harimau tidak menjadi. Sehingga lah kami mencuba untuk menternak siakap. Alhamdulillah......

Tahun itu juga aku ungkapkan cinta kepada si dia yang telah lama aku perhati.8 tahun perkenalan, si dia benar2 memikat hati. Cuma, aku takut untuk luahkan. Si dia berpengaruh dikalangan gadis2 dalam kelas manakala aku kuat menyakat. Kami pantang bertemu. Selalu sakat-menyakat. Adakala aku menang, adakala die tersenyum. Setelah beberepa bulan mencuba, akhirnya jelaslah kami tak sepadan.Si dia api, aku pon api.

Kecewa dengan hubungan itu, aku bawakan diri keluar dari kampung. Jauh dari dunia nelayan, selut dan lumpur. Aku mencuba nasib sebagai seorang pensyarah. Ianya suatu pengalaman baru dalam hidup. Sangat baru. Sangat berbeza. Aku seronok melihat anak2 muda menimba ilmu. Sehinggalah ke hari ini.

Di sana juga aku berkenalan dengan seorang yang benar2 mengambil berat tentang diri aku. Tapi x lama. Dia sambung pelajaran ke peringkat Master, meninggalkan aku dengan dunia aku sendiri. Di kolej itu juga aku berkenalan dengan seorang yang secara tidak sengaja jatuh hati. Namun, dia juga berlainan dunia dengan ku.Almaklumlah, aku tak ada rupa. Budak kampung yang bergelut mencari hidup manakala si dia anak org senang.Menjelang sehari sebelum ketibaan 2012, dan setelah banyak kali meminta di lepaskan, kami berpisah; seperti ape yang aku jangkakan. Aku tahu semuanya berkenaan dengan dia. Semoga Allah membantu hidupnya kelak!

Tahun 2011 juga merupakan tahun yang bermakna untuk ku apabila aku dapat merasai tunggangan motosikal bersisi besar;Yamaha FZ6R 600 cc. er-6n kami jual. Hasil jualan telah kami buat muka untuk motosikal tersebut. Aku bayar separuh, ayah bayar separuh bulan2. Malangnya, hanya selepas beberapa bulan digunakan, ayah kemalangan. Kesayangan saya berwarna kuning mengalami kerosakan yang kecil. Alhamdulillah semuanya ok. Ayah pon x cedera teruk. Selepas dibetulkan, kesayangan saya kembali beraksi menawan selekoh2 tajam di sekitar hiway karak dan uluyam.

Kini tiba 2012. Aku masih lagi seperti dahulu. Masih lagi mencari kebahagian dalam hidup. Teraba2 di dalam kegelapan. Bezanya, adalah sedikit sinar. Hubungan dengan rakan2 sekerja terutama yang lelaki membuahkan aku senang. Hasil penternakan ikan siakap di pantai kelanang juga memberi harapan baru kepada kami. Aku mula mencongak2. Kami gembira. Dan kami akan terus mencuba.

Kepada yang berkenaan, terima kasih kerana sudi singgah dalam hidup aku, walaupun hanya sebentar. Aku anggap itu adalah dugaan dan ujian dari Allah. Akan aku berusaha sebaik mungkin........