Friday, July 29, 2011

~~Stress?~~

Pening secara tiba2, sakit gusi / gigi tiba2, rasa nak demam secara tiba2....benda tu lah aku rasa sekarang. Nasib bek x banyak benda yang aku hadapi. Hurmm...betoi ka aku stress? Aku akui, aku susah nak lepaskan marah. Tp kalau betoi2 marah, siaplaa. Aku pernah balun dashboard keta aku sampai pecah dengan sekali hentak je. Xsure laa plak problem aku ape masa tu. Tp betoika stress?

Menurut Cik FARAH NURHIDAYAH td petang, aku mmg ade tande2 stress. Dari beberapa tanda yang disebut oleh awek cun tu td, ade laa beberapa tanda2 aku stress. Tp xde laa sekronik yang dlm surat kabar tu td. Ape pon, aku sgt terhutang budi kat Farah sebab dia dah banyak bantu aku. Banyak sgt. Bawak aku keluar dari problem aku. Sudi jd tempat aku nak share problem. Tp, siyesly aku sedih sebab dia kejap lagi xde. Lagi sebulan je lg. Sori laa, lately nie sy x dpt nak ada rapat ngan anda.

Sementara benda nie masih panas...aku nak ucap tahniah kat membe aku, Azam yang berjaya menjadikan event dia antara yang terhebat kat UNIKOP. Aku dengan dia banyak sgt persamaan. Budak kampung yang sama2 susah, sama2 berjiwa pelik. Rasa masuk sgt lepak ngan dia. Dan dia jugak lah sebab aku berani try untuk menjadi guru vocal untuk student dia yang buat persembahan mlm td. Tahniah bro! X sabar nak g langkawi!

Walaumcmanepon, sejauhmana aku enjoy life baru aku nie, dengan Farah, Azam,dunia mengajar, dapat moto baru, n mula rapat dengan seseorang tu, still aku x dpt tinggalkan kenangan lama aku jejauh. Rasa nak lagi, tp aku tau kami x serasi. Kalau ade peluang lg pon, rasanya mesti akan jd dimana aku akan rosakkan keadaan lg. Betol kata Farah. Bek aku lupakan dia. jauhkan diri aku. Dan still berdoa semoga Allah sentiasa dekat dengan aku....

*p.s: Sgt seronok bila student yang aku anggap adik2 dengar kata n rapat ngan aku. Kepada Cik Farah, sori x dpt sentiasa ada untuk anda baru2 nie....

Thursday, July 28, 2011

~~Aku Relakan~~

Setiap pertemuan menjanjikan perpisahan. Itu adalah sebuah kenyataan yang hakiki. Bezanya, lambat ataupun cepat. Bersedia atau tidak. Setiap yang bangun, pasti ada jatuhnya. Setiap yang pergi, pasti kembali akhirnya.

Aku sedar segalanya pasti ada balasan. Atas sebab tertentu, aku cuba untuk pergi. Dan masih cuba untuk melangkah pergi. Mungkin tuhan merancang sesuatu yang lebih baik. Jika tidak aku, pastinya dia. Mungkin itulah jawapan yang paling tepat untuk aku singkap tabir kehidupan.

Aku hormati keputusan itu. Aku akui kesalahan diri. Segala2nya mungkin. Segala2nya tak mustahil. Demi masa depan yang lain, aku relakan ianya pergi. Semoga tuhan membantu orang2 yang lemah~~

Tuesday, July 26, 2011

~~Move On~~

Ok...done with those part of nangis2 leleh2 ingos jurai2 bagai. Sampai masanya aku rasa untuk aku teruskan hidup. Jom cite pasal sambung belaja. Amacam? Ade org cite sambung belajar peringkat Sarjana aka MBA aka Master nie akan lebih menyusahkan sebab susah nak dpt koje sebab gaji kene mahal sebab ilmu tinggi sebab....ape daa~~~

Tp, aku rindu nak masuk kelas balik. Rindu nak lepak2 minum2 lepas kelas. Rindu nak dok menganjing lecturer dlm kelas. Rindu lepak meeting mesuarat tingkap ngumpat2 sambil makan char kuew tiaw. Hal2 x tido malam tu laa buat aku rindu. Rindu nak gado2 manja ngan kawan2. Rindu .....segala2nyalah.

Aku rasa x sabar nak tunggu intake seterusnya. Nak tunggu hujung bulan 12 ke bulan 2 mcm tu laa. Dengan penuh debaran menunggu kat belakang daun pindu mengintip posmen yang bagi surat sebelum menyergah dia dan mengharap surat 'URUSAN SRI PADUKA BAGINDA' yang ada logo UiTM. Oh, UiTM di hatiku. Kemudian, bile sedar surat tu surat dari celcom yang dihantar untuk bgtau usage rate phone anda lagi beberapa sen je dari di BAR, tros laju2 lari masuk rumah hentak2 kaki guling2. SUMPAH X COMEL!

Tp, belajar sebenarnya sesuatu yang indah. Sebab, selain dpt ilmu, dapat melobi gaji yang tinggi, dapat bergaul dengan awek seksi ramai kawan baru, kita jugak dapat ape yang org kata strategic advantages berbanding org lain. Walaubagaimanapoun (tetibe teringat kat fauziah gous), aku syak aku nak tarik racun menjerumus bagai segala membe2 alam fantasi aku sebelum nie sambung sekali aa...mau x Kimi sayang?ahaks...Zahid, moh le moh...

Aku jugak syak ini semua tempias dari Fauziah n Farah Nurhidayah n Suhailayani yang berjaya menyambung pelajaran. Su lagi hebat, UK nko...huh...alang2 jiwa berkusut 1000 nie, rasanya nak try apply lah...hehe

~~Lena Yang Panjang~~

Rasa seperti baru terjaga dari lena yang panjang. Wah~~sebunya fikiranku. Kelihatan sebuah dunia serba asing. Dengan rasa janggal aku bangkit. Dengan keanehan aku melangkah. Benar. Aku telah lama terkurung dalam mimpi2 ku sendiri. Sebuah lena yang panjang.

Firasat ku, dunia xkan tertawa tanpa ku. Dunia xkan tersenyum tanpa kelibat ku. X akan menari selincah dahulu. Baru aku sedar, dunia yang aku rasa mustahil tanpa watak ku, kini sedang riang tertawa dan gembira. Ia maju melangkah kehadapan. Meninggalkan jauh kisah2 silam. Jauh. Baru aku sedar, sebuah lena yang panjang.

Untuk seketika, aku lawankan emosi. Untuk beberapa saat, aku kuatkan semangat. Untuk beberapa detik, aku genggam erat harapan. Aku cuba lawan. Telah cuba. Cuba sedaya dan upaya. Sehinggakan aku x mampu lagi. Lalu tersungkur aku kehibaan. Berlutut aku menyembah bumi. Dengan peluh dan keringat dingin, aku menggigil tewas. Baru aku sedar. Ianya jauh dari realiti. Sebuah lena yang panjang.

Dia akan terus tersenyum. Dia akan bebas dari duka. Dia akan terus berjalan mengejar kehidupan. Dia akan berusaha menjadi seseorang. Tak perlu diragui. Tak perlu di gusari. Itulah realitinya. Hakikat yang perlu aku terima. Dari satu sudut, ada suara kegagalan. Yang nyaring bergema meratapi takdir. Namun, disana juga ada sinar kehidupan. Aku perlu pantas belajar. Bangunlah dari sebuah lena yang panjang.

Aku diam tanpa bicara. Menikmati dinginnya sang malam. Melihat keajaiban dunia. Merenung jauh sebuah takdir. Dan sentiasa cuba mengungkap rahsia. Aku perlu belajar menerima kekalahan demi sebuah kehidupan yang mendatang. Aku lepaskan. Aku relakan. Bangkitlah wahai insan hina. Bangkitlah menentang mimpi2 palsu. Dalam sebuah lena yang panjang.

Friday, July 22, 2011

~~Publicity...is it good?~~

Lately nie, aku rasa mcm segan gle2 kot sebab nama aku mcm sume org kenal. UNIKOP nie xde laa besau mane pon...cume 2 blok bangunan je yang ade staff n lecturer. Tp kalau hal2 dlm kelambu mcm; lokman pandai (lebih kepada boleh sebenarnya) memasak, menyanyi sedap, ade keta, n benda2 mcm tu sampai diketahui umum, siyesly malu nyah!

Before this, aku g melawat opis2 deparment lain yang mana secara tetibe beberapa org tu bercakap2; owh....ini ke lokman tuu~~...aduhai...rasa mcm nak terjun diri masuk bakol sampah jerk( kalau muat lah). Reality is, aku lgi suke keep my head down to earth n pegang konsep low profile sebab kalau org lain dah letak expectation yang tinggi, n kita gagal buat sesuatu seperti yang diharapkan, bukankah malu?

Nway, ape yang boleh aku buat masa nie adalah, dok diam2 kat opis, ataupon terus balik bilik.hahaha Segan laa nak lepak2 ngan kawan2 baru. Segan lepas ape yang dah jd kat aku for the last few month. hurmm

Apepon, ape kata lets enjoy the show...haha

*p.s.:janganbercerita banyak sgt ngan kaum hawa, sebab dorg nie internet bergerak nama dia...hehe

Wednesday, July 20, 2011

~~Yesterdays Dream~~

Its been a while since I faced my difficulties. Yesterday was the day that I have been hurt by somebody. I did tried to reach the sky.Tried it with wide open arms. I've done my part. Done it vigorously. But everything went wrong. It is a part of my memories. My histories. I earned my lesson, enough is enough. I need it no more!

Today's coming with new hope. It give me little redemption. At last, somebody throw me a life line. A platform to play my role. Finally I find a way out. Ill try to walk the walk. Ill plan my success. N Ill built my future. The one I could only imagine in yesterdays dream..........

*p.s.-x sure kalau ade sape2 yang faham..hahaha

~~YAMAHA FZ6-600cc~~

Sebab aku dah lama sgt berendam duka dan ayaq mata, n ayah aku pon dah cukup lama dlm tempoh kesusahan melampau, so aku rasa elok kami berdua mencari sebuat pengubat hari yang lara ini. So....
...amacam?cara?hehehe

Mesin tunggangan yang baru nie, walaupon cc die kecik cket dari er-6n kami sblm nie, tp dia adalah mesin 600cc yang mempunyai 4 silinder, dan dicipta untuk menyaingi KAWASAKI Z750-750cc. Hahaha. Could not wait till I C my sweety. Hurmm.

Aku jugak sgt2 gembira bila impreza aku dah boleh digunakan secara sah mulai hari ini. Rasanya, kalau esok xde keje or x keje, la nie gak aku dah OTW g gambang!wuhuhuhuhuhu~~im happy!!!!

Aku jugak rasa, start dari hari nie, cukup2 laa aku mengenang kesah lama. Pegang kuat2 dengan apa yang aku ada. Jaga elok2 ngan apa yang aku dapat. Hurmm. X tau aa anda bace ke x...tp bab org lain api2 kan, biokan je lah dl k. Abaikan dl. Kita kenal2 dl, amek masa...kan...nway, x sabar nak kua 26 nie. Tp x ley aa nak shoping bnyk2 wahai perunding imej. Macamnye duit makin sengkek bila dah ada tanggungjwb nie. :P

*p.s. - kepada mereka yang nak belajar2, aku ada er-6n untuk dijual. Cuma RM 19000 jerk. Dari beli 250cc, tambah bape K lagi dah dpt 650 cc...heee

Tuesday, July 19, 2011

~~Crying Mona Lisa~~

Tanpa aku tau puncanya, aku ase tajuk tu mcm men-sentap2-kan jerk lagi hati aku yang remuk nie. So, amacam? Stylo x ayat tu utk melambangkan kesucian jiwa aku?hahaha. Straight to the point please! AKU RINDU DIA. Sehari jerk baru dia xde. Siyes rindu. Slalunye dia la yang buat aku ok jerk. Sedar atau pon x sedar, aku sememangnye rindu dia.

Dari memule aku masuk aku dah usha jerk dia nie. Bile ade peluang, aku beranikan diri aku tegur. Bila dah kenal2, slalu lak keluar...agak laa. Tp aku rasa aku xde hati kat die kot. Jap2...ape beza xde hati?or admire? atau suke...minat?hurmm. Alah, yang pasti, aku minat cket je laa kat die. Suke lebih2 xde. Dia pon slalu jerk ade time2 aku susah. Boleh kata dia laa yang bawak aku keluar dari lembah kecewa (sajak gle bahasa) untuk sebuah kehidupan realiti. HUH!

Tp lepas aku ade problem ngan kereta aku, aku dah jarang kua ngan dia. Kadang2, nak msg mlm2 takot sgt ganggu masa dia ngan her special one. So diam je lah. Ape yang boleh aku buat cuma, jeling jerk dia kalau dia ada kat ngan aku. hurmm~~~ Bukan sebab dia cun. Cun tu mmg laa. Tp dia dari spesis2 terpelihara nyer org. Well educated, matang sgt2, ada pendirian, dan adalah org pertama yang sangat hebat asingkan hal peribadi ngan kerja. Wa suspek aa lu wahai SIFUK!!

Hurmm~~tp la nie die xde. Org yang selalu igtkan aku pasal jd diri sendiri, pasal cinta, n marah sebab aku deactivate Fb xde selama beberapa hari. Hurmm...aku rasa sebagai menghargai dia, aku nak wat surprise la cket kot. Hurmm...aku bergantung harap kat impreza aku. Semoga die cepat sembuh. So, sebelum dia xde nanti, aku dpt laa lepak2 selalu ngan dia.Harap2 aku ok laa nanti bile dia dah jauh~~hurm.....

Sunday, July 17, 2011

~~Aneh...Aneh~~

Hari nie aku sedikit pelik nape tah aku hangin x tentu pasai. Maybe sebab aku slalu jerk cuba menyekat keinginan aku nak smoking. Sampai2 bile dah sangap sgt2, baru aa kelua cari sekotak. hurmm. Sebab benda tu jugak aa aku hampir2 nak bagi penumbuk kat mamak kedai tu. Aduhai. Slalu ade jerk rokok aku. Tp disebabkan malas nak g amek, die kata 'habis' n aku spontaneously tros tarik penumbuk n hampir2 nak hayun kat muke die. Nasib bek ramai org. Tp bukan tu jerk yang buat aku geram. Die dok jaga counter, org nak bayar x de aa ramai mana. Tp sebab dok sebok bergayut sambil jaga mesin cashier, aku dan mereka yang nak bayar tu tunggu lebih kurang 15 minit kot. Come on laa bro...xkan 15 minit beratur nak bayar 2 bijik telor kot! Berbulu jerk. Aduhai.

Hurmm...aku jugak x berapa nak betoi lately nie sebab aku asek terfikirkan seseorang. Social life aku buat masa nie, ok laa. Bujang laa katakan. Kua ngan org tu, date ngan org nie. Ade gak yang sangkot, tp aku sangat lambat buat keputusan sebab bila aku pk2 balik, rasa cinta aku kat org tu lebih kuat dari rasa suka aku kat org yang ada hati kat aku. Nape jd mcm tu eyh? Aduhai....parah dunia nie.

Keje pon cket teruk buat masa nie. Tah aa. Budak2 aku.....nak tegas, aku x berapa nak pandai. Baik sgt, keje aku ada syarat untuk x bg aku dekat ngan budak2. Tp kalau ikotkan jerk, temper aku x ley nak kontrol, meletop bro. Nak tgk, try laa. Aku nie agak susah aa nak marah..tp klo dah angin, siap laa.

k lah. Dengan mata berat sebab x cukup tdo, mood yang x berapa nak ok, n malas xtau sebab apa, aku nak g basuh baju(wajib), kemas rumah, n mop lantai...x suke x suke x suke!!

Thursday, July 14, 2011

~~Sebuah Memori~~

Ok...tak dinafikan lagi hari nie mood aku O.K. Sebuah turutan peristiwa gembira sedang rancak bermain dan berlegar...argghhh...sastera sungguh ayat tu...aduhai. TRANSFORM!!! Hari nie aku suke sebab sesuatu. Ce teka...teeeeettttt...time is up. N jangkaan kamu salah sama sekali. Jawapanya, hari nie aku memandu kereta mini austin cooper a.k.a kereta mister been. Lama aku tinggalkan keta tu. Banyak Kenangan aku bersama kenderaan usang milik my dad. Ia membuatkan perjalanan aku dari shah alam ke gombak mcm sebuah pengembaraan merentasi masa. Perghhh.....sajak betoi~~

Aku pernah bermain cinta dengan sorang gegel dari penang yang mana hubungan tu x sampai kemana pon. Die cuma memperalatkan aku sebab aku org shah alam yang boleh beri kemudahan pengangkutan dan seolah2 payung kepada dia yang belajar kat PSA masa tu. Akhirnya kantoi jugak yang mana die tersungkur mangis sedu2 leleh2 bagai lepas kena maki depan dewan. Sajak sungguh time tu. Hahaha. Baru laa aku rasa kedudukan lelaki yang sebenar. Kalau pompuan=tamparan wanita, kami ada tongkat sakti mulot manis!!argggggg....APA INI???(*&e&(*@&t(*&qr(ut)(&$

Selain itu, aku jugak pernah beracing dengan sebuah satria sampai keta aku berpusing2 kat roundabout. Pergghhh...siyes pucat time tu. Ye laa...jiwa muda remaja. Darah mendidih panas. Keta siap turbo hicam twin turbo super cam bagai. Nasib bek x ekseden. Kalau x aku rasa, aku cuma boleh bermain blog di alam hantu sahaja kot. hahaha

Pernah jugak ada kenangan dimana aku minat gle kat awek nie. Usha punye lama, last2 die rapat gak ngan aku. Ley kata hampir setiap minggu kua. Teman die shoping aa. G jejalan aa...makan sesama..MASYUKKK...tp yang x masyuk nye, keta nie penah kepit kaki awek tu sebab seat sebelah driver xde. So, die kena dok seat belakang n keta nie cuma ada 2 pintu jerk. Siyes lucu. Lebam jugak bro kaki dia. Hurmm. Tp kenangan je bro. Walaupon still kawan, tp die dah tergoda ngan pakwe ensem dari SEBERAnG JB yang ade kerjaya n dah berjaya. Apa nak buat nasib badannnn~~~

EMO TIME~~~!!!!!! Sejak bulan 5 ari tu aku kecewa dan bawak diri. Sgt2 kecewa sampai berat badan aku turun 13 kg dlm masa 2 minggu. Siyes gagah time tu untuk aku leleh. Banyak benda yang aku simpan just to share with her. 2 agonizing month!! Banyak benda yang aku simpan tok dia terbantot.Aduhai....

Im lucky sebab new environment nie ada banyak kawan2 aku yang sgt supportive. Mcm fara, azam, pian, tahir n raihan yang banyak tau pasal aku dan keep on motivating me. Mcm2 perkara gila aku buat. Layan selekoh sensorang, lepak kat bukit ampang sensorang, g karok sensorang n paling sadis, deactivate fb! Siyes mcm bodo. N dorg yang aku mention td seolah2; bro, awek nie hot bro..try laa adjust. yang tu x nak bro?~~hahaha

Aku sgt kecewa smpi aku x dpt nak tekan buten delete kat enset aku tok buang sume gamba dia, msg dia. Sebab aku yakin someday Ill have the courage and text her...sehinggalah aku yakin jangkaan aku salah, dan aku berjaya pujuk diri aku tok buang benda tu. TP CUME SEPARUH!!!adehh~~

Aku igt lagi ada 1 masa tu..sajak gle sebab aku dah dpt jd lecturer...yang mana penah 1 ketika kami bercerita untuk ceburkan diri sebagai pengajar bersama2. Waaa~~last2, aku sensorang jerk. Tp tu sume memori. Dan aku yakin dia x pernah berjaya lupakan aku seperti mana aku meranggak dan gagal untuk buang dia jauh2 dari ingatan aku.

Xkesah laa samada dia masih ada perasaan kat aku atau pon tidak, dia benci aku or x, even dia harap aku mati sekalipon, perasaan aku masih sama. Walaupun aku dah kua ngan ramai awek lepas die (tanda protes) tp xde 1 pon yang berjaya buat aku senyum balik. Miss her so much!

*P.S.:Im on diet..jeng jeng jeng...esok nak g tgk wayang...jeng jeng jeng jeng...dan merokok merupakan benda yang bodo!!!jeng jeng jeng jeng jeng jeng~~~hahaha...xde keje eyh wei?g tido laa sane!

Tuesday, July 12, 2011

~~Indahnya Menjadi Lelaki~~

Aku syak aku hari nie terpaku dah tersedar oleh keajaiban duniawi. hahahaha. Semenjak 2 menjak nie, aku dililingi oleh rakan2 yang bernyanyi riang dan indah...tidur tersenyum...dan semuanya pon suke...aduhai...indahnye dunia...asek2 aku je yang peluk dinding sensorang. Ahaks

Tp td aku syak hari nie sudah tukar laaaahhhh! OTW aku mau balik td, ade student yang tengah makan dengan kawan2 kat food court. Sumenye pompuan. Tetibe, ade sorg tu, nampak jerk aku terus tegedik2 sambil lambai2. Aku senyum balik sebelum aku syak aku tersalah perasan. Tp bile tgk belakang, xde org lain kot. Then, masa aku tgk balik dak pompuan tu, die senyum sambil gosok2 tangan ateh meja makan. hahaha. Siyes mcm kelaka dan menggedikkan.

Adalagi....kemudian membe sebelah die perasan budak tu jd mcm tu..so member die tanye laa...'nape wei'. Gegel td jawab 'tu...tu...' kat membe die sambil tunjuk2 aku. N membe die tgk aku, then tanya balik, 'sape tu?' Dak pompuan yang setengah syahwat td tu pon cakap balik,'tgk tu...lecturer tu' sambil senyum balik kat aku dan berlakon pengsan bila aku senyum kat die balik. Aduhai. Sawan aku mcm nie. Aku jalan dekat je ngan dorg sampai aku dengar bijik butir cakap2 bilik tidur dorg tu...haish... malu sungguh aku. Terus aku jalan laju2. Adeh

Hurmm. Tp itulah keindahan menjadi lelaki. Walaupon x dpt menangis dikala sedih, atleast aku masih boleh mengada2 kalau aku singgle...hahaha....

*p.s.-TGK WAYANG HARI KHAMIS DENGAN SOMEBODY!!!ehe

Sunday, July 10, 2011

~~Mcm2 Hal~~

Ok, cite nie dah 2-3 hari lepas kua kat tv. Tp xde masa nak comment. La nie baru laa thegeh2 nak komen...jom usha....

Malaysian Economy
-->Kepada student2 aku yang rajin2 nak blog wlking, sila ambil perhatian bout this issue...Bank Negara dah naikkan SRR. Kenapa? Sebab recently, tekanan ekonomi luar menyebabkan ekonomi dunia sgt x stabil. So, kenapa bank negara sibuk dengan srr? Dia membolehkan kadar kecairan matawang dlm ekonomi tempatan. Buat anda semua boleh membeli belah. Dah BNM's policy adalah untuk focus pada public investment. Ce pk, ape jd kalau kuasa beli terlampau hebat? Mcmane boleh wujud istilah inflasi? ok... Done with the story.

BERSIH?
--> Nie bukan laa nak memburuk kan mana2 pihak. Tp siapa yang xde otak, silah lah sokong mana2 pihak yang bertelahagah. Nape? Sebab, yang bertikam lidah tu korg, yang sensara rakyat. Nak jd mcm Greece? Ce tgk ape jd kat dorg... Cuba laa pk ckt. Bila pengangkutan awam x bergerak, mcmane org nak berkerja. Kalau org x berkerja, mcmane nak sumbang pada ekonomi? Im not taking bout govern sector. Im talking bout private sector. Elok2 ade investor, lansung sume lari.

Bukan laa kita nie mundur sgt. Mcm2 saluran ada. TV3 dan semua stesyen2 tv dah kene beli? Fine. guna laa other media tools sebagai alat komunikasi. Haiya. Kita ada mcm2 maa. Sedangkan Ana Rafali pin boleh jadi artis dengan hanya bermula kay you tube. Adeh. Kita ada blogs, we have Twitter. Fb dan mcm2 lagi. Cube tgk, apa yang you tube it self dah buat kat keadaan ekonomi. Boleh je kan korg nak luahkan rasa x puas hati dlm tu. So, kepada penyokong, boleh laa tgk2 you tube contohnya dengan kerap. X yah nak nyusah2kan org lain.

Others
-->blog aku nie, kalau x cite hal peribadi n masyarakat, x sah! hehehe. jom sentuh. pertama sekali, pasal aku dan masa silam. adakalanya kita rasa, dah cukup2 laa..kan. hidup perlu diterskan. tp kdg2, benda nie tetap jugak2 menghantui. yelah. maybe kita rasa kita betul. kdg2 kita rasa kita salah. kadang2 kita terpikir mcm kata AXL-andai dapat ku undur masa. tp hakikatnya, semua kita tau benda tu mustahil. so, lepaskan mana yang patut, teruskan mana yang berpotensi, n tangiskan mana yang dah lepas or terlepas. tp kalau ada harapan atau clue untuk tebus, jgn lepaskan.

nie pasal persahabatan. bro, kadang2 persahabatan nie mmg sgt penting. tp x semuanya dlm hidup berkenaan dengan persahabatan. bak kata org, yang menangis sama2 susah nak cari. yang ketawa sama xyah ajak mane2 pon jumpe. so, sila lah terima realiti. tp aku akui, malaysia nie mmg culture die mcm tu. konon xde kawan x dpt idop. so, mmg susah nak ubah benda tu. tp x cube x tau. you have to move on.

nie aku nak cite pasal sesuatu yang x senonoh. aku benci btl tgk BUDAK2 romen2 kat tempat awam. siyes bodo. eyh eyh eyh...korg sure ke org yang so called hubby/ayang tu peneman hidup korg? bro, dunia nie luas. hidup korg panjang lagi. katakanlaa tetiba selepas 3 tahun bersama, dan terlebih bersama, n die tinggal ko...amacam? ok...sila lah cari tingkat 15 k...payah2 sgt. kalau korg suke pon, famili korg blom tentu boleh terima. Y? sebab die tu belum tentu dapat bg nafkah kat nko pon. yang perempuan lak, mmg gatai. pantang tgk laki jambu. plus, kaya. ce tgk kes ex husband nora danish dengan fasha sandha...dok hangat jd bualan, korg ade dengar die kawen? xde kan...kalau ade pon, kes kawen dulu nikah kemudian.

BUKAK MATA TU CKET.

Thursday, July 7, 2011

~~Welcoming Hell~~

It is July. N I hate july. It hurts me so much. It did cut me deep. Left a horrible scar to be remembered. Im bleeding to death. Oh...it is july. Something that bring me back to those memories. Thanks for the gift. The one that I wont ever forget.

Im lying when I said it is going to be alright. I am lying when I said Im ok!. That is not the fact. It is not the case. The truth is, Im still could not stop from thinking about U. Everything bout U. The way U smile, the way U act...it still hunt me down. Still. Gosh...Im dying because of it.

Another 19 days to go. What I need is a little perseverance. Maybe a bit luck. Arghhh....I dont have ideas on what should I do. What should I do? Tell me what should I do... I dont have strength to face it. Im drifting away far from fantasy.

I did tried everything to throw it away from me theoretically. For a while, I had inner peace. But all the sudden, it vanish. I realized that my life would not be the same. Thanks for the pain. It is like... Im lost while playing my role in the drama of reality. Oh no, it is coming...for real...oh July...

Tuesday, July 5, 2011

~~Important of Alternatives Plan~~

When U are in an outrageous mess, sometime it is good to review the alternative plan. But what would you do when you dont have any? Scary is it? You idiot! Quickly try to find one lah! tu pon x tau kah?haiyaaa......

Thus, you should be able to find a people who rich with much sense of humor. Not full of TUMOR! Adeh...kan...When U are in deep trouble, try to left it behind with your bz work!. Paling2 tidak pn, g laa berjalan2...cuci mate ke, angguk2 dlm keta dengan loud music n waiting to get saman from JPJ!lalu mathee~~

Ok, get it? Please notice people around you dont simply attracted to down sindrom like guys, accept they are FULLY DRUNK! Pleaz laa guys...todays modern world dont have those kind of people anymore tau. Now adays people are more likely looking others that could offer them a smile. So, even when U r in deep stress, just simply SSSSMIIIILLLLLLEEEEEEE....bodo...

Ape aje laa aku merapu nie. Aku syak, aku tringin tulis luahan hati yang berbunga2 berbau longkang nanges2 ingos jurai2 bagai, tp disebabkan pk2 balik, then dah sental nasik, then I have someone to talk to, ok dah balik dah...aduhai...ape laa nasib...ley gila sawan mcm nie!

Lastly, you should be able to identify those people that have similarities with U; a person who you notice you and her/him could get long. Please notice yang rupa xkan menjamin ketakkacauan jiwa. Boleh? If you have one alternative, dont be so sure that your life will be ok then. It would be much better if you are planning 3-4 alternatives. Lagi selamat.

p.s.-jangan bermain dengan api...nanti rentung....

Friday, July 1, 2011

~~Easy Ride Bikes~~

Kadang kadang sport bikes nampak cun bukan. Mcm ranggi jerk. Stylo milo jerk untuk di tunggang n for show off. kan kan. Tp kalau tgk2 balik, nape awie ngan so called chopper die nampak so cool? Lagi2 untuk ronde2 makan angin n meredakan jiwa kacau. Kalau dah jiwa kacau, x kan nak ride selaju lajunya kan kan kan. Mesti laa menunggang dengan cermat...lah konon. Slow n steady jerk. Sebab? Sebab boleh laa nak berkhayal. Mengelamun kan kan. Kalau laju2, kompom mati syahid di medan lumba. Hahahaha

Cuba bayang kan ini....
stylo kan. Pergh. Dengan design yang ala2 futuristics, yang garang n shining gitu. Haaa, sekali pulas je, bunyik jantan pon mengaum. Bukan takat tu, aweks2 seksis kat kiri kanan ateh bawah depan belakang pon sume tgk. Walaweh. Mendidih darah jantan wooo~~

Tgk nie. Sport bikes wont give U this types of feels. Perahsantan tu mmg ade. Tp kejap jerk kan. Mase park moto, rasa lah cket. Time ride layan selekoh, nak mampos? But it will be a difference experience dengan so called chopper nie. Bawak slow2, ley show off.haha. Lagi2 dengan gejet2 mcm nie...

Ape pon sebenarnya, bila jiwa dah kacau, mcm2 nak di buat. Lagi2 bab2 menunggang bagi mereka yang dah kaki. Mcm2 ade lah sebenarnya. Yang audio sistem sekuat2 dunianya, yang enjin sebesar2 keretanya, yang pulas moto selaju2nya...mcm2 lah!...kepada yang enjoy riding, harap2 anda have fun n enjoy riding!

GTG laaa...perot lapo, tp xde idea nak mam ape...hurmmm~~~