Friday, December 24, 2010

~~Diantara Sejuta Wajah~~

Hari demi hari aku lalui. Detik demi detik aku tempuhi. Kini aku mula memasang impian. Sebuah mimpi yang sering di dambakan setiap insan. Membina keluarga, dan hidup bermasyarakat. Soalnya, mampukah aku.

Setelah beberapa ketika aku menimba pengalaman mencari wang saku, akhirnya aku putuskan aku mahu mencuba nasib sebagai buruh dan nelayan. Buat masa ini, aku gembira dengan hidupku. Apatidaknya, walaupun mendapat upah yang kurang, aku telah di tunjukkan jalan untuk berjaya. Lebih dari pendapatan seorang pegawai gred A. Saat ini aku sedang mempelajari kehidupan lumayan seorang petani dan peternak. Benar kata orang, sumuanya boleh dijadikan wang sekiranya rajin

Setelah mencongak, kiranya benar akan aku perolehi puluhan ribu untuk hanya beberapa bulan, akan aku tunaikan janji ku kepada diriku...akan aku hadiahkan sebuah Z750 ataupun sebuah rumah....bergantung kepada keadaan. Juga akan aku tunaikan janji ku kepada seseorang; merisik dan seterusnya memikirkan langkah yang berpatutan untuk diambil.

Isu seterusnya adalah, menjalani kehidupan sebagai individu bermasyarakat diantara berjuta. Almaklumlah, ragam orang ini pelbagai bahasanya. Rambut sama hitam, hati lain2. Ini lah yang aku risaukan. Sekiranya perkiraan aku menjadi kenyataan, mahukan matahati ku kelak menjalani hidup di kampung2, jauh dari kehidupan glamor.

Walaubagaimanapun, aku masih lagi berhati2 mengejar impian. Sekali terduduk, parah balasnya. Aku perlu merencana segalanya dengan teliti, berhati2 dan sentiasa mengikuti perkembangan. Dan aku harapkan, mereka yang seangkatan akan turut sama bangun dengan diriku, sekaligus mampu menjadi kayu penyokong antara satu dengan yang lain.

Thursday, December 23, 2010

~~Game Over~~

Bila di ingat kan balik, zaman2 remaje aku dl(mcm sekarang dah tua melampau pulak) ske je aku berjalan2 ke pasar malam untuk beli brg2 yang agak trendy la kot. Penah la 1 mase tu, aku tnampak 1 sandal(selipar) kaler putih maut wal ajal...suci bersih harum lagi tu...aku pun beli lah...RM 15 je...x mahal kan kan kan...Sok pagi nyer, mak aku suh laa aku g pasar basah kat seksyen 6 tuh..beli ayam 4 ekor....dengan bangge nye aku melangkah kesane(dari umah aku nek keta la...jauh jenat beb!)setibe disana aku ade nampak awek cun...awek tu mmg talah diketahui kewujudan nya di sana sambil mempromosikan kuih bakar buatannya..kalau laa dapat dapat makan awek tu...pergh...rase kuih bakar wa kata lu....haha...dipendekkan cerita, semase melintasi awek tu punya lot, aku pun berjalan dengan mendada nya. Si dia pun pandang...di tangan ku ada 2 ekor ayam disebelah kiri dan 2 ekor lagi ayam disebelah kanan...dengan selipar baru aku melangkah. dengan perasaan hensem akan diri aku bergerak...tiba2 sedar2aku dah tbaring kat ateh lantai...aku pun bangun cepat2...aku tgk awek td gelak kan aku...kemudian baru aku sedar...aku tergelincir sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada 3 ekor ayam yang dah di sembelih dan tinggal nak di panggang je lagi, manakala 1 ekor ayam lagi telah hilang tercampak 100 meter(saja bikin gempak)...aku pusing punya pusing, x jumpe jugak...lepas tu makcik kat belakang aku bersuara...Dik..katanya...'ayam adik dalam kereta tolah makcik tu' sambil menunjukkan jari ke dalam kereta tolak baby milik nya...aku ambik dengan sepantas kilat!waaa...tragedi ini sungguh dasyat sehingga meragut keyakinan diri aku untuk berjalan di pasar2 basah dengan sandal(selipar) yang aku beli di pasar malam!!!Game Over!!

Monday, December 20, 2010

~~Kesunyian Sebuah Alam~~

Dengarlah...tiada lagi siulan unggas. Di tinggalkan olehnya sebuah alam. Yang sunyi meratapi ketiadaan watak. Yang selama ini menghidupkan suasana.

Lihatlah...tiada kelihatan kawanan burung. Yang dahulu riang suka bernyanyi gembira. Yang dahulu berkejaran di angkasaria. Tatkala tugasan getir menanti dirinya.

Rasailah...tiada lagi tiupan angin. Yang dahulu sepoi2 menyamankan. Yang pernah di lambai oleh rimbunan pohon. Yang dahuli disambut riang oleh sang fauna. Yang kini meninggalkan sebuah kehidupan

Tangisilah... wajah gembira kini berlagu duka. Kehidupan yang ibarat sebuah lohong hitam. Yang tiada apa untuk diceritakan. Dan tiada sedikitpun untuk dikongsikan. Menantikan hari mendatang tanpa kepastian.

Kiranya anda berjiwa suci...rasailah...lihatlah...dengarilah...tiada apa lagi...ianya adalah kesunyian yang nyata...kesunyian sebuah alam..............

~~Berhentinya Sebuah Nafas~~

Sebuah ungkapan yang cukup ringkas, namun cukup padat untuk menceritakan segala2nya. Sebuah titik di akhir kisah yang mampu membuatkan sekeping hati patah. Cukuplah segala2nya. Tamatlah episod duka lara sorang insan. Cukup disini.

Yang patah mungkin tumbuh, yang hilang barangkali akan berganti. Aku harapkan agar kemunculan sebuah drama baru dalam hidupku cukup untuk mengaburi emosi. Tumpukan sahaja minda kearah cita2. Arahkan sahaja pandangan kepada impian.

Mungkin ia adalah satu bayaran kepada kejayaan. Mungkin juga ianya terjadi secara kebetulan. Siapa tahu tuah orang manakala nasib ayam dikakinya. Doakan sahaja kejayaan ku.

Sejenak, muncul raut2 keruh dan garis2 tua mereka2 yang senang dengan diriku. Ya, untuk seketika, aku masih ada orang yang perlu aku pertimbangkan. Masih ada individu yang perlu aku senangkan. Ya, sebuah janji yang pernah aku tabur dahulu. Untuk kesenangan ku, untuk senyuman mereka. Dan aku telah lupa tentang itu.

Raut2 wajah yang usang. Yang menantikan kabar gembira untuk aku kongsikan. Insyaallah aku aku nyatakan. Insyaallah akan aku laksanakan. Namun, hati menangis, siapa yang tahu.

Komitment sidia juga masih terikat. Dia juga masih ada tujuan untuk di hidupkan. Aku faham itu. Aku mengerti itu. Aku redha. Cuma aku kurang yakin aku tabah. Insyaallah aku akan senantiasa menghadirkan senyuman. Sebuah gerbang kepada kehidupan. Semoga akan hadir kecerian. Semoga aku berjaya.

Saturday, December 11, 2010

~~Bila Kaca Berhiaskan Permata~~

Ibarat berlagu tanpa suara
Sebuah kisah berendam duka
Cerita luka ceritera cinta
Hadirnya bersama sepikul derita

Umpama berbicara tanpa kata
Impian menggunung membina istana
Harapan suka bertukar kecewa
Bila bahagia tak kunjung tiba

Seperti terhiris tak berdarah
Tatkala wira hampir mengalah
Berpaling ia mengimbau sejarah
Lantas tepana menangisi kisah

Bagai melangkah tanpa arah
Menuju cerah bergerak lemah
Mencari watak sambil berhijrah
Mengharap tuah menghindar gundah

Saturday, November 20, 2010

~~Lagenda Wira Jalanan~~

Aku pernah dikejar kuda putih gara2 menunggang melebihi had laju, tidak menggunakan laluan motosikal, melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh wanita yang sedang sakit, serta beberapakali di 'ayam'2kan oleh kereta berkuasa tinggi seperti subaru impreza, dan mitsubishi lancer. Banyak lagi kenangan ku bersama sebuah mesin berkuasa tinggi yang menakjubkan yang bergelar er-6n. Suka duka ku mengharungi hidup juga telah aku kongsi dengan tunggangan hebat ku itu.

Aku mula terpesona dengan reka bentuk motosikal berkuasa tinggi sejak melangkah ke alam sekolah menengah lagi. Mengenangkan aku pernah merasai mesin2 seperti ducati dan honda 1000, aku slalu berangan aku akan dapat mengalihkan pandangan gadis2 seksi dan berwajah ayu yang sedang bersiar2 di teman dikala petang menjelajah dunia.

Bertambah terpesona, tatkala kakiku melangkahi halaman rumah ku dan terpandang sebuah mesin biru yang berlampu bujur serta togel di tengah; menampakkan engine yang melambangkan kekuasaan tork dan keselesaan tunggangan di bandar. Kegagahan itu lah yang membuat aku dapat melupakan hampir masaalah remeh temeh yang melangaui sisi kepala. Ia juga sedikit sebanyak telah membentuk personaliti ku supaya kekal unik dan berbeza.

Bersama2nya, aku telah mendapat ramai kawan. Aku juga telah merasai nikmat berkonvoi bersama rakan2. Semenjak itu, aku semakin ketagih menunggang dan menggilai gejet2 keselamatan. Peralatan seperti helmet fulface, glove dan jeket menunggang slalu menjadi perhatian. Yang mana kelihatan garang dan ranggi, akan ku habiskan masa berjam2 membelek2 barangan tersebut.

Pernah aku memulas pendikit sehabisnya. 200 km/j....semakin taksub aku dengan kuasa tunggangan yang mampu ia berikan. Beberapakali juga ia telah membekukan bara hatiku yang meras menyala dek masalah duniawi. Aku meronda2 sekitar kuala lumpur, sungai buloh, kuala kubu baharu danbeberapa kawasan yang popular dengan pemandangan yang mengasyikan serta beberapa selekoh tajam merbahaya.

Sepanjang aku menjinakkan mesin hebat berwarna biru ini, telah banyak kali aku didekati oleh wanita2 hebat yang menawarkan lebih dari keseronokan hidup. Tapi aku masih waras. Cuma aku bangga kerana setidak2nya watak ku yang kecil ini berjaya disedari oleh individu2 yang menghidupkan duniawi. Dan aku sedar, ianya cuma sementara. Dan aku bersunggah2 akan cuba untuk sedar akan hakikat itu. Mudah2han aku tidak tergoda.

Aku tidak pernah berhasrat untuk menjual mesin biru kesayangan ku ini. Meskipun berhasrat memiliki sebuah lagi yang mempunyai kuasa tork lebih tinggi, tidak pernah aku lupakan ia. Jauh sekali untuk menjualnya. Pernah satu ketika, aku talah berjaya mengumpul wang saku hasil kerja sambilan ku sebanyak RM6k semata2 ingin memberi mesin biruku teman yang lebih gagah. Namun, dek kerana peluang memiliki kereta yang mampu milik dan selesa, ianya telah kabur.

Hampir 3 tahun aku bersamanya. Setiap selekoh genggaman ku kemas. Setiap belokan getah tayarnya melekat di jalan. Hampir2 mencecah lutut. Aku pasti beberapa individu pernah bersamaku mengagumi kehebatannya. Hari ini, aku terdengar bisik2 yang ia akan dijual. Terpaku sejenak diriku seketika. Terdiam membisu aku meratapi berita. Teman yang rapat dariku akan diambil.

Saat ini aku yakin. Sekiranya ia mempunyai emosi, pastinya ia juga akan turut berduka. Pastinya ia akan menangis terluka. Aku pasti. Cuma yang aku dapat menungkan saat ini, adalah saat2 gemilang aku bersamanya. Sebuah memori yang pastinya mewarnai setiap peringkat hidup ku kelak. Sebuah kisah yang aku gelar.....lagenda wira jalanan............

Friday, November 19, 2010

~~Sebuah Dunia Serba Baru~~

Telah sekian lama aku tinggalkan diari cyber ini. Hari ini aku kembali. Mencoret sebuah cerita. Selama 6 tahun menimba ilmu di UiTM. Pelbagai pengalaman dapat ku timba. Pelbagai watak telah aku temui. Dua bab berbeza, dua pengalaman berbeza.

Berlawanan dengan apa yang aku tempuhi di Sarawak, berbagai2 pengalaman menarik aku temui di dunia halaman ku. Aku temui sahabat, aku temui rakan, aku temui pengembaraan, aku tangisi kekecewaan, dan aku alami kegembiraan. Segala2nya lengkap.

6 tahun telah melangkah pergi. Menjelang tiba sebuah kehidupan baru. Dalam banyak2 yang aku ingini. Dalam beribu yang aku angani. Hanya beberapa mimpi indah. Datang bersama beberapa duka.

Sepanjang 6 tahun aku berjuang. aku telah berjaya mngubah diriku. seperti yang aku ingini. Aku juga berjaya mendapatkan sebuah kereta. Yang hampir keseluruhannya berjaya ku ubah. Aku telah menikmati gembira. Aku juga telah merasai kecewa. Namun,apa yang mampu aku simpulkan, aku masih belum temui sebahagian diriku.

Beberapa hari dari tercoret diari ini, aku akan mencuba lagi. Sebuah dunia serba asing. Jauh terpinggir dari kehidupan. Akan ku cari sebahagian diriku. Mungkin akan aku temui cinta sejati. Apa yang perlu aku ubah, cuma sebahagian lagi dari diriku. Yang mungkin dapat membawa ku kepada sidia. Ada pengorbanannya. Ada harganya. Untuk beberapa bulan, aku perlu bersedia untuk menghadapi kehidupan yang membosankan. Aku juga perlu mmenghadapi perjalanan hidup berliku yang mencabar. Semua telah ditetapkan, aku terima dengan sabar dan ikhlas. Hanya demi sebuah tawaran yang lumayan.

Sekiranya sidia ada membaca, ketahuilah.....semua yang aku lakukan adalah untuk perubahan diriku. Melengkapi separuh dari watak diriku. Melitupi sebahagian ilmu hidupku. Dan sebagai bukti kesungguhan diriku, yang sedang cuba menakluki dirimu.

~~Ku Seru Nama Mu~~

Kau pujaan hati ku
Puteri yang ku tunggu
Wahai sang bidadari kalbu
Engkaulah sumber keabadianku

Senyuman mu penawar duka
Suara mu pengubat luka
Watak mu membawa ceria
Kehadiran mu mengubah cerita

Wahai sekuntum mawar merah
Hidupku kini kembali cerah
Kemunculan mu mengindar amarah
Supaya hidupku kembali terarah

Kini ku kembali memburu cinta
Kini ku kembali menggapai cita
Kembali lagi membina impian dunia
Kembali mengembara dalam ceritera cinta

Sedarilah dikau wahai bidadari
Aku kini dapat berfantasi
Aku kini mampu bermimpi
Menantikan sebuah kesempurnaan diri

Dengarilah wahai bidari salju
Dengan segala kemampuan diriku
Aku seru kehadiran dirimu
Dan menantikan kemunculan kamu

Thursday, November 18, 2010

~~Antara Keikhlasan, Kasih Sayang dan Persahabatan~~

Aku sering keliru. Perlukah kita berkorban demi kasih sayang? Atau ianya cuma memenuhi tuntukan hidup sosial? Aku sedar, untuk dihormati, kita perlu menghormati. Untuk menghormati, kita perlu beramah mesra, dan untuk bermesra kita perlu berkenal-kenalan. Tetapi seringkali juga sikap aku ini di salah anggap. Akibatnya, aku selalu sahaja tersepit antara keperluan diri dan kesempurnaan watak lain. Perlukah terjadi begitu?

Kadangkala aku terfikir. Inilah yang menyebabkan manusia akhir zaman menjadi bongkak. Kerana sebab2 inilah mereka2 menjadi lupa kepada semangat persahabatan. Terbuka luaslah sifat2 ego. Tercipta hebatlah sikap keakuan. Inilah dia hasil yang hitam. Inilah dia awan hitam yang sarat dengan dendam, yang bakal runtuh bila2 masa sahaja. Turun dan membasahi segala pelusuk bumi dan isinya.

Berbuat baik disangka buruk. Keikhlasan dibalas dengan kesakitan. Kini, tiada bezanya antara dendam dan airmata dengan tawa dan kegembiraan. Tiada jurang beza antara pengorbanan dan tamak haloba. Semuanya sekata. Tiada erti dalam kehidupan. Semuanya hanya untuk memenuhi jadual yang telah ditetpkan tuhan. Subhanallah!

Mungkin salah aku juga. Pesan org tua2, berbuat baik berpada2. Aku rasakan, untuk berbakti, lupakan sejenak batasan. Untuk berjasa, campakkan jauh sempadan. Rupanya aku salah. Sikap ikhlas rupanya sering disalah erti. Aksi jujur sebenarnya selalu di nilai kosong. Dunia masa kini, tiada beza antara kebaikan dan kejahatan. Tiada sempadan antara keikhlasan dengan kerakusan. Tiada batasam antara persahabatan dengan kepentingan. Itulah dianya dunia hari ini.

Saturday, October 16, 2010

~~Melangkaui Garisan~~

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Akhirnya aku hampir tiba ke penghujung. Akhir jalan cerita. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mengimbas kembali apa yang telah aku lakukan. Apa yang telah aku jayakan. Apa yang telah aku gerakan.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku semakin mara. Cuba mengapai langit tinggi. Apa yang aku perolehi? Hanya secebis kenangan dan senyuman. Luka, duka dan kecewa adalah baki selebihnya. Aku lebih banyak tersandung dan jatuh daripada menjulang panji kebanggaan di puncak menara. Itu yang pasti.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku mulanya menjangkakan inilah yang aku mampu tempuhi. Tuhan penentu segalanya. Untuk seketika, aku tersenyum gembira. Untuk seketika, aku tertawa puas. Impian untuk membaik pulih sebuah kereta idaman hampir2 menjadi kenyataan. Anganan untuk memiliki sumber kewangan hampir dapat ku gemgam sepenuhnya. Hajat untuk membawa pulang segulung ijazah hampir dapat dijelmakan. Namun sebaliknya, ada edisi duka yang terselit di celaham memori suka.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Akhirnya aku sedari. Aku hampir tiba ke penghujung. Inilah dia garisan penamat yang aku tunggu2 selama ini. Yang mendukacitakan, hadirnya bersama rindu dendam dan rasa ketidak puasan hati untuk apa yang aku telah lakukan selama ini. Aku bakal menjejak kaki ke sebuah alam baru. Aku rasa sangat teruja. Sangat tidak sabar. Walaupun begitu, secara tiba2, aku mulai gentar. Goyah memikirkan yang aku mungkin masih tidak bersedia bergelar PEGAWAI, mungkin belum bersedia menjadi salah seorang dari watak masyarakat, dan lebih mengerikan, belum bersedia untuk memimpin. Persoalanya, mampukah aku?

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku akhirnya memutuskan bahawa ini bukanlah penghujung yang aku nantikan. Aku telah nekad. Menjelang 44 hari dari tarikh diari ini di tintakan, aku perlu bercuti dari sebarang tugas. Menghilang untuk sebulan. Memberi laluan untuk ketenangan kembali menguasai jiwa. Memberi tumpuan untuk aku siapkan apa yang aku mulakan. Dan akhirnya, muncul dengan watak baru.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku rindukan masa silam. Aku tangiskan kenangan dan pengalaman. Akan ku persiapkan diriku untuk semua ini. Langkah demi langkah. Tapak demi tapak....insyaallah.....

Monday, October 4, 2010

~~Meniti Sesaat Yang Berlalu~~

Aku x faham. Sepatutnya aku rasa seronok x terkira. Tp mlm nie x tau kenapa aku moody. Maybe sbb my mission tok taun nie dah 80% complete. Still it seems ridicules to be blame for kenapa aku moody.

Aku rasa....maybe sbb lately bnyk sgt kemalangan yang aku dgr. Ngeri. Takot. Bercampur2. Aku tgk ayah aku keje nek moto. Tgk adik aku g kelas nek moto. Tgk mak aku sgt aktif memandu kesana kesini untuk keperluan kafe die. Kdg2 aku rasa terkilan. Sgt terkilan sbb aku masih x mampu nak beri kesenangan tok family aku. Aku bukan laa x mampu. Tp sbb aku mmg dari kecik miskin. Bayangkan tahun 1995, peruntunkan belanja aku cuma RM 0.30 tok sehari. Segala apa yang aku nak x dapat. Cuma mampu meleleh jerk air liur tgk org lain dapat ape yang dorang nak.hurmm

Maybe jugak aku rase fedup keje. Ari nie aku terima sekeping cek yang nilainye kurang dari apa yang aku kira2. Hey bro, aku bukan buta huruf x reti kira. Janji cuma tinggal janji kan. Fine! Soon I'll be living u!...cari laa pekerja yang x pernah berkira nak kerje tertonggeng2 cm aku nie. Aku cabar, CARI!!

Hurmm. Yang lagi sedihnye, time2 berduka nestapa cm nie, aku masih xde aweks2 tok share. Sebab xde aweks laa aku custom keta aku gle babi! Sbb xde aweks la aku Sentiasa kerja x kira masa. Sbb xde aweks laa aku cuma nak amek berat pasal hal2 keluarga. Sentiasa!

Aku fikir, mlm nie aku nak imbas kembali apa yang aku dah lakukan sepanjang 3 tahun belajar kat UiTM. Dari budak bodoh n macai org, dari sebodoh2 org xreti nak berbahasa english, dari hidup susah xde duit n dari sampai aku xde rase mcm nak berdiri di atas kaki sendiri.....sampailah aku jadi mcm hari nie.

Mlm nie......pk balik apa yang aku dah buat kat org n pk balik ape yang org dah balas kat aku....pk balik mane pergi kawan2 aku dulu....pk balik mane hilang masa yang sepatutnya aku lukiskan kenangan gembira tok diri aku sendiri......pk balik semua. Baik...buruk....semua. Aku mulai rasa nak cuba brenti rokok. Aku dah pk nak bagi kesenangan n kegembiraan kat org tua aku. Aku rasa dah sampai masanya aku hargai diri aku sendiri. Jadi diri aku yang sebenarnya, berenti sekejap untuk toleh kebelakang, dan hargai setiap saat yang tinggal untuk aku. Mungkin masa aku x lame lg.............mungkin..........

Friday, October 1, 2010

~~Waiting For Miracle~~

I don't know how should i react. My world turns upside down. And I'm still waiting for some miracle. Waiting without knowing when it will appear. Suddenly, I'm lost in my own world. Trapped in my own game.

And I'm here. Stand by my own. Crawl for the light inside extreme darkness. Step by step, path by path... still... nothing to be proud of. Without any hope of dignity, I'm waiting for nothing.

And I'm waiting. With tears, I have no idea where should I go. With fears, I'm looking for my happy ending. Still waiting without knowing how it will end. Or event worse, it will never end.

And I'm scared. It fright me to death. The truth will never be uncovered. Situation turns critical. And I'm alone. Blaming fate as it seems to burden me more and more. I'm dying. Sooner or later, the end of my life.

And Still....miracle doesn't appear. Discover no wonderland. Accompanied by nobody. Find no hope.I event forget how to smile. Life is not fun to live anymore. Counting days to come. Waiting for miracle, that seems impossible to emerge.

Thursday, September 30, 2010

~~Apa Maknanya Semua Ini~~

Kerja dan kerja. Aku telah berusaha segigih mungkin untuk mencapai impian. Aku sangka ianya mambu memberi bahagia kepadaku. Mungkin seketika cuma....mungkin....Tetapi apa yang aku kejar ini, hanya menampakan kesan positif untuk jangka masa pendek shaja. Aku telah berusaha agar kewujudan ku disedari. Namun ianya bukanlah kejayaan terbesar. Bukan pula kegagalan. Aku telah berjaya membuka mata beberapa individu yang sememangnya mahu aku rapati. Walaupu begitu, ianya bukanlah seperti yang aku sasar kan. Nampak? ada positif ada negatif..mungkin itu adalah ketentuan.

Aku berusaha untuk melupakan seketika. Bersungguh2 aku lalaikan diri ku dengan pelbagai aktiviti dan angan. Walau demikian usahaku, ianya tetap sia2...aku masih merindui. Kekadang aku resah di dalam kekalutan. Mungkinkah dia juga begitu? Umpama pipit dengan enggang. Berjauhan mengibar sayap sifatnya. Begitu juga aku. Mungkin tidak layak untuk diri nya. Cuma yang aku mampu, hanya bercerita.....segala apa yang telah terlakar oleh mu dahulu. Sekiranya, aku salah, tunjukkan padaku. Mungkin ada jalannya........

Monday, September 27, 2010

~~Yang Sempurnakan Ku~~

Hadirnya memberi sinaran baru buat diriku. Setiap langkahnya menjelmakan kepadaku harapan. Senyuman manisnya penawar duri berbisa. Lirikan matanya menerangi seluruh hidup ku. Tapi sayang, ianya hanya kenangan.

Bukan sekali, bukan dua kali. Ianya datang dan pergi. Dan aku masih menanti. Tetap menanti sesuatu yang tidak pasti. Sekiranya aku buta, itu dahulu. Sekitanya jahil, itu juga dahulu. Aku yakin, aku semakin metang dalam meniti usia.

Tetapi menapa ianya berlaku. Aku seakan di undurkan kembali untuk bertemu masa silamku. Aku juga pernah bagini. Dahulu. Situasi yang serupa.Harap aku tabah menghadapi dugaan.

Dan aku akan menanti...terus menanti...setia menanti...sesuatu yang aku sendiri tidak pasti...yang sempurnakan diriku..............setia menunggu.....

Friday, September 24, 2010

~~Suka Duka Kehidupan~~

Hari demi hari, setiap saat berlalu pergi. Aku jarang2 sekali dapat merasakan mood yang sebegini. Sayu. Mengingati kembali liku2 kehidupan yang telah aku lalui...watak2 yang pernah muncul dalam kehidupan silam ku.....serta apa yang telah kami sama2 lalui. Ada yang diantara mereka yang kekal menjadi sahabat. Ada yang semakin akrab. Dan ada pula yang seakan berjanji sehidup semati.

Sepanjang aku memulakan tugas2 di lokasi baru, setelah di posting ke kawasan baru, membangun dan mendevelopkan business baru, aku sering terkenang dengan seorang sahabat yang selama ini aku senang dengan sikapnya. Saat2 mengharungi ibadah puasa seorang diri di tempat kerja sangat menggamit memori lantas mencetus perasaan sayu apabila terkenang saat lalu kami. Mana taknya, kami slalu sahaja berbuka bersama2...malahan semasa kami di tempat kerja yang sama, partimer pada saat yang sama, sama ada dia atau aku yang saling membazir2 kan duet membelanja rakan2. Itu yang paling aku rindui....

Smalam aku berjumpa dengan tuan punya badan. Punyalah happy, berborak pun sampai boleh hilang suara. haha. Lebih senang hati ku apabila memikirkan yang kami bakal bergelar saudara. Dia bakal mengahwini spupuku. Orang tengahnya, aku lah!;p.En KZ, harap andah bahgia dengan apa yang aku mulakan. Dan semoga anda berjaya dalam hidup!

Baru sebentar td aku berbual dengan kenalan yang x pernah aku jumpa. Dia rindu kampung halaman. Gadis berpewatakan menarik ini menyambung pelajaran di mesir dalam bidang keduktoran...kot...haha..aku pun x sure...spupu aku kenaikan. Berbicara tentang kesedihan hatinya, aku teringat kembali saat2 aku berjauhan dengan keluarga. Lebih memilukan, kami dipisahkan oleh lautan biru tak bertepi.....DI SERAWAK!...CISS!!ingat jauh betoi..haha...

Aku dengan sejujurnya mengakui, aku sensara disana. Malah, untuk sahurpun aku kene memancing. Rindu jgn citelah. Hampir setiap malam aku mengelamun. Sangat rindu dengan ibu yang selama ini sangat suka berperangm mulut dengan ku. Hampir setiap malam juga ayah akan menelepon ku yang di kejauhan. Kami memang sangat rapat. Lebih dari setakat hubungan ayah dengan seorang anak. Kami seolah2 bersahabat. Kepada cik Syuhada Azimi, perasaan anda sangat aku fahami.

Chapter kerja pula, aku semakin sukar untuk mendapatkan pekerja yang mampu bekerja dkalangan kami. Almaklumlah, dunia sekarang semakin sukar mencari insan yang bnar2 dapat berdikari. Aku sendiri pada mula aku menjerumuskan diriku untuk melakukan kerja2 part time, aku cuma dibayar rm 3 sejam. Apa yang dapat aku telah dengan RM 3 sejam?Pelbagai pengalaman telah ku timba. Dari tugas ku sebagai seorang tukang masak, sehinggalah sebagai pekerja kilang.

Menyentuh cerita percintaan, aku semakin berharap aku dapat mengenali seorang gadis yang aku idam2kan. Xperlu cantik, xperlu cute miut. Yang penting, menjaga tingkah laku, menjaga airmuka keluarga serta mengambil berat hal2 keluarga. Inilah yang aku cari. Dalam masa yang sama, aku juga sedang berusaha mengumpul duit untuk cuba memiliki sebuah rumah sendiri. Sebagai jaminan masa depan, juga sebagai tanda terima kasih kepada gadis yang sudi menemani kehidupan tak berketentuan ku ke hari tua. Aku cuba mengikuti jejak langkah sahabatku, En KZ; untuk ..........aku tak tau apa yang dapat aku perincikan ttg dia. Yang pasti, aku tabik spring kat dia kerana mencecah usia 26 tahun, dia dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, motosikal sendiri dan bakal melansungkan perkahwinan.

Kadang2, semua kenangan dan cerita2 inilah yang mampu membuatkan aku tersenyum seorang. Aku sendiri tidak pasti akhiran yang telahpun tertulis bagi diriku. Yang aku pasti, semuanya adalah ketentuan. Cuma, apa yang aku harapkan, disamping aku mengejar cita2, aku juga mampu berbudi kepada masyarakat. Aku cuma mahu salurkan apa yang tlh aku lalui. Suka duka ku, pahit getir, hilai tawa, semua aku kongsikan dengan ikhlasnya tanpa sebarang syarat kepada semua. Semoga apa yang aku usahakan mendapat berkat, insyaallah!

Wednesday, September 22, 2010

~~Apa Ada Pada Nama~~

Aku bos?......Aku seorang yang menginspirasikan?....hurmm.....Kedengaran lucu bukan. Tp itulah hakikat yang baru aku ketahui sebentar tadi. Berbicara dengan rakan sekerja tatkala malam menjelang tiba membuat aku terpinga2. Banyak yang aku telah ketahui hari ini. Terlalu asyik mendengar dan bertanya, membuat aku leka akan masa yang pantas berlalu.

Setelah lebih seminggu aku mengurus situasi di lot baru milik majikan, ramai diantara jiran2 perniagaan yang bertanya tentang diriku kepada rakan sekerja. Apa yang telah aku lakukan? Aku hanya ingin membina empayarku sendiri. Akibatnya, bertungkuslumuslah aku mengadap kerja. Lupa segala2nya. Leka semuanya. Tugas yang aku lakukan bukanlah sehebat manapun. Cuma mencuci lantai sehinggakan 2x sehari, memasang rak dam membetulkan, menyususun2 barang, dan mengawasi kontraktor luar melakukan kerja2 pemasangan dan pembinaan? Cuma semudah itu?

Ada diantara pengusaha perniagaan mahupun usahawan yang bertanya kepada rakan setugasku; adaakah aku ini bos yang memiliki perniagaan ubat2tan?Kiranya bukan, adakah aku org no 2 dlm syarikat ataupun lebih dikenali sebagai org kanan pemilik syarikat? Itulah pertanyaan mereka yang membuat aku tersipu2 malu. Mungkinkah kerana penampilan ku? Ataupun gayaku yang pelik?

Sekiranya benar begitu keadaanya, alhamdulillah!. Setiap ayat yang keluar dari bibir seseorang adalah doa. Amin ya allah makbulkanlah! Aku mulai sedar keadaan itu apabila rakan sekerja ku mula membuka mulut mengenai apa yang berlaku. Aku mulanya menyangka ianya gurauan, apabila seorang gadis yang berkerja di kedai sebelah bertanyakan begitu. Malahan dia turut menyoal latarbelakang ku dengan mendalam seperti sorang penguatkuasa menyoal pesalah!

Apapun yang berlaku, aku tidak begitu kesah. Janji aku terima balasan yang setimpal dengan kerja. En. Syukri telah pun menyatakan kepuasan dengan kerja2 yang aku lakukan sehinggakan dengan berbesar hatinya beliau menaikkan gaji. Masyuk! walaubagaimanapun, apa yang sangat menyentuh perasaan ku adalah cerita rakan sekerja mengenai 1 watak yang aku anggap sebagai rakan karib.

Sejak 5 tahun lalu, kami berkawan rapat. Namun begitu, sejak akhir2 ini, dia seakan hilang hormat pada diri ku dan adakalanya perbualan kami tak ubah seperti 2 orang individu yang bahu berkenalan. Sangat janggal untuk berbicara. Aku luahkan kekesalan ku kepada rakan sekerja ku. Balas nya sangat meremukkan hatiku.

Sejak setahun yang lalu, aku mulai sibuk dengan pelajaran. Adakalanya aku singgah untuk melakukan kerja part time di sebuah entiti perubatan. Ada bisik2 yang mengatakan aku mulai sombong. Aku pula, mengejar cita2 disamping mengharungi jambatan ilmu. Di pendekkan cerita, watak ini menganggap aku sebagai idola yang telah berpaling tadah dan mesti dihukum. Ini disebabkan aku pada setiapkali kunjungan, membawa peralatan, gejet ataupun perkara baru kepada mereka. Lalu watak ini melakukan sesuatu yang salah untuk menyaingi apa yang aku berjaya perolehi.

Bukanlah iri hari dengan apa yang dia ada...jauh sekali mahu berdengki2. Tapi apa yang aku kasihankan, adalah bagaimana dia mengumpul harta. Salahh caranya begitu. Tp apakandaya. Dia hidup di dunianya sendiri. Aku pula, semata2 mahu mendapatkan sesuatu, adakalanya sanggup berlapar. Antara kamu pembaca, ada yang lebih mengenali diri ku. Sangat kenal!

Sedih. Sangat memilukan apabila seorang rakan yang terlalu akrab tiba2 menjauh. Sepertinya kita adalah org asing. Juga pelik apabila ada org yang menganggap si hina yang menulis alkisah ini sebagaipedoman kisah hidup mereka. Mereka bukanlah calang2 orang. Adayang telah berkeluarga dan berharta, serta memiliki beberapa perniagaan sendiri.

Namun begitu, aku gembira kerana penghijrahan ku ke tempat baru ini telah memperkenalkan ku dengan seorang usahawan yang memiliki entiti pernaigaan yang pelbagai, keluarga yang bahagia serta memiliki seorang anak yang jelita. Sejak akhir2 ini, kami nampaknya semakin rapat. Aku harapkan agar kami dapat membina 1 hubungan yang berkekalan kerana akumemang senantiasa mengagumi individu yang berjaya. Dan jika diberi kebenaran, semoga ada sesuatu yang menggembirakan berlaku antara aku dengan keluarga individu terbabit.

Ingin aku tegaskan disini, aku bukanlah sapa2. Aku cuma individu yang berusaha segigih mungkin untuk memcipta nama dalam masyarakat. Dan aku masih lagi menuntut. Mempelajari ilmu yang tiada di kitab2 kuliah tempatan mahupun antarabangsa. Aku hanya aku. Seorang insan yang bemula dengan 0, pernah dihina, pernah melakukan dosa dan mohon diampunkan, serta sering ketinggalan dan gagal dalam mengejar impian. Kepada rakan2, berusalah segigih mungkin. Jadilah diri anda. Sesungguhnya, tiada apa untuk dibanggakan, terutama pada pangkat, darjat mahupun nama......sekian

Monday, September 20, 2010

~~Harga Secangkir Harap~~

Korban diri....itulah yang selalu aku hadapi tatkala mencuba nasib mencipta sejarah. Bukan jarang2. Ianya selalu. Ya! Dahulu mmg aku seorang budak hingusan. Mmg aku daif mentafsir. Kurang bijak merungkai tanda. Tapi itu dahulu. Kini aku berbeza. Sangat yakin aku telah jauh berubah. Tapi mengapa ianya masih terjadi?

Semenjak dahulu lagi aku telah menaruh harapan terhadap dirinya. Bukan paras rupa yang aku impikan. Bukan kecantikan yang aku dambakan. Cuma secangkir bahagia yang aku harapkan. Cuma secebis bahagia yang aku nantikan. Tapi mengapa ianya sangat mahal untuk aku dakapi? Terlalu mahal untuk diriku miliki?

Seorang gadis yang lembut dan lurus budinya telah lesap. Yang muncul dihadapan ku adalah sebuah watak yang berlainan keterampilanya. Engkau telah membuktikan bahawa dunia ini berputar. Engkau telah tunjukan bahawa masa itu berdetik lalu. Engkau telah membenarkan suasana berubah. Cuma yang pegun adalah aku. Cuma aku seorang diri. Kekal di satu titik tanpa seinci pun keadaan diriku berubah. Yang berbeza hanyalah bentuk. Terhakis oleh aliran masa. Akhirnya aku sedar itu. TERIMA KASIH KERANA MENYEDARKAN!!!!

Sang puteri cantik rupawan. Pujaan teruna seluruh alam. Budimu lembut batinmu sunggguh misteri. Engkau idaman setiap insan. Aku akui aku tergoda. Walaupun seketika kita bejumpa. Walaupun sepatah kita berkata. Engkau telah tunjukkan kekuasaan mu. Menakluki jiwa ku yang lemah. Membakar ragaku hingga rentung. Membentuk peribadiku supaya seiring dengan kehendak alam.......pada kacamatamu...Yang hakikatnya aku semakin terseksa. Yang sebenarnya aku merana. Kau pacu diriku sehabis laju. Kau perah keringatku sehabis kontang. Sehingga aku layu tak terdaya. Aku tewas lagi. Mulai saat itu, aku akui....AKU BEMINAT MEMILIKI DIRIMU.....

Sehinggallah sikap dingin mu mula menjeratku. Sehinggalah kelakuan biadap mu mula memualkanku. Aku mulai tertanya2. Pentingkah aku pada zahirmu? Bemaknakah jasadku untuk kebahagianmu? Atau aku cuma diperguna seperti tangga. Yang rela dipijak untuk membawa sesuatu ke mercunya......Aku buntu.

Setiap kali aku bangkin menentang. Acapkali aku bangun melawan. Kau damparkan perisai suteramu. Kau lagukan suara kemerduanmu. Kau alunkan tarian gemalai mu. Yang akhirnya membuat senjataku, kembali terhunus di sarunganya. Sungguh bijak engkau bermain. Sungguh cekap kau bersenjata. Aku mengaku tewas. Hanya satu pintaku. Lepaskan aku. Huraikan gelang sakti yang engkau patrrikan di tangan2 ku. Tunjukan jalan luas yang selama ini kau palingkan diriku daripadanya. TOLONGLAH! aku semakin lemah tidak terdaya.

2 gadis, 1 kehancuran, 1 kebinasaan. Pesanan kepada diriku. Ingatlah wacara tegasan yang aku pegang selama ini. Nikmatilah hidup semampunya. Alami hilai tawa riang gembira. Rasai sakit tangis sedu sedan. Nikmati kesemuanya. Pesanan untuk diriku yang fakir. Tinggalkan yang beban. Pikulah yang ringan. Aku harap aku tidak salah lagi mentafsir alam. Tidak lagi salah menduga gerak. Tidak lagi gagal mencipta langkah. Sehingga aku tersujud kegeringan. Kehinggalah aku kaku di pembaringan. Ingatlah ianya sebagai satu pengajaran perit diantara berjuta pengalaman pahit.

Ingatlah, itulah HARGA SECANGKIR HARAP!!

Sunday, September 19, 2010

~~Keliru...Semakin keliru~~

Kenapa seharusnya aku?Kot....mungkin ya. Mungkin mmg salah aku. Aku salah tafsiran. Tapi kenapa?

Mmg aku dah mulakan langkah. Mmg aku dah bertekad. Tapi kenapa sepertinya dia memilih?Akukah yang salah memilih?Ya! Mmg aku memilih. Aku pentingkan org yang amek berat hal keluarga. Aku pentingkan org yang menjaga tingkahlaku. Aku cari org yang boleh menjadi contoh. Dia adalah seperti itu...tetapi dulu. Kenape sekarang lain? Kenapa harta adalah lebih penting?Kenapa rupa fizikal menjadi keutamaan?

Kaliru sangat. Yang lagi 1 nie, mmg aku ada hati. Tapi aku rasakan si dia mungkin x berminat. So aku ketepikan....tapi kenape lately dia bg sign2 yang mcm tu?hurmmMesti ke aku yang jadi mangsa keadaan?

Mungkin aku salah. Mungkin aku silap. Mungkin si dia adalah lebih memahami. DAN AKU BENCI KEPADA MEREKA YANG PENTINGKAN DUNIAWI!!!!!!!!!!!!!!!!SGT BENCI!!!!!!

~~Raya, Raya & Raya...~~

Mesti ke kene happy bila nak raya? Puasa x penuh pun x sabar nak tunggu raya? Apa yang best nyer raya nie? Pelik kan.....ramai yang x sabar nak menunggu hari raya menjelang tiba. Tah ape istimewanya raya nie? Kisah kali nie aku nak story kat diri aku sendiri (walaupun aku tau nkorg bace!) kejadian2 menjelangnya hari raya aidilfitri.

OK....Aku mula bercuti hari Khamis rasminye. Balik2 jerk, aku tros kemas2 rumah n packing2 nak balik kampung. Mlm sebelum tu, aku bawak adik2 aku g shping spender memandangkan spender kami sume dah abis. Aku x tau ape sebab abis. Yang kompom, family aku x makan sup spender. Tp die ttp nak abis. Lg 1, spender aku bukan habos ok, tp dah longgar...sape tah guna spender aku buat ikat2 barang kat motosikal. Ape die igt spender aku tu getah wat ikat2 barang kat moto ke hape!cis!!!. Kembali kepada pangkal jalan, memandangkan aku dah berkerja secara x rasminye, aku bagi laa adik2 aku sorang 50 hengget. Banyak tu beb. Di ulang, sorg RM50!!!tp betol2 yang dapat cuma spender.huh! Aku dapat 2 kotak spender branded2 la, n 1 baju raye. Cukup aa tu. Adik aku dapat baju raya sorg 1 ngan spender cikai xde name...kah kah kah...sian kan diorg. Ambil perhatian; kami 3 beradik bersoping hanya di Tesko OK!!!

Dah abis cite spender. Dah tu, mlm khamis tu, pas buke kami 1 family pun siap2 laa nak balik. Yang hebatnyer, sampan aluminium yang mak aku beli aritu, panjat ateh bumbung keta aku tuh! Hebat x Impreza aku..haha
Skunk pecaye x?Slalunye, perjalanan tok sampai sg besar=2-2.1/2 jam. Walaubagaimanapun, kali nie perjalanan amek masa sampai 4.5 jam..pergh...letih drive beb!

RAye taun nie, aku x berape teruja untuk beraya, tp sebaliknya sangat2 teruja untuk memancing memandangkan my NiCo dah mendukung sampan aluminium, so focus aku hanyalah memancing.haha. 1 hari sebelum raye, aku menganyam ketupat yang tah pape tah. Haha. Xde rupe lansung. Yang segi tiga nya, yang kepala jumpa bontot nyer. Ptt la mak aku bising
kan kan kan...pelik kan.haha.

Huh?adik2 aku? yang tengah baut biskot cornfleks, yang sorang wat cipsmore ngan kek lapis serawak(memandangkan die ade menuntut ilmu buat kek lapis cokelat cadbury ngan lect die mase blajo kat uitm serawak!)


Akhirnya....tadaaaa!!!

ok lah...memandangkan mood aku skunk nie x bape elok, aku pendek kan cite....

Misi aku untuk raya kali ini adalah: mencari siakap dan akhirnya........ 3.8kg beb!!

bubye

Sunday, September 5, 2010

~~Kegembiraan Melampau!~~

Mood yang pelik hari ini telah aku alami. Aku gembira! Untuk tempoh sebulan yang aku telah lalui, hari ini benar2 menenangkan jiwa. Mana tidaknya, pada hari ini, aku telah bercuti. Pada hari ini, kami sekeluarga telah merancang bagaimana cuti hari raya akan kami habiskan dengan aktiviti raya dan santai memancing. Pada hari ini, aku telah mengetahui bahawasanya absorber NiCo tidak rosak. Juga pada hari ini, aku telah berjumpa denganrakan2 diploma untuk menjayakan majlis berbuka puasa, dapat bertemu dengan si dia, serta ada antara mereka yang menganggap aku telah menyertai club bina badan. haha. Apakah berita yang lebih bahagia daripada menerima pujian?

Esok, kerja keras ku bermula lagi. Bagi tempoh 2 hari yang memeritkan, aku telah bekerja dengan begitu bertungkus lumus, mengalami nyah-hidrat dengan terok pada siang hari dikala menjalani ibadah puasa serta jarak lokasi kerja yang semakin jauh; sejam perjalanan dari rumah! wah, bukan kah itu meletihkan?

Walaupun sedemikian, aku juga seakan gembira nak mati apabila en. syukri; bos aku di farmasi menyatakan kegembiraannya apabila dia secara peribadi nyata berpuas hati denganhasil kerjaku sehinggakan gaji ku telah dinaikkan berkuatkuasa serta-merta!

Sewaktu menikmati waktu2 santai bersama keluarga di hadapan kaca tv, semangat ku telah berkobar2 untuk melaksanakan aktiviti memancing kelak. Misinya; mencari siakap untuk di jinakkan. Episod river monster pada kali ini iaitu tiger fish, benar2 membangkitkan nafsu memancing ku di muara sungai bernam. Sgt2!

Hanya beberapa detik sebelum coret2 ini di catat, aku dan ayah telah menonton cerita tv berkisarkan sebuah syarikat yang beroperasi berlandaskan kreativiti menghasilkan jentera2 yang mampu menyelamatkan nyawa dan berkhidmat untuk U.S. Bapa ku kemudiaanya menyatakan bahawa aku adalah seorang yang kreatif, mempunyai banyak idea dan mampu untuk dinyatakan ke alam realiti(baru hari nie die nak mengaku ade anak yang kreatif...ciss!!!!). Walaubagaimanapun, baginda menerangkan bahawa adakalanya ideaku adalah mustahil untuk dijelmakan kerana ia memerlukan barang2 dan sumber yang sukar didapati dan adakalanya, cutom made...benarkah begitu?Tp x mengapa. Usaha lagi!

Aku juga telah membayangkan jika aku punyai masa pada esok hari; curi2 masa kerja untuk melihat2 kedai peralatan memancing yang lokasinya berjiran dengan farmasi baru ku. Aku ada memikirkan untuk memiliki jaring tangguk ikan memandangkan selama ini hanya mempu membuat sendiri tangguk tersebut.

Pada hari rabu ini, aku ada memikirkan untuk merayakan pemergian sahabat baik ku ke jepun untuk mengikuti kursus kerja selama entah hari bermula hari raya ke dua. Beliau yang sememangnya salah saorang rakan karibku, mmg berminat benar dengan aktor2 dan aktres2 jepun, korea dan apetah lagi...i have no idea!haha. Apapun, ini bermakna beliau akan meninggalkan malaysia untuk tempoh beberapa lama sebelum kembali ke tanah air dengan buahtangan khas untuk ku; pastinya begitu!!!hahaha

Sekian coret2 emosi pelik, slamat mlm!!!!

Friday, September 3, 2010

~~Biasa2 Sahaja~~

hurmmm. Dah 2 hari aku post citew ala2 gile. Hari nie biaq sayu plak. haha. Mlm nie aku xpat tidoq lg. Penat sangat kowt. Letih beb! Dari kol 12, sehingga pkl 11 mlm. Keje mengangkat. Angkat la pape. Lokasi dah tau. Tasik biru area2 sg.buloh-rawang sane. Jauh kan. Pas nie aku ulang alik g koje ke sane laa gamaknya. Tp ade berita gembira; gaji aku dah jadi 1 jam=rm5!!!!!klo pulun cecah 1k lebih gak tu..haha

Ble malam jerk, susah nak tidoq. Ble susah nak tidoq je, pastinye malam!huh. So ape lagi, mengelamun jauh la aku. Tp hari nie len cket. Kene browse fb dulu baru dtg feel emo!haha...feel emo pun mau di cari ka? Hari nie aku notice something. Life isn't easy kan. Nak senang kene ade wet. Nak ade wet kene koje. Nak ade awek kene kacak. Nak kacak kene kurus. Nak kurus kene seksa!haha...xpe...usaha lagi!

Hurmm. Ari nie jugak, balik dari koje dlm keadaan letih, aku dapat kabar berita dari shabat ku di sepital. Absorber die nyer kes lom settle lagi..huh..pore NiCo. Xpe2. Sok luse kua aa kau kot. Ujung taun kita pusing 1 semenanjung!ok? Banyak g x buat nie. Tka sport rim, blom. Cat, blom. Ekzos, blom. Yang dah settle, speaker, n set adjustable absorber...tp x dpt suite ngam dgn body mounting.hurmm

Tu jelah kot aku nak stori mlm nie. Owh ade lagi. Aweks tu masih blom gedebuk jatuh di tekel aku! bubye!!!ahakz

Thursday, September 2, 2010

~~Mungkinkah Kejayaan Di Pihak Ku?~~

Selepas sehari dari post gatal aku semalam, aku telah pun memulakan langkah pertama. Hahaha...post gatal!!!hurmm...Aku tertanya2 mungkinkah si dia telah pun mengetahui langkah2 mengorat dan memikat yang aku ambil?

Seperti biasa, subuh2 inilah idea datang mencurah2 untuk aku update blog. Hari mood aku tidaklah segila semalam. Hari ini i end up my day wondering; if shes know my from the bottom of my heart sincerely, to know her as close as possible. Kalau2 si dia sedar yang sememangnya aku serius dalam hal nie.

Bukan lah aku nie gatai sehingga kene makan ubat anti gatai(antihistamine/mentang2 laa aku kerje kedai ubat!!!), tapi aku rasakan sekiranya aku terus memendam rasa seperti 3 tahun sebelum ini, i'll get nothing. Aku akan rasa sangat rugi kerana aku mentafsirkan gadis seperti ini pada era dunia modern ini adalah sangat susah untuk dijumpai; sehingga mungkin saintis2 akan berebut2 untuk menangkap dan menjalankan eksperimen mengenai kesucian hatinya; memandangkan tidak ramai lagi spesis2 ini wujud di alam fana ini.

Aku rasakan aku jatuh hati dengan si gadis sengal ini bukan sebab nafsu semata2. Sebab kalau kerana nafsu semata2, kompom aku akan menulis blog2 lucah berkenaan bentuk badan model2 yang mulus dan jernih kulitnya...TIDAK!!aku bukanlah selucah itu!(hakikatnya aku adalah seorang yang kuat pegangan agama, sangat takot kepada maksiat, sangat hensem, kacak dan jambu...hahaha). Hati ku betoi2 berkenan dengan si dia yang tidak pernah tinggal solat, dan melihatkan kepada layanan si gadis kepada org tuanya. X kesahlaa walaupun dia pandai masak ker idak(hakikatnya, sangat kesah sebab aku nie ley aa masak takak2 nak bagi api dalam kuali naik 1 meter dari aras laut!!). Aku harap si dia akan mampu beri ku kesempatan untuk dirinya ditackel olehku nanti!!

Memandangkan aku telah menulis blig disaat2 malas2 ini, makanya...hurmmmm...nak tuka lah....hatta(baru sedap cket!) ingin sekali aku zahirkan di post kali ini bertapa aku kesal dengan post fb aku semalam. Aku sedar aku telah mengepos (bukan post surat raye ok!!) post2 yang bukan sahaja mampu menhiris, malah menghancurlebur, melenyek, mengoyak rabakkan serta menjahanamkan hati rakan2 yang membaca sehingga boleh di buat masak kicap! Oleh itu, disini aku tegaskan(bukan senang tau nak dpt statement nie) aku sangat2 kesal dan beribu maaf aku utarakan(selatan, timur, barat x payah!)

Hurmm. Manlis berbuka semalam, walaupun x berapa havoc, ttp cukup untuk buat aku pemerah pipi(blusing)!. Mana taknya, dorg ckp aku dah kurus kot!!!!!! Pakcik dah kurus?wahahaha..perlu di ingat yang life begin at 40...yeah! Semua perkara di event itu berjalan baik2 sahaja. Malahan air ciptaan tangan aku iaitu ashkreem soda+natadecoco (aku pelik seketika nape name die cm gitu?) + lychee, hampir habis. Perlu di ingat disini, Ashkreeem soda tu 3 botol, natacoco or watever name die, ngan 2 tin lychee tu sangat banyak untuk 12 org ok!

dah la tu...mate aku menjerit2 sebab x dpat nak produce taik mate pagi nie...kene keje pagi pull lak tu tok 3 hari nie......bubye n salam 1 jawe!

Wednesday, September 1, 2010

~~Adakah Ini Suatu Petanda?~~

Selepas dengan lena dan kencangnye tido semalaman sehingga kesiangan(sangat2 siang ok!!) aku akhirnya berjaya!!haha....Berjaya tidak dapat tidur malam semula. Huh...Sangat menyiksakan. Tetapi bukan sebab ketiduran yang buat aku x dpt tidur, tetapi aku yakin, sangat yakin sehingga mampu menolak talian hayat yang ke3 x2 itu.Huh!!

Alang2 dah x dpt tidur ini, aku ingat mau share same story lah....memandangkan ini blog aku yang punya, so aku nak share kat diri aku(walaupun ade org yang bace). Semenjak kami bertemu tempohhari, serta bayangan isi hati si dia yang di sms kan kepada aku, aku semakin terbayang2 akan si dia itu. Mana taknye, dari sms yang di text kan kepada aku, seolah2 dia menyatakan ;oit lokman, goda lah aku...godalah...im gorgeous now!!

Walaupun sedemikian rupa godaannya, aku memutuskan masih belum berani untuk tampil sebagai lelaki sejati memandangkan ex nya dahulu adalah kenalan ku. Patutkak? Tempohari aku ada menyatakan yang aku telah shortlist kan 2 nama....Tapi setelah ditilik2 balik, aku yakin saat ini(tepat pukol 5 pagi pada 1 hb september) si dia adalah yang terbaik untuk aku tatkala melihatkan layanannya kepada kedua orang tua nya.

Yang sorang lagi tu, ganeh tu mmg la ganeh, tapi kdg2 terlampau ganeh untuk aku manjakan diri aku kepadanya. (Huahahaha...ayat gedik!) Pada saat subuh2 yang dingin ini juga aku rasakan aku harus bertindak. Memandangkan aku ada menyimpan rahsia si dia, makanya wajar jugalah aku berterus terang tentang AKU SUKA KAMU!!Dengan itu, sekiranya kene riject pun, dia mungkin akan merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ramai. Tambahan lagi, aku pun bukanya jenis lelaki yang sukakan publisiti murahan. Berlakon pun wat org gelak jerk!huh....memalukan sungguh!!!!!!!!!!!

So, aku dengan ini mengishtiharkan tarikh permulaan hari raya....isq..merepek2...haha. Aku memutuskan yang aku akan berterus terang kepadanya dalam masa terdekat ini. Sekian luahan lelaki layu..haha

Monday, August 30, 2010

~~Antara Sayang, Rindu & Airmata~~

Semenjak kecil aku hidup berkawan2. Walaupun aku sering dibuli, aku tetap anggap mereka kawan. Tapi semenjak dua menjak nie, kenape kalau aku sunyi, xakan ada sape pun kawan yang available?

Aku slalu sangat terkenang hidup di asrama. Aku rapat dengan puak2 di sebelah kanan, kurang sedikit dengan puak2 disebelah kiri. Tetapi, kurang2 pun aku tegur. Masih ramah. Paling masuk adalah dengan Azrul Amri aka ketua dorm dan arwah firus.hurmm. Seronok sgt mase tu. Banyak main. haha.

Tp tgk la sekarang. Masuk hari ke 20 ramadhan, cuma baru beberapa kali jerk aku kua jumpa kawan2...baki lagi beberapa hari tu, buke kat umah ngan kat opis.slalunyer aku buke sorang kat opis. Sunyi kan hidup cm nie.....

Aku pun masih ingat. Mase kat sarawak dulu, punya susah nak lelap jugak. Sampai pernah jugak laa x dtg kelas tok amek test, padahal dah study punya kencang laa mlm tu. Puas aku cuba. Macam2 teknik. Last2 dengan menangis jugak aku dapat redakan keresahan. Sebenarnya, agak sadis jugaklaa ble seorang jantanz mengaku diridia menangis dah besau2 cm nie. Sadiskan.

Hampir2 nak masuk 25 nie, aku jadi takot sangat. Sangat gerun bila pk yang aku kene bina empayar sebelum ibubapa kita menjadi sakit dan uzur. Untuk nak bagi dorang rasa hasil dari tangan anak dia sendiri. Takot kan ble pikir balik. Ble pk nanti dah kawen kita ada tanggung jawab kat pasangan, tapi pada masa yang sama kene beri lebih perhatian kat org tua kita. Takutnya

Kadang2, ble mengelamun cmgini, aku jadi rindu kat kawan2. Sayang kat orang tua. Kalau ade mata air tu, ley aa jugak curahkan sikit bebannan perasaan tu kat die. Dah tu, aku single plak. Bila dah rindu ngan kawan2, susahnya nak terangkan. Klo diluahkan, kawan2 gelakkan. Sayang dengan orang tua pun segan nak bagi tau. Dah besar2 cm nie, klo dapat bagi dorang ape yang dorg nak, kompom puas ati aku.

Entahlah. Kadang2, menangis bukan jawapan. Tp kadang2, nak diluah lebih seksa dari nak di pendam.

Sunday, August 29, 2010

~~Betul Ke?~~

Untuk kali ke banyak2 nye dalam past 3 month aku ulang alik dari kampung ke tempat koje. Jauh?Tah laa....rasanya agak laa...2-2stengah jam baru sampai klo dari shah alam. So bayangkan klo abis keje klo 10 mlm, kol bape aku akan sampai ke kampong?Haaa....jauhkan...Tp pada stengah org, sempadan perak nie xda la jauh mana....hurmm....no comment.

Bukan la sebab aku x waras. Bukan jugak laa aku da out of my mind. Tp aku cuba membizikan diri supaya x kerap sangat merapu meraban. Mengelamun sangat pk pasai masa depan aku, kawan2 n kenangan lepas. Patut ke cm tu?

Ada sok sek dibelakang yang slalu je bbunyi; lokman skunk da sombong...xnak lepak ngan kawalkn2......Bukan cm tu sayang.....it just kdg2 ble keje sensorg, time xde nak ada bende tok dibuat, aku slalu jerk melayan emosi. Kdg2 sampai nak mleleh aa jugak. Maybe it sound silly, tp itulah hakikatnyer. Ape2?nak kate aku jiwa tisu? Cakap aaa....Xkecah pun.

Ada sehari tu, aku punya aa bosan. Bukak blog, fb ngan friendster.owh. Ngan youtube skali. DA tu dia dtg daaa...ade sape tah post video kucing kene potong kaki. Sedih ooo. Tp x nanges g. Then tjumpe lak page friendster arwah membe....tu betoi x pat cove.haha

Bulan nie aku rase aku dah jatuh cinta balik. Sbnrnye aku nie dah lame berperasaan, tp pendam dl. Kali nie da x pt cover. Aku sedang pilih yang terbaik. 2 personaliti. Yang sorang tu, jiwa sensitif. Kdg2 careless. Tp she will make ur day laa...dgn celotehnya, dgn ragam nye. Smayang x tinggal. Yang lagi 1 nie plak contra. Sangat agresif. Wat koje cekap. Tp sangat perahsantan die cun.haha. Sentiasa wat aku senyum jerk. Die nie lagi kejam. Stakat kene cubit, tampa, sepak dsb tu dah biase. Tp dedua x pandai masak.haha....mana 1 nkorg rasa?

Alang2 dah bukak blog kali nie, aku nak share. Aku cukup menyampah dengan pompuan yang perasan lawa, tp perangai cm iblis. Xde adap lansung. Kunun cun cm artis. Eyh, cik perasan, dgr nie. Aku pun penah blakon tau(walau cume 2 saat ke, 7 saat ke, janji kua tb). Xde laa perasan yang aku en. kacak!Xde pon post comment kat celebriti2 nyer page. Dan yang paling aku menyampah, orang kene layan die ikot kerenah die!pergh. Eyh cik perasan, tlg cket. Nko tu bukan laa penting pun dalam idop SEMUA ORANG!!!

Hurmm. Smalam membe2 aku ade buat majlis berbuka puasa. Aku x pat join. Sedih sgt. Dari dulu dorg mmg kawan sejati. Yang dok dekat2 tu, ley kate cm adik beradik aku dah. Rindu sgt. Tp nak wat cmane. Smalam sampai2 kat kampung jerk, sume dah ready2 nak tido. Mak long yang sambut aku. Tu pun dah ateh tilam dah. Die x bgn pun. almaklumlah, kampung aku xde bilik. Pakai bentang tilam jerk. Tetibe die tanye 1 soalan cepumas....man, nko nie rajin laa. Kerja, kemudian ikot family balik kampung. hurmm. Maklong, aku sangat sayang mak dan bapak. Niat aku nie cuma nak bagi dorg puas jerk dulu.hurmm. Mesti korg paham kan klo dok berdua jerk, anak2 xde. Sunyikan. Lagi2 perasaan org tua.

Pagi tadi, mase sahur, aku tetibe terpikir. Dulu mase sahur sangat meriah!bukan sahur jerk. Puasa, raya, bercuti....sume nyer best. Sekarang sume pun buat sendiri2. Da tu aku tanye maklong. Maklong dengan sempoi nyer jawab; mmg cm tu laa man, adat dunia. Masa kecik kita xde ape tanggungjwab pun nak pikir. Sekarang nie, x kerje nak makan ape. X de duit nak pakai ape, nak duduk mane. Dunia sekarang nie, klo xde kerje, xde duit, susah. Semuanya pakai duet. Ble dah kejar duit, kene ada tanggungjawa. Kat mak abah, kat adek2, kat jiran2......sebab tu sekarang kita slalu sendiri. betul ke? btl ke mcm tu yang berlaku?hurmm....

Dah letih. Semua pun dah lepas kat dlm blog. So nak layan feel lah plak.

Friday, August 27, 2010

~~Sesuatu Yang Aku Sesalkan~~

Hari ini cukup berbeza. Entah mengapa, aku rasakan aku harus lakukan ini. Ianya adalah salah satu perkara yang sering membebani setiap detik hidupku. Setiap saat seterusnya dalam hidupku adalah mencari ruang. Mencari sekelumit kemaafan yang biasanya sangat sukar untuk dihulur manusia.

Aku bukanlah seorang ikonik. Aku bukan seorang cendekiawan. Jauh sekali untuk menjadi idola. Aku lemah. Selalu tewas dengan godaan. Tapi aku mungkin unik. Kerana mahu mencari kejujuran. Mungkin pelik kerana menagih belas ihsan. Dan mungkin kurang berakal kerana mengakui kesalahan. Itulah diriku sebenarnya.

Setiap langkah permulaan ku adalah kegagalan. Mungkin itu takdir. Terapi aku bertekad untuk melawan. Aku kini menungkah arus. Namun, untuk setiap perjalanan yang aku mulakan, pastinya ada langkah sumbang di bumi yang ku pijak. Untuk apa yang aku nukilkan dikala subuh menjelmakan sifatnya, sejujurnya, ku pohon ampun beribu kemaafan.

Aku seorang yang sering menjadi mangsa keadaan. Aku lahir di dalam bumi tuhan yang pada masa itu kekayaan adalah keutamaan. Aku dibesarkan dalam keadaan serba kurang. Berbekalkan RM 0.30, aku kesekolah. Menjelang umurku 11 tahun, belanja sekolah ku meningkat sedikit. Aku diberi wang RM 1 sebagai umpan untuk ku terus mara ke menara gading. Aku sedar kesusahan ibubapaku. Namun, godaan duniawi lebih menarik perhatian ku.

Akhirnya aku tewas. Aku mula lakukan pelbagai perkara jahil semata2 mahu hidup senang ataupun mendapatkan perhatian. Dikala aku berjaya, kegagalan adalah bayanganku. Disaat aku mekar, dosa adalah bajaku. Di waktu aku berdiri megah, aku sebenarnya insan yang kesakitan dan sering terjatuh di jalan lapang lagi rata.Untuk setiap usaha yang aku semai, sebenarnya aku cuma menyulam sesalan di hari tuaku.

Sehinggalah aku mula temui sinar. Selangkah di menara gading, aku akhirnya berjaya menyinsing tirai kegelapan yang selama ini mengaburi pandangan ku. Aku nampak jalan sebenarnya. Cuma yang aku perlu lakukan adalah memilih. Jalan berliku yang curam tetapi pendek ataupun jalan lapang dilitupi awan redup sepanjang jalan yang sangat panjang.

Keputusan jalan hidupku bukanlah terletak ditanganku sebenarnya. Anda yang membaca adalah sebabnya sebenarnya. Untuk setiap watak dalam jalan cerita yang berlainan, anda adalah kuncinya. Orang yang membentuk peribadi hidupku pada hari ini. Untuk itu, terima kasih dariku secara peribadi aku lontarkan.

Terima kasih untuk apa? Untuk setiap memori yang kita telah sama2 pahatkan. Untuk setia disisi dikala aku kegusaran. Untuk bersama tertawa di dataran kecemerlangan. Untuk terus menghargai kewujudan ku. Untuk segala nasihat yang telah di di berikan. Untuk terus kekal menganggapku sebagai seorang RAKAN. Untuk rela berada sebaris dengan ku di mercu kejayaan, walaupun dasarku adalah hitam dan kotor. Terima kasih untuk itu.

Siapa yang aku maksudkan? Anda yang sudi membaca, ataupun terpanggil untuk membaca, mahupun aku jemput keruangan ini untuk membaca. Setelah beberapa tahun menjadi kuli batak hidup. Mengejar kebahagiaan kemudian hari, aku telah sedar. Sebenci-benci aku dengan kalian, setitik rasa menyampah dengan gelagat anda, aku kini sedar. Kamu merupakan latarbelakang ku kini. Pengalaman ku hari ini. Berjuang dikalangan masyarakat adalah sangat memeritkan. Baru aku sedar kini, kamu merupakan kenangan manis ku.

Yang aku benci sebelum ini menjadi bimbingan. Yang di muakkan selama ini menjadi panduan. Walaupun cuma seketika perasaan itu. Walaupun hampir kesemuanya aku senang dengan kamu. Terima kasih kerana menunda ku dari kegelapan. Terus menunda ke arah sinar kehidupan. TERIMA KASIH! Aku ratapi apa yang aku lakukan kepada kamu dahulu. Maafkan aku........ Semoga anda berjaya di dalam hidup!

Wednesday, August 25, 2010

~~Aku punyer blog, Aku punya suka!!~~

Hei kamu, ini blog aku empunya. Suka hatilah apa aku nak tulis. Peduli apa dengan ape yang korg rasa. Peduli ape dengan koranggelakkan. Ada aku kesah?

Hey kamu!!Ini blog aku gunakan sebagai tempat untuk melempias perasaan dan emosi. Ada peraturankah yang halang aku buat benda2 bodoh dan merapu nie? Untuk apa yang korang rasa, ada aku kesah?

Hey kamu!!Panggil laa aku nie dengan apa2 pun. Semuanya betol. Sebab kamu bukan sesiapa pun. Xde kesan pun dalam idop aku nie..Xdenye luak masaku. Untuk itu, ada aku kusah?

hey kamu!!dengar sini. ini aku punyer blog, untuk itu, aku punya suka lah!!!!!!

~~Akukah Benar, Atau Merekakah Benar?~~

Aku masih seorang lelaki didalam keluarga yang masih mampu menurut kata. Aku adalah seorang anak didalam rumah yang masih lagi melakukan kerja2 rumah sebagai rutin harian. Namun begitu aku masih salah dalam segala2nya. Salah. X betul. X kena. Apa yang aku buat mesti x menjadi. Apakah masalah sebenarku? Apakah aku benar? Ataukah mereka yang benar?

Aku masih lagi turun ke dapur untuk memasak. Aku juga org ke dua didalam keluarga selepas bapaku yang mampu menjelmakan idea kreatif. Hasil kerja ku juga adalah yang ke dua terbaik selepas bapaku dalam bab merekacipta dan mengubah suai barang2 mengikut keperluan. Aku telah mencipta alat yang mampu mengeluarkan tenaga elektrik yang dijana oleh kuasa angin. Aku telah mencipta alat pengoksigen ikan untuk menyimpan umpan dan ikan hidup. Aku lah orangya yang paling effisyen dalam menggunakan internet dan tahu motif2 dalam menggunakan internet. Aku adalah kuli batak yang selalu sahaja menurut kemahuan untuk membayar bil, keluar membeli barang2 dapur ataupun kehendak peribadi org lain. Aku juga pakar dalam hal ubat2tan. Untuk itu aku masih salah? Untuk itu aku masih x benar?

Mungkin kerana aku adalah orang ke dua yang pandai memasak dikalangan kami 3 beradik? Mungkin kerana aku kurang arif dalam hal2 agama seperti adik bongsuku? Mungkin kerana kerja2ku dan emosi ku tidak sekonsisten adik2 ku? Mungkin kerana aku x pandai mengambil hati ibu bapa seperti adik2 ku? Mungkin kerana seorang perenggus dan marah apabila semua yang aku laburkan tidak menjadi? Mungkin kerana itu kah aku salah?

Ya....jika itulah sebabnya, mmg aku salah. Aku adalah pemarah. Aku tidak sabar. Aku kurang mendengar kata. Dan aku tidak pandai mengambil hati orang tua. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat ku ketika mereka sakit. Kerana mereka sering mengambil tindakan yang sangat tidak wajar kepada adik2 ku ketika kesalahan mereka kelihatan seperti zarah di antara puluhan ribu gunung ganang. Untuk itu, aku adalah pesalah!!!!!Jangan berkira2 untuk kamu mengambil mudah kewujudan ku. Hukuman yang setimpal. Silalah.

Andainya aku dapat memulakan hidup sendiri dikala ini, alangkah bahagianya. Andainya aku mampu merancang peribadi ku sendiri, alangkah indahnya. Sekiranya aku mampu menyumbang kepada mereka, alangkah bagusnya. Tetapi aku juga khuatir. Aku risaukan keselamatan mereka. Aku ambil berat pendapat mereka. Aku cuma mahukan mereka memiliki apa yang mereka idam2kan sebelum mereka tidak terdaya. Aku tidak berpindah keluar. Aku masih mampu memekakkan telinga. Mungkinkah kamu mahu aku berpindah? mungkinkah kamu mahu aku jauh diperantauan seperti dahulu? Zahirkanlah. Nyatakanlah supaya aku penuhi apa yang anda berdua hajatkan.

Aku......inginkan 1 motivasi baru yang dapat terus menjana hidup gembira ku. Aku mahu 1 inspirasi yang mampu buat aku terus berkorban dan berlelah2 untuk kebahagian orang lain. Tuhan ku yang maha gagah lagi maha memahami, makhbulkan lah permintaan ku. Sesungguhnya aku mahu berjasa kepada mereka;orang tuaku. Sesungguhnya aku mahu lihat kebahagian adik2 ku melebihi kebahagian diriku. Sesungguhnya aku mahu berkorban tanpa perlu ada rasa berat dan mengeluh untuk membakar diri menerangi insan lain. Tunaikan lah ya Allah.

Monday, August 23, 2010

~~Berilah Untuk Menerima~~

Walaupun cuma baru 24 tahun melihat dunia, aku kini akui aku telah muak dengan segala bentuk ragam isi nya.Tepu dengan kepura2an. Sarat dengan godaan. Penuh dengan kedustaan yang menyiksakan. Ramai antara kita yang tidak sedar. Yang leka bahawa mereka sebenarnya telah menjadi tahi kehidupan. Terlena dikala masih kuat untuk mengejar kebendaan yang boleh mereka agung2kan. Masa muda cuma sekali, dan haruslah kita bergembira sepuasnya....benarkah begitu?

Aku semakin pelik dan bosan apabila ramai dikalangan ku yang bangga menjadi ikon nafsu remaja. Tidakkah kita semua sedar kita bakal temui tua? Mahukah kita menyesal di kemudian hari, sejenak termanggu memikirkan bagaimana mahu mengundur balik masa untuk mengubah masa lampau? Slalu sahaja kedengaran kan....andai dapat ku undur masa~~...

Dari mereka yang bangga dengan paras rupa, kepada mereka yang bongkak dengan apa yang mereka ada. Dari mereka yang bermegah untuk melobi maksiat dan keganasan untuk mendapat perhatian sehinggalah mereka yang mahu selamanya hidup dalam dunia khayalan. Ramai bukan?. Kiralah dengan jari jemari, nescaya anda akan sedar bilanganya tidak terhitung ramainya.

Apa sebenarnya yang aku bisingkan? Apakah perkaranya yang aku kecohkan? Begini. Mungkin ada yang berpendapat, aku ini adalah org yang pelik. Tetapi rasionalnya, setiap insan impikan masa depan yang cemerlang. Mungkin ada diantara kita yang sering dambarkan kehidupan akan datang yang harmoni, penuh dengan tawa riang anak2, serta kegembiraan ibu bapa kita yang sedang ingin bermain bersama cucu2nya. Jadi mengapa mahu berbuat perkara yang salah?

Sifirnya senang sahaja. Untuk dikasihi, kita perlu mengasihi. Untuk dilihat, kita perlu melihat. Untuk di dengar, kita perlu mendengar. Sukarkah? Sekiranya itu, terjadi dunia kita akan aman damai. Tenteram dan harmoni. Bukankah?

Untuk itu, 1 perkara yang secara teorinya mudah; berilah untuk menerima. Aku akui namun begitu, adakalanya sukar untuk dilaksanakan. Tetapi, cubalah. Anda akan dapat rasakan nikmatnya. Kepuasannya. Bezanya. Org berbudi kita berbahasa. Org memberi kita merasa. Jadi, Berilah untuk menerima!

Sekian coret2 sahur.......

Saturday, August 21, 2010

~~Kos0ng~~

Fikiran ku entah dimana. Tubuhku berduduk kaku di kerusi. Apa yang aku fikirkan. Kos0ng. Bukan mengelamun. Cuma Kos0ng. Hampir 1 jam aku duduk2 sahaja memikirkan tentang diri ku. Aku kini sangat pasti. 100% pasti yang aku masih lagi tidak dapat pastikan hala tuju yang sebenarnya.

Sepanjang 24 jam yang menyeksakan; batuk, selsema, demam dan masih lagi tidak tidur untuk tempoh lebih 24 jam, bermacam bentuk bayangan yang menerjah benak ku. Pelbagai soalan bermain di fikiran. Sehingga kini, aku masih lagi mencari dimana aku sebenarnya. Ada pendapat mengatakan, muhasabah diri sblm tidur. Nescayanya kita akan lebih baik dari semalam. Benarkah begitu? Tapi aku rasakan semakin aku pikirkan segala bentuk perbuatan yang lepas2, semakin berat otak ku memproses. Semakin kacau bilau pula aku jadinya. hurmmm........

Menjelang berlalunya bulan Ogos, genaplah 3 bulan aku berdiet. Bukan sekadar mahukan bentuk badan, yang utama adalah cuba mengenalpasti dan memantapkan disiplin diri. Akan tetapi, purata merit yang aku labelkan .....mungkin gred C untuk 2 minggu sejak menjelmanya ogos. Entah bagaimana, aku seperti hilang arah tujuan. Seolah2 seseorang yang tak tahu lansung apa yang sedang dilakukan. PELIK!!!!...Folus ku sedikit keciciran pada bulan ini. Mungkin akibat sedikit tekanan dari luar diri....mungkin...

Bulan ini juga adalah bulan yang sangat gembira bagi bapa ku. Bukan apa. Ulangtahun hari lahir nya telah kami adik beradik sambut dengan 1 event yang belum pernah kami anjurkan. Dengan jumlah tetamu seramai lebihkurang 30 orang, kami juga telah mhadiahkan sebuah tlepon bimbit touch screen yang sangat di idam2kan. Semua yang ttelah di lakukan adalah di luar rancangan kami sebenarnya. Walaubagaimanapun, aku gembira untuk membuat ibu bapa ku senang hati.

Waktu2 kerja di Farmasi Smart Care pula boleh aku anggap sebagai waktu untuk mentafsir definisi bosan sebenarnya. Selama hampir 4 bulan aku disini, segala2nya tampak sama. A sampai Z....sama! Aku mulai bosan dan selalu merapu dikala shif ku tiba menampakkan muka.arggghhh...mungkin aku perlukan motivasi baru.

Aku ada terfikir untuk menghilangkan diri seketika selepas tamat pengajian. Mungkin sebulan 2. Aku mahu mencari siapa diriku sebenarnya. Kampung pada firasatku lokasi yang sesuai. Almaklumlah, cuma ada beberapa buah pekan koboi, dan berhampiran pantai. Lokasi untuk berhibur paling hampir pun kira2 80 kilo; Pekan Sabak Bernam/ Teluk Intan. Jauh sekali hiruk pikuk bandar memecah gegendang telinga. Mungkin sangat sesuai untuk aku bertapa bertemankan bunyi kerbau-lembu. Boleh juga seketika aku penuhkan dada dengan ilmu2 kerja kampung.

Mengingati kembali detik2 yang berlalu, Farmasi anis, Farmasi Smart care, restoren2 dan warung2 kecil tempat aku memdapatkan pendapatan sambilan dahulu, serta farmasi color cosmetik adalah kejadian terbaik pernah berlaku kepada ku. Melalui kalian lah aku dapat mengasah bakat yang sebelum ini aku x pernah pun tahu aku punyai. Bahkan, dengan andalah hubungan ku dengan rakan2 bertambah akrab. Aku juga gembira dapat mengenali beberapa personaliti hebat yang secara individunya aku sanjungi dan hormati. Ada yang hebat dari segi gaya, ada yang gagah dari sudut pencapaian, ada yang .....macam2 lah. Siapa tu, biarlah aku sendirian yang tahu.;p

Hurmm.....jam kini tepat menunjukkan pukul 1 tghari. Aku rasa, wajib untuk ku kiranya dapat melelapkan mata untuk beberapa minit mungkin. Aku perlukan rehat yang cukup sebagai bekal kerja 12jam hari ini. Harap2nya, rasa mual dan pening ini hilang lah dari mengganggu kosentrasi kerja, mungkin selepas mendapat rehat sebentar nanti.

sekian

Friday, August 20, 2010

~~Sang Jelik Dan Dewi Jelita~~

Alur hidup kami berbeza. Dia ibarat seorang puteri. Aku cuma pengemis. Masing2 punyai agenda tersendiri. Aku cuma mampu memburu untuk hidup. Si dia adalah pemangsa yang membunuh untuk kepuasan. Watak yang sangat berbeza.

Namun begitu, dia punyai auranya yang tersendiri. Unik. Sangat menarik perhatian. Dia bergaya. Senyumanya asli. Jelinganya tajam. Segala2nya cukup untuk membuat sang wira kecundang tanpa perlu menghunus keris.

Aku pula cuma mampu melihat. Mengintai dari segenap celah untuk seketika menikmati keindahan cintaan tuhan. Itulah kebiasaannya. Aku kira, cuma sinaran hidupnya mampu mengubati keresahan hatiku. Adakalanya, cukup untuk membiarkan aku kembali beradu didalam kesakitan berbisa.

Pernah juga aku punyai kesempatan. Pernah seketika aku disuakan peluang keemasan. Aku hulurkan kepadanya punca kehidupanku. Aku tadahkan padanya sumber keabadian ku. Namun begitu, bukan lah mudah untuk merumus dan mengandaikan kesudahan bahagia yang terjangka. Sang dewi perlukan lebih dari jiwa seorang dewa. Perlukah aku berkorban untuk impiannya?

Aku mengalah. Aku sedar bahawa perit andainya ku jatuh tersungkur di puncak takhta. Aku mengaku kalah. Aku mengaku yang aku hanya mampu mengintai gerak geri sang bulan dari tempat pembaringan ku. Hanya mampu melihat dirinya tertawa menari. Riang menari ditemani bintang2 sepi.

Sebagai kenangan kepadanya, akan ku pelihara sekuntum mawar merah. Akan ku sisipkan kegembiraan dalam mekar kuntumnya. Akan ku siram curahan kasih sayang ke pinggir akar mu. Agar dapat kau hidup disamping diriku. Sesungguhnya keindahanmu layaknya ku samakan dengan sang dewi. Yang terpelihara murninya disamping sang gagah yang berwajah hodoh.

Thursday, August 19, 2010

~~Aku Masih Waras~~

Bersaiz besar, mempunyai masalah dalam mengawal emosi dan sedang berusaha untuk memperbaiki, bercita2 tinggi sehingga adakalanya merugikan. Itu adalah beberapa sifat yang aku kira kadangkala menjadi beban dalam hidupku. Aku rasakan yang aku mungkin dapat pergi lebih jauh sekiranya aku mampu mengatasi masalah2 peribadi ini. Tapi apakandaya. Aku insan lemah.

Aku juga manusia. Adakalanya aku perlukan sanjungan. Perlukan sokongan. Sangat2 perlukan perhatian dari masyarakat dan insan2 tercinta untuk terus hidup dengan riang dan gembira. Aku mahu hidupku terus dijana kreativiti dan inovati. Aku bangga dapat menyalurkan pendapat dan ilmu kepada masyarakat. Tapi pada masa yang sama aku juga perlukan inspirasi. Perlukan sumber. Perlukan tenaga untuk hidup. hurmmmm......

Mungkin kedengaran tidak masuk akal apabila aku gunakan masa2 tertentu, terutamanya sejak kebelakangan ini untuk membentuk kambali fizikal dan emosi. Bukan mudah untuk menjadi punca kepada kehidupan orang lain. Tp mungkin ada yang berpendapat aku berkelakuan sia2. Benarkah? Ini hujah ku!!

Mereka yang mempunyai paras rupa yang menarik (tidak kiralah saiz badan, bentuk fizikal atau apapun) selalunya dapat berkomunikasi dengan org lain dengan lebih berkesan. Dengan itu, sedikit ilmu di dada yang di curahkan pun seumpama menyiram air sejuk ke tekak yang kering kontang. Semua akan setuju. Semua akan bersetuju tanpa asa kata2 halangan kedengaran.kita pula akan rasa diri kita dihargai.

Kemudian, nilai2 diri dan keyakinan diri bertambah. Kita akan merasa kurang segan untuk berkomunikasi dengan individu lain.Mempunyai perwatakan yang menarik, pada teori akal ku akan dapat memberi persepsi yang berbeza tentang sesuati perkara. Kita akan menjadi lebih berani mencuba sesuatu. Lebih berani untuk mengeluarkan idea2 bernas dan mampu menghadapi hilai tawa orang lain.

Akhirnya, meterialistik jugak amat kita perlukan sebagai backup plan. Sekiranya kita hilang idea untuk memberitahu umum siapa kita, perkenalkan sahaja apa yang kita miliki. Melalui parang2 peribadi juga, personaliti yang hebat juga mampu dibentuk. Keyakinan akan mula memancarkan sinar. Bukan kah begitu??

Kepada mereka yang slalu mengkritik, aku bukan lah orang yang tidak mampu berfikir. Aku bukan lah bodoh..cuma aku hidup dalam tekanan. Namun begitu, aku adalah insan yang waras. Sentiasa waras, dan selalu waras!!

Sekian

Wajarkah?

Menjelma sang ramadhan kali ini, aku punyai lebih banyak masa untuk aku mengimbas kembali perbuatan2 ku, mentafsir mimpi2 yang sering bermain di benak fikiran, serta merencana apa yang terbaik untuk menjadi lebih baik dari semalam. Almaklum lah, dikala malam melabuhkan tirai, umat islam ke majid...bertaraweh bersama2...aku di sini bekerja diatas arahan. hurmm......xde org kot datang nak beli ubat!!

Untuk pertamakalinya, aku mulai berfikir. Setelah apa yang aku anggap sebagai kejayaan untuk memperolehi sesuatu, membuktikan sesuatu, atau apa2 jua tindakan ku, aku mulai ragu2. Wajarkah? Setelah berkira2 kembali, aku sedar yang aku telah membelanjakan RM 1.5k hanya untuk sistem speaker, RM 500 untuk kelengkapan memancing, RM700 untuk lain2 kelengkapan seperti kasut, baju dan lain2, serta RM4k untuk memperolehi kereta 2ndhand yang seperti baru. Jumlah semua, lebih kurang 8k untuk tempoh 6 bulan. Isu sumber tidak pula timbul kerana aku dianggap bekerja. Tp masaalah dasarnya, wajarkah?

Dahulu aku anggap dengan sedemikian rupa sahaja lah aku dapat membuktikan kepada mereka2 yang selalu memandang rendah kepada ku bahawasanya aku bukan bodoh, malahan jauh sekali tidak berkemampuan. Tapi kini aku mulai sangsi bahawa walaupun, sekiranya, jika dan hanya jika aku dapat buktikan aku betul pun, jumlah itu mungkin terlalu besar untuk seseorang seperti ku. Untuk di habiskan bagi membuktikan sesuati yang tidak pasti...umpama menegakkan benang yang basah aku kira.

Aku bingung kini. Mungkin cuma hari ini, atau beberapa hari, atau sebulan dua, atau selama2nya aku rasa bersalah. Entahlah. Perlukah begitu? Wajarkah aku?

Friday, August 13, 2010

Apakah aku bukan aku?

Aku hanyalah seorang yang biasa2 sahaja. Tiada apa pun yang menarik yang dapat menggamit ramai individu mendekat kepadaku. Tiada 1 pun. Bermulanya perjalanan kisah hidupku dari seorang kanak2 kurus keding yang mahir mencuri dan malas belajar. Cacian, makian, hinaan, malahan tumbuk terajang telah menjadi asam garam sehinggakan aku telah lali dengan semua itu. Aku masih ingat lagi pertama kalinya aku terlibat dalam perkelahian. Lawan ku seorang samsing sekolah. Aku dengan beraninya mengankat muka dan mencabar individu terbabit. Itu dahulu.

23 tahun. Usia ku di bumi yang fana ini telah membuatkan aku kaya dengan pengalaman2 yang aku sendiri inginkan. Kini, dengan bangganya aku boleh mendabik dada menyatakan aku adalah seorang yang boleh berubah....malahan aku telah berubah!!!. Berubah apakah? Dari pada seekor katak kepada otromen kah? Ataupun dari seorang manusia miskin yang kini mampu terbang atau berlari sepantas kilat kah? Tidak. Bukan itu yang aku maksudkan.

Dari sorang yang malas, kepada seorang yang ringan tulang. Dari seorang yang pendiam, kepada seorang yang peramah. Daripada seorang yang panas baran kepada seorang yang pemaaf. Dari seorang budak kurus yang selekeh, aku sasarkan untuk menjadi seorang remaja yang tegap dan berpendirian menarik. Wajarkah untuk ku mengejar sifat2 sementara keduniaan ini? Salahkah kiranya aku terus berangan dan bermimpi untuk memiliki? Atau kiranya berdosa untuk ku menikmati masa muda ku dengan bahagia?

Menjelang hari coret2 ini dinukilkan, aku telahpun memiliki beberapa perkara yang sedikit cukup untuk buat ku senyum sendirian. Tertawa kepuasan. Adakalanya menangis kegembiraan. Ya!!! Dengan usaha ku sendiri. Tetapi, 1 persoalan kerap menerjah kotak pemikiran ku. Aku telah sebelah kaki meninggalkan imej kotor, selangkah membina watak wiraku, adakah aku kini menjadi lupa dan alpa dengan semua yang aku ada? Perlukah aku duduk bersenang-senang setelah apa yang aku perolehi mampu memberi kemewahan? Atau wajib bagiku duduk dikelilingi mereka2 yang susah; untuk sama2 berkongsi bahagia; sama2 merasai pahitnya hempedu, sama2 menikmati manisnya madu. Perlukan?

Aku beriya menetapkan had2 tetentu. Cabaran fizikal yang perlu aku hadapi setiap hari. Suatu disiplin diri yang dapat membentuk 1 imej baru kelak. Kini, hasilnya mulai nyata. Ada bezanya sewaktu aku bermula sehingga kini. Baru bermula. Tidak banyak bezanya. Tetapi ada hasilnya. Untuk sebab itu, apakah aku mulai lalai dengan halatuju ku? Adakah aku mulai bongkak? Ataupun sentiasa diriku mendongak dagu? Aku x pasti. Aku keliru. Aku tak tahu. Aku sendiri x dapat tafsirkan.

Untuk selama 23 tahun menjalani hidup sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang abang dan mungkin beberapa kali mengemis watak sebagai seorang kekasih, adakah aku sebenarnya bukan aku? Siapakah aku sebenarnya, Benarkah? Apakah aku bukan aku?

~~Aku si Nelayan Moden~~

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Aku masih berjaga dek kerana meneman dan memberi tunjuk ajar yang sedikit kepada rakan2 tentang bagaimana untuk menyiapkan proposal. Sambil2 menunjuk2 kepandaian yang tidak seberapa, sempat juga aku menggilap dan meminyakkan joran kesayangn ku yang telah mendaratkan seekor anak ikan pari. Untuk sekian kalinya juga, rindu ku kepada desiran ombak dan hembusan lembut bayu laut menjelma. Baru aku sedar. Sudah beberapa minggu aku lupakan hobi ku yang 1 ini. Aku mulai kepingin.Bayangan kekuatan ikan tebal pipi yang telah aku naikkan ke jeti membuatkan aku mengidam untuk kembali beraksi. Suatu angan yang dalam masa terdekat ini sangat mustahil aku laksanakan. Maklumlah, aku telah berhasrat untuk melupakan seketika aktiviti yang mampu mendatangkan sedikit kelapangan di minda dan mampu meredakan seketika kekusutan dalam menempuh arus kehidupan. Untuk mencapai target memburu sedikit wang sebagai landasan melobi lain2 aktiviti masa lapang di kemudian hari. Sesungguhnya kerinduanku yang maha hebat ini sukar untuk ku bendung lagi. Bilakah agaknya aku mampu kembali memegang gelaran nelayan moden.Kepada yang mengerti, terima kasih kerana memberi peluang untuk ku melempias rasa. Sesunguhnya AKU SANGAT RINDU!

Wednesday, August 11, 2010

~~Cuma Secebis Kenangan~~

Puasa menjelma lagi. Sudah beberapa tahun kiranya aku tinggalkan zaman kegemilangan ku. Yang Ku jejaki kini hanyalah sisa2 kegembiraan, tangisan dan airmata setelah apa yang aku idam2kan hampir punah. Namun begitu, aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum, bergembira dan tertawa riang walau didalam keadaan yang tidak seberapa membanggakan.

Ketika ini, di saat ini, pada detik ini, ingin rasanya aku imbas liku2 kehidupan ku di masa lampau. Untuk beberapa kalinya aku pernah menjalani ibadah puasa bersaorangan tanpa ditemani oleh sesiapa.

Aku kira aku berjaya mencipta imej dan identitiku bermula pada tingkatan 4 di sekolah berasrama aliran teknikal dan vokasional. Sehingga menjelma sang Ramadhan, aku pada ketika itu di tingkatan 5, sedang rancak berperang dengan kertas soalan peperiksaan bersenjatakan pena. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan dimana dewan sekolah menjadi lokasi bersejarah di dalam hidupku yang menyaksikan aku hampir2 tewas kepada emosi. Aku pada ketika itu, kerapkali berbuka dengan bubur lambuk sebagai juadah utama kerana tiada apa pun di asrama yang mampu membuka selera.pernah juga aku diam2 menyelinap ke kelas dan membuat megi lantaran muak dengan hidangan tersedia pihak asrama. Waktu bersahur pula sedikit berlainan. Biasanya aku sangat berselera. Mana2 lebihan yang tidak diambil oleh pelajar lain, menjadi habuan ku. Waktu antara berbuka sehingga bersahur pada kebiasaanya akan kami habiskan dengan menelaah buku2 rujukan teks sekolah di dalam kumpulan. Antara watak2 diantara kami adalah Azim Manan, Afiq Misman, arwah Faifuz Dimyati, serta sekali-sekala bersama Muhammad Ridzwan(wan basah)

Situasi yang sangat berbeza ketika aku menuntut di politeknik shah alam, ingin membawa pulang segulung kertas yang sangat bernilai. Di sesi pertama ku, aku menghadapi Ramadhan dengan sekadar air kosong dan roti sahaja. Sekiranya ada duit terpijak, berpikir2 juga aku untuk membeli nasi lemak yang dijual dari tingkat ketingkat. Pernah selama seminggu aku tidak punyai wang, aku menggalas perut ku dikala azan berbunyi dengan hidangan Oat yang ku campurkan dengan gula. Masuk hujung munggu ke 2, bau sahaja Oat, mual tekak ku. Bagi mengelakkan terasa akan kelaparan, selepas manjamah juadah yang ala kadar itu, aku bersolat sebelum kemudianya aku melelapkan diri seketika.

Di Sarawak, hampir setiap hari aku memancing. Alasanya mudah. Untuk dijadikan lauk bersahur pagi nanti bersama rakan2. Di perantauan, aku dan beberapa rakan karib ku selalu sahaja memasak bergilir2 mengikut tugas. Adakalanya aku pada hari tertentu perlu mamasak lauk pauk dan mereka yang lain menyediakan air dan pinggan2.begitu lah kehidupan seharian selama 30 hari di kepulauan borneo. Di sana, aku kagum melihat beberapa resepi masakan yang sukar di temui di semenanjung. Antara yang menjadi kegemaran ku adalah umai obor2 yang pada dasarnya mmg ianya obor2, di siang untuk memastikan yang ianya boleh dimakan.hurmm. Rasanya adalah seperti sotong..haha...unik kan.

hurmm...dikala menunggu azan berbunyi, sempat juga aku nukilkan sebuah coret2 untuk mengimbas kembali bagaimana aku lalui ramadhan untuk beberapa tahun lepas.Aku rasa itu lah sebenarnya yang telah membentuk personalitiku. Aku sangat berpuashati dengan siapa diri aku sekarang ini. Aku juga mampu tersenyum setelah dengan gagahnya pada suatu ketika mengukirnama di pentas masyarakat untuk memberi tahu bahawa sememangnya aku wujud!!

sekian........

Sunday, August 8, 2010

~~Salahkah untuk diriku bermimpi?~~

Melewati tarikh 8/8/2010, aku masih rasakan aku di takuk lama. Tiada bezanya antara aku pada waktu ini, 3 tahun dahulu ataupun mungkin 10 tahun akan datang. Aku tetap aku. Masih sukar untuk aku usahakan apa yang aku angan-angankan. Aku masih seorang yang sukar untuk di fahami, masih lagi seorang lelaki yang ego dengan sikap ingin mencuba, serta tetap sukar diramal. Mungkin yang berbeza di saat ini adalah penampilan, tetapi 1 ketentuan yang pasti; aku adalah aku.

Sehingga ke hari ini, aku masih sibuk mengejar cita2. Mungkinkah ianya cita2? Atau cuma sekadar landasar bagi ku untuk terus bermimpi lagi. Aku gagal menyingkap tabir di sebalik persoalan ini. Mungkin ini petanda aku akan kecundang lagi?.

Kelmarin aku ke Selekoh, Perak untuk bersama2 dengan kaum kerabat dan asal-leluhur diriku. 300 orang. Itu lah jumlah keluarga besar kami. Aku dikira sebagai angota generasi ke 2 kami merupakan seorang cucu kepada arwah kiyai Hj. Jaafar. Ketika di majlis, makcik2 dan para nenek mengajukan soalan yang sedikit pedas bagi ku. Bila nak kawen. Fuh. Merah padam aku dibuatnya.

Bukan soal menolak jodoh. Bukan isunya memilih. Tp aku rasa belum berjumpa dengan seseorang yang betul2 memahami. Aku bukan lah tidak pernah bercinta. Aku bukan lah seorang yang segan untuk meluahkan perasaan. Tetapi untuk memilih seseorang yang padaku, wanita, serta memahami setiap sudut diriku pada dunia moden ini; sangat mustahil. Aku mungkin pada awlnya rasakan, ianya tidak lah sesukar mana. Tapi andaian ku terbukti tidak berasas.

Aku pernah berkasih2 dengan gadis yang aku kenali di zaman2 awal pengajian ku di politeknik. Pada awalnya, aku sangkakan, pencarianku telah berakhir. Tetapi takdir telah membuktikan yang sebaliknya. Dia kecewa dengan sikap ku yang padanya acuh-x acuh. Sejujurnya, aku masih sayangkan sidia. Tetapi aku tidak menduga yang sidia memasang spare. Aku sangat tidak menyangka. Mungkin bukan rezeki ku.

Sebelum itu, aku juga pernah berkongsi perasaan dengan seorang yang padaku mungkin jelitawan. Sebut sahaja nama, 1 seksyen 19 rata2 kenal dengan si dia. Aku terpaku dengan senyuman dan jelingan tajam yang menggoda kalbu gadis dari borneo ini. Tanpa ku sangka, isyarat2 tanpa sedia dari ku dapat dibaca dan ditafsir oleh si dia. Lalu kami berjanji. Gadis berketurunan Bidayuh menjadi sandaran hati. Namun begitu, ianya tidak kekal. Dek tekanan dari ibu bapaku, akhirnya aku terpaksa melepaskan si dia. Biarlah, asalkan ibubapaku bahagia. Padaku, ia pengorbanan yang sangat besar yang pernah aku buat. Namun begitu, biarlah...

Kini, aku masih lagi sendirian. Kadangkala, inginjuga aku lepaskan perasaan. Namun tiada tempatnya. Sehingga kini, aku masih lagi tercari2 diriku yang sebenar. Masih lagi mencari sesuatu yang dapat melekakan ku. Aku tetap aku. Dahulu, kini dan mungkin selamanya.

Sekian..........

Monday, August 2, 2010

Asalamualaikum..ucapan pembuka kata dari ku yg telah lama tidak mengakifkan diri dalam dunia blogger nie. Hampir2 dua bulan jugaklah. Ini hari aku kembali memenuhi ruang2 kosong di tinta cyber ini untuk mengimbas kembali percapaian dan prestasi ku sepanjang bulan julai lalu.

Mungkin ramai yang x tau, x berminat nak tau atau mmg xnak amek tau lansung. Aku tersangatlah sibuk dengan angan2 yang mungkin kepada segelintir individu....(wah wah wah..terhenti kejap..ade awek sabah bah datang mok beli obat bah..abis berdarah idong aku)....hurmm....sampai di mana tadi..sudah lupa sudah..hahaha...ok...aku sangat sibuk dengan aktiviti2 yang mungkin pada kacamata dan pemikiran orang len adalah angan2 semata. Sibuk dengan memenuhi hasrat untuk memiliki sebuah sampan sendiri, sibuk untuk memiliki sebuah kereta sendiri yang selesa dan ala2 racing, serta ingin memiliki sebuah set memancing yang sesuai untuk sungai, pantai mahupun laut dalam.

Kini, dengan pantasnya julai meninggalkan aku. Hampir2 juga aku tidak merasakan yang aku telah malalui liku2 kehidupan selama sebulan. Cepat sungguh. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kereta pertama melalui hasil titik peluh ku sendiri akan di masukkan ke dalam pusat kesihatan kereta untuk di cat dalam minggu ini. Tentang gaji pula, bulan julai merupakan bulan yang sederhana untuk bicarakan tentang perbelanjaan kerana arahan Tauke Farmasi untuk aku memulakan tugas bermula pada pukul 6 dan berakhir pada pukul 10 malam. Hasil O.T. juga tidak banyak

Menyentuh mengenai progress diet pula, seperti yang dijangkakan, penurunana sebanyak 8 kg pada 2 minggu pertama akan menyebabkan jumlah susutan pada minggu2 berikutnya hanya mencatat jumlah yang kecil. hanya 2 kg untuk minggu ke 3 dan ke 4. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, diharap agar usaha ini dapat di tingkatkan lagi di selangi dengan ibadah mudah2han.

Hubungan dengan rakan2 nampak gayanya, ok2 sahaja. Ada jagak la turun men futsal2 kali ngan zahid, shah, shahir, anip kimi dan len2. Tp lepas tu hanyut lah. Sibuk la katakan.haha. Walaubagaimana pun, aku masih belum dapat mencari sesiapa untuk membuka pintu hati untuk berkasih2(eee, geli la plak). Mungkin belom lagi kot, dan mungkin juga aku cume terpikir untuk mengejar cita2 dahulu. Tapi kadang2 bila ujan yang turun dengan lepas tatkala mata tidak mahu terpejam, perasaan nie mula lah melayang2 tah kemana. Kekadang tringin jagak. Tp apakan daya. Patik orang miskin. Cita2 dahulu, ok!!!!

Bulan 8 ini pada diri ku amat bermakna. Mana tidaknya, 8hb adalah tarikh keramat buat ayahanda ku yang sangat dicintai. Aku ada bercita2 untuk membelikan beliau handphone touch screen x kira apa brand skali pon lah. Dia mmg teringin benar gamak nya sehingga tercakap2 jugak lah 2-3 kali. Untuk adik bongsu ku, telah aku hadiahkan sebuah mesin penumpas ikan2 berskala 5-20 kg untuk pancingan laut dalam. Gembira x terkata si bob ble dapat hadiah mcm tu. Biaselah, time gaduh tu sampai bertumbuk. Time menangis tu sampai berpeluk. haha..adik beradik la katakan.

Motivasi aku untuk bulan ini adalah untuk mendapatkan kepuasan berkerja sebelum diberi cuti untuk berhariraya dan berehat2 bersama keluarga. Biar letih btl kerja bro, baru rehat tu puas. Selain tu, misi kali ini juga merupakan serampang banyak mata yang ......tau2 sendiri lah eyh....haha....nak mengumpul duit untuk membeli sebuah enjin sampan berkekuatan 5 kuasa kuda, mengumpul duet tok bercuti di hujung2 tahun kelak

Semua yang aku rencanakan, diharapnya mampulah untuk diterjemahkan menjadi sebuah nikmat yang di kongsi bersama, tidak kiralah keluarga, kawan2, mahupun kekasih hati( borak lebey, awek pun xdak). Apa yang penting, kita sentiasa membantu antara 1 sama lain untuk bangun bersama2 sebagai sebuah komuniti yang kukuh.

Sekian....
#p/s-aku rindukan kawan2 ku!!!!

Thursday, July 22, 2010

~~Semalaman Di Kelong Paradize~~






Sejak seminggu yang lalu aku asyik tidak lena tidur memikirkan keadaanya. Segala kelengkapan telah seminggu awal aku sediakan. Buat pertamakali lah katakan nak merasai nikmat laut dalam. Cuti pun aku dah apply seminggu awal..haha..sumanya gara2 hobi memancing ku ini.

Bila tiba pada tarikh yang ditetapkan, aku pun berkemaslah. Awal aku bangun pagi tu. Kemudian,ayah ku mengajak aku melihat2 umpan hidup yang dikatakan sebelum ini. Namun malang menimpa. Udang hidup yang dijanjikan oleh penternak udang kehabisan stok. Cuma yang tinggal hanya sebesar jari kelingking. Makanya, kecewalah kami 2 beranak. Nasib baik kenalan ayahku dapat membantu. Namun, dek emergency punya hal, harga yang naik 30 sen dari 50 sen seekor udang hidup kepada 80 sen tidak menjadi hal. Kami pun memesan kira2 150 ekor udang hidup dan 20 ekor sotong kurita kecil (paul)yang masih hidup.

Selaps itu kami pergi melihat2 mesin joran keperluan ayah ku yang masih belum dibeli. Barang2 yang lain termasuklah 3set tari berkekuatan 40, 50 dan 60 paun, tali hantu berkekuatan 40 paun dan 70 paun, batu ladung bersaiz 10, 8, 6 dan 5(besau bapak aah binatang nie) serta beberapa set matakail berskala besar. Aku lihat jam, sudah menunjukkan tepat pukul 12. Sedangkan kami berjanji untuk bergerak pada waktu yang sama.

Selesai membeli belah kami pun bergegas balik ke rumah. Kemas2 apa yang patut, kemudian terus memecut ke arah destinasi yang di idami. 1 lagi masalah menimpa. Air laut surut dengan sangat cepat. Pemandu bot kemudianya menelefon untuk memberi tahu bahawa, sama ada bergerak tepat pukul 3.30 petang atau terpaksa pergi pukul 9 malam dari jeti. Kali ini dengan nada serius. Terus lah kami 3 kereta menekan pedal minyak, 12-14 kilo sejam.haha. Kemudian, 1 lagi masalah berlaku..kereta mini kepunyaan ayah ku telah kehabisan minyak!buat hal btl....

Kami tiba tepat pukul 3.40. Pindah kan barang2 dan bot terus bertolak ke kelong yang di perkatakakan. Ditengah jalan, bot pula tersadai dek air yang terlalu surut. Namun, setelah 5 minit membetulkan keadaan enjin bot, dan dengan kepakaran pemandu bot kami kemudian meeruskan perjalanan.

Setibanya kami di sana, aku sangat terpegun melihatkan keadaan kelong yang berdiri gak dan selesan untuk sebarang jenis percutian. Ada bilik untuk disewa, ada ruang makan yang cukup luas, dan tempat memancing yang cukup selesa. Tanpa membuang masa, rakan2 yang lain terus sahaja memasang umpan dan mencampakkan perambut masing2 ke dalam laut. Aku pula........masih terkial2 menggantikan tali benang ke dalam mesin ke tiga2 joran milik ku. haha. Sungguh malang.

Selapas beberapa jam menunggu, aku lah yang beruntung untuk merasmikan tangkapan pertama. Hasilnya seekor ikan tebal pipi sekitar berat 2.5 kilo. Nak terbang beb joran gua layan. Namun dengan bantuan pemancing2 lain di sana, ikan tersebut berjaya di daratkan.

Malam itu, aku seorang lah yang tidak lena. Dek ingat kan bayaran sebanyak RM 150 seorang, aku terus menghayun joran ke lautan biru. Malam itu sahaja, 3 ekor ikan telah berjaya aku tawan. Seekor tebal pipi, seekor senangin yang mempunyai berat sekitar 700 gram dan seekor sembilang kecil. Keesokan harinya, seekor pari pula menjadi mangsa keadaan apabila meragut umpan kailan aku. haha. Nasib lah. Rejeki tetap rejeki(nak tgk gambar, kat fb la bro)

Selama 24 jam disana, aku lah juara kerana mampu mendapatkan hasil sebanyak 4 ekor ikan. Mereka2 yang turut serta dalam ekspidisi ini hanya mampu tersenyum dengan 2 atau kurang ikan. Malah, 3 orang individu termasuk bapaku gagal memperolehi sebarang hasil. haha. Kesian. Sungguhpun begitu, kami masing2 bersetuju bahawa tempat tersebut sangat selesa dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk melempias cuti dengan berehat2 dan bersantai sambil memancing. Sangat selesa. Kami bercadang untuk turun kali yang ke dua lagi 2 bulan akan datang (dek kerana ada yang x puas hati dengan kejayaan ku dan nak repeat balik).

Sekian sahaja lah coret2 kali ini. Mata pun dah kuyu, so nak tidurlah. bubye!!

Tuesday, July 20, 2010

~~The Toughest Discipline I Ever Face~~

I am not a good looking person. My physical was not in shape. But it was my destiny. Maybe I was born to be this way. To deal with this issue. I am tired of being a dumb-lazy-fat boy. For this reason, now I was trying to challenge fate. It has been 2 month since the day I start to work on it.

It starts with changing my routine. I am trying to change my eat habits. Avoid to eat rice, and take minimal requirement; only a plate of rice for a week. For a month, my focus diet is on consuming vegetable and fresh meat. For me, it seems not to burden and affect my daily activities. But it does give affect on me in certain way positively. I am starting to consume fewer cigarettes than before. I do not know what the concrete reason for this behavior is. And for the first time ever, my body feels less weight. It also affects my personality; to become more active in life and increase my self esteem.

July is the 2 month for this programmed. Even though at first, this diet seems does not reflect my routine life, but now it getting tougher. Sometimes, vegetable and fresh meats could not fulfill my appetite anymore. So I have to do something about it. Now I am trying to replace my food with lighter one such as natural fiber like oats. And I will be dead meat if it still could not counter starve.

For additional exercise, I am using my dumbbell I bought 2 years ago and using it with maximum weight of 10 kg, 2 times a day. It would be nice if I had time and could run for 1 km a day. But I don’t have a time for such activities. I am hoping that this diet and activities could drive me to get a new identity; the other side of me. Tq for reading……. ;p

Thursday, July 15, 2010

~~Semangat Yang Membara~~

Alhamdulillah. Hari nie aku terima sehelai kertas yang di atasnya tertera angka 846 (setelah tolak seratus sebagai advance ari tu). Terkejut lah jugak aku sbb jumlah yang aku jangkakan sedikit rendah, mereka nampak gayanya menghargai usaha aku di syarikat mereka. Tq En. Syukri dan Pn. Fatin. Walau cawangan cuma break event jerk, tp tetap menghargai staff. Start bulan nie bos aku suruh aku kerja start kol 6 balik. Tp minggu lepas dia offer aku tok buat fulltime. Kol 9 pagi kat seksyen 7, 6 start kat pinggiran usj. Haha. Tq bos sekali lagi.

Hari nie aku pas keje jerk, tros memecut ke tempat bermain futsal. Lama dah x jumpa Amli. Seronok jugak dapat seminggu sekali join geng2 bersukan. Semenjak kerje nie, agak ssh jugak la nak kua kan peluh. Nasib bek kamu ada Zahid. Dapat gak la beriadah walaupun malam2. Hari 1st turun, jari bengkak. Hari nie siku lak lebam. Apepun, doa saya kepada adik kimi besar; semoga cepat sembuh la eyh. Skill dah ada, cuma keberanian tu....x kene tempat lagi. Xpe..usaha lagi.

Sebelum ke gelanggang futsal td, sempat gak beli kfc tok adik aku yang kecik skali nie. Umor die kira2 dah genap lah 21 tahun. Means that tanggungjawab tu dah makin besar, kene la tanggung sendiri. Sesame la kite ringankan beban mak ngan abah eyh. Aku doakan nko supaya lepas nie senang nak dpt koje. Lagi 1, sila lah mulakan diri tu untuk berjinak2 dengan kerja part time. Bio susah dulu..xpe. T nko da dapat RM, apa yang nko ndak pun sume ley dapat. hehe. Apy bufday bob!!

Balik2 men futsal td, sempat gak layan fb dl sblm basuh baju. Banyak gak kawan2 yang sedang berduka. Xpe kawan2. Rintangan tu adalah ujian. Kalau lulus periksa SPM sekali lagi pun dengan semerlang sekali pun, kalau xde ujian dalam idup, kelak kita senang tersungkur. Kepada Azie, Ecah, Ain, Shida dan lain2, sabo2 la yerk menghadapi dugaan.

Mungkin minggu depan aku nak try memancing kat area laut dalam lak. Kelengkapan dah beli. Tq la kat abah sbb membenarkan aku merasai nikmat menjinakkan ikan yang berskala besar. N tq jugak kerana slalu memahami. Kamu adalah yang terbaik lah. Contoh teladan yang paling aku sanjungi.

Suma2 nie lah yang memberi makna baru dalam idop aku sbnrnye. Tanpa kamu, tanpa nikmat, hidup nie jadik kosong la beb. haha. Untuk semua yang terlibat dalam menyemarakkan lagi usaha ku untuk berjaya dlm idop(walau x sebut nama kat dalam karangan nie pun xpe) tq bebanyak eyh.

P.S. ada masa t jom la kita lepak reramai. Buke puasa sesame ke...nak x rakan2?