Monday, June 28, 2010

Perhitungan.....

Lagi 2 hari cukup sebulan aku berkerja. Semuanya hampir ke penghujung. Bak kata orang, penantian itu menyiksakan. Mmg btl pun...sangat tersiksa. Ble di pikir2 balik, payah jugak nak capai target. Tp alhamdulillah la.....semuanya nampak ok.

Bab2 duet nie mmg isu sensitif. Sepanjang bkerja, dapat jagak la save sikit ngan wat o.t. n ade sikit side income...boleh laa. Tp yang penting skali bos ok, x berkira sgt n x poyo sgt. Segala2 pun rasa ok.

Bab diet pulak, pun alhamdulillah...x banyak yang turun tp turun jugak laa. Lepas je abis kelas, selera aku tros ilang nak mengadap nasik. So aku just mantapkan lagi la ngan aksersize rutin n makanan yang memualkan mcm ikan rebus n sayur. Tp nampak gayanya, bulan depan kene rancang diet lain la plak. X boley blah la bulan2 asek makan cm tu jerk....adoi.....

Bab perempuan plak, ok cket laa. Calon2 tu.....hurmm....maybe ade kot. Tp yang sebenar nye mcm malas nak pk lagi. Ade sapu, xde dok diam2. Hahaha. Cm tu lak. Hurmm. Tq lah kepada si dia yang x bosan ajak aku kua nie......hehe

tu jerk la kot aku nak story...kali nie xde jiwang2....simple, sempoi n semak jerk..haha

Thursday, June 24, 2010

~~Menghitung Hari~~

Semakin hampir dengan tarikh yang berkenaan, semakin runsing dan berdebar2 aku rasakan. Maklumlah, aku telah diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan lampau buat pertama kalinya di dalam hayat ku. Aku juga telah memiliki sebuah kereta yang ingin ku dedikasikan hiasan serta rupa bentuknya kepada mereka2 yang telah hadir dalam hidup ku; memberi corak dan kesan keatas sejarah hidupku yang lampau. Kepada mereka semua, terima kasih banyak2.

Aku juga semakin tidak keruan apabila memikirkan kerjaya masa depan serta halatuju hidupku kelak. Apa yang aku harapkan, aku akan masih seperti dulu; tenang dan dapat menikmati setiap saat yang berlalu. Kini, sebelah kaki ku telah berpijak melepasi sempadan; bermakna aku hampir2 perlu berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga serta rakan2. Untuk pengetahuan semua, ia adalah satu perasaan yang mengerikan dan menggentarkan.

Sedar tak sedar, hampir sebulan aku bertahan untuk makan gaji serta mengumpul ilmu tanpa 1 hari pun diperuntukan untuk cuti2 dan berehat2. Melihatkan tarikh yang kini telah memcecah angka 24, aku menjadi semakin tidak sabar membayangkan hari2 yang telah dirancang bersama rakan2 tersayang; menghabiskan masa bersama2. Ekspedisi menawan semenanjung kunonnye. Moga2 apa yang dihajatkan tercapai hendaknya.

Aku juga rindu hendak menghabiskan masa ditepi pantai mahupun sungai, bermain unggun api dikala malam melabuhkan tirai serta merasai kekuatan tatkala rod pancing yang di sangkutkan umpan direntap ikan. Begitu lama rasanya aku tinggalkan semua ini. Sungguh lama.

Kepada mereka yang membaca catatan peribadi ini, terima kasih kerana sudi menyelam isi hati diriku yang kini kegersangan oleh keseronokan dan cabaran alam semulajadi. Sekian al-kisahnya....

Tuesday, June 15, 2010

Permainan dunia......

salahkah ku mengejar cita2?
salahkah ku ingin memiliki bahagia di usia muda?
salahkah ku ingin mencari cinta?

kau muncul untuk seketika
bersama2 dikala bahagia
kau pergi di saat gerhana
tinggalkan untuk ku derita

untuk apa semua cerita?
untuk apa semua kisah cinta?
mungkinkah cita2 ku menghalang hajat mu?
atau mungkin bosan dengan niatku?

aku sekadar insan biasa
watak ku mungkin sederhana
tapi aku punya cita2
untuk terus menakluk dunia

kau seorang puteri kayangan
yang diimpikan setiap insan
mengejar kebendaan dan keseronokan
dan tinggalkan semua kedukaan

mungkin aku telah salah tafsir
mungkin kau telah merencana
aku kini meratapi takdir
yang telah kau ambil semua

inilah dia dugaan ku
inilah dia resam dunia
inilah dia permainan dunia.......

cinta dan penghujung usia........

Kelmarin, aku telah di pertemukan oleh kuasa Nya yang maha esa dengan seorang lelaki separuh abad bernama Pakcik Bakar. Berkunjung kerumah anaknya di usj 1, dia adalah seorang bapa dan suami yang kesepian. Dikurniakan 4 orang anak, serta berdiri di hujung2 hayatnya dia telah bersungut. Cerita nya yang sersahaja tetapi benuh misteri, aku mendengar dengan penuh khushuk.

Alkisahnya, anak lelaki yang sulung hampir2 sahaja mencecah umur 30 tahun. Anak yang kedua telah berkahwin da belum mempunyai anak walau telah 8 tahun berkahwin dan. yang ketiga hilang entah kemana tanpa kabar berita dan yang bongsu mencecah umur 21 tahun. Pakcik Bakar gemar datang ke tempat ku berkerja kerana dia kagum dengan semangat ku yang tanpa mengelur, mencari rezeki bertungkuus lumus(katanya).

Oleh kerana senang bercerita dengan ku, die hari ini telah menceritakan satu kisah yang tidak diketahui oleh semua termasuk anak2 nya. Dia mengaku tidak sehaluan dan tidak sefahaman dengan isterinya. Namun demi masa depan anak2, pesara polis ini dan isterinya tidak mahu bercerai. Dia juga telah menceritakan kepada ku bagaimana isterinya memaki hamun serta sangat gemar mengutuk keturunan Pakcik Bakar. Aku mulanya tidak percaya. Bagaimanapun ketidakpercayaan itu bakal dihapuskan oleh Pakcik Bakar.

Setelah 5 minit menelifon isterinya, dia yang berdiri dihadapan ku telah memasang "loud speaker". Sengan telinga sendiri aku telah mendengar. Sangat sedih aku bayangkan. Baru 2 hari lepas dia mengadu kepada ku. "Rindu makcik kau lah" katanya. Petang tadi riak mukanya menceritakan segala2nya.

Pakcik Bakar juga ada menceritakan kepadaku bagaimana malasnya anak2 mereka untuk keluar berkerja. Anak lelaku sulung nya dan anak bongsunya hanya duduk2 di rumah manakala anak perempuan nya yag sudah berkahwin berkerja sebagai pegawai bank. Di rumah anak perempuan nya( tempat dia singgah sebentar untuk menginap dan melapas rindu yang berhampiran dengan tempat kerja ku) hanya membuat rumah sebagai bilik tidur. Tidak pernah memasak serta sangat jarang menghabiskan masa bersama suami mahupun keluarga yang lain.

Dia juga ada bertanyakan kisah hidup ku. Seperti yang anda semua telah ketahui, ceritanya sama seperti yang terpapar dalam journal2 di blok ku sebelum ini. Kemudian dia ada memberi nasihat. "kamu muda lagi"kata nya penuh semangat. Pesannya sangat beremosi, pilih calon isteri dengan teliti kalau tidak mahu menjadi sepertinya kelak.

Ianya membuatkan ku terpikir sejenak, bagaimana kelak dengan kisahku. Bagaimana permulaan nya. Bagaimana akhiran nya. Adakah ianya penghabisan yang bahagia? Atau sekadar cuma untuk memenuhi kenangan2 silam supaya dapat di perturunkan kepada generasi seterusnya.

Tanpa sedar, masa telah berlalu sepantas kilat. Baru sebentar tadi aku masuk. Kulihat jam telah mencecah angka 10.15 malam. Aku telah terlambat 15minit untuk "closing". Sedar keadaan ku yang kelam kabut, Pakcik bakar telah meminta izin untuk pulang tanpa mahu mengganggu kerja ku. Sempat juga dia mempelawa aku untuk minum2 selepas kerja di restauran berhampiran, tetapi ku menolah. "Jumpa esok aje lah pakcik. dah malam nie" kata ku. Sambil tersenyum, dia berjalan pulang berseorangan.....

Monday, June 14, 2010

Pemuda Miskin Berjiwa Besar

Tabah hatinya cekal azamnya
Ciri sebenar sifat dirinya
Menikmati hidup tujuan hidupnya
Agar kelak bahagia hidupnya

Sering menangis tatkala tersedar
Bila hasilnya jauh tersasar
Aku lah orangnya berwatak sebenar
Walau miskin jiwaku besar

Dikala susah ditemani rakan
Menagih simpati disaat sukar
Jiwa mereka sama sepadan
Wujud kasih sayang sebenar

Sambil belajar mengejar impian
Pengalaman lalu sebagai iktibar
Itulah kisah dijadikan pedoman
Pemuda miskin berjiwa besar

Sunday, June 13, 2010

asal usul sang singa si raja rimba

Cerita bermula dengan kelahiran seokor anak singa. Sang ibu telah melahirkan 4 ekor anak singa yang comel. Dalam meniti usia remaja, sang ibu slalu sahaja mengawasi anak2 mereka supaya tidak bermain2 jauh dari kawasan. Singa2 liar pula sentiasa mencari peluang agar dapat menghapuskan bakal2 pesaing mereka. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang mereka perlu sedar dan belajar. Tidak lupa juga konflik yang perlu dihadapi dalam kehidupan seharian, termasuklah persaingan sesama adik2 singa yang lain.

Menjelang remaja, sang ibu mula membawa anak2 singa belajar memburu. Ilmu yang diajar adalah cara bagaimana sang singa dapat memburu secara berkumpulan. Dan apabila dewasa dan cukup pengalaman, sang singa dilepaskan secara sendirian untuk menetapkan halatuju masing2. Bermulalah kisah bagaimana sang singa mengorak langkah untuk mencipta empayarnya. Namun begitu, kejayaan sang singa tetap bergantung dengan kumpulan yang disertainya, dan bagaimana sang singa mengepalai aktiviti kumpulanya.

Inilah yang dinamakan lumrah alam. Tiada yang terlepas dari takdir Nya; dari sekecil semut sehingga sebesar2 gajah. Begitu juga manusia. Setiap insan perlu dijaga dan dididik oleh ibu bapa mereka. Sehinggalah mereka mampu berdikari dan penuh pengalaman suka dan duka, mereka tetap masih perlu berhadapan dengan kerenah masyarakat yang disertai.

Aku dibesarkan dalam keadaan miskin oleh keluargaku. Sedari kecil ku, telah diajar dan ku lihat bagaimana ibubapaku cuba untuk menyara keluarga serta berhadapan dengan kerenah masyarakat dan ekonomi setempat. Aku sendiri telah mula berniaga di pasar2 malam dari umur ku mencecah 7 tahun. Aku pernah melihat bagaimana keadaan rumahku yang penuh dengan barang2 untuk dijual kepada rakan2 pejabat ibu bapaku-cuma ada cukup2 ruang untuk kami ber5 menjalani kehidupan.

Bila menjangkau umur belasan tahun, aku telah mula berkecimpung dalan dunia perniagaan sendiri; bagi menampung perbelanjaan harian sekolah serta minat remaja ku. Aku telah mula belajar memasak, membuat kuih-muih serta mencari palanggan sendiri. Ia berterusan sehinga aku di terima masuk kedalam institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan kelulusan yang mampu memastikan masa depan ku terjamin. Di institusi itulah aku telah berniaga topup, mengambil upah membasuh kain serta menjalankan kegiatan fotokopi bersama rakan2.

Pada penghujung pengajian, aku telahpun memberanikan diri untuk memceburi bidang kerja didalam industri sebenar-secara sambilan. Aku telah membuka perniagaan katering dan pembekal makanan sejuk beku bagi kawasan shah alam(seksyen 19&20) , membuat kerja sambilan di farmasi dan menjadi seorang pelajar pada masa yang sama. Hidup ku benar2 terisi sehinggakan aku digelar dato' oleh rakan2 seperjuangan dek terlalu sukar untuk ku menjalani kehidupan sepert remaja lain; melepak dan bersantai selepas kelas.

Buat beberapa kali juga, kisah cinta; seperti kisah2 novel romantis; datang dan pergi. Mungkin kerana aku tidak mampu memberikan komitmen dalam hal2 seperti itu. Mungkin juga aku terlalu sibuk mengejar hal2 duniawi. Akhirnya keseronokan dalam kesibukan itu terhenti. aku berjaya menyambung palajaranku ke peringkat yang lebih tinggi; melangkah setapak kehadapan untuk menjiwai salah satu watak didalam ribuan pelakon dalam masyarakat.

Aku telah berpijak dibumi asing. Segala2nya tampak begitu berbeza. Budaya, bahasa dan perjuangan hidup mereka benar2 berbeza. Disana aku telah sedar bahawa kewujudan kita umpama setitik zarah di dalam ruang udara yang tak terkira besarnya. Aku cuma seorang pemain didalam ribuan pejuang. Dek kerana telah terbiasa dengan kehidupan yang pelbagai dalam satu masa, aku mulai rimas dan merindui kampung halaman. Tanpa berlengah, aku telahpun mengaturkan sesuatu.

Kini ku telah kembali ke kampung halaman ku, menjejaki sisa2 ilmu yang telah di timba di bumi asing lalu. Aku bermula dengan kisah seorang pelajar di sektor pendidikan awam sebelum kembali berkecimpung didalam dunia kerja secara sambilan.

Setelah beberapa lama menjiwai watak pelajar, akhirnya aku hampir2 ke penghujung jalan cerita; satu akhiran yang malang bagi belia yang leka mencari keseronokan dunia seperti ku. Kesedaran itu lah yang membawa aku untuk menyelami watak2 yang lebih serius. Antaranya adalah watak sebagai pekerja, watak sebagai bapa, watak sebagai seorang pembimbing rakan dan pelbagai lagi. Kini aku masih lagi mencari2 siapa sebenarnya diriku. Yang aku risaukan adalah kisah2 kegagalan mereka2 yang terdahulu yang pada hakikatnya jauh lebih berpengalaman sebagi insan berbanding diriku. Aku akui, adalah sangat sukar untuk menjadi siapa yang kita idamkan, dan adalah begitu senang untuk kita meniru siapa yang kita benci.

Harapan yang tinggi menggunung telah di lakarangkan agar mereka yang bergelar sahabat sama2 mencari peranan dalam permainan dunia. Agar yang buruk itu dihindari, yang cantik itu di kerumuni. Adalah penting bagi kita semua untuk menentukan siapa diri kita di dalam masyarakat, bagaimana haluan kita di rencana dan kisah apa yang terbaik untuk di ingingati oleh mereka2 yang lain supaya suatu akhiran yang terbaik dapat di ramal.

Sekian lah kisah asal usul sang singa si raja rimba

aku dan malam2....

Seringkali cuba melelapkan mata, tetepi gagal. Aku mulai muak dengan kerenah mereka. Dahulu kata mereka aku ketiduran di siang hari. Kini bila aku sudah kerja, masih ada lagi masalah itu. Kedengaran juga tuduhan2 baru yang mengatakan aku berjaga malam.... Jelas sekali bahawa aku sudah tiada tempat mengadu nasib.........aku perlu seseorang.....nampaknya aku perlu tempat bergantung yang baru..

Pelbagai cara telah ku cuba untuk menyelasaikan masalah gagal untuk tidur ini. Dari menukar cadar dan sarung bantal setiap 3 hari sekali sehingga mengekalkan kewangian bilik melalui wangian ruang peribadi. Ia masih terjadi.

Mungkin aku rindukan seseorang. Mungkin aku terlalu impikan sesuatu. Mungkin kah begitu? Aku masih tak pasti. Apa yang pasti adalah aku tlah berusaha, tetapi masih gagal.......Ya Allah, selamat kan hambamu ini dari amarah yang tidak berfaedah...amin...

Saturday, June 12, 2010

hikayat seorang budiman


Tatkala melihatkan tarikh yang kini telah menjangkau angka 13, azam dan tekad ku semakin berkobar2. Apa yang ku impikan.........adalah untuk memperolehi kepercayaan penuh majikan untuk menguruskan operasi kedai (farmasi) selain dapat menceduk sedikit ilmu pengurusan yang selama ini diaanggap sebagi rempah rahsia kejayaan kebanyakan usahawan. Aku akui ilmu ini lah yang tersangat penting memandangkan aku ada bercita2 membuka perniagaan kongsi berasaskan ubat-ubatan di kawasan2 yang tidak pernah dipikirkan oleh mereka2 yang telah berjaya (dah ade rancangan nak bkk kat kawasan yang ble korg dgr, rase mcm mengarot)
Misi 3 serampang....itulah yang tersemat di benak ku. Selain daripada memperoleh ilmu pengurusan sebagai persediaan masadepan ku, aku juga telah nekad untuk mengumpul duit secukupnya sebagai landasan untuk mengecapi impian yang selama ini telah berlaman di sanubari. Memiliki kereta yang cukup jantan' bagi seorang lelaki serta indah mata memandang adalah antara agenda yang sering berlegar2 dalam angan2. Umpama mat jenin, aku sering berkhayal bagi memenuhi citarase dan mencari kreativiti untuk tujuan hiasan dan performance' kereta ku kelak.
Bagi bakal graduan seperti aku, aku seringkali tercabar membaca dongeng2 kuno dimana wiranya begitu disanjung tinggi oleh orang kebanyakan. Begitu juga dengan kisah2 seperti Pemikiran Tun Mahathir, atau semangat Nelson Mandela yang cuba untuk mengubah negara bangsanya menjadi gah di muka dunia. Ianya telah membuatku terfikir; sekiranya aku seorang pengurus, adakah aku berkemampuan .....atau adakah aku mampu mempengaruhi.... Aku mendapati gaya ku yang sering bersabar, diam dan mengambil kira semua pendapat sejajar dengan gaya pengurusan ala contoh melalui teladan' memandangkan aku selalu cuba untuk mengambil kira perasaan orang lain serta seringkali terkorban dalam mencapai impian.
Apa yang ku harapkan adalah sepanjang watak ku di layarkan di pentas realiti, sepanjang pengajian dan sepanjang kerjaya ku, mereka tidak akan lupa sumbangan serta jasa yang telah aku laburkan....untuk suka dan duka yang telah kita sama2 lalui.....untuk meniti masa depan yang tidak ketahuan. Semoga apa yang aku cita-citakan dan impiakan menjadi realiti, aku sayang kawan2 ku!! sekian
~~hikayat seorang budiman~~

kenangan.....

waktu2 pagi mcm nie, dok depan tv sensorg...tgk world cup kunon nyer...tp hati da nelayang2 kat tempat len...hurmm...tetibe rindu lak kepada si dia...kalau la kita dari dl ok, n sume dapat terima kamu, aku da lega dah..tp xde rejeki maybe..kan kan kan...hurmm...niat aku: nak abadikan saat2 kita dulu2 pada hiasan kereta kelak...so, kereta kene siapkan dengan creatif...semoga apa yang kita dah lalui dapat di ilusikan..hurmm..

ari yang bertuah bagi ku

hai kawan2...aku d panggil pakman dikalangan kawan2...name sebenar ku adelah luqman...haha..ape aku nak tulih nie..adeh...