Tuesday, May 31, 2011

~~Susah Gua Mau Paham~~

Hari nie masuk hari kedua berada di kelas....dan mula mengajar. Baru laa aku faham kenapa some of lecturers time aku blaja dl slalu je hangin x tentu pasai. Upenye, untuk seorang tenaga pengajar, adalah bersamaan dengan 50 org pelajar. So bayangkan kalau7 org antara mereka yang buat hal,and yet we still have to face them in class, kompom2 laa anda akan berasa hangin 1 badan sepanjang hari.

Aduhai laaa nasib. Adakalanya, bila aku try nak buat joke, dorg akan terlopong ternganga xkan paham ape yang aku ckp. Bila aku suh give attention, dorg bising borak tah pape tah. Bila aku mintak full participation dari dorg pulak, dorg diam jerk...abis....im done!!

Tp x sume pon mcm tu. Ada yang ok...tp pulaknye, yang mengada2 nie pulak budak yang dah nak grad. Aduhai...sakit kepala otak haku...perghhhh.....jahanam!!!!

Sunday, May 29, 2011

~~Setiap Kali Pon Mcm TU~~

Semenjak dua menjak menjadi single balik nie, aku rasa bangun pagi mmg senang. Awal punyer bangun wakata luu. Tp kan, yang menjadi masalah, perahsantan punya malas nak bangun tu selalu je bersarang dlm diri. Berat je nak bagkit meninggalkan katil yang duniawi ini. X tau kenapa. Supposedly I am writing in English to enhance my skill. Tp sebab rasa punye malas, aaarrrhhh...lantak lak.....


Aku x tau kenape...kenapa kene ada someone baru ada semangat? Kenapa kene ada her baru kita ceria?kan...tah aa...moto besar dah terparkir je kat laman rumah tu...pttnyer start moto, g laa jual minyak..kan kan kan...Tp nape laa tgk moto pon xde feel nak ride. Geng2 sume ari2 mengbisikkan ajakan melayan selokoh kat karak tu. Aku je malas. Haish. Dorg lagi aa. Moto besau, kat blakang mmg x pernah kosong nyer de...tp aku baik...ahaks

Sok dah start mengajar. Budak2 unikop nampak memule mcm baik...tp jumaat ari tu aku tgk bukan main kuang hajaq lg...La nie aku rasa aku cume sebuah mentol malap(sori yerk alia pazelin, hak cipta terpelihara u I terkopi lak) eyh, mcm cume seorang senior kat maktab je. Aduhai. Basuh keta belom, gosok baju belom, shoping belom...haish. haish haish haish...sejak menduda nie sume pon malas....HAREEEEEEEMMMMMM!!

Thursday, May 26, 2011

~~Kiri Kanan Semua x Kena~~

Hari nie aku moody jerk. Tp bukan laa dari pagi. x sangka pagi yang cerah membawa kepada ribut pada petang2 hari. Ahaks. Ape daa...ayat lansung x boleh blah...hahaha. But I am still not in mood. Apenye? Xde kes2 jiwang nyer de. Aku wat keje lambat td smpi membuatkan org lain dok naik risau. haish. Bape kali dah tekena. Aduhai.

Aku nie dah laa lambat pickup. Al maklumlah. Diesel malaysia nie diesel murah je. Yang betol2 korek dari malaysia kan kene jual. Nak untung laa katakan. Ahaks. Aku bab buat keje, slagi aku x paham ape nak buat, for sure laa aku susah nak buat. Ye la, buat pon salah. Bek laa x yah buat. kan.

Hurmm...tah aaa. Baru je nak rasa seronok masuk kelas. Tp kalau kerja mcm tu punye senang pon x dpt nak settle, nak buat mcm mane? Kompom2 hancus karang d kemudian hari. Aduhai. Semoga hari2 aku kelak dipermudahkan Allah...aminnnn...

Sentoh bab2 jiwang, aku xkan mulakan apa2... cuma berserah je. Tah laa. Pada aku, kalau aku berjaya menjadi unik atau menjadi 'aku', ok laa kot. Harap2 godaan dia dpt laa aku tahan2. Aduhai...nak post ape pon aku x de idea. Tp mcm nak luahkan sesuatu...aduhai. Setan dimana2.....

Wednesday, May 25, 2011

~~Perasaan Perahsantan~~

Haish...x pasal2, ari nie je dah ada 2 entry. Mengarot je. Tp lepas pk2, mane lagi nak luahkan kot. Nie jelah diari yang aku ada kot. Lantak aah nkorg nak bace den gelak2 mengutok2 mengumpat2. Penat karang nkorg diam jugak...wakakaka

Aku happy kot mlm nie. Dpt kenal housemate yang agak supportive (lupe lak aku dah jadi lecturer. supposedly mmg mcm tu lah kot gayanya) n tetibe ....ehem ehem...:>...Kalau betoi alhamdulillah. haish. Asek nak senyum je. Ye aa kan. Senang ati punya pasai laa kan. ahaha. Mak ngan pak aku suh balik esok sebab lusa dorg dah mau berangkat makan angin. SAMPAI NYA KATI DEPA X AJAK AKU~~xpe lah. Bio lah dorg nak honeymoon.kan kan kan.

Haish....xtau mau kata apa dah. Xpe lah...bio aku simpan je laa dl k....no comment...nge~~senyum(xperlu kata apa2...)senyum..........................................

~~Did I Have D Quality?~~

Next week I will start giving lecture. I become nervous when I thinking about entering classes, standing in front of the youngsters and began to give lectures. What should I do? Should I pretend to be some lecturer that I love to seat in his class? Or should I be more like me? The more I think, the more tense I feels. God help me....I am a dead meat! What should I do?Hurmm....

Last week I feels like I am deserve to be here. But it is not as simple as I am thought. Many of my colleague are much better than me. Now I am realize that I should learn more. Put aside the sense of shame. Could I do that?

I should start now!!

Tuesday, May 24, 2011

~~Durian Malaysia Ke Pasaran China~~

Ok. Lepas tgk berita pukol 8 td, aku rasa nak komen pasal berita nie. Kan. Seperti yang kita tau(atau x tau lagi), durian tempatan akan ke pasaran China atas usaha Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib. Ape korg rasa? Nie aku rasa laa....in the short range of time, it will be a good effort to help Malaysian villagers yang bergantung harap pada buah2han tempatan untuk kegiatan ekonomi sara diri. Good!

However, 10 years time from now, rasanya durian Malaysia n durian Thai could not be differentiate lg dah. N most of durian farmers will be Chinese sebab melihat kepada keadaan pertanian pada masa sekarang nie pon, 85% adalah Chinese. Nak tau kenapa durian Thai ngan Malaysia x boleh di bezakan? Jom usha fakta.

Durian Malaysia adalah bermusim, yang mana pertumbuhan buahan tersebut bukanlah diransang melalui pembajaan yang ekstrim. Buahnya berbau harum(ataupun sgt busuk kepada yang x biasa/xsuke)dan kadangkala mampu mengeluarkan gas semasa kulitnya dibelah. Kan. Buah durian Thai pulak adalah x berbijik(kdg2 ada, tp sgt laa kecik), kurang berbau, penghasilan yang maksimum dimana ianya tidak bermusim dan x boleh dijangka kerana penggunaan baja yang sgt berlebihan. Believe me. I know.

Cuma makan durian D24 5 bijik straight. Ape jadi. DEMAM. Then makanlaa try sana durian tempatan. Tp kene tgk jugak durian tempatan yang mana. Biasanya kalau dari Kuala Kangsa, atau Penang atau Kuala Kurau, mmg sgt ummph. Harga die pon kemain melondehkan poket jugak laa kan kan kan.

Kenapa aku risau? Tah laa. Semenjak 2 menjak menjadi nelayan pantai nie kan, aku rasa aku harus alert dengan benda remeh temeh nie. Bukan sebab apa kot, lepas terlibat secara serius dlm penternakan udang air masih, aku rasa Malaysia makin hilang identiti sebab sumenye akan terarah kepada pembajaan cara Thai. Sampaikan eksport Malaysia ke Jepon n Singapore pon terganggu kerana ujian kandungan isi udang air masin ternakan pantai menunjukkan, kandungan kolesterol pada udang ternakan dari Malaysia n Thai adalah sangat tinggi. X mau caye sudah!

~~The Smile~~

Petang nie, tanpa ragu2 lagi aku nak story pasal a smile yang completed my day. Hari2 aku tgk die senyum. It is fun to look at her smile. Tp ada hari2 dimana aku enjoy melihat senyuman tu, tp aku x delaa se excited mcm hari nie.

Hari nie aku letih gle kje. It is tiring but fun. Seronok je dpt lepak2 ngan para2 lecturer muda yang sewel2 mcm aku, mengacau org dah gelak terbahak2. Tp it encouraging when I saw her smile. Cukup cantik. Cukup sempurna. Tp aku belom rasa nak step up la. Luka lama masih berdarah( Jiwang cukup x ley blah!!!)

Sometimes, die mcm wat x tau je. Sometimes, she is very naughty as she love to menyakat org2 lain. Tp, yang paling mahal sebenarnya adalah senyuman tu. I wonder how long I could stay to see that kind of smile?

Tp jgn salah sangka k. I am admiring the smile. Xde lebih2....=>

Sunday, May 22, 2011

~~Muhasabah Diri~~

Buat seketika, berita yang aku dapat agak memeranjatkan. Namun, ia juga merupakan sebuah kisah teladan bagi ku. Salah seorang rakan ku telahpun kehilangan ayahanda tercinta. Dia juga kini perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Berat bukan.

Inilah yang aku risaukan. Sehingga saat ini, aku masih lagi belum memiliki kemampuan dan kepercayaan kepada diri untuk menghadirkan senyuman di raut wajah orang tua ku. Segalanya telah pun aku lakukan. Namun, ianya masih belum ada hasil yang nyata. Mungkin sedikit masa lagi.

Kepada engkau wahai rakan, kerana andalah aku disini pada hari ini. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih untuk itu. Dah sesungguhnya tuhan lebih memahami apa yang di ingini. Bersabarlah. Takziah dari ku secara peribadi.

Friday, May 20, 2011

~~IT IS NOTHING!!~~

Ok. This entry will describe ....fuhhh...now I am quite surprise that I did not have any ideas on how should I start. GREAT! Yup. This is me, an ordinary person who loves to think that he has ability to change world. And finally, he discover that, it is not easy to change what has been written by Allah.

Argh....ayat pembuka tu mcm sedih je. Hurmm...kene ubah kot. It is a bad start. I tried to act like all of this gona be ok. It will be alright. I am pretending like something bad was not happen to me. God help me.

Huish. Itu lagi terok kot. Hahaha. OK2.. lets try. Today I wake up late. And I had sakit perot. Maybe it is because mlm td I had eaten fish curry yang dah rosak kot. Walaupon x sedap, aku bedal jugak2. PADAN MUKE NKO PAKMAN!!

It is my 3rd day at UNIKOP. I tried to change me theoretically. And I am working on it. Sampai 1 tahap, aku sedar that the fact is, we should be brave enough to take a challenge. Sometimes, it is worthwhile to allow changes. I am enjoying my working time. Hanging with new colleague, and learn on how to carry responsibility correctly. I am learning at the age of 25. Mcm haram kan. hahaha. Dah tua2 pun dok pegi belajar xkenal2 diri kot.

But, whatever I do, I still could not throw away a memory she did gave me. I am pretending like....ok, I will be doing steady in new environment, and find some one special someday so that I am happy with my life forever...ever. Hurm. Yup. I lied. Nothing has happen. It is the fact I should deal with. Aisemenn, nape laa post nie kelihatan layu jerk. Adeh. Xpe lah...lyankan aje lahh(abis keluaq semua pelat jawa aku!!)

The plan is, to make me bz with my work and I will forgotten what has been happen. Its work. But not for so long. when I am doing nothing, it will come to hunt me down again. Anyway, I did enjoy reading a few blogs. Love to know what is the writer's thinks. His overview. Her Opinion. It is great sharing a story about your self. But for me, nothings new. It will remain the same.

I guess this is the way I am spending my friday nite. Maybe. Bored is't? Absolutely!

Tuesday, May 17, 2011

~~Konvo, konvo dan konvo~~

Kan kan kan ...stylo milo kan design baru nie...mcm picture yang portray emotional sense kot. Ah..kentot nko lah pakman! Main lebih. Dah nak mengajar pon, main lagi. VAVI!!!!!hahaha. Ala, aku bukan ape kot. Kesian kat org2 yang view this blog then keluaq dari blog aku, mata dah juling2 ritarudaini nak membaca. Kesian...kesian..abg jamil eksident dengan ape?kesian..haha

Aku sebenarnya...hurmm...x terkata ape bile bangun2 pagi dah mencanak terpacak depan lappy kesayangan, usha fb, then notice yang everybody still sibok menghebahkan cerita basal konvo. Adeh.
Mentang2 laa korg ada abg/cik adik kesayangan. Xpe laa. Sape laa aku...cume mamat gemok yang perasan macho dlm pakaian zorro je kan. Eksekuismee, tlg cket k. Perahsan pon, I am a person yang brave enough to pick a courage and dress like super hero! Cume perot je mase tu yang x dpt nak di cover2 dlm mentel mantel zorro tu.

Tp dlm pada tu, aku jugak still agak kemban kembang laa jugak kan sebab a few guys yang aku jumpe kata, walamak weh pakman, nko dah kuruih laa. Ask me how and I'll ask u to "makan hati" dengan sangat banyak...ahahaha. Mmg aku tengah makan hati...so wut...kan. Ala biasa laa. Kekadang kita hepi, kdg2 kita down. Kdg2 sewel memanjang xpernah ok!

Nway, aku sgt berterima kasih kepada allah kerana dikurniakan kawan2 yang ada ability to cheer me up and caring such as farah n pasangan, shida insurans, Fasheha ketiak kepam,md zahid superbikes, syed n farah dsb. Sebab korg laa aku masih mampu bernafas bersama sepinggan nasik lemak cinta sayang yang dah tinggal pinggan aje dlm masa 5 saat. Sekian terimakasehhh..

Hari nie aku rasa mcm nak enjoy. Tp sapa2 pon xdak. Adik aku lagi paw duit aku 10 hengget lg ada kot. Hareem! Ye aa, sok dah start a new chapter in my life but...im still stuck in the old me. Haiyak! Apa lu bikin sana?

OK, perenggan ini adalah khusus untuk perasaan gersang! Aku rindu lagi kot kat minah tu. Adeh. Dia kelmarin(kot) upload gambo aku kat fb n aku tengak benda tu dengan perasaan hiba(tahik!) Ye aa kan. Just now kita kata "sayang2, sayang sayang sayang" and then sekelip mata kita dok main kucing sensorang sampai abis gugur bulu makhluk tu dek kerana lempias perasaan loneliness terbabit! THE END...

Tp xpe lah. Baru 25 kot. Norman Hakim pon umo 40 masih menggatal lagi kot. Haish. Ini bermakna aku perlu kurangkan minuman sihat seperti kacip kaktimah dan banyakkan minum kopi janda kot. Hahaha. Sewel! I still hope that she's doing alright without me...poor me.

Dah lah. Nak p mandi, pakai spender n then melaran habis2san. Ape2? wei, tlg cket. aku celik mata kol 8 pagi kot. Cume aku lambat sebab aku berusaha mencabut menceraikan memisahkan ponggong aku dari tilam je tau! AMPEH KORG!

Monday, May 16, 2011

~~Good Bye Yesterday~~




It is me standing at the center of party. Kat tengah2 orang ramai yang dok sebok kesana kesini meraikan kejayaan. Bunga tok sah cita laa bro. Tah mana hala pon suma ada bunga kot. Berbulu je aku kat sana. Sian kan..ahaha

Nway, tu bukan laa ape yang aku nak story. Nie aku mau story pasal diri aku, n apa yang aku faham pasal maksud konvo. Apabila seseorang itu menerima sijilnya, maka secara automatik dia juga akan menerima tanggungjawab. Please correct me if I am wrong. Kan. Apabila dah abis belaja, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyara org tua, berbakti kepada masyarakat n menjadi siapa sebenarnya kita.Tq mom n dad for keep supporting me....

Ok laa. Sebab kan cite nie masih fresh, jom kita sentoh hal konvo plak. Aku siap2 pagi tu awal. Sampai keta aku pon aku pakaikan perfume n stiker.

Peh tu, aku tunggu kawan2 aku datang umah sbb dorg mau tumpang. Xda hal la bro. It is our special day of celebration kot kan. N bila kami sampai kat tempat kejadian, mak aii. Jem bapak aah. Dah tu, tepaksa pusing balik g kat blakang ict waiting for the bus.

Bila sampai je kat sana, kami pon dah lambat. So, register bagai, then tjumpa lak kawan2 lama...jeng jeng jeng!Time tu, perghh. Peluh2 cam hareemm! Sumpah panas sebab berlari naik tangga. Dah lambat laa katakan. Ahaha.

Bila sampai dlm dewan, n angka giliran pon dah di beri, aku pon dok laa diam2 kat kusi aku. Sumpah x best sebab aku ngan geng terpisah. Yang ada kat sekeliling aku, dak2 dari UiTM Kota Bharu. Adeh. Tu satu hal. Punya laa bosan dlm tu, tuhan aje yang tau.

Tp dlm pada tu, ade aa beberapa kali aku nak menangis. cilake punye klip video. Tayang gambo pasal org tua n family. Sumpah sedih. Nasib bek aku kental. Tp mamat depan aku dah kehabisan tisu kot wat lap ingos. Ahaha. Para ibu bapa kat stage lain. X ley campo ngan peserta. Adeh.

Abis je konvo, para ibu bapa pun datang menyerbu anak mereka dengan linangan air mata kegembiraan. Time tu, aku elek je..sebab crowded kot. So aku stay dl bagi dorg tumpahkan abis emosi n keadaan menjadi reda cket(nie gara2 uitm tayangkan sajak ngan video yang sedih2 punye hal aa kan)

Pas tangkap gamba ngan family aku, aku pun kumpol reramai ngan kawan2. Amek gambo, baling2 topi(kononnyer)Sumpah aku rindu nak gengar kak ina marah2 dlm kelas. Sumpah rindu kat ecah nak wat keje sesame. Sumpah rindu nak lepak minom2 lepas kelas dngan zahid, syed, farah, anip then mengumpat budak2 target. Adeh. A walk to remember. hurmm...=<

Tp, yang paling hareeem skali adalah saat dimana lepas tu, masing2 spend time dengan love one. Pergh. Time tu aku rasa, kalau aku nie PM malaysia, aku benda yang pertama sekali aku buat adalah mengharamkan penggunaan bunga kat majlis rasmi. Sumpah x lucu. Adeh, berapa banyak sumpah daaaaa.....Tp siyes bro. Bunga n teddy bear dimana2!!! Aku lak dok diam2 tunggu membe aku settlekan hal ape tah ngan management event.

Tp, x sangka jugak laa beb. Ade gak member2 yang dtg jengok2 aku say tahniah. Pergh. Happy sebab jumpe die dengan mambang nyer. Cute je. Manis jgn cite lah. kan. Aku doakan moga2 korg panjang umoq murah rejeki. Owh ye. Aku jugak jumpe shida. Borak2 ngan ayah dia kejap. Tahniah jugak yee cik shida sebab dah abis belajar!!!

Pusing2, balik2 benda yang sama. Pas majlis, lepak2 ngan kawan2,aku pon jd moody balik. Pk2 sume saat2 manis tu dah pon berlalu. Saat2 dimana kene saman ngan pakguard, lepak ngan kawan2 gosip2, gadok2 mlm2 sebab kerja sekolah tu tah pape je kan. 6 taun belajar, 1 taun kat negeri org, banyak betul yang aku tempohi. Suka duka, tanges tawa. Pergh..lagi sayu bile tgk scroll. jap2...take a close look!=>..walaupun aku dah singgle, walaupon aku terpaksa merantau utk mendapatkan sijil, n walaupun aku sgt emo bila pk2 saat2 yang aku dah terlepas or rosakkan, ada jgak laa kenangan yang boleh buat aku senyum. Angka 4 tu, agak sukar aa kan aku nak capai. Tp lepas apa yang aku alami, aku rasa sgt berbaloi....terima kasih kawan2 atas kenangan yang xdpt aku lupa....

*ps, kepada kawan2 yang still berduka, harap anda bersabar. Tuhan itu lebih mengetahui setiap apa yang dikehendaki. Tq jugak kat mereka yang sentiasa ada tok cheer me up! Tp kimi j fry xde. =<..tq jugak farah n daus!!

Friday, May 13, 2011

~~Terima Kasih Kepada Si Pemberi~~

Jangan Bersedih
YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina, Kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

YA ALLAH Berikanlah kami kebahagiaan, Didunia dan diakhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh Membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padamu, Untuk menjadi lelaki/wanita yang soleh/solehah.

YA ALLAH Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku, Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH yang Tercinta Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH Yang MAha Mengetahui, Segala sesuatu dilangit dan dibumi, Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini, Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku, Maka aku redha, Atas segala ketetapanMu, Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Thursday, May 12, 2011

~~Kebetulan Yang Memeranjatkan~~

Agak emo aa jugak mlm nie. Ngah bersosial kat fb, cerita2 pasal jawatan kerja, n pk2 mcmane nak terangkan situasi kat member2, tetibe kua plak cite hindustan bertajuk tare zameen par. Pergh. Nak menitis beb air mata. Rupenye x ley tahan jugak sebab mak bpk aku kat sebelah nie pun dah menadah air mata sebaldi kot. Hahaha.

Pergh. Tringat zaman2 aku sekolah rendah dl. Agak sama aa cite die ngan kisah aku kot. Budak yang selalu je merayau kemane2 tah sebab suke melihat dunia. Tgk2 alam sekitar, kelakuan manusia. Tp bab belajar die sgt mundur kot. X boleh bace, xdpt mengira. Slalu dapat markah kosong. Report kad merah, kedudukan corot. Hiash. Mmg menggamit memori laa

Last2 bile dapt cikgu baru (lakonan Amer Khan), dia diberi perhatian. Pergh. Akhir sekali, dia dapt tepukan sebab prestasi dia yang sangat bagus dlm masa singkat. Hurrmm. Darjah 6 aku dapat anugerah tunas harapan kot. Mana taknye, sebelum tu, paling bagus adalah no 23. Mmg aku igt tu. 30++ tu boleh agak mcm makan nasik laa kan. Tetibe akhir taun dajah 6, aku dpt no 12 kot. Nanges woo mak pak aku. Haish. Nang sedih la mun d pikir2.

Kebetulan yang kedua, aku mmg tengah memasang angan2 mcmane laa nak menggayakan imej sorang pengajar. Aku igt nak buat mcm kawan2 je. Bg tumpuan dekat yang lemah. Tp x tau lagi aa kan. Mengajar budak2 bijak nie, lain sikit letih die tu. Musuh yang paling ketara, MALAS. Itu lah setan paling ketua sekali dlm diri. Ade ke patut nak makan pon malas?x patut x patut.....

Terpikir jugak aku. Maybe it is the suitable time for me to allow changes. Leave behind black spot n buka buku baru. Aku agak tekanan gak aa kan ble pk2 masalah keliling pinggang skrg nie. N apa yang aku selalu doakan, adalah mintak2 Allah beri petunjuk. Kemudian, mak pak aku pun ada beri pandangan tentang keje. Nak je aku apply keje mcm Syed Zaizunaidi; Asstnt Manager kat GSC IOI mall. Tp kalau x cukup iman, hurmm....mmg hanyut ke laut lalu mati aa kan. I think it is better for me to try this post. Ape salahnya. Agak2 student wat hal, cabut aa.

Aduhai....rasa mcm nak smoking je lagi. I know I should stop. Adeh. Sape laa nak ajak borak2 ilangkan tension nie. hurmmmm

~~Seterusnya?~~

After all cloudy days and messy stuff, finally there is a hope. Aku akan berkonvo pada 15 hb. N result aku x jatuh dari 3, 1 sem recorded a 4 flat. Ok laa tu. Sepanjang 6 taun, baru 1 kali. Alhamdulillah. Eyh2, ada lagi kot.....

Ayat tu bermula begini, When we talk about marketing, what the first comes to your mind, and ......suddenly, ptg semalam....Tahniah, anda diminta melapor diri pada 18 hb. Alhamdulillah. Sekurang2nya, rancangan yang aku ceritakan pada dia selama nie, dah pun menampakkan hasil. N terima kasih jugak kepada cousin n her husband sbb tlg aku ari tu. Nkorglah kawan dunia akhirat aku!. Walaumacamanepon, aku tetap dah ilang sebutir permata yang sangat aku rindu2kan. Xpe lah. Nak buat mcmane kan. Dia dah luka parah, aku pun dah patah hati. Maybe ada laa tu rejeki aku kat bab lain kot.

Lepak2 kat unikop ari tu masa interview, at first aku rasa nerves sbb..yela, nak interview sebagai pendidik kot. Tp dah bape jam dok dkt citu, dok tgk ragam lecturer2 mude, aku rasa mcm join class balik je. Tu yang masa present tetibe datang semangat tu, walaupun ade sikit gugup. Lepas nie dah kene kerja kuat laa. Weekdays dok gombak, weekend dok banting. Letih cket xpe kot. At least xde laa kepala otak tu dok memikir yang bukan2.

Tp td g visit kolam sat. Alahai. Bile dorg tau je cite aku dah dpt post interview tu, sedih je dorg. Wak tu tetibe je tros diam. Hurmm. Agak emo jugakla aku td. Mane laa taknye. Keje aku kat sana jaga die. Pastikan kelengkapan kerja dia cukup. Masak untuk dia. Buat kawan2 borak mlm2. kan. Dah tu td dia kata, sunyi laa pas nie. Xpe laa, nko ada sijil. Buat laa kerja yang sepatutnya. Ada masa dtg laa jeguk2. Haish. Wak2, bukan nyer nak pindah negara. Kat gombak je kot. Ujung minggu sy datang laa tok settlekan keje kolam. Xde hal punya. Muda lg kot.

Tp to meredakan ketegangan dlm diri nie, semalam aku lepak ngan farah ngan syed kat G.S.C. IoI mall puchong. Pergh. U will never believe on what i have seen. Syed punye keje cara kot. Masuk2 je wayang tu, sume balaci2 akan cakap, ENCIK!!! Siap dok bediri tegak tabik spring kot.kan kan kan Sylo kan. Dok tgk cite Thor 3D, then fast 5. Yang lebih mengharukan, no payment kot. Gile aah En.syed. Terbaik! THUMB UP!

Tp dlm tu, dtg laa jugak encik emosi mengganggu aku. Mane taknye. Si Syed bawak kat bilik couple seat. Kompom2 laa most of viewers tu couple2. Die pun ade farah. Aku cume dok diam2 kentot sensorg je. Xpe lah. Urut2 dada, cool balik. Ahaks.

Maybe certain things did come with prices kot. So, yang dah lepas tu, cube2 laa terima hakikat yerk..;p. Harap2 good news xkan berenti takat nie, lepas apa yang aku lalui. Amin.

Wednesday, May 11, 2011

~~Asmara Kimia Aku~~

Hahaha...stylo x nama band nie? x kenai kan...cuba kita ubah balik jd english. It should sould like, my chemical romance.hahaha.

Ok, jom kt story mory bout this band. Why we used to like this band when we in a deep frustration? kan. G pon, Vokalis die bukanye sedap pon suara. Melalak sana, melolong sini. Terloncat sana, tertonggeng sini. Ops, jgn salah paham. I am also a big fan of MCR.

Tengok nie. Konsep yang dia bawak pun org dah paham. Gothic-emo. So, mmg slalunye org yang berjiwa kacau akan layan lagu nie beb. Dia punya appearance, lagu2 dia. kan. Ada unsur2 seram gitu. Haha

Tp what makes this band so interesting, the group leader's ego. Dia tetap berkeras yang band dia mesti bwak konsep mcm nie. Itu yang ade banyak kes yang kita dengar asek2 ahli band nie bertukar2 jerk. Tp skunk dah lain. Dah x bape nak feel kalau dengar lagu2 baru diorg...i wonder why....

Where this band is now? Lama dah x dengar pasal dorg. Tp yang pasti, dorg pernah femes a day berofe. Ape pon laa, aku just want to say, enjoy this song.

~~Am I Suppose To Smile?~~

I am graduating. A few days more to go. But it is like...do not know how to smile at all. Feels like ....something missing in my heart. Maybe I should learn on how to deal with emptiness. But how? How suppose I smile when I am crying? Weird is it?

I see my transcript. I see my friend. I went to an interview. I should be happy then. But I am not! I try to find the possible courses, but it seems like nothing went wrong. It is like the end of the day. And it is impossible for me to have an genetic or hormone change.....or morning sickness?hurmmm....am I?

I am writing this to shows I am a person who have emotional sense. I write this to search for pride and dignity. And.......suddenly feels like ....whooooaaaaa...nasik lemak is delicious. And I am hungry. hahaha

It has bees a week since i did not take rice as a meal. And I dont quite sure why did I mention about this. ;p. The real fact is, I am still mad. Sad when I am seeking for a reason why this is happening to me. I am still .....fat dummy lazy boy who love to sleeping around. Aha, thats it. Sleeping a round.hurmm????....

Maybe I should forget on what was going on. Maybe it is the time for me to cut all this crap off. Entahlah. Just so u know ....I am learning...and I will remember this. TQ!

Monday, May 9, 2011

~~Terminating Fuck Book!!~~

I am writing to say that i am really sorry for what has happened. I believe this is only a misunderstood; a things where people love to terasa2 hati. Maybe this is better for me who lately become weird ( I dont care who is getting crazy at all) to try to understand what is Allah's planning.

The fact is, I am sorry for what I have done (event I dont!) and I....dont have any ideas of what should i do. Please guys...I had enough. Love u guys...from me sincerely.

~~E=mc square~~

Bulan berputar mengelilingi bumi manakala bumi berputas pada paksinya. Sungguh suramkan ayat itu. Hari2 yang gelap. Dah puas aku layankan. Mmg emo jerk....hari nie bertambah2 lagi. Tp hari nie jugak aku temui apa yang dah lama aku tinggalkan.

SEBUAH TUNGGANGAN YANG MENGASYIKAN!

Ya, aku lupa tentang itu. Bila hati sudah kacau, x sangka pula menunggang merupakan sebuah aksi yang terbaik boleh anda cuba. Bayangkan, dengan memulas hanya sedikit pendikit minyak, anda telah mencapai kelajuan 100 km/j. Ya, aku lupa tentang itu.

Hari ini aku telah ke unikop untuk menghadiri temuduga kerjaya bagi jawatan pensyarah. Waktu yang dijanjikan adalah pukul 8 pagi. Setelah terjaga lebih awal (5.30 am) dan tidur yang tidak lena, x pasti kenapa aku hanya bergerak pada pukul 7. Apa lagi. Pulas laaa

Kiri, kanan...terus memotong kenderaan2 yang agak sibuk bergerak di MRR2. Mulanya agak goyah. Sg Buloh, faham2 sahajalahkan. Jalanya yang mempunyai selekoh yang tidak berapa tajam dan agak berbukit. Sesuai untuk kaki lepeh yang baru berjinak2. Aku kemaskan genggaman, jatuhkan lutut, ambil posisi yang sesuai dan.....perghh...selekoh2 itu mmg mampu memberi kepuasan kepada insan berjiwa kacau ini.

Lama sudah aku tinggalkan ia. Aku agak, 4 bulan ada kot. Kini aku sedar, dalam keadaan krisis diri yang meruncing, ia mampu menjadi teman sejati tatkala jiwa merayu menagih simpati. Deruman enjin itu benar2 membakar semangatku. Aku hampir2 lupa, sebelum aku kenali dia, aku sering ke bukit ampang untuk meratapi sebuah kedukaan.Mungkin aku akan kembali lagi kesana dengan kerap dalam beberapa hari ini.

Apabila selesai tugasan di unikop, aku pun kembali teransang melihat mesin tunggangan ku tersedia menunggu. Tanpa memikir panjang, aku pun....vrooommmmmm!Kali ini aku tukar haluan. Sahaja aku pilih jalan yang jauh. Sayup2 terbayang selekoh2 tajam di sekitar selayang, ampang dan kuala kubu bharu. Ingin sahaja aku meloncongkan arah, tetapi terfikir pula oleh ku tanggungjawab yang aku belum selesaikan.

Mati? Aku x pernah terfikir. Mungkin, kalau dah ajal, mati jugalah dimana2 pun. Bagi aku, sekiranya kita bersedia, mati itu adalah indah.Lebih2 lagi apabila anda dilanda sebuah krisis hubungan yang mmg tiada penghujungnya. Aku ada seorang rakan yang baru aku kenali sehari sebelum dia pergi selama2nya. Ramah orgnya. Tp jiwanya menjadi kacau apabila isteri nya yang disayangi lari meninggalkan dia bercompang-camping seorang diri. Hatinya cukup kering. Bermodalkan sebuah mesin keluaran ducati, dia pernah mengambil selekoh di uluyam dengan kelajuan 150-180 km/j.

Ya, aku lupa tentang ini. Dahulu ialah peneman jiwa yang sejati. Kemana kita arahkan, ke sanalah rodanya berpusing. Sampai2 sahaja aku dirumah ku, termenung aku memikirkan sambil merenung jauh.... sesuatu yang aku telah lupakan. Mungkin aku mmg diciptakan untuk menjadi penunggang berjiwa kacau. Secara tiba2, semangatku muncul kembali. Aku mengharapkan sebuah jawatan eksekutif dan bersama2 eR-6n akan aku ronda melihat2 kawasan. X perlu jaket mahal. X perlu peralatan lengkap. Mungkin cukup dengan hanya seluar slack berkasut hi-cut dan berkemeja panjang. Mungkin itu imej ku kelak.

Sunday, May 8, 2011

~~NAK TAU SANGAT KAN? NIE AKU BGTAU!OK?~~

Ok....saja aku nak story pasal blog nie. Cite kenape aku suke blog. Ade orang benci kot berbelog2. Konon kata mencapap lebih....kan....xtaunye baru bape hari lepas kua tv Pak najib suh org malaysia rajin2 update belog sebab..tah...aku pun x tau. Tp iyee...betol..xnak caye udah. Weh, daripada dok hayak S-L-R nko tu kesane sini, dok megah2 peh tu x tau gune bek xyah kan. Konon picture tells a story konon. Story kentot nko!

Sometime, berbelog berkawan2 nie boleh motivate balik diri someone yang dah mcm tersungkor nak mampos. Bace pandangan org pasal psychology( bahasa lain untuk perkataan mengumpat org lain..ok?) or human behavioural..kan. Ade yang cm blagak mcm pundek(kata fasha). Lagi pun, berbelog nie dapat kurangkan sikap burok masyarakat malaysia ini iaitu mengumpat. Tp kita xde hal kot kalau mengumpat di alam cyber. Sebab xkan ade org terasa hati.

Tgk tgk tgk. Adik aku pun dah mule belajar2 nak berbeloging. Aku suspek aku yang bawak virus nie masuk rumah. Dan org yang bertanggungjawab menyebarkan virus virus blog nie kat aku adalah mr kimi J fry. Ape lagi....tros ketagih la kot. Aku ase nie kes2 terpencil dimana kita obses dengan benda2 tahyol mahyol khurafat carot2 bagai nih.

Memule aku suspek aku rajin berbeloging sebab ade makhluk2 murni yang buat aku kembang idong ala2 ahmad nisfu bila ape je yang aku post was like...pergh....brother, u should be a writer la bro, or mcm...wahai sahabat, mendalam nyer bahasanko...hahaha. Sumpah aku ketagih. N aku mula belajar2 nak tulis2 carot2 nie bile tgk a few blogs yang simple tp kelaka mcm hanis zallika punyer blog, mcm www.sigadistinggi.blogspot.com. Tp kalau nak kisah2 benar yang agak bosan, tiru laa belog life, dan dot dot dot(xnak ah mention sbb takot kene saman mcm raja petra kamarudin tuh).

Aku pon x sure kenapa sikap update post yang mcm hareem nie harus jd ketagihan kat aku. Tp aku suspek maybe aku malu nak bagi tau depan2 kot. Post2 superhero pujaan anda, sape nak bace bro? Xde sape kot. Lg pun follower aku bukannyer 1 dunia. Bukanye aku adulp hetler kot sampai 1 dunia nak admire kat pp telor aku nie. ADA AKU KESAH? For sure laa aku x ksah. Kan. Sape nak tengok, g tongok sane. x nak udah...g main jejauh.

Fine xnak follow xpe. Tp kat sini bebas kot. Punyer bebas sampai org laki yang xde bulu kaki mcm aku pon bebas bermain2. kot.haha. Xde kot istilah2 shemale lah , doogy style lah, grandpa bagai sume. Xde2....kelaut lalu mati...adeh. Tp pelik sungguh. Ade org nak create blog n nak berbeloging cume untuk mencapap. Mengfollow supaya org follow die ramai2... Come on laa bro, ORG ITU ADALAH SANGAT GEDIX KOWT.

Ok, kesimpulan nya, berbelog2 nie adalah x salah kalau niat kita betoi. Kan. Takat nak kongsi cite anak pak amat kene tangkap khalwat, spupu acik enon isap dadah, or cite anak kucing mak sal mengandung kembar kot..xde hal laa bro. Kan. Bukanye dorg tau pon sape yang kite maksudkan.

Tp yang kesiannye, adalah aku. Esok nak kene spekong2. Interbiew bagai nak dalam B.I. Mau tegeliat lidah anak jawe nie karang nyebot2 x betoi. Then kene gelak. Adeh. Oi oi oi. Dah tau mcm tu, g laa amek buku study cket2. Kan. Hahaha.

Saturday, May 7, 2011

~~This Is The Time~~

This is the time I miss all the smile that makes me feel alive. Her laugh sill can be heard inside of me. Where I am pleasant and happy for anything I did. She was a beauty that bring calm to the beast. And I will never forget any side of her.

This is the time where I fight my weakness and almost fail to complete the task. Where all the sudden, comes an angel thus make me wake up again. Sometime, I had a nightmare and still could portray a smile. I will never forget what I felt on that day.

This a time where I am playing a role as me inside a weird and violent world of living. I play my role, hold her tight and promise her a safety. That day, I live my life happily where all the sudden, I wake up and it was like; once upon a time.....

Oh god....why did you bring her to me when you planned to took her away without any sign?

Friday, May 6, 2011

~~Am I The Correct Person?~~

I have been decided. Maybe to know my self better, I should be brave enough to challenge my self. Me as a tutor or lecturer? I have no ideas at all on what its going to be. I also do not have any experience on what should I do next. Maybe this a correct way for me to getting start.

Improve my English language. It has been a while since I left UiTM. Suddenly, I become nerves when I imagine my self as a tutor. It would need some courages to face a reality. But somehow, I tough maybe it is the right time for me to try.

I have no idea on what should I write. After a long night, and a deep frustration, I could not think the right things to be done, or do the right things. My messy mind could not response to all clues around me. As I did not aspect this possibility from rising up, I does not event know how to deal with.

I hope, as day by day pass me through, I could get a fully recover and maybe I will be prepared for something like this someday. For all the time we have spend together, THANK YOU...

~~Kawan...semoga cepat sembuh~~

Wah....dalam sekelip mata. Yup. Aku kena terima itu. 1 ayat dalam kehidupan realiti yang sekali lagi hampir2 melumpuhkan. X sangka inilah hujung pangkalnya. Tp kenapa sangat sakit? Betul2 tepat. Dan aku yakin...berdasarkan pengalaman, luka ini akan sukar untuk pulih.

Mungkin benar kata org. Jangan berumah ditepi pantai kiranya x bersedia menghadapi ombak. Daripada ianya merebak keseluruh bahagian, aku putuskan untuk memadamkan sebahagian kesah dari kehidupan ku. Salahkah itu? Walaupun ianya sebuah kebahagian dari dalam diriku..salahkah?

Semua yang aku ramalkan kini benar2 berlaku. Jd kenapa sedih? Sepatutnya aku dah bersedia. Pelik bukan? Tak...tidaklah ianya pelik. Mmg lah begitu apabila seseorang yang kita anggap sebagai punca kita bernafas, tertawa dan tenang tiba2 hilang. Bukanlah ianya pelik...tidak.

Dalam masa 3 jam yang aku cuba untuk lenakan diri dan gagal, aku rasakan ianya seperti mimpi. Sangat seksa rasanya apabila kita seolah2 mayat yang hidup. Lemah dan x bernafsu. Terkulai tanpa ada sebarang tindak balas.

Sejak td lagi aku menggigil tanpa sebab. Aku rasa seperti mahu gering. Tanpa ada alasan. Pelik sungguh perasaan itu. Sepanjang beberapakali aku terjatuh dalam mengejar khayalan, x pernah aku alami perasaan pelik ini.

Tanpa ragu, aku rindui ibubapaku. Adik2ku. Oii kawan2. Dengarlah....xkah kau dengar jeritan suara yang melolong meratapi sebuah pemergian? Aku sakit~~~Sebaknya dadaku memikirkan perkara yang sepatutnya xperlu aku pikirkan.

Ketahuilah oleh kamu, aku adalah seorang yang berpegang teguh pada kata2. Aku adalah insan yang mempunyai azam. Akan aku buktikan kata2ku. Akan aku perlihatkan bukti itu. Semoga dengan ketiadaan diriku ini akan lebih menjernihkan keadaan. Semoga dengan pengunduran diri aku, diharap engkau akan lebih jelas tentang masa depan dirimu. Kita x sepadan. Tp aku harap kita akan kekal berkawan...

Ya allah, dugaan apakah ini. Aku sentiasa sujud menyembah bumi yang Engkau ciptakan. Selalu aku berdoa meminta simpati...hanya kepadaMu. Tp aku xakan tahan dengan ujian ini. Aku hanya seorang hambaMu yang lemah. Subhanallah.

Dugaan ini benar2 menguji. Inilah yang terakhir. Dan tiada lagi. Cukuplah seksaan ini. Berhentilah.

Kemanakah perlu aku bawa diri?.....................

Thursday, May 5, 2011

~~A Sudden Stunned~~

He is my best friend. Slowly, he step on to make his path. Wah....the world has change so fast. Pergh...baru smalam rasanya kami sama2 mengomel2 pasal keje group. Si dia x betol laah. Yang Si tu cerewet lah. N i am like......wah...is't real....

Please2...bagun lokman. Bangun. The world has left me for so long and i still did not notice it. How could it be? Cuma yang aku buat...geleng kepala jerk. Tu laa...aku lalai. Yang lebih pantas akan cepat menghirup udara nyaman.

Xpernah lagi aku dpt kawan yang sama2 bangun, sama2 jatuh mcm dia nie. He never left me behind. Ever. N im glad to know him. Untuk kenal budi pekerti seorang insan yang zaman sekrang nie, agak susah nak jumpa.

Paling best bila kami adalah geng yang bersama2 dlm 1 group, then mlm2 pening sama2 bila ada je masalah yang pelik. N he did his job; searching resource from internet and i was like doing nothing sambil pk2, kalau buat ini, agak2 gempak x? Kalau buat itu lak mcmane?hahaha

Ape pon, tahniah wahai sahabat. Nko dah selangkah membina keyajaan. N jangan tinggalkan aku k. I still need ur held.;p

~~Warkah Utk Si Dia~~

Walaweh......aku dah text my someone just now. Pergh.....tegak2 bulu roma aku nak mikir ayat. Tp ada sedikit kerisauan jugak laa kan kan kan. Mane taknya, keje dah sampai almost mid nite kot. Balik2 bukak buku lagi. Weekend, ada kelas. Sis, kalau sy jadi anda la kan, sy dah menangis berlagu pilu sambil pakai kain pelikat kot!

Sabar yee awak yee. Ada masa senang2 nanti, kite lepak gurau2 jee. Ahaks. Setaun je kot. Sy ada menyokong nie kat belakang.....dinding umah makcik limah nie ha...ngeeee~~Yang bukan2 tu, jgn pk dl k.

Sy rindu awak kot. Tp nak msg tu, mmg seriau gle. Ye aa kan. Mane aa tau mengganggu. Tp siyesly, dapat text tuan punye hati nie je dah buat sy bpeluh2 dah. Klo mcm tu la rupenye, xnak laa g gym lagi. Bek text awak je kan kan kan.

My kaki dah ok kot. Ada laa tempang cket. Cket je laa. Awk awk awk, sy nak mengajar nie. Ok x? Nanti boleh laa sy turnkan ilmu kesewelan sy nie kat budak2 belia masa depan negara kan kan. Ahahaha. Tgk tgk tgk. Banyak sbnrye nak cite. Tp cuma dpt story dlm nie je lah. Sbb awak pon bz. Tp kalau ada masa karang, jangan laa segan2 bace k. :p

*p/s: Love U!

~~Sinar Mungkin?~~

Mmg seronok kalau dapat luangkan masa dengan kawan, kelaurga n otai2 serantak. Bnyak jugak yang bagi idea dan pendapat. Sekurang2nya adalaa jugak terhibur hati dikala teluka dan berlagu pilu...kot. Ahaha. Yang seronoknye, kita dapat beri pendapat dan idea tanpa rasa sakit hati kalau idea kene rejek.

Harap2 keyakinan yang sedikit nie dapat laa bertahan buat beberapa hari. Tp hari nie pon agak pelik cket laa. Sume yang aku utarakan, semuanya mendapat jawapan yang memuaskan hati...agak laaa. Bab2 bercakap hal kerjaya dan masa depan. Inilah yang aku rindukan. Kalau bangsa cina boleh, kenapa kita orang melayu dari nusantara x boleh?kan. Saling bantu menbantu dikala susah, betulkan kalau x betol, n kongsi pendapat kalau xtau. Mcm yang aku cakap, bergaduh cuma dalam bidang business atau teros tembak kasi mati.kan....

Hari nie jugak aku dah start diet kasi mati punya. Ok, Xde dah nasik2. lantak laa. Sebab aku rasa, lapar itu indah rasanya, dah ringan badan itu selesa sifatdie. Wei wei wei, ape ngarot2 nie wei.. Hentam laa labu.

Ok. Bile hari nie punya hubungan kekeluargaan nampak shateek, aku pun mulaa aa pk2 pasal kerjaya pilihan dan idaman. Aku rasa, business penternakan nie sesuai untuk aku jadikan sebagai sambilan je kot. Maksudnya, aku adalah perancang dan bos yang x perlu ada kat tempat kejadian 24-7....maybe its better kalau aku dalam pada masa yang sama, buat kerja yang ada basic....kot. Masalahnya, Sekolah menengah, Politeknik, Kolej Komuniti atau Kolej Unicorp? Mana mau kasi try? gaji mana yang lagi masyuk? Atau kerja mana lagi mulia?

Nway, tqvm kepada ayah aku, mak aku, arep adek aku, encik KZ sebagai kawan yang dah menjadi sedare(n tahniah laa dapat akak sedare aku. n enjoy the wedding present) dan encik hafiz yang aku consider as otai. Bab cinta tu, lupakan dulu seketika kot. Buat aku jd sindrom down je....

So, sebagai permulaan hari yang bahagia, g tido cepat!!hahaha...nite...

Wednesday, May 4, 2011

~~Wajah Sebenar Sorang Pelawak~~

Kehadiranya dinanti oleh setiap dari mereka. Datangnya hanya dengan undangan. Telatahnya menghadirkan kelucuan. Ragamnya menjadi hiburan. Namun semuanya hanya lakonan. Sebuah sketsa yang menyiksakan. Kerana die hanya seorang pelawak. Yang dibayar untuk kegembiraaan.

Sebuah topeng watak seorang gembira. Senyumannya panjang sampai ketelinga. Kemahiran lakonan di hargai. Namun, apakah yang ada di sebalik topeng? Apakah perasaan yang terzahir di sebalik watak? Apakah harga untuk setitis air mata duka? Tak seorangpun tahu.

Dia hanya berlakon demi kegembiraan orang lain. Kerana dia sukakan bunyi hilai tawa yang mampu menceriakan dunia. Kerana dia sudah bosan dengan tangisan. Lali dengan kekecewaan. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan org lain. Tp pengorbanan yang dilakukan hanya mampu dinilai oleh kebendaan dan wang ringgit.

Begitu besar jiwanya. Dan tabah hatinya. SEORANG INSAN NOBEL YANG BERJUANG DEMI SENYUMAN ORG LAIN.......

~~Indah Sekilas Pandang~~

I spend my afternoon with someone from my past. Its nice to see her, chatting about life, difficulties and expectation. Me with my own life, and her with her owns. Its great to see her. She seems to be happy with her style.Somehow, i would like to express my sorry about what i have done to u. But its all clear. Yang lepas ttp menjadi kenangan. Semoga awak berjaya dengan cita2 awak k.

I am still the old luqman u all knows. Budak gemok yang agak gila2 n slalu je moody. Xde ape yang berubah pon. For me, its all about my expectation and achievement. Still hold on tight with my weird ideas. Because ibelive, itcould be done. And to build ur name inside a freaking world , its not a simple as we are smiling.

And i am glad u still be around to share something. Gembira bila kadang2 kita tersedar dan perasan, masih ada org kat sekeliling yang faham dan sedar kewujudan kita. Yang sentiasa bagi nasihat n bimbingan. Yang terima seadanya, walaupun kita bakal cacat ataupun menjadi jelik. Thanks for that.

Im telling this bukan untuk membuat perbandingan. Ini blog pakman. Its up to me to write what ever i would like to write. Untuk kepuasan, yang mana pada aku adalah bodoh untuk pendam dan kemudian mati sakit jantung. No, thats not me. Aku adalah org yang sentiasa berterus terang walaupun hakikat adalah menyakitkan. Aku adalah org yang jijik melihat hiprokrit. Dan aku benci pada pemuja kebendaan. Paras rupa, hartabenda dan lain2 adalah sementara. Kita hanya sebuah roh yang menumpang pada sebuah jasad. Boleh kita pilih nak jasad yang mcm mana? Fuck to those who think they are beutiful.

Sunday, May 1, 2011

~~kawen, kawen dan kawen!~~

Sampai2 je kat umah kat shah alam, aku teros tpandang beberapa sampol kat ateh meja kopi. Atas sampul tu , sume name aku. Sumpah akux suke. Bukan sebab ape kot. LOQMAN. Nie sape nye keje nie? Kalau aku cikgu sekolah rendah die, sah2 aku dah failkan periksa insan berjiwa kering nie. Eja nama aku pun x betoi. Hahaha. Gurau ok!

Bukak sampol 1. Makkkngai...gambo vespa kot. ZULFAIZAL PUNYE MAJLIS??? PERGHHH!. kencang betoi. Ingat lagi aku, sebab mamat nie punye keta laa aku jadi gian kat keta. Paling aku admire, tulisan tangan die yang mcm pompuan kot. Kemas gle. Sejak dari tu, aku sematkn dlm sanubari tentang minat menulis tangan. Poyos!

Amy Hazarita? Haa...nie pon 1 hal jugak...abis dah kawan2 bujang aku semua. Nampaknye tutp laa kelab remaja tran-tang tang aku kot. Boleh kasik bungkos g main jauh2 kot. Maka nampak gayanya, tertubuhlah kelab jiwa gersang. Hahaha. Dak nie dl, kira click2 aku gak kat politeknik. Kira boleh kata sekepala jugak laa kan. Aduhai. Sume dah kawen.

Aku? blom lagi kot. Umah aku kat sentol pon belom dapat aku bayar deposit lagi. Tgk laa setaun dua lagi. Dapatkan rumah, kemudian tanah, kemudian moto sport bikes, mak bpk aku, baru laa aku punye majlis. Kalau panjang umoq lah kan. Sape x nak kawen oii. Lumayan tu hadiah kepada sesapa yang meramaikan umat nabi!

Sok, kol 8 aku gerak amek ijal. G majlis amy, then g kelang. Nengok baby usop( membe pompuan aku...still dont know nape org panggil die usop)Kalau sempat, lajakkan g kenduri zul. Tp aku syak, x sempt kot. Kompom jem...roti je xde lagi. Mane taknye, asal cuti panjang je, banyak aa kad kawen yang sampai. Dah tu, bulan 1,2 ngan 3 nanti nampak nye ramai laa murid2 yang g kelas borak2 je. Dah tu, sume cikgu give birth. haha. Peluang nie!!!