Friday, December 24, 2010

~~Diantara Sejuta Wajah~~

Hari demi hari aku lalui. Detik demi detik aku tempuhi. Kini aku mula memasang impian. Sebuah mimpi yang sering di dambakan setiap insan. Membina keluarga, dan hidup bermasyarakat. Soalnya, mampukah aku.

Setelah beberapa ketika aku menimba pengalaman mencari wang saku, akhirnya aku putuskan aku mahu mencuba nasib sebagai buruh dan nelayan. Buat masa ini, aku gembira dengan hidupku. Apatidaknya, walaupun mendapat upah yang kurang, aku telah di tunjukkan jalan untuk berjaya. Lebih dari pendapatan seorang pegawai gred A. Saat ini aku sedang mempelajari kehidupan lumayan seorang petani dan peternak. Benar kata orang, sumuanya boleh dijadikan wang sekiranya rajin

Setelah mencongak, kiranya benar akan aku perolehi puluhan ribu untuk hanya beberapa bulan, akan aku tunaikan janji ku kepada diriku...akan aku hadiahkan sebuah Z750 ataupun sebuah rumah....bergantung kepada keadaan. Juga akan aku tunaikan janji ku kepada seseorang; merisik dan seterusnya memikirkan langkah yang berpatutan untuk diambil.

Isu seterusnya adalah, menjalani kehidupan sebagai individu bermasyarakat diantara berjuta. Almaklumlah, ragam orang ini pelbagai bahasanya. Rambut sama hitam, hati lain2. Ini lah yang aku risaukan. Sekiranya perkiraan aku menjadi kenyataan, mahukan matahati ku kelak menjalani hidup di kampung2, jauh dari kehidupan glamor.

Walaubagaimanapun, aku masih lagi berhati2 mengejar impian. Sekali terduduk, parah balasnya. Aku perlu merencana segalanya dengan teliti, berhati2 dan sentiasa mengikuti perkembangan. Dan aku harapkan, mereka yang seangkatan akan turut sama bangun dengan diriku, sekaligus mampu menjadi kayu penyokong antara satu dengan yang lain.

Thursday, December 23, 2010

~~Game Over~~

Bila di ingat kan balik, zaman2 remaje aku dl(mcm sekarang dah tua melampau pulak) ske je aku berjalan2 ke pasar malam untuk beli brg2 yang agak trendy la kot. Penah la 1 mase tu, aku tnampak 1 sandal(selipar) kaler putih maut wal ajal...suci bersih harum lagi tu...aku pun beli lah...RM 15 je...x mahal kan kan kan...Sok pagi nyer, mak aku suh laa aku g pasar basah kat seksyen 6 tuh..beli ayam 4 ekor....dengan bangge nye aku melangkah kesane(dari umah aku nek keta la...jauh jenat beb!)setibe disana aku ade nampak awek cun...awek tu mmg talah diketahui kewujudan nya di sana sambil mempromosikan kuih bakar buatannya..kalau laa dapat dapat makan awek tu...pergh...rase kuih bakar wa kata lu....haha...dipendekkan cerita, semase melintasi awek tu punya lot, aku pun berjalan dengan mendada nya. Si dia pun pandang...di tangan ku ada 2 ekor ayam disebelah kiri dan 2 ekor lagi ayam disebelah kanan...dengan selipar baru aku melangkah. dengan perasaan hensem akan diri aku bergerak...tiba2 sedar2aku dah tbaring kat ateh lantai...aku pun bangun cepat2...aku tgk awek td gelak kan aku...kemudian baru aku sedar...aku tergelincir sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada 3 ekor ayam yang dah di sembelih dan tinggal nak di panggang je lagi, manakala 1 ekor ayam lagi telah hilang tercampak 100 meter(saja bikin gempak)...aku pusing punya pusing, x jumpe jugak...lepas tu makcik kat belakang aku bersuara...Dik..katanya...'ayam adik dalam kereta tolah makcik tu' sambil menunjukkan jari ke dalam kereta tolak baby milik nya...aku ambik dengan sepantas kilat!waaa...tragedi ini sungguh dasyat sehingga meragut keyakinan diri aku untuk berjalan di pasar2 basah dengan sandal(selipar) yang aku beli di pasar malam!!!Game Over!!

Monday, December 20, 2010

~~Kesunyian Sebuah Alam~~

Dengarlah...tiada lagi siulan unggas. Di tinggalkan olehnya sebuah alam. Yang sunyi meratapi ketiadaan watak. Yang selama ini menghidupkan suasana.

Lihatlah...tiada kelihatan kawanan burung. Yang dahulu riang suka bernyanyi gembira. Yang dahulu berkejaran di angkasaria. Tatkala tugasan getir menanti dirinya.

Rasailah...tiada lagi tiupan angin. Yang dahulu sepoi2 menyamankan. Yang pernah di lambai oleh rimbunan pohon. Yang dahuli disambut riang oleh sang fauna. Yang kini meninggalkan sebuah kehidupan

Tangisilah... wajah gembira kini berlagu duka. Kehidupan yang ibarat sebuah lohong hitam. Yang tiada apa untuk diceritakan. Dan tiada sedikitpun untuk dikongsikan. Menantikan hari mendatang tanpa kepastian.

Kiranya anda berjiwa suci...rasailah...lihatlah...dengarilah...tiada apa lagi...ianya adalah kesunyian yang nyata...kesunyian sebuah alam..............

~~Berhentinya Sebuah Nafas~~

Sebuah ungkapan yang cukup ringkas, namun cukup padat untuk menceritakan segala2nya. Sebuah titik di akhir kisah yang mampu membuatkan sekeping hati patah. Cukuplah segala2nya. Tamatlah episod duka lara sorang insan. Cukup disini.

Yang patah mungkin tumbuh, yang hilang barangkali akan berganti. Aku harapkan agar kemunculan sebuah drama baru dalam hidupku cukup untuk mengaburi emosi. Tumpukan sahaja minda kearah cita2. Arahkan sahaja pandangan kepada impian.

Mungkin ia adalah satu bayaran kepada kejayaan. Mungkin juga ianya terjadi secara kebetulan. Siapa tahu tuah orang manakala nasib ayam dikakinya. Doakan sahaja kejayaan ku.

Sejenak, muncul raut2 keruh dan garis2 tua mereka2 yang senang dengan diriku. Ya, untuk seketika, aku masih ada orang yang perlu aku pertimbangkan. Masih ada individu yang perlu aku senangkan. Ya, sebuah janji yang pernah aku tabur dahulu. Untuk kesenangan ku, untuk senyuman mereka. Dan aku telah lupa tentang itu.

Raut2 wajah yang usang. Yang menantikan kabar gembira untuk aku kongsikan. Insyaallah aku aku nyatakan. Insyaallah akan aku laksanakan. Namun, hati menangis, siapa yang tahu.

Komitment sidia juga masih terikat. Dia juga masih ada tujuan untuk di hidupkan. Aku faham itu. Aku mengerti itu. Aku redha. Cuma aku kurang yakin aku tabah. Insyaallah aku akan senantiasa menghadirkan senyuman. Sebuah gerbang kepada kehidupan. Semoga akan hadir kecerian. Semoga aku berjaya.

Saturday, December 11, 2010

~~Bila Kaca Berhiaskan Permata~~

Ibarat berlagu tanpa suara
Sebuah kisah berendam duka
Cerita luka ceritera cinta
Hadirnya bersama sepikul derita

Umpama berbicara tanpa kata
Impian menggunung membina istana
Harapan suka bertukar kecewa
Bila bahagia tak kunjung tiba

Seperti terhiris tak berdarah
Tatkala wira hampir mengalah
Berpaling ia mengimbau sejarah
Lantas tepana menangisi kisah

Bagai melangkah tanpa arah
Menuju cerah bergerak lemah
Mencari watak sambil berhijrah
Mengharap tuah menghindar gundah