Wednesday, June 29, 2011

~~Perseverance~~

After meeting with my cousin, friend, and being bz focusing on teaching, I found out that what I need is a little perseverance. It is an early conclusion. How ever, I decide it is what I needed because being 'jiwa kacau' for a long periodic of time could give harm to my self and my future.

In a new environment, I found a place for my self. I discover a few people that have similarities; suit me and my personality. Im happy to be here. Personally, I am thanks Allah for what I get.

I decide to get my self a few things to re-born me symbolically. It is not as I am trying to be a new me, but it is more like I am appreciating my self after what had happened to me.

For those who keep supporting me, and still, tq for everything.....

Tuesday, June 28, 2011

~~KFC oh KFC~~

Haa, mesti korg rasa cite nie as all about kfc with those boring historical backgrounded kan kan kan. Hahaha. W.R.O.N.G.!!! Kalau korg igt nie pasal kfc, sehingga menjilat kaki, siapa ronald mc donald, n burger ape yang paling sedap, sila pergi kat blog lain k!

Nie pasal sesuatu yang aku buat mlm nie...opss...kami...bukan aku sahaja kot. Yeaahhhh! Ape yang kami buat? KFCing, makan-makaning, chit-chating, gosip-gosiping n gelak-gelaking. Sume pon ade ing kot. Bertapa bagusnya grammar aku nie. hahahaha

Aku enjoy mlm nie sebab aku dpt tgk die gelak. Dpt tgk die malu2. Dapat...haaaa, ape tuu...ape korg pk haaa?dapat makan laahhh!Waaa~~sedapnyr!Walaupon cume lagi sebulan dapat lepak2 ngan die. Hurmm.

Tp plan untuk membeli jam tangan blom lagi menjadi nyata sebab JAM YANG AKU SERVEY MAHAL GLE KOT!! G tgk swiss navy, g tgk G-shock Frogman, Casio dsb...perghhh....n maybe this friday kami akan ke BB untuk meusha jam tangan yang aku dambarin...hurmm...kepada lecturer bahasa yang memaca, jgan gelak k!

Aku jugak suke mlm nie sebab apa yang aku plan dan x bgtau sesape, die seakan2 tau2 jerk. Plan nak g sabah bulan 1, plan nak try awek tu, dsb. kan kan kan. Tetibe mcm termalu lak. haishhhhh. Lagi 1 sebab kenapa aku suka mlm nie, sebab aku berpeluang tgk mata dia sedalam2nya dan kemudian aku rasa ada connection untuk aku tau keperibadian si awek nie. Hurmmm....Awak2, yup im having fun tonite. TQ sebab pick me just to lepak2(walaupon pada plan awalnya dia kata nak discuss sesuatu)hahaha

dah lah...tu je aku nak stori....membe aku bukak maharajalawak lak...adeh...sabun di bilik mandi~~hahaha,....bangang tahap cipan!

Friday, June 24, 2011

~~Sesuatu Yang Meruntun Jiwa~~

Semalam aku putuskan bahawa aku perlu cuba untuk lupakan facebook. Sebabnya? aku rasa aku terlampau leka dengan benda tu. Asyik sgt. Kerja dah ok. Susah le mau cari time bz mcm skunk nie. Kemudian ujung2 minggu aku akan ke banting demi meneruskan usaha yang aku mulakan.

Hurmm. Jap2...nak emo ley x? Aku rasa sedikit sentap dan kesal atas kata seseorang yang sangat mengakitkan hati. Ok, sila notice yang business tu mak bapak aku yang punya modal. Sebab aku sentap? Aku yang pujuk die org beria2 sampai tahap x lalu makan seminggu supaya dorang laburkan modal untuk usaha nie. Dan aku yang urus! FAHAM? x kot. Nko x paham la kot sis...kan..sebab bukan nko yang makan sampah sebab x cukup duit nak beli makanan kat kantin zaman2 sekolah rendah dl. Kan. Bukan nko yang minum air paip semata2 utk ilangkan dahaga petang2 sebab duit belanja 30sen untuk sehari dah abis. Abis sebab ape? Sebab aku beli kopok lekor ngan air secawan untuk makan tengah hari. kan...nko xkan paham punyer. Nko x pernah susah sampai kene curik duit untuk makan dan beli buku. Nko x pernah jadi budak yang paling selekeh dan selalu kene ejek sebab nko susah nak dapat baju baru! XPERNAH!!!

Ok....dah kool~ Sajak je kalau aku pikir2 balik. Jom teruskan cite. Tetiba hari nie awek yang seolah2 ada chemical ngan aku tu dok bertentang mata depan aku, n mood nak ajak borak2 tros termuncul dlm minda. N ayat yang pertama terkeluar dari mulut aku adalah, sis...guess what...im terminating my fb...then secara tiba2 die pon membebel kat aku sebab aku buat sesuatu tanpa berpikir. hurmm....

Dan setelah pk masak2, perluke?Kan...kalau ade orang yang x suke aku pon, ptt ke aku kesah? X kot. X luak laa fren list aku. G mampos sama lu!!!!!But, nway, tq to her sebab banyak bantu aku kembali berdiri. Bantu aku kembali menjadi aku. Yang sentiasa ada untuk saat2 suka dan duka. Walaupun kita rapat, n aku mmg ade hati kat anda, tp sila lah tahu yang saya belum lagi terpikir nak jd teman istimewa anda. Buat masa nie, berkenalan dan bersahabat dengan anda dan cukup buat saya happy. Cuma, sy janji yang saya akan sentiasa ada untuk semua waktu2 sudah dan senang. Ill promising U...

TQ AWAK~~~~

*p.s.: x sabar rasanya nak tunggu masa U teman I beli jam...Untuk I, semua kenangan nie akan ada pada jam tu at the time U have left me.... :{

Thursday, June 23, 2011

~~Harimau Malaya~~

Ok, memandangkan cite nie masih sgt press oren lagi, mari2 kita sentuh. Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mara ke pusingan akhir peringkat kumpulan dalam kelayakan olimpik. Juga secara peribadi, tahniah juga kepada tonggak pertahanan terakhir negara yang mengawal gawang dari terus dibolosi, Khairul Fahmi Che Mat, pemain pertahanan yang dah agak exposed dengan pengalaman2 dan perlawanan2 antarabangsa, Muslim, pemain yang menjaringkan gol( x ingat wan sape tah nama dia) serta play maker negara yang x bernasib baik, Gary Steven Robbat-kesian...dan x patut.

Serius, perlawanan nie mmg mcm hampeh. Agak kecewa laa pada permulaan babak kedua dimana selepas malaysia hilang sorang player, corak game tros berubah. Malaysia tros tukar corak dari serangan balas kepada bertahan dan lansung xde serangan ke gawang gol lubnan. Akan tetapi, emosi penonton tergamit juga apabila masa semakin suntuk yang mana malaysia tros kental bertahan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan akhir peringkat kumpulan.

Namun begitu, ada jugak beberapa org player kebangsaan yang tercedera. Dan yang paling merisaukan, apabila wira popular di padang masa kini(kalah woo earon aziz), Khairul fahmi Che Mat jatuh dengan posisi badan yang x berapa nak betol. Dari pengalaman aku, for sure sakit bro! Namun penonton memberikan tepukan yang sangat gemuruh apabila beliau bangkit untuk terus memikul tugas sebagai penjaga gawang. Time tu, walaweh...sentap bro!

Akhirnya, tempoh 40 minit yang menyiksakan berakhir. Malaysia layak ke peringkat seterusnya dengan agregat jaringan 2-1. Perghhh......Gua suspek lu laa bro!

*p.s. Siyes aku sebak jugak. cuma cover2 je sebab ayah aku ade sekali. Yela, last time kita layak taun 80. Then aku pon dl gol keeper gak, sebelum injury memaksa aku bersara(perahsan gagah laa nko bro!!)

~~Sekali Lagi: Aku dan Hanya Aku~~

Hari ini aku terpanggil untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati. Untuk aku ingatkan kepada anda, mereka, mahupun sesiapa sahaja yang perlukan aku untuk aku berubah...persoalannya, perlukah? Sekali lagi aku tegaskan, aku, dan hanya aku.

Mungkin engkau x paham. Mungkin mereka x mengerti. Kerana apa? Kerana bukanlah engkau yang pernah mengemis dan mencuri untuk makan dek akibat kemiskinan. Bukanlah mereka yang merasa bertapa peluh dan keringat itu sangat berbaloi untuk diubah menjadi kesenangan. Bukan.....

Biarkan. Kiranya hari ini aku susah. Tatkala ini aku merangkak. Biarkan....usah dibantu lagi diri aku yang hina ini. Sudah puas aku dijanjikan dengan omong2 kosong mereka. Sudah jelik aku dengar cerita2 palsu mereka. Jadi, biarkan.....

Aku dan khayalan aku. Aku yakin dengan itu. Jadi, kenapa perlu engkau bersusah payah memerlukan aku untuk berubah? Apa yang aku perlukan hanya secebis keyakinan dan pancaran motivasi. Yang akan terus menggerakkan aku kearah apa yang aku tujui.

Aku....dan hanya aku......

~~Hanya Anda Seorang~~

Aku x tau mcmana nak mula. Sebab sebuah perasaan adalah sukar untuk di zahirkan. Tapi, memikirkan apa yang dah anda lalui, x seberapa kot ucapan ini sebagai balasan. Aku juga seperti mereka yang bernasib baik; masih lagi mempunyai kedua orang tua. Tp ini adalah khusus untuk si dia yang tercinta.

Selama aku hidup, x pernah lagi aku rasa ada seseorang yang sangat memahami seperti anda. Yang sentiasa mengambil berat, susah senang, tangis dan tertawa bersama. Kadangkala aku rasa beruntung untuk memperolehi seseorang seperti anda disisi.

Bezanya cuma, tatkala ini, kita diuji dengan maha hebat oleh yang kuasa. Namun begitu, aku kagum dengan ketabahan anda. Seseorang yang perlu menjaga 4 buah perasaan, selain perlu mengadapi masalah sendiri. Hebat bukan.... dan aku kagum dengan pengalaman yang anda ada. Semuanya ada untuk dijadikan pengajaran dan kisah sempadan. Untuk sentiasa membimbing, dan berkongsi cerita.

Adakalanya apabila bersendirian, aku tidak malu untuk mengakui bahawa garis2 tua dan ukiran senyuman di wajah anda sentiasa bermain di sanubari. Untuk sebab itulah acapkali aku terhindar dari melakukan sesuatu yang keji. Banyak juga peluang yang muncul secara tiba2...dan demi mengenangkan anda, aku lari daripadanya.

Untuk ayahanda tercinta, terimakasih aku ucapkan untuk selama ini memendam perih dan pahit hanya untuk membuat aku tersenyum puas. Tanpa mengharap apa2 balasan. Cuma masanya belum sampai untuk aku balas kasihsayang anda; bukti aku telah berjaya...masih belum ada ruang.....EN. AND HAKIM, SELAMAT HARI BAPA untuk anda......

Saturday, June 18, 2011

~~Lain Padang Lain Belalang~~

After having a little discussion with someone mlm td, I could conclude yang sememangnya kita perlu menjadi siapa sebenarnya kita. The issue of places, ages, who is your friend, and where did you live your life should be no big deal. X kirala apa pon proffesion yang kita ceburi, seberapa moden kita atau apa yang keadaan dan situasi mahu kita jadi, identiti adalah sesuatu yang x perlu hilang. Kerana sebahagian dari identiti adalah budaya; sesuatu yang sentiasa mempengaruhi kelakuan dan perbuatan. Dan budaya bukanlah sesuatu yang diwarisi secara berzaman. Ianya boleh berevolusi mengikut keadaan semasa, dan masyarakat.

Terima kasih kepada awak, I think I should act more like me. Stop pretending. Sebab menjadi seseorang hanya akan mengelirukan penampilan kita. So, mulai hari ini, aku perlu kembali menjadi aku yang dahulu. Mencari kembali apa yang telah lama aku tinggalkan, menggali semula apa yang telah lama aku kuburkan. Campakkan jauh2 segala kenangan yang bersifat palsu.

Dengan berlatarbelakangkan pancutan air kat taman klcc (inilah pengaruh cite nora elina...x suke betoi..haha), aku rasa aku tahu apa yang salah selama ini. Sejak kenal insan yang menjanjikan kegembiraan palsu, aku dah jarang menganalisa pencapaian dan kelemahan aku. Sangat jarang. Aku perlu mula kembali. Keluar mencari ketenangan, menikmati kehidupan, dan menghayati keindahan alam supaya kita sentiasa sedar apa yang mampu kita lakukan dan apa yang tidak.

Masaalah adalah suatu yang membebankan untuk kita pikul pada jangka masa yang lama. Walau apa yang akan berlaku, sedang berlaku dan telah berlaku, kita x perlu terlampau mengenang nasib. Live ur life happily. Masa x akan dapat kita undur. Akan tetapi, mencuba sesuatu yang baru akan menjadi sebahagian dari sebuah pengalaman.

Secara jujurnya, saya senang dapat mengenali awak. Tapi tiada muslihat disebalik kata. Saya ikhlas dalam berkawan. N Ill pray for ur success in what ever u r doing or intend to do. Tp, buat masa nie, harap2 kita dapat nikmati hidup seadanya. N untuk segala apa yang awak dah bantu, TQ........;p

Thursday, June 16, 2011

~~Sesuatu Untuk Sidia~~

Ada sesuatu yang aku rasa aku belum sedia untuk aku hadapi, tp dah pon berlaku. Aku rasa aku x rancang benda nie. Tp tuhan maha kuasa. Cuma aku yang belum bersedia. Selama nie aku x pernah rancang nak bertindak. Aku biakan sahaja. Serah bulat2 pada takdir. Aku lupakan perkara yang lama dengan kesibukan aku melayan kerenah remaja2 bakal pemacu bangsa.

Apa yang ada pada dia sehingga aku seronok untuk kenal dia? Senyuman. Keseriusan. Keprofesionalan. Antara aku dan dia, semuanya hampir sama. Cuma apa yang berbeza, aku budak kampong. Biasa bermain lumpur. Dan dia anak bandar. Semuanya bersih dan lengkap. Untuk alasan tu, aku x pernah mulakan langkah. Cuma aku suka tgk dia senyum. Tertawa. Penuh dengan sesuatu yang mampu melapangkan jiwa dan fikiran.

Dia ada yang punya. Walaupon jodoh menentukan segala2nya, aku x berhak kacau apa yang dia dah kecapi. Pada aku, adalah seronok dan menggembirakan apabila lihat org yang kita kenal sentiasa dalam keadaan riang. Bukankah begitu?

Setiap orang berhak untuk tersenyum. Ada hak untuk rasa gembira. Kadang2, adalah berbaloi untuk menangis demi senyuman org2 yang anda senangi. Aku sentiasa aku. Xpernah berubah. Sorang budak kampung yang ada hasrat nak berjaya. Punyai impian untuk masa depan. Ada rancangan untuk kebahagiaan orang tua. Aku lah aku. Yang sentiasa yakin pada apa yang aku buat. Dan x pernah berubah!

~~Sesuatu Yang Baru~~

Aku x sure yang benda nie salah ke x. Tp aku rasa selesa berada dekat ngan dorg. Bila tgk dorg enjoy dlm kelas aku, tgk dorg hapy berada dlm kelas aku, untuk tahu yang dorg sentiasa seronok untuk hadir dan x pernah ponteng kelas adalah sesuatu yang sangat menceriakan. Kadang2 untuk aku jumpe dorg dlm kelas, x sabar2 rasanya.

Tp td aku lepak makan2 ngan dorg. Ade mamat name nick die boy. Dia pun ade pengalaman dalam bidang marketing nie jugak. Die pon seronok dlm kelas aku. Sampai td die teman aku smpi opis, semata2 nak pelawa aku join lepak2 n makan tengahari pada waktu petang. Antara yang ada kat sana, husna, 2 org pompuan, budak boy nie, syafiq ngan ade lagi sorg budak sg besau. Sungguh best lepak ngan dorg bila tau yang dorg sememangnye enjoy dlm kelas aku. Sampai abis kelas pon dok borak2 pasal subjek aku. ;p

Secara tiba2, aku tertanye dorg..pasal wayang. Aku tanye kat mane wayang yang paling dekat kat gombak. N dorg mcm terkezut jerk. Then aku borak2 pasal tu, n dorg mcm ok jerk untuk aku ajak lepak2 selepas waktu kolej. N aku rasa mcm nak buat jugak2. Tp ade beberapa perkara yang aku kene jelas dl.

Yang pertama, aku perlu profesional. Supaya aku x kan bias(ayat org putih tok perkataan berat sebelah) untuk tentukan sape yang layak mendapat tempat dlm kelas aku. Yang sentiasa berusaha berhak mendapat yang terbaik. Kemudian, aku perlu had kan hubungan antara aku dengan dorg. Sentiasa ada geb antara pengajar dan pelajar. Aku jugak perlu tahu batasan yang ada antara hubungan sebagai seorang rakan, dan pelajar. Mungkin apa yang aku buat nie salah. Tp aku rasa aku berhak sampaikan apa yang aku ada dan tak terhad di dlm kelas.

Sehingga hari nie, dah ada yang jumpa aku personally untuk tanya apa yang dia x paham. Aku hargai benda tu. Sebab, aku rasa aku dah berjaya memenangi hati dorg. Umo 19, 20, 21....sume baye2 adik2 aku. Susah nak biarkan dorang jd gagal. Aku harap aku xkan gagal untuk buat dorg berjaya. Xkan kecundang untuk sentiasa bimbing mereka. Untuk pimpin mereka melihat keadaan sebenar dunia yang zalim. Sebab aku sentiasa takot untuk gagal. Takot untuk kecundang.

Wednesday, June 15, 2011

~~Nora Elina~~

Aku x paham betoi nape cite nie mendapat perhatian yang sangat menggalakkan dari muda mudi jaman sekarang. Aku xske kot. Ade ke lagi manusia berjiwa tabah mcm seth tu? Sethan!hahaha..tp still aku x suke nora elina. Sebab .....hurmm...sebab ape tah. Maybe sebab past experience aku kot. Siyes aku skang serik nak bencinta!ahaks

Normallah kan. Kalau mamat tu hensem, kompom 1 dunia akan jeling2 tahap maut dewa cipan bagai. N kalau aweks tu putih bersih manis berjiwa suci, pon akan menjadi tumpuan jejaka yang bermuka legend tp hati berbau taman bro! Sungguh x realistik!!

Aku lebih emo n terharu dengan cita mcm 300 pound beauty. Kan. Mcm real je gitu..haha. ye laa, asek2 org yang berwajah murni je yang menjadi tumpuan. Mcmane lak ngan org yang berbadan 7 mcm tu?(senang cite mcm aku lah!)heehe

Aku suspek, pengalaman aku pon buat aku rasa benci sgt2 kat pompuan jenis elina tu...eeee, rasa mcm nak bagi je senduk kat lesung papan die tu. Haish(ade ke die lesung papan?)Tp, ape yang pasti, cite tu menjadi tumpuan sebab hero yang so sweet n heroin yang melting mat2 maskulin di luar sana.

Aku cabar pembuat felem, ape kate nko amek bob Ku-2 ngan Syanie jd hero n heroin die. Cpt2, aku cabar nie!!!!!!!!!!

~~An Improvement~~

Hari nie aku baru abis sekotak rokok suria berkapasiti 16 batang. Good. Kalau dl sekotak suria 16 nie akan habis dlm masa 1 setengah hari je, la nie aku rasa aku makin dapat mencapai matlamat aku utk berenti merokok. Harap2 semakin lah.

Dalam bab mengajar pon, aku semakin dapat menyesuaikan diri. Alhamdulillah budak2 nie seakan2 paham ape yang aku ajar. Buktinyer, task yang aku bagi, paling2 cikai pon dorang akan score 50% which is ok laa kot. Tp aku rasa tanggungjawab aku bukan semata2 untuk meluluskan budak2 nie, tp untuk bagi dorg paham ape sebenarnya yang dorg belajar.

However, im still not a quick learner. Untuk berbahasa omputih, aku still kene amek masa, relex, dan pk ape yang aku nak cakap. Tp td petang merupakan disastrous bagi aku kot. Bila di suruh komen kat member aku nyer session, aku jd mengelabah dan x tau ape nak cakap. Aduhai. Shame on me!

Aku semakin serasi bekerja di sini. Kawan2 yang 1 rumah nie pon sangat membantu. Kalau dulu aku susah nak cari org yang berperangai sama mcm aku, baru kat sini aku jumpe. Dorg pon perangai bih kurang mcm aku. sebab kepenatan mengajar, sebelah mlm kami akan duduk2 lepak sambil bincang2 pasal ragam student. Kadang2, so called lecturer mude nie akan update blog dorg. Tp ade yang antara kami akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Itu yang buat aku terpikir2 tu, nak sambung jugak ke idak? nak ke idak?hurmmm......

Sunday, June 12, 2011

~~Where Am I ?~~

After a series of failure, I am looking for an answer. Intai sana, nampak ok. Skodeng sini pun rasanya mcm ok. So, where should I start? Is it because of lucky element? I dont think so. N bila imbas2 balik, review balik, I discover something suspicious.

Dia mcm nie. What would you do kalau anda berhadapan dengan masalah. Paling2, untuk memotivatekan diri, anda akan kata; xpe laa...pengalaman metangkan fikiran. Kan. THATS IT! Bila kita cuba untuk menjadi some one else, yang kononnya berfikiran matang, anda seolah2 memulakan sesuatu dari awal. N it is worse bila anda bermula dengan terok; yang mana asas untuk anda bertapak itu sendiri x kukuh.

Matang dan personaliti adalah 2 benda yang berbeza dengan ketaranya. Xnampak? Mcm nie...Personality adalah sesuatu yang tidak dibuat2. Manakala matang adalah sebahagian dari personaliti. So, when you decide to so called matang, tidakkan anda terfikir anda telah membuang element2 lain dalam diri anda? Unsur2 lawak dan kebudak2kan misalnya, adakah ianya matang? No, it is not! But doing things rite and do rite things adalah org yang matang. So, supposedly... anda tidak harus membuang unsur2 yang lain dlm diri anda hanya untuk mndapatkan KEMATANGAN! see?

Ok, berbalik kepada cerita asal, I think I am messy because I tried to be some one else. Cuba menjadi matang. Yang mana pada asalnya I am not. Aku adalah seorang yang tah pape, sangat tidak stabil emotionally, and sangat meriangkan menceriakan kawan2 d sekeliling. I am not a multi-tasking person dimana aku akan menjadi jiwa kacau setelah kerja terlampau banyak untuk diselesai, aku adalah orang yang sentiasa penuh dengan unsur2 kejutan, sentiasa ada untuk menceriakan orang lain, dan xpernah pandai untuk memberi arahan dan menjadi pemimpin. Itulah aku.

Pada masa ini, lihat lah. Aku semakin berusaha unutk menjadi matang. Kerana? Kerana apabila dilanda masaalah, aku akan cuba menjadi matang. Maksudnya? Aku cuba untuk berlaku adil sepanjang masa, cuba untuk tenang dan x mengelabah, menjadi seorang yang proffesional sentiasa. Hakikatnya, adakah? Semakin kita mencari kematangan dalam diri, semakin kurang menarik kita akan jadi. Kerana kematangan adalah sebahagian dari personaliti.

Oleh itu(chewah, ayat blog) aku rasa eloklah aku kembali ke zaman2 seperti sediakala. Matang x diperlukan setiap masa. Adakalanya kita diperlukan untuk menjadi nakal. Adalakanya kita perlu untuk menjadi romantik atau kebudak2kan...kan. Tp personaliti yang unik itu mampu untuk mengembalikan keseronokan kita dlm kehidupan yang menyebabkan kita sentiasa tak berjiwa kacau. Sekian!=>

Thursday, June 9, 2011

~~Balak oh Balak~~

Hari nie aku g temu duga dlm sektor kerajaan. Badan berkanun. Yang datang, maakkk aiiii... mcm pegi kenduri. Calon2 pon bukan calang2. Ade yang dah dok dlm kerajaan dah pegang jawatan tetap, ade yang apply gune master, ada yang budak baru nak up n cerita poya x sudah( yang tu siyes aku x suke)...tp ape pon, I mess it up.

Masuk bilik interview dengan perasaan x sihat, idong tsumbat n cakap mcm org sengau, lansung xde harga diri. Aku pon x sure ape je yang aku merepek dlm tu td. Tp yang pasti, la nie aku rasa mcm nak melantak banyak2 then tido.

Btl laa apa yang aku rasa selama nie. Sebenarnya, aku mmg lansung x suke kerja kerajaan. Maybe benefit dia bagi banyak kot. Tp masalahnya, environment die x condusif. Lansung xde sikap profesional, nak belagak setiap masa dengan jawatan yang x seberapa, n slalu je mengular dek masa rehat yang banyak (dah tau mcm tu, yang nko dok applu jgak2 tu nape...bahlol) =P

Aku harap2 mlm nie aku dpt release tension. Harap sgt2 nak lepak ngan dia nie. Nak tau aa jugak dia dah chat ka blom kan. Ye la, kata org hidup x sentiasa diatas. Bahagia xkan selamanya kekal. Ini mungkin hari dia, sok lusa hari aku....sapa tau....

Tuesday, June 7, 2011

~~Amacam?~~

Hahaha...bosan kan. See? Nampak permainan die...semua tu cuma alasan je. Egolah sgt untuk menafikan. Sila deny perkara yang betol. Aku cabar! Sila. Bila dah xde, dah kosong baru mau rasa. Blah la sane main jauh2.

Sian die. Xde kawan. Bosan. Dah laa tu....xde identiti pulak tu. Ikot je bontot org. Ok, sila lah sentiasa eyh. U r very good for this. X dapat dinafikan lagi. Hope u r enjoying the pain! Coz people said; whar goes around comes around.

Tolong lah...nie dunia modern kot. Xde maknenye kita nak sesuatu, kita kena berusaha dapatkan benda tu. Come on. Da xde lagi dah. It's about sharing. It's about how to deal with negativity. Apa yang ada pun cukup kot. Eyh, come on lah. Kau tu complete sgt ke? kan...did u come with the complete set of ur self? U tell me!

TQ FOR THE PAIN!!!!

Monday, June 6, 2011

~~What If~~

Td aku tgk cite omputeh...1 msg yang buat aku terpikir2. What...dah if...kalau di gabungkan dedua ayat tu, 1 perkataan yang paling horror akan terhasil. Ia akan sentiasa menghantui. What if...what if..what if... bagaimana jika...kita jatuh? bagai mana jika kita kecundang? Tp bagaimana kalau ada rezeki?(hahahaha...bagaimana kalau ke bagaimana jika?hahahaha)

Hujung minggu yang lepas aku igt akan jiwa kacau lagi. Upenye x...hehehe....banyak aktiviti yang aku buat. Tgk wayang. Lepak wangsa walk. Teman membe beli brg, tp die x beli pon. Hahaha. It is nice to know her actually. She could speak well, she has identity, and she has ability to make people look at her...for what ever reason, she is just a center of the universe. Tp dia dah nak sambung master, Hayyak!!. Again, Ill missing her...kot...susah kot mau jumpa org yang sekepala mcm nie. Haish.

Pasal kerja pulak, mengajar nie sebenarnya xde laa sesusah mana. Cumanya, time bz adalah di mana bila student nak dekat2 periksa, test n kuiz bagai. Yang lebam bijik mata nye kita. Tp ok laa..kalau x, aku xde kenal kawan2 aku skrg nie. Kalau x, kompom mlm2 minggu aku sepi(chewah, ayat...berbunyik manis nampak..hehe)

Tp aku sbnrnye dlm dilema. Nak kejar gaji ke, nak kejar nama? Kalau keje nak gaji mahal, tp tempat mcm x bape nak masuk lak kat hati org tua aku. Lagi dorg suh terus mengajar lg ade. Keje kerajaan, Khamis nie interview. Alhamdulillah....rezeki. Tp nape cume pembantu je. Haish. Rasanya aku apply dl post pegawai. Tu pon dah lama. Haish..tah laa...

Hurmm...Slamat hari jadi mak! Terima kasih sebab sentiasa ada untuk berkongsi setiap cerita; suka dan duka. So, hari nie kami celeb dengan beli asekerim Mc D je...jom makan...=>(demam2 pon makan asekerim)

Friday, June 3, 2011

~~Allammaaakkkk~~

Ok...for the 3rd time aku rasa terkilan sangat2 apabila hari ini.....JUMAAT KOT! Yup. Terima Kasih kerana menggusarkan aku yang baru menjadi single (yang baru2 nak jinak nie, blakang kira). However, tadi Ila dan Aini ajak aku makan kot...ehehe...nasik ayam MENTAH???apakah?

Ok...esok hari sabtu. Hari dimana couple2 akan keluaq dating tgk movie makan pop-cornie corn pelok2 cium2 bagai(sila jauhi maksiat) manakala aku cume duduk kat umah dengan keadaan mulot yang penuh nasik sebab bosan. Ok, ini fakta. Sila notice yang kebosanan boleh buat kita jadi gemuk. Sebab I have experience makan sebab bosan...owh, eating disorder...

Walaubagaimanapon, secara tiba2 aku rasakan bahwasanya....nasik dagang sedap aa(tu kata perot aku yang tengah lapa, x no idea nak makan ape). Semalam aku naik keta n bukak musik sekuat2 alarm alam yang mana selepas kene penyakit kemurungan akibat evening sickness(penyakit utk org single je) dan menyebabkan aku kembali lega. Aku ada uplod lagu baru...im coming home n I need a doctor...best bro...

Hurmm...nape tah aku post perkara tahyol mahyol carot marot bagai nie haa?Motif apakah???????

Thursday, June 2, 2011

~~Perlukah?~~

Hurmm...cukup2 laa tu buat hal. Sebelum nie pon aku cukup struggle sorg2 utk lepaskan diri. Mula dari bawah balik. Dah puas menangis dah. Enough is enough. I need no more. Aku bahagia sekarang. Bahagia dengan hidup aku yang x seberapa nie.

Mungkin utk terakhir kalinya aku kupas tentang apa yang kita semua gelar suratan. Engkau sibuk. Dengan cita2, dengan egois yang setinggi gunung, dan realiti adalah segalanya. Betul? Aku? Mcm nie lah...dari dulu sampai sekarang. Dan mungkin selamanya. Aku perlukan dia. Mulanya...untuk ketenangan diri, untuk motivasi, dan segalanya. Tp akhirnya aku persoalkan...perlukah aku sahaja yang bersabar?

Aku rasa hidup adakalanya merimaskan. Adakala dapat memancarkan sebuah kegembiraan. Tp...entahlah...untuk kekal selamanya, kesabaran bukanlah satu2nya perkara yang perlu dipertahankan. Maruah diri, memahami dah adakalanya mengalah. Salahkah ianya? Kiranya perkara remeh temeh pon x dapat diselesaikan, apatah lagi masalah yang tersangatlah besarnya. Menyorok bukanlah sebuah jawapan.

Bukanlah gatal. Bukan miang. Sila faham yang kita semakin tua. Tidak...bukan itu sebenarnya yang aku maksudkan. Aku maksudkan tentang orang tua yang selama ini gagah melindungi kita walaupun mereka sebenarnya gentar dan menggigil oleh cabaran dunia. Sanggupkah kita palitkan kedukaan terhadap mereka? Xmahukah anda melihat senyuman di penghujung hayat mereka?

Cukup2 lah. Yang sudah itu sudah. Meskipon aku seringkali menangisi kelukaan, tp hidup tetap perlu di teruskan. Come on. Kita sudah semakin dewasa. Makin matang.....pikirlah...yang baik mahupun yang buruk. Aku akan cuba teruskan apa yang aku mulakan. Walaupun ianya menyakitkan......

Wednesday, June 1, 2011

~~Bukan Masa Bersenang2~~

Dalam situasi serba baru nie, kadang2 aku bersyukur jugak dengan apa yang Allah berikan kat aku. Walaupun sekejap, walaupun aku terpaksa bermula dari bawah, aku bersyukur. Tp kdg2 pengalaman pahit masa lalu tu x pergi jauh2 tinggalkan aku. Kadang2 ade jugak datang encik sepi meneman jiwa. Haish...susah betol mcm nie.

Masa aku banyak masa lapang kat kolam dl, masa aku ada problem, aku slalu je rasa maybe it is me yang ada problem. Sampaikan aku kene motivate balik diri aku. Sampai aku kene berpindah tempat keje. Buat sesuatu yang baru. So, I need to learn. I need to walk on my own. And I am trying now. So?....

Bila dah memula kan tugas sebagai pensyarah nie....aku mula kenal dengan mereka2 yang ada watak mcm aku. Ade blog sebagai tempat melepaskan tekanan. Kadang2 bila sendiri, jadi gelisah. Rupanya semua ada sebab. Aku jumpa watak yang seolah2 aku masa susah. Bezanya, dorg x pernah renggang dengan Allah, xpernah renggang dengan buku n sentiasa sibok kan diri. Aku rasa aku faham apa yang cuba nak disampaikan kat aku...hurmm.....

Ini bukanlah masanya aku nak mengeluh. Ujian demi ujian, aku harus belajar mcm mane nak tabah. Mcmane nak pretend this will be ok soon. I am fine no matter what....aku sedang belajar.