Saturday, October 16, 2010

~~Melangkaui Garisan~~

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Akhirnya aku hampir tiba ke penghujung. Akhir jalan cerita. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mengimbas kembali apa yang telah aku lakukan. Apa yang telah aku jayakan. Apa yang telah aku gerakan.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku semakin mara. Cuba mengapai langit tinggi. Apa yang aku perolehi? Hanya secebis kenangan dan senyuman. Luka, duka dan kecewa adalah baki selebihnya. Aku lebih banyak tersandung dan jatuh daripada menjulang panji kebanggaan di puncak menara. Itu yang pasti.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku mulanya menjangkakan inilah yang aku mampu tempuhi. Tuhan penentu segalanya. Untuk seketika, aku tersenyum gembira. Untuk seketika, aku tertawa puas. Impian untuk membaik pulih sebuah kereta idaman hampir2 menjadi kenyataan. Anganan untuk memiliki sumber kewangan hampir dapat ku gemgam sepenuhnya. Hajat untuk membawa pulang segulung ijazah hampir dapat dijelmakan. Namun sebaliknya, ada edisi duka yang terselit di celaham memori suka.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Akhirnya aku sedari. Aku hampir tiba ke penghujung. Inilah dia garisan penamat yang aku tunggu2 selama ini. Yang mendukacitakan, hadirnya bersama rindu dendam dan rasa ketidak puasan hati untuk apa yang aku telah lakukan selama ini. Aku bakal menjejak kaki ke sebuah alam baru. Aku rasa sangat teruja. Sangat tidak sabar. Walaupun begitu, secara tiba2, aku mulai gentar. Goyah memikirkan yang aku mungkin masih tidak bersedia bergelar PEGAWAI, mungkin belum bersedia menjadi salah seorang dari watak masyarakat, dan lebih mengerikan, belum bersedia untuk memimpin. Persoalanya, mampukah aku?

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku akhirnya memutuskan bahawa ini bukanlah penghujung yang aku nantikan. Aku telah nekad. Menjelang 44 hari dari tarikh diari ini di tintakan, aku perlu bercuti dari sebarang tugas. Menghilang untuk sebulan. Memberi laluan untuk ketenangan kembali menguasai jiwa. Memberi tumpuan untuk aku siapkan apa yang aku mulakan. Dan akhirnya, muncul dengan watak baru.

Langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Aku rindukan masa silam. Aku tangiskan kenangan dan pengalaman. Akan ku persiapkan diriku untuk semua ini. Langkah demi langkah. Tapak demi tapak....insyaallah.....

No comments:

Post a Comment