Wednesday, August 15, 2012

~~Melankolia Semalam~~

Sesenang engkau datang, semudah itu juga engkau pergi. Walau pelbagai cara aku lakukan, hilang mu tetap pasti. Akukah yang bersalah? Atau hanya keinginanmu? Bonekakah aku? 

Setelah apa yang kita lalui bersama. Setalah tercalit sebuah ceritara. Satu kesah yang pastinya sukar untuk aku lupa. Bukan kemahuan ku itu. Hiburankah itu? Cerita sesaat untuk kenangan sepanjang malam. Wah. Hebat sungguh. Senyumlah. Senyum sepuas-puas hati mu.

Hari ini aku ungkapkan kebenaran. Aku tidak bodoh. Aku tidak pekak. Tapi aku mungkin bisu. Aku tahu semuanya. Semua cerita benar yang kau palsukan. Untuk apa semua itu? Duniawi semata-mata. Hapuslah engkau dari sini!

Apa yang mungkin telah berlaku cumalah sebuah kisah yang tersirat yang cuba aku sampaikan untuk mu. Telah cuba ku ajar erti sebuah kehidupan. Bahagia bukan selamanya. Tapi kau silap singkap. Terus kau palingkan muka. Wah, semudah itu. Sepurnama dua itu kedengaran sungguh panjang tempohnya.

Pertemuan akhir itu. Pada malam sang bintang menjadi saksi. Kau sendiri telah menilai. Kau renung diriku dalam-dalam. Menyaksikan sendiri bertapa berkaca pandangan ku menceritakan kisah. Mustahil kau tidak merasakakan. Sedang aku dalam menggigil kerinduan. Dan dalam payah ku heretkan langkah. Kerana aku sedar, itu yang terakhir. Dan kau sembunyikan perasaan mu.

Dari saatnya dingin menerpa, aku tidak pernah lupakan diri mu. Tapi aku tidak mampu. Perlukah aku terus melayan perasaan beremosi?Terus terang aku katakan. Aku sentiasa berharap. Sehinggalah ditunjukkan bukti jelas lagi nyata. Perlukah berbohong? Dan aku tidak dayus untuk melahap sisa orang. Dan tidak ku mahu menjilat ludah ku sendiri.

Pergilah. Walaupun terbeban diriku untuk menerima hakikat, pergilah. Tanpa rela aku menyepi. Usah dicari arah diriku. Usah disiksa jasad sepi. Pergilah.