Wednesday, September 26, 2012

~~Big Boys Toys~~

Jom jamu mata dulu....salam mukadimah......

kawasaki zx6r

honda cbr 6 rr

yamaha r6

bayangkan kalau nko ade teman cyborg se cun dia nie...perghhh~~

rare-r6



Ok. Salam perkenalan. Sepanjang 26 tahun aku hidup, lebih kurang 5 tahun terjebak dunia permotoran, er6n  3 tahun lebih plus fz6r ohio edition for almost a year and half, banyak org dah yang komen pasal aku. Sombong, belagak, malu pigidah, menunjuk, x padan, wow hebat....mcm2 lah. tp banyak nyer mmg negative je laa. Mulot org kan.. nak tutup pon buang masa je...yang penting, aku ada...nko ada?

X kurang jugak ngan mereka2 yang pelik....kenapa this kind of bike? Y do U choose to have an expensive machine rather than a simple car? Dude~~it is what we call as passion! X paham lagi? ok2..meh sini aku terangkan dengan bahasa pasar...org pompuan dan maintainance.ok... Napenakbeliminyakwangimahal2ratus2yanggunesebulantinggalbotolcampakbuangbelibarusedangkankatpasarmalamadejualminyakattarrm10tahan 3bulan? KENAPA, KENAPA DAN KENAPA ada stengah org sudi berhabis ribu2 semata2 untk dptkan tastangangucickdknybagai sedangkan kat market ade brand rorine? KENAPA?

SIMPLE kan...oooo...pandai....nasihat org boleh, dirisendiri terjebak xpe. Kata org, kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata pon xley kasi jelas. Pada aku, menghalang kami2 yang ada hobi mcm nie seghupe laa dengan men- restrict -kan keinginan kaum hawa keatas barang2 hiasan. Patut ke? X patut...

Ini alasan mudah-kukuh bagi aku untuk ada sebijik lagi moto mcm nie. Speed is not everything. The art of riding buat aku berjiwa tenang-lapang-aman untuk hadapi dunia reality yang sgt tension nie. Pejam mata dan bayangkan-bila anda kerja kat envy yang teruk, asek kene maki, slalu stand by, n pada masyarakat seolah2 xpernah wujud, on d other hand bila anda bersama sebijik mesin perkasa mcm nie yang akan buat anda 'kelihatan' dalam masyarakat, dengan bunyik kelelakian yang garang segenap penjuru, yang bila anda amek corner dengan skill tersendiri, gadget yang pelik dan sebagainya. PK lah tuan-puan

Still, hujan basah jugak kan. Tp perlu di ingat. Ape gune nak kene pakai make-up mahal2 sedangkan bila nak tido kene cuci dl? Menjawab x soalan tu?Ya...itu lah realitinya. So jangan nak gatal2 mulot berbuih2 nak soal bukan2. Ade otak, pk sendiri Aku berkerja keras utk dptkan moto mcm nie, bulan2 xkan usik 1k dan terpaksabelanja cuma sbulan 1 k je, atleast aku ada usaha sedangkan pada masa yang sama aku diberi pilihan dgn up to 3k punya gaji utk hidup mewah bersenang lenang. So, no more arguments

Kadang2, bila tension sgt, benda2 yang kita suka nie laa yang akan buat kita cool balik. daripada darah aku naik-hidup mewah tp mati cepat, bek aku ade moto stylo-mylo dan hidup sederhana. haish....hari nie aku x tau nape tetibe aku quite depress. Blog nie pos supposedly berbunyik girang, bukan bermotipkan dendam. Hahaha. Tp ape yang pasti, ble igt balik sume nie, mr bumble bee dan bakal kawan beliau, cool balik aku. Alang2 nak demam nie, telan 3 bijik ubat, pastu mata pon kuyu.....

Jom sambung tido balik~~~

Monday, September 17, 2012

~~Penawar Sepi~~

Hidup aku skrg...boleh laa. There is no interesting stories to be told. Hanya yang berpaut rapat pada aku skrg cuma sebuah memori dan secebis harapan. Aku cuba lupakan semuanya, dan cuba untuk mendakap apa yang termampu. Hidup akku sekarang, mudah. Bangun sebelum subuh, pergi kerja, buat ape yang patut, balik, spend time with family and tido. Rutin yang sama dan membosankan.

Kadang2, aku rindukan semuanya. Mengajar, berniaga sendiri. Wajah2 tertentu adakalanya muncul untuk menduga. Aku tetap kan semangat. Pandang pada yang hadapan. Yang sudah biarlah berlalu. Dari segi sosial, aku bahagia mcm nie. Tiada batasan masa dan had pergaulan. Tp cuma untuk seketika mungkin. Aku perlu pastikan yang aku sangat menikmati saat ini sebelum punyai tanggungjawab terhadap org lain.

Aku yakin, sekiranya aku mampu bertahan sekurang2nya setahun, aku pikir bolehlah kiranya aku hadiahkan kepada diri aku dan ayah sebuah lagi motosikal berkuasa tinggi untuk kami sekeluarga sama2 tersenyum riang. Ini masa aku. Ini waktunya. Akan aku cuba untuk berjimat dan menabung. 1K dan lebih mungkin selama setahun setengah.

Ada masa2nya aku mengeluh bersendirian. Aku terkenang kisah lalu. Tapi aku punyai alasan yang kukuh untuk aku lepaskan itu semua. Ada sebab kenapa aku tidak seramah dahulu. Sakit kan. Itu pernah aku rasai dahulu. Sekarang adalah giliran anda. Imbas kembali. Bilakah saatnya anda hadir dan memberikan senyuman di saat aku perlukan kekuatan?Adakah anda muncul dan abadi bersama kenangan dikala aku di puncak jaya? Ya...tidak pernah. Dan aku dengan bangga menyatakan aku gembira berbuat begitu.

Kini aku lebih aman. Aku punyai teman. Untuk berkawan dalam hilai tawa dan hiba tangisan. Aku hargai mereka yang sudi menyambut kedatangan insan hina ini. Akan aku cuba untuk menjaga semua hati. Langkah kanan untuk sebuah permulaan baru. Duka hanya untuk sebentar!

Wednesday, September 5, 2012

~~Obsessi Diri~~

Semenjak dua menjak dah keje balik nie, aduhai....mcm2 keinginan yang datang. Mengidam nak ada tanah lah. Mengidam nak melabur duit bagi beranak lah. Nak pg melancung lah. Kadang2, benda kebudak2kan pulak yang aku teringinye. Ade ke patut dah besau2 mcm nie teringin nak buat senapang angin sendiri. Kelako kan....haish...tah pape. Tp kadang2, ble menung2 igt membe2, teringin laa plak nak ade keluarga sendiri. Yela, balik letih2, ade org sambut. Bile bosan, ade laa org nak buat ajak berdebat. Kite men gem, dia bace majalah wanita. Pastu membebel nak itu nak ini, kite pon sound. Kan seni mcm tu....hahaha

Aku dah mula target nak kumpol sebulan 1k...nampak gayanye kerje keras laa cket. latih2 dahulu xpe (chait, sekarang ley aa ckp...tgk 2 bulan lg cube!haha). Kalau sebulan ade dpt kumpol 2500 ke 2600 ke, sedap laa sikit nak guna. ade duit poket 1500 lebih...haish. Tp tu laa... nak di kejokan sangat, takot binasa badan.

Kadang2 aku punye pikiran nie, tuan punye badan sendiri x paham. Aku nak ape tah. Adoi. Kan best kalau usia mcm nie dah ada tanah sendiri...2-3 ekar buat tanam sawit. Pastu ade modal cket buat rumah sewa 4-5 pintu. Goyang2 kaki, sebulan ade laa jugak 1.5k masuk...kan kan kan. Xpon beli sampan, buat chalet tengah laut. Sape nak mancing bayo kat aku rm 10 sekepala. Haaaa, stylo kan. Tau dah. Hampeh angan2 mat jenin.

Td aku nampak Duke 200 cc ngan kat sebelah moto aku ade sebijik kawasaki versys 650. Tetibe tpikir, entah dapat ke entah idak...haish. Kepala pusing, mata berat, napsu tinggi, badan besau. Ape je tah aku nie...haha....Kalau balik keje mcm nie ade membe2 nak buat borak, kongsi2 perasaan, kan best...hurmmm....tah lah Pakman....ape saja nko ndak nie.....

Sunday, September 2, 2012

~~Harapan, Kekecewaan dan Motivasi~~

Setiap insan ada suka duka pahit manis dalam kehidupan masing-masing. Ada yang secara terbuka mampu meluahkan perasaan, dan ada yang terpaksa memendam segala cerita kecewa. Seperti orang normal yang lain, aku telah muak bergelumang dengan pengalaman. Yang pahit, ataupun yang mampu buat kita seharian tersenyum.

Aku kira, setiap kejadian ada istilahnya.Setiap senyuman ada ganjarannya dan setiap titis air mata ada hikmahnya. Aku perlu lupakan masa lampau, tumpukan sepenuh perhatian pada masa mendatang. Capai apa yang termampu, lepaskan apa yang tak tergapai.

Demi kegembiraan ayah bonda, aku telah berjanji untuk sentiasa senyum dan bersorak girang. Telah akku tetapkan tempoh. Sementara masih belum terlambat, aku ingin habiskan masa secara peribadi dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga tercinta. Biar berdarah dahulu untuk pengalaman dan kemanisan masa hadapan. Dalam tempoh setahun, aku perlu usahakan untuk aku dapatkan sebuah motosikal versys 650 cc. Akan aku hadiahkan mesin tungangan perkasa itu kepada ayahku untuk kegembiraan kami bersama. Untuk kami jelajahi setiap inci tanah semenajung yang merdeka ini.

Aku juga perlu tetapkan tekad bulatkan azam untuk masa hadapan aku sendiri. Aku perlu lebih berdisiplin. Telah tiba masanya aku miliki rumah dan sebidang tanah. Rumah yang kecil di pinggir bandar metropolitan itu. Sungguh bertuah kerana walaupun kecil, aku telah punyai sebuah. Seterusnya langkah untuk aku miliki sebidang tanah. Insyaallah akan aku usahakan.

Aku punyai pandangan, ideologi dan pendirian. Aku mahu ketuai sebuah syarikat adik beradik yang berlandaskan lanskap, pertanian dan hartanah. Aku mahu gunakan sepenuhnya ilmu kami tiga beradik. Aku mahu melakar kejayaan sebelum perpisahan abadi ayah dan bonda. Aku mahu mereka tersenyum puas. Aku mahu air mata kegembiraan.

Tapi setiap cerita kejayaan perlu ada pengorbanan. Aku tidak boleh main lagi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Aku terima seadanya anda yang sudi hadir dalam hidup sepi ku ini. Lupakan seketika kesah itu. Ceritera sebenar kehidupan menanti di hadapan. Dan tiada apa yang mudah. Aku perlu hadapinya seorang diri. Aku perlu berubah.

Semoga Allah pelihara hati orang-orang yang benar dan berusaha. Dan semoga aku tergolong dalam golongan itu. Demi sebuah senyuman tua yang telah puas menongkah hidup, perkenankanlah Ya Allah..............