Monday, January 17, 2011

~~Sebuah Rahsia~~

Semenjak beberapa hari yang lalu, aku asyik terpikir. Kenapa suratannya begitu. Tiba2 aku tepukul. Ya. 2mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki dan 1 mulut. Semuanya telah di tetapkan. Semuanya ada hikmah. Lalu aku terpikir, mungkin aku kurang mendalami maksudnya selama ini. Kini, mungkin tiba masanya untuk aku menyelami sebuah rahsia untuk menjadi lebih matang.

Darikaca mata rakan2, aku adalah seorang yang periang dan kadangkala moody. Juga berhati kering. Adamasanya aku boleh berfikir diluar kotak pemikiran. Namun, kadangkala aku seringkali tak mampu merealisasikan apa yang aku fikirkan.

Namun begitu, semenjak melangkah kaki meninggalkan alam pengajian, aku seringkali kusut. Acapkali aku buntu memikirkan masalah2 yang melanda. Ingin berdikari.....kononya. Dan ilham yang muncul tiba2 membuatkan aku terpana seketika. Mungkin ada sebabnya ianya tersurat begitu.

Mungkin aku perlu lebih banyak merantau menimba ilmu. Dan aku perlu lebih kerap memerhatikan keadaan sekeliling. Mendengar untuk didengari. Menghidu sesuatu yang lain dari keadaan yang selalunya begitu. Mungkin juga aku perlu melakukan sesuatu lebih dari memperkatakan sesuatu. Mungkin juga begitu.

Buat masa ini aku gembira di perkenalkan dengan seorang otai kampung yang dihormati bergelar Pak Akop. Dia asalnya orang bandar yang berhijrah ke pedalaman di semenanjung dan berkawan dengan orang2 asli tempatan. Azamnya untuk membantu keadaan ekonomi di sana berhasil. Dalam tempoh 10 tahun, sebuah kampung menjadi pekan, dari sebuah pekan menjadi pusat tumpuan pelancongan.

Buat masa ini juga aku berbesarhati di ketemukan dengan seorang yang mampu memberi aku ilmu penternakan. Wak Giman mungkin seorang yang egois dan bercita2 tinggi. Namun die ikhlas mengajarku ilmunya yang tersimpan sepi selama 10 tahun. Aku berbangga.

Juga aku bersyukur di kurniakan seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri, mengambil berat hal2 keluarga serta berazam untuk merubah keadaan diri dan keluarga. Dan aku berjanji tidak akan mensia2kan peluang yang diberi itu. Kepada Cik S, aku akan berusaha!

Kepada diriku, aku berjanji. Untuk tempoh 2 tahun, segalanya akan berubah. Aku akan berusaha memperbaiki diri. Akan aku miliki sebuah rumah untuk masa hadapan, dan akan aku pulihkan keadaan ekonomi diri untuk melobi kesenangan ku kelak. Itu janjiku pada diriku. Untuk itu, aku berterima kasih kehadrat ilahi kerana di kurniakan Allah sebuah rahsia yang x pernah tersingkap oleh diriku. Akan aku tafsirkan perlahan2. Insyaallah!

Tuesday, January 11, 2011

~~Dilema Perantau Kota~~

Nak diluah mati emak. Nak ditelan mati bapak. Mungkin itulah yang sedang aku hadapi. Baru aku sedar, bertapa bergeloranya lautan perniagaan. Bertapa kusutnya seorang usahawan. Saat ini aku terkedu seketika. Bertapa pilunya hati apabila membayangkan semangat seorang ibu dan bapa yang bersungguh2 mahukan kejayaan anaknya.

Sebak apabila membayangkan bahawasanya aku berhadapan dengan cabaran kegagalan. Hanya sedikit langkah sahaja, semuanya punah. Dikala ini, baru terasa bertapa beratnya bebanan tanggungjawab yang aku pikul. Mana perginya semangat membara yang membakar dalam ini. Entah kemana menghilangnya.....juga aku telah kehilangan identiti.

Perit rasanya apabila aku tersedar aku telah hanyut dek gelombang kekayaan. Aku leka. Buat seketika, aku rindukan rakan2 yang selalu berada disamping ku di saat2 sukar. Wahai sahabat, datanglah menjenguk2 diriku. Kau nyalakanlah kembali api keazaman diriku. Kau tiupkanlah semangat berkobar2 yang seperti dahulu. Kau bantulah diriku mencari ketenangan

Sejujurnya, aku takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Paling aku benci adalah kekecewaan. Namun, untuk merasa manisnya madu, bukankah kita perlu berhadapan dengan bahayanya sang lebah?

Ya. Aku rasa tak mustahil. Inilah sebabnya. Aku kini bukanlah diriku yang dahulu. Aku kehilangan sikap selamba. Aku keciciran semangat tak berputus asa. Aku ketinggalan diri ku yang dahulu. Yang sentiasa berpegang tguh pada prinsip diri. Wah. Hebatnya permainan dunia. Sehinggakan aku hilang identiti diri.

Sahabat, rakan2 seperjuangan, ayahanda, bonda serta keluarga, dan kekasih. Aku puja kehadiran kamu. Maka cepatlah kembali kepangkuan ku yang sedang gusar meleraikan kekusutan. Hadirlah....aku perlukan kamu

Sunday, January 2, 2011

~~Aku Mahu~~

2010. Tahun yang mencatat banyak kenangan suka duka dalam kehidupan serta sedikit sebanyak memberi impak kepada keperibadian ku. Ianya bermula dengan kehadian sebuah kereta milikku yang aku beli secara tunai pada 09/10. Dengan bermodalkan sumber inspirasi dari kenangan silam, aku telah pun menghabiskan RM 4.5k untuk dalaman sahaja. Renspon yang aku terima adalah sangat memuaskan hati.

Seterusnya, aku juga telah menjalani internship di sebuah syarikat farmasi kecil yang baru 2 tahun beroperasi. Disana juga aku banyak menimba pengalaman berkenaan dengan sikap dan tingkahlaku. Elaun yang aku terima sebagai balasan kerajinan juga adalah memuaskan hati. Dengan wang itu lah aku menambah koleksi peribadi dan membeli barangan kereta. Untuk sepanjang 6 tahun melangkah ke alam pengajian tinggi, buat pertama kalinya juga aku memperolehi keputusan yang paling diidam2kan oleh masyarakat pelajar semalaysia. 4flat - menjadikan nilai purata score pengajian ku mencecah 3 setelah berusaha bermati2an.

Tahun 2010 juga banyak mengajarkan erti kesabaran. Akhirnya, setelah lama mengidami saat ini, aku di pertemukan dengan seseorang wanita pujaan hati yang telah lama aku puja. Dengan kesabaran juga, aku berazam untuk menamatkan hidup bujang ku kiranya apa yang aku usahakan pada saat ini berhasil. 2 tahun. Itu tempoh yag aku letakkan untuk mendapatkan semua yang aku impikan.

Langkah seterusnya, menjelang bermulanya tahun 2011, aku berazam untuk memperolehi keuntungan untuk aku melobi kehidupan masa hadapan ku. Aku ingikan sebuah rumah kecil yang terbina di atas 3 ekar tanah. Unutk itu, aku perlu mula berusaha keras. Seterunya, mendapatkan motosikal berkuasa tinggi samaada kawasaki Z750 ataupun Honda CBR600. Niat aku bukanlah untuk mengejar kemewahan hidup, tetapi menjalani kehidupan selesa, bebas dari bebanan kewangan.

Malam tahun baru sangat bermakna buat diri ku. Sewaktu melakukan kerja gila menyambut new year di PD, aku telah bertembung dengan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi yang juga mempunyai event di sana. Lalu, tanpa berpikir panjang, aku menyertai konvoi itu. Hebat rasanya menjadi raja jalanan dengan kelajuan 170-185 diatas jalan raya bersama kumbulan itu. Lantas mencetus sebuah revolusi keinginan untuk memiliki sebuah mesin perkasa yang mempu meberi kepuasan kepada penunggangnya.

Aku juga ingin berumah tangga. Setelah lama hidup mengejar cita2, aku rasa adalah wajar bagi aku untuk merancang masa depan supaya segalanya tidak sia2. Untuk itu, aku jadikan segala2nya sebagai pembakar semangat untuk aku menceburi sebuah perniagaan yang baru. Aku telah mula terjun kolam dalam usaha menternah udang putih dan udang harimau. Untung bersih antara 50-90k membuat aku semakin bersemangat menjalankan aktiviti business itu.

Aku harapkan agar semua yang aku azamkan ini bakal menjadi realiti. Aku sedar, segalanya adalah berisiko tinggi. Tapi, semua perkara dalam kehidupan juga adalah berisiko. Bezanya, adalah berani, tekal mahupun tabah. Itu yang menjadi sempadan pemisah antara yang berjaya dan yang di takuk lama.

Sekian.......

Saturday, January 1, 2011

~~Sinar Mentari Hidup Ku~~

Sejujurnya, aku bukanlah seorang yang rupawan. Jauh sekali hartawan. Namun aku pasti aku adalah budiman. Kerana aku telah membesar dengan beberapa individu yang sangat dihormati dan rajin berusaha. Mungkin ada yang kata-ah poyo lah budak nie...cite mcm hareemmm...lantak lah...

Tapi sejak aku mula merapati S, senang sangat jiwa nie. Susah laa nak kate jiwa kacau. Mule2 boleh laa belagak biase2 je. Mcm xde pape. Tp lelame, aku asek rindu je kat si S. Xyah cite mcm2 la, stiap kali aku tgk kapel2 kua bpacaran je, aku kompom akan dok menung2..hareemmm!!!Tgk wayang pun aku tringatkat die...ciss....

Kalau anda ade bace artikel nie, sendiri mau pahamlah. Aku serius tentang ape yang aku ckp. Mmg....mmg ade yang lagi cantek. Lagi seksi. Tp ada sesuatu yang istimewa yang ada kat diri kamu dan buat aku menaruh hati. Bukan duniawi yang aku cari. Aku mahukan seorang teman hidup yang boleh dibawa bergurau. Usik mengusik. N saling ambil berat.

Tanpa peduli asal usul, tanpa mengira rengek-ragam, aku seikhlas hati mencuba, dan terus mencuba.....dan janji2 yang keluar dari mulut aku adalah suatu yang akan aku usahakan, Aku janji!. Untuk S, aku rindukan usikan kamu, aku rindukan senyuman kamu, aku rindukan kemerahan muka kamu apabila usikan ku tajam menikam perasaan malu kamu.

Kepada mereka yang pernah menjadi someone, hormatilah keputusan itu. Bukanya kita x pernah mencuba. Pernah ada ruang untuk anda. Cuma ia dah dirosakkan oleh sesuatu yang dtg dari dlm diri kamu sendiri.

Khas untuk S, aku sayang kamu.........

~~Aku Tak Single~~

Diam bukanlah bermakna bisu. Tunduk tidak bermaksud bodoh dan menangis bukanlah semestinya sedih. Setelah seketika menyimpan rahsia, aku putuskan bahawa ini adalah saat yang sesuai untuk membuka pintu sepi diriku. Aku tak single.

Aku bukan mahu memperbesar2kan cerita, bukan mahu menunjuk2, ataupun mahu berbangga diri. Tapi sikap berdiam diri aku pastinya akan memakan diri suatu hari nanti. Aku pasti

Untuk watak2 terdahulu sebelumnya, kini aku beritahu...aku tak single. Sila hormati itu. Siapa orgnya, mungkin tuan punya diri belum bersedia untuk dikenali. Yang sudah biarkan berlalu. Aku yakin aku serius, dan si dia juga begitu......