Thursday, June 28, 2012

~~ Retrieving Memories~~

Pejam celik, dah lebih kurang 6-7 taun aku tinggalkan diploma. Setaun jugak aku duduk gombak. Hidup oh hidup. Dalam banyak2 kenagan, paling aku suke igt adalah masa aku diploma kat politeknik shah alam. Tah sem bape masa tu.

Nama lecturer tu En. Mohd Nor. Sebut je nama dia, 1 kelas gigil bro wa cakap sama lu. Tpkan, aku rasa aku jarang laa nak takot. Sebab keje aku x pernah x siap...paling2 kena marah pon sebab salah je. Oh ye, dia ajar kami akaun.

Dia sgt suke bercerita dlm kelas. Setiap kali bercerita, dia akan sampaikan dengan penuh semangat. Seingat aku laa, memang x akan ade sorg pon yang berani menyampok bila dia bercerita. Dia pulak kadang2 tengah bercerita, bila ade je hal yang potong stim, nak sambung balik dah lupe. Tapi aku dengan selambe muke bodohnye angkat tangan dan tanya, lepas tu Encik, ape jadi....hahahaha....berani mati punye budak!

Antara yang menarik pasal dia, ada sorang kawan baik aku. Muke handsome gak aa....bejambang2. Boleh dia kata muke aku sama ngan membe tu...hahaha....lansung x sama kot....bulu kaki haram x tumbuh2...adoi. Tp aku rasa aku nie student favvy dia gak kot...sbb style dia, dia akan sebut markah kat depan kelas utk setiap kali kuiz n tugasan. Ade laa sekali aku dpt top rank lebih kurang 4-5 org jugak laa....time nak sebut nama aku, dia diam, sengih2, baru sebut. Dah tu budak2 kelas bising sibuk sorak2. hahaha

Dalam ramai2 student yang dia ada, ada laa sorg chinese boy. Rajin, ramah lagi tu. Bijak pon ye jugak. Dalam kelas akaun tu, bila time tutorial, dia kadang2 tido gak dlm kelas. Tp org lain x boleh....kompom kene herdik punye. Bile org jeling2 dia, lecturer tu kata, bia dia tidur....letih belajar. Kalau nak tidur dlm kelas, pandai xpe......hahahaha...ade2 je laa...haish

It has been ages since I finished up my diploma level. Mcm2 kenangan kat sana.....kadang-kadang aku rindu kat org tu....rindu sgt...tp x pernah msg pon...dia ngan haluan dia. Kawan2 pon dah jarang aku jumpe. Dah setaun dah....hurmmmmm

Friday, June 1, 2012

~~Memori Semalam~~

Kolej UNIKOP. Pensyarah merupakan pengalaman kerja pertama sejak aku tamat belajar. Di sana aku seronok berkawan-kawan dan dunia ku di kelilingi remaja. Di sana juga aku temui sebuah nilai persahabatan. Kerjaya seorang guru bukanlah mudah. Bermain dengan emosi, sabar dan tekun. Hari ini ingin sekali aku singkap apa yang aku pendam selama setahun aku mengajar.

Aku bukanlah seorang insan yang yang tidak berakal. Aku tahu semuanya. Isunya bermula pada awal semesta lepas dimana aku bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja. Aku tiada masalah untuk menyiapkan tugasan. Tiada masalah dalam berhadapan dengan kerenah pelajar, tiada masalah dlm mengkaji subjek yang diamanahkan kepadaku untuk diajar. Tiada sama sekali. Malah aku sanggup bekerja sehingga 10 malam semata2 mahu melihat pelajarku berjaya. Tapi masalah bermula dikalangan pensyarah. Masalah bermula apabila semua aktiviti yang dilakukan membataskan aktiviti ku sebagai seorang pensyarah lelaki di dalam unit pengajian perniagaan. 1 daripada 10 orang pensyarah. Hanya aku sahaja lelaki di unit ini.

Isunya bermula apabila setiapkali jamuan makan-makan dibuat, aku rasa segan untuk berada dikalangan pensyarah wanita. Isunya bermula apabila ada penysarah yang mempertikaikan kewibawaan ku sebagai seorang tenaga pengajar. Isunya bemula apabila aku mempunyai perasaan segan, dan beremosi. Apabila aku cuba terangkan pada mereka yang aku tidak melakukan kesalahan. Dan disitu ada tekanan.

Pernah sekali aku menerima email yang mempertikaikan usahaku untuk membuat soalan test dan kuiz. Kononnya soalan-soalan itu tidak menepati piawai. Memang. Sengaja aku reka seoalan yang aku buat semula berdasarkan buku dan soalan latihan untuk membantu pelajar. Kenapa di pertikai? Dari saat itu, aku mula keluarkan set soalan dari kompilasi soalan sebenar peperiksaan akhir tahun, dan dihantar kepada seseorang untuk di sahkan. Tapi tak sampai separuh set soalan yang aku buat keluar. Mana piawaian yang di perkatakan? Mana kebenaran yang cuba diketengahkan? Persoalannya, adakah kita membentuk anak-anak muda malaysia berdasarkan emosi dan iri hati dikalangan rakan sekerja, pilih kasih dan bukan berdasarkan integriti ataupun kemahiran berfikir dan kreativiti?

Ada antara mereka yang berlumba-lumba untuk mendapatkan nama. Untuk berada diatas dan memijak yang bawah. Kebenaran apakah ini? Bergosip, menabur fitnah dan percaya kabar angin. Sungguh teruk sistem pembelajaran di sini. Aku pernah dikatakan membacorkan keputusan peperiksaan pelajar. Ada siapa yang dapat buktikan kebenaran itu? Isunya senang. Pelajar yang membuat onar adalah pelajar yang bermasalah dalam kelabnya sendiri. Tanpa sebarang usul periksa, terus aku dituduh, padahal aku ada bukti yang menyatakan aku tak pernah berbuat demikian. Untuk mendapatkan penjelasan, aku bersemuka dengan seseorang. Sebaliknya aku diberi amaran keras. Amaran untuk apa? Kerana aku berlaku jujur?

Isu kemudiannya yang dibangkitkan adalah aku sebagai seorang pensyarah lelaki yang bujang, aku perlu mencari dan bertanya kepada mereka yang dah berkeluarga untuk setiap posisi kerja yang akan ataupun sedang aku lakukan? Salahkah seorang lelaki mempunyai rasa segan? Kerana aku segan untuk bersahabat dengan seorang yang hipokrit. Yang sentiasa mengata orang, tp menyembunyikan sesuatu yang dia sendiri lakukan.Aku x bodoh, dan x pernah bodoh. Bila aku rapat dengan pelajar, orang mengata....tp bagaimana seorang penyarah wanita boleh berkahwin dengan bekas pelajarnya? Itulah isu sebenarnya. Tak kan x pernah bercinta, kenal2, beramah mesra tp boleh berkahwin? Mustahil kan?Tp bila aku melayan pelajar2 aku sebagai kawan2, aku ditegah. Hei, aku x bercinta dengan mereka semua!!!!

Setiap pelajar yang lemah yang telah aku kenal pasti, akan aku selidik latarbelakang mereka. Kebanyakan mereka datang dari golongan org susah.ada antara mereka yang telah hanyut dalam kehidupan moden di kota metropolitan dan ingin kembali ke pangkal jalan. Ada segelintir dari mereka yang mencari-cari dan tercari-cari arah dan tujuan hidup. Salahkah aku membantu mereka dan rapat untuk untuk menghulurkan tangan? Wahai orang-orang tertentu. Dengar sini....kehidupan ini umpama roda. Bukan sentiasa kita diatas. Anda mempunyai anak. Apa perasaan anda apabila guru anak anda bermain politik kotor seperti yang anda lakukan dan memberi kesan buruk kepada anak anda?

Ah!.....lupakanlah itu semua. Kerana kebanyakan kita selesa untuk hidup dan terbelenggu sedemikian rupa. Biarkan. Tetapi ada antara individu yang membayar mahal setelah gagal untuk terus hanyut dalam dunia fantasi yang mereka cipta. Aku kehilangan sebuah nilai persahabatan. Aku keciciran nilai hormat pada oranglain. Namun, dari segi sudut positifnya, aku punyai ketenangan dan sahabat.




Sepanjang setahun aku disana, aku temui beberapa senyuman yang menghadirkan ketenangan. Aku temui kebahagianaan dah nilai persahabatan. Ianya akan kekal sepanjang nafas yang aku hela, setiap denyut nadi untuk aku hidup. Terima kasih kenangan semalam...............