Wednesday, August 17, 2011

~~Its My Life~~

Pada umor 25 tahun, rasanya dah sampai masanya aku mula rancang masa depan. Rancang untuk kehidupan peribadi, rumahtangga, kehidupan ayah, ibu dan adik2. Tp mana permulaan yang sesuai? Apa jalan yang terbaik?

Kehidupan di alam kolej sebagai lecturer banyak memberi aku erti kehidupan. Bergaul dengan rakan2 yang sangat istimewa, punyai kelebihan tersendiri, imej, identiti dan kekuatan yang tersendiri telah banyak mendedahkan aku kepada cara utk merencana kehidupan.

Persoalanya, pelaburan emas komuditi kah ataupun Amanah Saham Nasional? Kedua2nya mampu memberi keadaan yang berbeza. Ada pro n kontra. Untuk tempoh 25 tahun akan datang, mungkin aku selesa. mungkin dlam masa 10 tahun akan datang aku mampu urus perkahwinan aku dan adik2 aku sendiri dan bebas hutang.

X perlu lah menjadi kaya. Cukup sekadar, selesa dan berkemampuan. Cukup kalau ada 2-3 bijik rumah, sebuah honda civic 2.0 dan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Walaubagaimanapun, aku harus bermula sekarang.Cuma perlu bertahan setahun sahaja lagi. Semoga Allah membantu org2 yang sukar. Amin~~

Thursday, August 11, 2011

~~Aku Faham~~

Aku rasa, aku dah pon di beri hint yang sgt aku nanti2kan. Selalu aku tertanya2, berpeluangkah aku? Akhirnya, petang td aku rasa inilah petunjuk yang aku perlukan. Untuk aku putuskan arah mana perlu aku hala.

Tp, masalahnya, aku rasa buat masa nie aku ok. Dapat teruskan hidup. Dengan kekuatan yang ada la nie, aku teruskan langkah. Kadang2, btl aku rasa sunyi. Tp bertemankan teman jalanan berkuasa tinggi, aku rasa aku dapat lalui benda nie.

Cuma, aku masih serik untuk bermain dengan perasaan. Fobia lagi dengn apa yang aku dah alami. Lalui. Dan aku terkedu tanpa kata bila anda dapat teka dengan benar apa yang sedang aku lalui. Bukan sombong. Cuma aku rasa aku belum cukup bersedia. Buat aku hampir2 beremosi.

Maaf lah aku belum dapat buat keputusan. Sebab aku x nak kehilangan anda bila ssesuatu yang kita rancang x berjalan dengan betol. Aku faham maksud ayat tu. Yup, currently im falling in love with U. Tp anda perlu tahu, kita akan melibatkan perasaan org lain. aku x nak ada yang akan kecewa nanti.

Aku tau apa yang anda maksudkan. Tp, maaflah, aku x bersedia untuk jawab benda yang datang tanpa dirancang. Maybe, dengan sedikit masa, aku akan dapat kuatkan semangat dan sambut tangan anda. Sabarlah...tuhan lebih mengetahui apa yang di rencanakan Nya.

Saturday, August 6, 2011

~~Menghitung Hari~~

Hari nie sgt best bagi aku sbb aku berbuka dengan kawan2 opis. Yana, G, Fara n adik fara, jgak nama dia Farah. Kami sgt enjoy. Gelak, ketawa, usik mengusik...Aku senang dpt kenal Fara, G Aini n Yana. Tp plg selesa dengan aini n fara...hapy sgt.

Sehinggalah sesi meluahkan perasaan, dimana Fara dan G bercerita tentang apa yang mereka rasa pasal mlm nie. Tiba bab Fara, aku dah x dpt nak senyum sgt. Aini pulak perasan, n tegur. Aduhai. Malu mcm nak terjun masuk dlm jug air coke tu jerk. Siyes aku sentap. Ayat Fara buat aku sedih. Baru aku sedar, cuma tinggal 11 hari je lagi. +_+

Part yang paling sedih bila Fara mention aku n kata, walaupon baru kenal, rasa mcm dah lama kenal. N dia berharap kami xkan putus hubungan. hurrmmm~~~then, dlm msg lagi..hurmmm~~~X dpt aku bayangkan meja depan aku kosong...bila xde orang untuk aku jeling2 lagi. Bila xde siapa nak marah aku bila aku kerut dahi. N bila dah xde siapa untuk aku berkongsi cite bila aku jiwa kacau.

Fara, untuk awak...Sy seronok dapat jumpe awak. Bila tgk awak muncul kat pintu ofis, sambil jeling n tersenyum, lapang rasa dada. Seronok untuk merenung gaya awak. Cara awak...bila keluar...bila awak speking...hurmm~~Masa keluar hari tu, masa awak sejuk, sy rasa mcm nak pegang je tangan awak tu. Tp x boleh kot. Sebab awak ada yang empunya. Sy suke tgk mata awak. Bila awak berfikir...hurmm(sedih lagi)

Xpe laa. Atleast awak pergi sambung belajar. T bawak balik master then tunjuk kat sy k. Miss U laa sis!

Friday, August 5, 2011

~~Omelan X tentu Hala~~

Last2, benda yang aku takot2 dah pon terjadi. Harap2 aku masih dapat kawal lah. Niat aku ikhlas, tp pesan org tua2, buat baik biar berpada2. Berbuat jahat jangan sesekali....kan. Harap2 aku dapat kuatkan iman. Niat aku biar di perkenankan Allah. Namun mcm tu, kalau ditakdirkan pon, apa salahnya. heee~~

Smalam aku g banting. Bersahur 1st time dengan parent aku. Wah wah wah, terharunya. Memula tu aka mlm sebelumnya, aku eksited gle bila dpt kol dari mak aku yang mengatakan dorg dapat/terjumpa kucing hutan. Siyes, aku dah tgk. Pegang. Walaweh. CUTE SGT2~~. Nak bela nak bela~~hurmmm.

Aku jugak dah meronda2 ngan kekasih aku aka FZR6. Best bile org tegk sebab bunyik dia sgt garang. Tp yang x sedap, bila pulas je trottle, handle jadi sgt ringan. So, sangat senang nak dikawal dan x mencabar. Berbanding dengan ER-6n Kawasaki, moto nie sgt mudah untuk melayan selekoh. Kalau main ER, siyes tangan akan berketul2 sebab handle dia berat. Nak main lap pon, kene jaga2. Was pada sentiasa. Tp, Yamaha has awesome looks...hehehe...

Wednesday, August 3, 2011

~~Puasa~~

Ramadhan kali nie x bape nak happy lah. Semuanya sebuk. Mak bapak aku sebuk, adik2 aku sebuk, org tu sebuk, org nie sebuk. Duit pon kering. Siyes duit tinggal RM 60 utk survive bulan nie. Padan muke. Sape suh menyanggup je nak anggkat FZR600 cc...amek nko. Nasib bek moto tu design die cun. Bnyik pon garang. Hurmm~~~

Puasa kali nie pon aku celeb sorg2 jerk. Kadang2 tok ilangkan rasa bosan, lepak ngan dak2 umah. Student aku pon rajin gak mengajak aku kua minum2, lepak2. Tp stakat tu je lah. Keta pon da x bape boleh nak gerak2. Keje, keje dan keje.

Kolam dekat banting dah lama x g tengok. Aku rasa kalau bukan ayah ngan mak aku yang bg support, mmg lama dah aku lupakan sume tu. Haish. Well, hidup kena diteruskan. So, kita kena laa terima hakikat. Aku rasa aku dah boleh berjalan sendiri. Mula dapat lupakan apa terjadi. Alhamdulillah.

Hurmm....lagi sebulan je lagi untuk aku lepak2 ngan farah...hurmmm~~~