Friday, October 28, 2011

~~Mencari Yg Pasti~~

Jiwa kacau? Biasalaa...yup...thats me theoretically. Aku mmg mcm tu. Xpernah lekang dengan masalah. Sampaikan member2 degree aku kata, pakman jiwa kacau. hehe. Miss my dearest friends mr zahid n mr hikmi hakim...miss my jalan jiwa kacau n also all those time we did spend.

Alhamdulillah, sekarang aku dah pon bergelar lecturer. Apa yang perlu aku buat, cuma fokus pada kerjaya, n try to hit a target. I had mission n vision. Insyaallah, kalau diijinkan. Cuma, mungkin aku di sini untuk 6 bulan aje. Tp kalau boleh try laa setaun. Post dlm Proton tu mcm menarik je. Gaji pon masyuuukkkk.

Yup, I am not single. Not anymore. Tapi tu lah. Jodoh sume tu ketentuan Allah. Ada, ada lah utk aku. Xde nak wat mcmane. Try tgk dl, if she could allow changes in her self. Sebab aku yakin, tugas sebagai pendidik bukan hanya sebagai karier. It is passion. Something that I believe in me myself. Lagipon, 2 taun lagi. Still, I love U.

Macam2 dah aku cuba untuk lupakan yang lama. Share ngan dearest friends. Get me my self into new environment. But some story could not been deleted as simple as we could ever imagine! Aku igt dlm next month, aku nak sambung study. For a better future. Buat part time. Lagi best kot.

Nak tau aku jiwa kacau ke x...senang je...kalau aku mula enjoy pegang kuali, mengemas n makan dengan kadar yang banyak, yup, I am in deep stress. Somehow, aku start enjoying this new world. Aku dah rasa mcm rumah nie n hidup aku yang baru nie sebahagian dari tanggungjawab. Try lah. Rumah nko nak. Keta nko aim. Tp x berusaha, mcmane nak dpt.

Just so she know....I did hoping the changes. I am waiting. Perkara lama tu, biakan berlalu. Sampai bila kita perlu berbohong? Soalnya, mudah je....mcmane kalau kita yang buat salah? Bukan kah kita jugak mengharapkan supaya org lain memaafkan kita? So, ubah lah. The world does not change if we could not bring changes in our self? My dear B, life does not allow us to play role easily. We should be a part of society. Till then, we could not ever find our self. Mudah je nak sesat, tp x mudah untuk menjadi benar. Im counting on U my dear. N...I am waiting...for sure...love U n always...

*ps- I miss my yellow big ride machine!

Tuesday, October 18, 2011

~~Senyum~~

Imbas kembali saat2 aku mula2 melangkah kaki ke UNIKOP sebagai lecturer business, aku seringkali tertawa sendirian. Manakan tidaknya. Aku tak ubah seperti seorang yang skeema yang bangun pukul 5.30 pagi untuk ke kolej dan bersiap2 untuk mengajar. Rupa2nya, environment di sini tidak seperti sangkaan ku. Lecturer lelaki disini, walaupun ada pelbagai watak dan gaya, semuanya unite belaka. Saling bantu membantu.

Hampir 5 bulan juga aku disini. Kadang-kala, teringat juga aku saat2 aku mahu dengan teruknya melupakan kisah silam. Dan akhirnya, dengan mereka2 ini jugalah aku temui sebuah senyuman.Helmi, Wan, Tahir, Azam, Hanafi, Sufian, Syah dan Nelson.....gelagat mereka sangat melucukan bila dirumah.

Disini jugalah aku mula kembali aktif memancing. Sebabnya, hampir mejoriti staff disini kaki pancing. Pantang ada masa terluang, kesempatan wang dan kemahuan, pastinya kami akan pergi menjadi nelayan joran sebatang. Dan hampir selalunya, akulah yang mempengaruhi keputusan mereka.

Disini juga aku seringkali berkongsi ilmu dan berdebat mengenai perkarsa yang aku suka; automotif. Aku ingat lagi bila aku dan tahir mencari2 spring sport untuk gen2 Tahir gara2 mahu layan corner. Juga apabila berdebat dengaan Wan mengenai aksesories dan gajet2 kereta.

Aku perlu berterima kasih juga kepada Azam dan Syah kerana buat pertama kalinya aku bertugas sebagai emcee yang tah pape untuk malam sambutan aidilfitri anjuran bersama kelab kebajikan kolej dan ahli jawatan kuasa kolej. Walaupun mulanya aku sedikit keberatan, tapi tugasan itu membuatkan aku dikenali oleh staff2 lama. Ianya juga satu kepuasan peribadi bila ramai orang yang telah kenal diri anda sedangkan anda baru beberapa bulan bertugas.

Buat masa ini aku gembira disini. Memasak hampir setiap malam dengan tahir, makan beramai2 dengan budak2 rumah dan melepak merata2 bila xda kerja.

Thursday, October 6, 2011

~~Warkah Untuk Anda~~

Semuanya hampir2 saja terurai. Yang kabur diperjelaskankan, yang terselindung diperlihatkan. Aku tahu yang sebenarnya. Dan berdiam diri itu bukanlah bermakna aku lemah. Cuma menunggu masa yang sesuai untuk sebuah serang balas.

Sedarlah wahai insan, hidup ini umpama roda. Adakalanya apa yang kita lakukan, hanya untuk kebinasaan diri. Kiranya kita boleh, mengapa tidak org lain? Mungkin engkau rasa terlepas, dan mungkin hanya untuk seketika...siapa tahu?

Aku bukan x pernah muda. Dan aku x bodoh. Peluang ke dua mungkin hanya sebuah perangkap. Semuanya sudah dirancang. Sebab aku x bodoh.Watak itu pernah aku lakonkan. Jiwanya pernah aku selami. Alasan apa lagi yang mampu diutarakan?

Wahai insan, nafsu bukanlah sebuah pegangan. Paras rupa x pernah jadi ukuran. Yang penting adalah budi pekerti. Aku bukanlah seseorang. Tapi aku cukup gagah untuk menangkis sebuah serangan. Untuk itu, persiapkanlah diri kamu. Akan anda rasai itu.

Sedarlah. Aku sedang memperkemaskan diri. Melengkapkan kembali dengan jurus2 duniawi yang telah lama aku tinggalkan. Tempoh sepurnama ini, segalanya akan berubah. Itu janji aku untuk dirimu. Maka dengan itu, aku mengalu-alukan ketibaan mu dalam dunia sebenar sebuah permainan. Bersedialah untuk sebuah pementasan.................