Tuesday, April 21, 2015

~~detik yang terhenti~~

Hari ini aku gagal lagi. Aku gagal untuk tepati apa yang aku azamkan. Hari ini aku melangkah keluar dari rumah dengan azam untuk sebuah tunggangan yang sopan, bukan seperti hantu pelesit yang membabi  buta tanpa tujuan.

Hari ini aku gagal lagi. Aku gagal untuk mengawal emosi amarah yang singgah sejak aku celik dari tidur. Emosi amarah yang aku terbawa-bawa dari rumah ke atas Jalan raya. Dan di selekoh itu aku lepaskan semua nya.

Dan aku ketagih lagi. Terus ketagih untuk merasa deruan angin yang singgah di muka. Terus ketagih sehingga aku lupa apa itu ujian dan tanggujawab. Aku lupa bagaimana yang ketika aku waras, aku di beritahu bahawa kelajuan itu membunuh.

Aku terus mencari. Suatu pencarian yang sangat menyiksa. Sehingga aku leka dengan aliran adrenaline yang sungguh bernafsu. Leka sehingga pada 1 ketika, aku rasakan waktu bergerak perlahan. Sangat perlahan sehingga pada detik itu, aku peroleh sebuah ketenangan.

Masih terbayang semuanya. Terbayang betapa sedang aku bersedia untuk masuk selekoh dengan bersahaja. Terbayang betapa aku dahagakan sebuah ketenangan. Dan pada titik fokus itu, kosentrasi yang aku pandang tajam-tajam di hadapan luntur seketika. Terganggu oleh getaran hujung sepatu yang tergeser dek permukaan aspal panas yang sangat menggoda. Ya, aku dambarkan semua itu.

Aku sedar. Dengan fikiran warasku betapa rendahnya sudut yang aku ambil pada selekoh kiri itu. Betapa aku rindu pada detik yang perlahan yang berlalu pergi. Aku sedar bahaya yang menanti. Dan aku sedar aku gagal untuk menahan diri dari mencari ketenangan itu. Aku sedar semuanya saat aku lihat kesan pada tayar yang menggigit aspal membahang dek panas mentari.

Ada saatnya aku terpana. Tatkala aku sedar aku punyai 2 identiti. Identiti yang lembut, sopan, riang yang kerap berkonflik dengan yang agresif, kasar dan rakus. Kerana pada pertempuran emosi itu aku temui sebuah ketenangan.

Pada coretan ini aku kongsikan. Pada sudut yang rendah itu aku temuinya. Sebuah ketenangan sementara yang aku dambarkan. Kerana aku dan makhluk besi itu adalah 1. Kerana aku rider, dahulu, kini dan selamanya. Tetap aku.................... Rider..........

Sunday, April 19, 2015

~~obershut~~

Kerap sgt skrg kita dengar bikers down sebab overshoot. Jatuh moto sebab elak keta tukar lane kut...x pon jatuh sbb ada anjing nak melintas. Gitu ke?

Sbnrnya gini. Overshoot adalah sebuah terma kata yang merujuk kepada kegagalan penunggang motorsikal untuk mengawal kenderaan ketika sampai di selekoh. Ait... X kan rider otai pon boleh overshoot kut. Hurmmm.........

Kebiasaan nya, yang selalu overshoot adalah rider-rider baru, yang baru berapa bulan pegang throttle moto cc besar, sebelum nie cuma naik kap je. Kebiasaan nya... Tp x semua mcm tu... Ada jugak rider-rider otai yang overshoot. Tu ape cerita? Nak paham, kene laa get familiar dengan terms-terms Beri kut.

1-faktor jalan
Tidak di nafikan, Jalan-Jalan yang ada kat Malaysia menarik di beberapa lokasi. Yang menjadi kegilaan pelumba-pelumba jalanan. Tetapi harus di ingat, keadaan Jalan yang sering di guna oleh kenderaan berat telah membuat Jalan itu sendiri berubah bentuk; melalui kerja penambahbaikan Jalan.

2-cuaca
Sedangkan gp Malaysia pon, rider yang take part susah nak predict, ini kan pulak kita yang amatur nie. Perlu di ingat, jenis tayar, compound tayar, keadaan cuaca dan jenis permukaan Jalan pon boleh jadi sebab. Contoh nya, pagi-pagi hari Nampak cerah. Kita pon dah ready dengan full gear, sarung slick tyre. Tiba2 hujan. Wajib bagi kita pada ketika itu berhenti. Cuaca terik pon boleh bagi kesan pada tayar yang kita pakai. Contoh lain;hujan->air bertakung ->pasir terkumpul kat jalan->Jalan belom kering, kita pon sampai....

3-compaund tayar
Bukan semua tayar sesuai untuk semua permukaan. Tayar trek hanya untuk kegunaan yang sekejap sebab binaan tayar yang mudah cair. Tayar trek juga perlu masa untuk mencapai tahap gigit Jalan yang maksimum. Mmg grip, tapi lambat. Bukan boleh start je muto terus nak asah siku. Yang ini pon kene ambik tau jugak. Ada tayar yang dual compound... Ada yang 3....ada yang single compound. Tp semua tayar motor adalah lebih lembut dari tayar kereta stendet kilang.

4-skill
Pengalaman seorang rider sgt penting dalam membaca Jalan. Skill yang di maksudnya bukan skill corner sagat kepala asaht siku mcm Marc marquez , tapi yang paling penting, kena tenang sepanjang masa supaya kita tau skill mana nak implement pada masa tertentu. Paling penting, gua rekomen amek kursus defensive riding. Baru kita faham mcmana tekanan angin tayar Akan Beri kesan pada cornering, mcmana kedudukan badan mempengaruhi cara kita handle moto. Tu semua penting tu...

Tu lah semua terms-terms yang kita kena kenal. Ok.. Skrg kita masuk bab lain pulak. Gua nak kongsi sikit pengalaman dan ilmu gua ada. Selalunya keadaan overshoot berlalu sebab kebanyakan rider jadi cuak; terperanjat sebab tau-tau dah sampai corner. Bila dah cuak, otometik tindakan tanpa sedar, badan kita tegak. Pastu kebanyakan rider hit break semaksimum mungkin; tindakan yang mana sebenarnya Akan buat moto berlawanan dengan hukum gravity. Seterusnya, bila dah mcm tu, tayar Akan loose grip dan terjadilah overshoot.

Sepatutnya, kita kena sedar pada waktu kita cuak dah nak sampai corner. Rational sgt penting. Apa yang kita kena buat, break depan : belakang = 45:55, drop gear dan baring kan badan, throttle moto kene sama dengan current speed supaya kita boleh kontrol motor. Compound tayar motor x sama dengan kereta. Tayar motor besar mmg dicipta untuk memaksimumkan grip. Jangan risau tentang tayar. Paling utama masa tu, rider dan motor adalah 1. Sebab tu gua anggap moto gua tu kekasih gua. Dia jatuh, gua jatuh. Dia calar , gua luka. Gua kene tanam, dia masuk bengkel, pastu kawen lain... Puiiiiii.....

Untuk elak berlalu keadaan mcm tu, kita kena practise selalu guna engine breaking. Rantai spoket cepat haus xpe, janji awek gua x kawen lain. Haaaaaa. Kene selalu igt, rider dan moto adalah 1. Study compound tayar dan skill level yang kita ada supaya kita tau tayar apa yang sesuai dengan cara handling yang kita implement. Bukan Wang ringgit dan nilai tayar tu yang jadi ukuran.

Cita nie bukan cita gua masuk bakul angkat sendiri tidakkkkkkk. Jauh skali dari matlamat gua. Gua pakai moto dah 8 taun. Semua pernah rasa. Jadi stuntman terbang atas kereta perempuan mengandung, sekaki je lagi nak menjunam masuk gaung masa 1st time layan simpang pulai, pernah masuk bawak lori.  Tu nasib2 je tu... Haaaaa

Tp kita kene igt jugak... Kalau tuhan kata dah sampai masa kita gol, Maka gol laa kita. Haaaa... Ok sebelum org lain kata gua tulis merapu, baik gua chow dulu... Mahap laa, bosan xde keje, pastu update blog guna tepon, mmg jadi mcm nie laa... Typo besepah. K byeeeeee

Tuesday, April 7, 2015

~~MENGHAPUS JEJAK MU:ARIEL PETERPAN~~

Perghhhhh... Berkulat blog lama x update... Asek2 layan benda lain... Dok sibuk benda lain... Menung pk isu2 lain... Mau nye nak update blog.... Hurmmm

OK... Terus ke cerita dasar.. Saja nak share ngan kome..kalau perasan lagu peterpan/noah tajuk nya menghapus jejak mu. Waaa, this is my favvy bebbbb... X tergambar mcmana gua imagine bila dgr je lagu nie. Sebab apa,  sebab pada gua, lagu nie kreatif.

Gambaran yang dia Cuba sampaikan dalam video clip sbnrnya gini..... Al-kesahhhhhhh:

Seorang lelaki yang sangat menyayangi wanita tersebut. Namun begitu, si wanita tersebut terus khayal dalam dunia dia sendiri, kejar semua perkara yang duniawi. Tanpa ambil pusing, tak peduli kehidupan si lelaki tadi yang selama ini menjadi teman dan pelindung....

Kemudian, lelaki kepada wanita berkenaan buat keputusan drastik... Drastik sgt2; lari dari epic kisah cinta dorg. Si perempuan nie tadi mula laa perasan, eh eh, laki aku dah x peduli aku (katanya laa kut) - ini baru kisah dalam bus tu... Haaaaaa

Kemudian, si wanita yang sedar salah diri dia, Cuba untuk ambik balik hati si lelaki. Yang lelaki pulak, dengan segala helah, tipu muslihat dia guna nak elak... Cuba tgk video clip tu balik... Si perempuan Akan Cuba sedaya upaya untuk kekal bersama lelaki tu dan Cuba sedaya upaya untuk sama rentak dalam setiap langkah. Biasa laa geng... Lelaki nie nafsu dia 1 je. Tp kalau dia dah kata tak, dia Akan kata x.. Ego tinggi nak mampos.... Kan kan...

Di tengah-tengah video clip tu, situasi berubah menjadi lebih genting. Masa adalah halangan. Si lelaki yang pusing2 nak elak si wanita tu tadi dah hampir2 habis idea. Dan si gadis tu pulak, menitis air Mata sebab semua yang dia buat, lelaki tu x pandang dah. Kat situ gua tertipu. Gua budget lelaki tu Akan cair lepas air Mata perempuan tu gugur kat tangan lelaki tu... Gua silap rupanya. Rupanya yang gugur tu air hujan... Cissss.

Tanpa berlengah, si lelaki menuju ke rumah dengan pantai, sekali lagi dengan helah yang sama. Akan tetapi malang nya, si wanita itu tetap untuk cuba mengikut rentak dan Cuba pastu kan jarak antara mereka dekat.

Apabila sampai kat rumah lelaki tu, hujan dah mula turun renyai2. Trick last kopek lelaki tu buat dengan harapan perempuan tu Akan x mampu untuk ikut... Si wanita ini pula dah nekad. Jadi terpaksa laa si lelaki tu tadi masuk je ke dalam rumah. Pintu terbuka: di sambut oleh wanita lain di muka pintu dengan mesra.

Pada Saat tu, si wanita tu dah sedar. Semua impian dan usaha dia sia2. Duduk dalam hujan mengenang nasib.

Dalam pada tu, cerita berkenan si lelaki, sebenar nya dia masih ada hati pada si gadis tu... (jap, nak bakar sebatang rokok)....... Ok... Sambung balik... Bukti nya, dia memerhati dari ruang pintu keadaan gadis tu. Dia berharap supaya si wanita Akan tabah, terima takdir dan teruskan hidup. (maksudnya kat sini, lelaki tu dah pasrah, serah bulat2 pada takdir...)

Rupanya, kesedihan si wanita tu x lama.. Dan Roda hidup kembali berputar.... Sekian

Itu lah kesah yang gua nak bgtau... Saja nak meng-update blog. Dari berlumut je. Sambil2 gua nak bgtau bertapa gua suka sgt lagu n video clip nie. Tiap2 pagi sebelum g keje, mesti layan 2 round, sebelum tidur, beraund2... Haaa.... K.... Sok keje... Selamat menghayati maksud lagu menghapus jejak mu.... Tata