Monday, August 24, 2015

~~dingin semalam~~

Ada yang bertanya. Luqman, kau tak nak kawen ke? Tak pergi dating ke? Aku telah lali dengan usikan rakan-rakan. Ada masa nya aku biarkan tanpa jawapan. Ada masa nya, senyuman sebagai balasan. Tipu lah tak teringin. Tipu lah kalau aku kata yang aku tak cemburu. Cemburu pada yang ada anak. Aku bukan lah orang yang rajin bertanya. Dalam situasi tertentu, situasi di mana mereka bercerita bertapa mereka rindu pada anak, isteri, aku hanya pendengar yang setia. Dalam pada detik yang sama, aku terbayang. Ya! Aku terbuai hilang. Ya! Memang cemburu. Tapi aku yakin, semuanya sudah tersurat. 

Sepanjang 29 tahun aku hidup, aku cuba capai apa yang aku impikan. Cerita awal diri aku ini yang bermula perlahan, aku nekad untuk bangkit. Aku berniat untuk menjadi sebahagian dari rentak kehidupan. Bagi mereka yang terlalu lama berdampingan, mereka faham perubahan yang aku lalui. Tetap; aku seorang yang gila-gila. 

Pernah ada dan selalu ada yang bertanya. Motorsikal, aku, sebati.... Kenapa? Tak pernah aku zahir reaksi. Kadangkala, hendak menjawab pun kelu lidah. Pada aku, biarlah aku sahaja yang tahu, faham kondisi diri. Tersudut dalam hati, aku seakan mahu berteriak bercerita. Lihatlah! Dengar lah aku! Watak aku penting!

Sesungguhnya hakikat hidup Amat berat. Ketika ini aku sembunyikan semua kesedihan. Beban anak sulung aku pikul tanpa aku tunjuk yang aku tersiksa. Sungguh! Aku tidak ada masa untuk jadi remaja. Aku tidak betah untuk terus mara. Memikirkan aku sulung, ranjau itu aku harungi juga. 

Menjaga seorang ibu yang mengidap barah payudara tahap 4, perjalanan aku sangat berliku. Benar! Ada masa dia menjengkelkan. Tetapi seorang ibu tetap seorang ibu. Ada masanya aku marah. Zaman kanak-kanak aku kosong. Aku miskin! Dan sekarang tatkala aku dewasa, aku galas tanggujawab yang belum lagi di rasai oleh mereka yang sezaman dengan aku. Dan aku cuba sedaya upaya untuk lawan. Tak sanggup aku bayangkan perasaan abah. 

Masih terbayang di fikiran, ibu yang sebelum ini sangat cargas, ramah dengan suara yang lantang di usung keluar dari bilik bedah; terkaku di pembaringan. Dengan suara yang tersekat-sekat, aku bisik.... Abah..... Mak dah keluar. Petang itu sangat gelap. Petir sabung-menyabung. Bertambah dingin suasana bila abah bergenang air mata. Allah.... Allah.... Allah.................. 

Mulai dari Saat itu, bingkas aku bangkit. Urusan rumahtangga urusan aku! Rutin aku bermula sebelum subuh lagi. Aku siapkan makanan tengahari di kala sang mentari baru mengintai alam. Aku hanya dapat duduk berehat setelah aku puas hati. Aku pastikan  dahulu abah, adik-adik teruskan hidup seperti biasa. Setiap hari lambat tiba untuk kerja. Rutin Harian berubah! Aku lah ibu untuk adik-adik. Sudip, kuali, pinggan, mangkuk jadi mainan. Allah! 

Sekarang ibu beransur sembuh. Tetap aku niatkan; apa ibu makan, aku makan. Hidup tidak semewah dahulu. Dan masa terus berlalu. Aku bangga punyai abah yang tabah dengan kerenah kami 3 beradik. Adik yang tengah pula bakal ke jinjang pelamin tak lama lagi. Dan kami sedang hadapi ujian. 

Sekarang, utarakanlah persoalan itu. Kahwin? Jodoh? Keseronokan bermotosikal?  Anda sudah ada jawapan.... 

Aku sematkan dalam-dalam. Cukup-cukuplah dunia yang aku peroleh. Tiba Saat nya aku penuhi permintaan ibu. Aku harap dialah orang nya. Dan aku akan terus bersembunyi. Berlindung di sebalik topeng senyuman. Dan aku akan terus bersandiwara, sehingga aku temui insan yang aku cari. Biarkan duka ini aku pendam. Pada medium ini aku mengadu. Supaya terus tersimpan sebuah rahsia. Dan aku harap insan yang di cari ada di sini, faham dan dapat menerima aku seadanya 

No comments:

Post a Comment