Monday, October 15, 2012

~~Bulan, Bintang dan Kelam~~

Dunia semakin hari semakin mencabar. Aku, seperti selalu...hampir-hampir kembali hilang arah. Aku gagahkan juga langkah menghampiri sebuah ketakutan. Kerana aku sedar, apa yang aku takuti itu hanyalah sebuah bayang kiranya tidak aku ungkap.  Tiada jalan yang mudah untuk menikmati keindahan hidup. Atas kesedaran itulah aku teruskan perjalanan.

Setiap destinasi yang aku singgah, setiap simpang yang aku pilih, punyai cabaran tersendiri. Aku pasrah. Apa yang dapat aku lakukan, cuma pejamkan mata, dan hayati kegusaran itu. Kerana aku yakin, ada ganjaran disebalik tangisan.

Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Watak datang berganti. Roda kehidupan berputar kembali. Ada kala aku tersenyum puas. Hingga ada saatnya aku terlupa bahawa bumi itu bulat. Pada seketika aku tersedar. Tersentak dan merayu simpati. Hingga ada masanya aku lalai pada permainan duniawi. Dan aku tewas kembali.

Biarlah. Pasrah pada apa yang bakal tersurat dan tersirat. Kerana setiap kejadian ada hikmahmya. Kita cuma boneka yang telah ditentukan keadaan akhirnya. Dunia atau yang hakiki. Bersabarlah. Semuanya bakal berakhir kelak. Bakal berakhir...................................................berserah pada takdir........................

No comments:

Post a Comment