Sunday, January 3, 2016

~~dunia aku:rider~~

Manusia memang tidak pernah puas. Masa miskin, mahu Kaya. Ketika punyai Kekayaan , mahukan masa. Saat lapang, dambarkan pula ketenangan.... 
Setiap kali aku coret entry baru, tidak pernah kalau tidak aku. Tetap semuanya tentang aku... 

Hari ini mahu aku ceritakan; tanpa sedar aku telah penuhi azam yang lama aku semat dalam dada. Dunia aku, dan kebanggaan aku. Biar gambar membuka bicara


Lihat dengan teliti. Garisan akhir tulisan rosso ll adalah bibir tayar belakang. 

Pada masa aku tiada kelapangan, aku susah, selalu aku impian hidup seperti org senang. Aku berangan aku ada moto besar. Berangan aku punyai kesenangan. Isteri yang cantik, anak² yang comel. Kehidupan yang selesa. 

Sedang aku di himpit memori, 2hb Januari 2016 rupanya aku dah berjaya mengendali motosikal di selekoh dengan kelajuan 140++ di selekoh tajam, tayar belakang makan rata; sesuatu yang aku impian dari zaman Muda aku lagi. 

Terpana aku seketika. Apa lagi aku mahukan? Seorang budak gemuk yang di buli, berada dalam kedudukan paling corot dalam kelas tercorot hari ini mampu memiliki 2 buah motosikal berkuasa tinggi kini. Yang dahulu di keji, sekarang mencipta watak. Apa lagi yang aku mahu? 

Bukan niat untuk aku riak. Sekadar ingin berkongsi . Sesungguhnya manusia itu tidak pernah puas. Dan seandainya anda berhenti seketika, anda akan sedar bertapa telah jauh anda me langkah menuju destinasi. Dan ada Saatnya anda perlu berhenti seketika, tunduk dan mengenang. Mengimbau segala perit jerih, ranjau duri yang telah anda tempuh. 

Jangankan kerana sesuatu halangan perjalanan anda terhenti . Tinggalkan apa yang membebankan. Mulai hidup baru. 


Untuk aku, dan hanya aku.... Aku temui kedamaian pada kelajuan di selekoh itu. Hanya aku....... 


Mulakan hidup baru............ 

No comments:

Post a Comment