Monday, August 30, 2010

~~Antara Sayang, Rindu & Airmata~~

Semenjak kecil aku hidup berkawan2. Walaupun aku sering dibuli, aku tetap anggap mereka kawan. Tapi semenjak dua menjak nie, kenape kalau aku sunyi, xakan ada sape pun kawan yang available?

Aku slalu sangat terkenang hidup di asrama. Aku rapat dengan puak2 di sebelah kanan, kurang sedikit dengan puak2 disebelah kiri. Tetapi, kurang2 pun aku tegur. Masih ramah. Paling masuk adalah dengan Azrul Amri aka ketua dorm dan arwah firus.hurmm. Seronok sgt mase tu. Banyak main. haha.

Tp tgk la sekarang. Masuk hari ke 20 ramadhan, cuma baru beberapa kali jerk aku kua jumpa kawan2...baki lagi beberapa hari tu, buke kat umah ngan kat opis.slalunyer aku buke sorang kat opis. Sunyi kan hidup cm nie.....

Aku pun masih ingat. Mase kat sarawak dulu, punya susah nak lelap jugak. Sampai pernah jugak laa x dtg kelas tok amek test, padahal dah study punya kencang laa mlm tu. Puas aku cuba. Macam2 teknik. Last2 dengan menangis jugak aku dapat redakan keresahan. Sebenarnya, agak sadis jugaklaa ble seorang jantanz mengaku diridia menangis dah besau2 cm nie. Sadiskan.

Hampir2 nak masuk 25 nie, aku jadi takot sangat. Sangat gerun bila pk yang aku kene bina empayar sebelum ibubapa kita menjadi sakit dan uzur. Untuk nak bagi dorang rasa hasil dari tangan anak dia sendiri. Takot kan ble pikir balik. Ble pk nanti dah kawen kita ada tanggung jawab kat pasangan, tapi pada masa yang sama kene beri lebih perhatian kat org tua kita. Takutnya

Kadang2, ble mengelamun cmgini, aku jadi rindu kat kawan2. Sayang kat orang tua. Kalau ade mata air tu, ley aa jugak curahkan sikit bebannan perasaan tu kat die. Dah tu, aku single plak. Bila dah rindu ngan kawan2, susahnya nak terangkan. Klo diluahkan, kawan2 gelakkan. Sayang dengan orang tua pun segan nak bagi tau. Dah besar2 cm nie, klo dapat bagi dorang ape yang dorg nak, kompom puas ati aku.

Entahlah. Kadang2, menangis bukan jawapan. Tp kadang2, nak diluah lebih seksa dari nak di pendam.

Sunday, August 29, 2010

~~Betul Ke?~~

Untuk kali ke banyak2 nye dalam past 3 month aku ulang alik dari kampung ke tempat koje. Jauh?Tah laa....rasanya agak laa...2-2stengah jam baru sampai klo dari shah alam. So bayangkan klo abis keje klo 10 mlm, kol bape aku akan sampai ke kampong?Haaa....jauhkan...Tp pada stengah org, sempadan perak nie xda la jauh mana....hurmm....no comment.

Bukan la sebab aku x waras. Bukan jugak laa aku da out of my mind. Tp aku cuba membizikan diri supaya x kerap sangat merapu meraban. Mengelamun sangat pk pasai masa depan aku, kawan2 n kenangan lepas. Patut ke cm tu?

Ada sok sek dibelakang yang slalu je bbunyi; lokman skunk da sombong...xnak lepak ngan kawalkn2......Bukan cm tu sayang.....it just kdg2 ble keje sensorg, time xde nak ada bende tok dibuat, aku slalu jerk melayan emosi. Kdg2 sampai nak mleleh aa jugak. Maybe it sound silly, tp itulah hakikatnyer. Ape2?nak kate aku jiwa tisu? Cakap aaa....Xkecah pun.

Ada sehari tu, aku punya aa bosan. Bukak blog, fb ngan friendster.owh. Ngan youtube skali. DA tu dia dtg daaa...ade sape tah post video kucing kene potong kaki. Sedih ooo. Tp x nanges g. Then tjumpe lak page friendster arwah membe....tu betoi x pat cove.haha

Bulan nie aku rase aku dah jatuh cinta balik. Sbnrnye aku nie dah lame berperasaan, tp pendam dl. Kali nie da x pt cover. Aku sedang pilih yang terbaik. 2 personaliti. Yang sorang tu, jiwa sensitif. Kdg2 careless. Tp she will make ur day laa...dgn celotehnya, dgn ragam nye. Smayang x tinggal. Yang lagi 1 nie plak contra. Sangat agresif. Wat koje cekap. Tp sangat perahsantan die cun.haha. Sentiasa wat aku senyum jerk. Die nie lagi kejam. Stakat kene cubit, tampa, sepak dsb tu dah biase. Tp dedua x pandai masak.haha....mana 1 nkorg rasa?

Alang2 dah bukak blog kali nie, aku nak share. Aku cukup menyampah dengan pompuan yang perasan lawa, tp perangai cm iblis. Xde adap lansung. Kunun cun cm artis. Eyh, cik perasan, dgr nie. Aku pun penah blakon tau(walau cume 2 saat ke, 7 saat ke, janji kua tb). Xde laa perasan yang aku en. kacak!Xde pon post comment kat celebriti2 nyer page. Dan yang paling aku menyampah, orang kene layan die ikot kerenah die!pergh. Eyh cik perasan, tlg cket. Nko tu bukan laa penting pun dalam idop SEMUA ORANG!!!

Hurmm. Smalam membe2 aku ade buat majlis berbuka puasa. Aku x pat join. Sedih sgt. Dari dulu dorg mmg kawan sejati. Yang dok dekat2 tu, ley kate cm adik beradik aku dah. Rindu sgt. Tp nak wat cmane. Smalam sampai2 kat kampung jerk, sume dah ready2 nak tido. Mak long yang sambut aku. Tu pun dah ateh tilam dah. Die x bgn pun. almaklumlah, kampung aku xde bilik. Pakai bentang tilam jerk. Tetibe die tanye 1 soalan cepumas....man, nko nie rajin laa. Kerja, kemudian ikot family balik kampung. hurmm. Maklong, aku sangat sayang mak dan bapak. Niat aku nie cuma nak bagi dorg puas jerk dulu.hurmm. Mesti korg paham kan klo dok berdua jerk, anak2 xde. Sunyikan. Lagi2 perasaan org tua.

Pagi tadi, mase sahur, aku tetibe terpikir. Dulu mase sahur sangat meriah!bukan sahur jerk. Puasa, raya, bercuti....sume nyer best. Sekarang sume pun buat sendiri2. Da tu aku tanye maklong. Maklong dengan sempoi nyer jawab; mmg cm tu laa man, adat dunia. Masa kecik kita xde ape tanggungjwab pun nak pikir. Sekarang nie, x kerje nak makan ape. X de duit nak pakai ape, nak duduk mane. Dunia sekarang nie, klo xde kerje, xde duit, susah. Semuanya pakai duet. Ble dah kejar duit, kene ada tanggungjawa. Kat mak abah, kat adek2, kat jiran2......sebab tu sekarang kita slalu sendiri. betul ke? btl ke mcm tu yang berlaku?hurmm....

Dah letih. Semua pun dah lepas kat dlm blog. So nak layan feel lah plak.

Friday, August 27, 2010

~~Sesuatu Yang Aku Sesalkan~~

Hari ini cukup berbeza. Entah mengapa, aku rasakan aku harus lakukan ini. Ianya adalah salah satu perkara yang sering membebani setiap detik hidupku. Setiap saat seterusnya dalam hidupku adalah mencari ruang. Mencari sekelumit kemaafan yang biasanya sangat sukar untuk dihulur manusia.

Aku bukanlah seorang ikonik. Aku bukan seorang cendekiawan. Jauh sekali untuk menjadi idola. Aku lemah. Selalu tewas dengan godaan. Tapi aku mungkin unik. Kerana mahu mencari kejujuran. Mungkin pelik kerana menagih belas ihsan. Dan mungkin kurang berakal kerana mengakui kesalahan. Itulah diriku sebenarnya.

Setiap langkah permulaan ku adalah kegagalan. Mungkin itu takdir. Terapi aku bertekad untuk melawan. Aku kini menungkah arus. Namun, untuk setiap perjalanan yang aku mulakan, pastinya ada langkah sumbang di bumi yang ku pijak. Untuk apa yang aku nukilkan dikala subuh menjelmakan sifatnya, sejujurnya, ku pohon ampun beribu kemaafan.

Aku seorang yang sering menjadi mangsa keadaan. Aku lahir di dalam bumi tuhan yang pada masa itu kekayaan adalah keutamaan. Aku dibesarkan dalam keadaan serba kurang. Berbekalkan RM 0.30, aku kesekolah. Menjelang umurku 11 tahun, belanja sekolah ku meningkat sedikit. Aku diberi wang RM 1 sebagai umpan untuk ku terus mara ke menara gading. Aku sedar kesusahan ibubapaku. Namun, godaan duniawi lebih menarik perhatian ku.

Akhirnya aku tewas. Aku mula lakukan pelbagai perkara jahil semata2 mahu hidup senang ataupun mendapatkan perhatian. Dikala aku berjaya, kegagalan adalah bayanganku. Disaat aku mekar, dosa adalah bajaku. Di waktu aku berdiri megah, aku sebenarnya insan yang kesakitan dan sering terjatuh di jalan lapang lagi rata.Untuk setiap usaha yang aku semai, sebenarnya aku cuma menyulam sesalan di hari tuaku.

Sehinggalah aku mula temui sinar. Selangkah di menara gading, aku akhirnya berjaya menyinsing tirai kegelapan yang selama ini mengaburi pandangan ku. Aku nampak jalan sebenarnya. Cuma yang aku perlu lakukan adalah memilih. Jalan berliku yang curam tetapi pendek ataupun jalan lapang dilitupi awan redup sepanjang jalan yang sangat panjang.

Keputusan jalan hidupku bukanlah terletak ditanganku sebenarnya. Anda yang membaca adalah sebabnya sebenarnya. Untuk setiap watak dalam jalan cerita yang berlainan, anda adalah kuncinya. Orang yang membentuk peribadi hidupku pada hari ini. Untuk itu, terima kasih dariku secara peribadi aku lontarkan.

Terima kasih untuk apa? Untuk setiap memori yang kita telah sama2 pahatkan. Untuk setia disisi dikala aku kegusaran. Untuk bersama tertawa di dataran kecemerlangan. Untuk terus menghargai kewujudan ku. Untuk segala nasihat yang telah di di berikan. Untuk terus kekal menganggapku sebagai seorang RAKAN. Untuk rela berada sebaris dengan ku di mercu kejayaan, walaupun dasarku adalah hitam dan kotor. Terima kasih untuk itu.

Siapa yang aku maksudkan? Anda yang sudi membaca, ataupun terpanggil untuk membaca, mahupun aku jemput keruangan ini untuk membaca. Setelah beberapa tahun menjadi kuli batak hidup. Mengejar kebahagiaan kemudian hari, aku telah sedar. Sebenci-benci aku dengan kalian, setitik rasa menyampah dengan gelagat anda, aku kini sedar. Kamu merupakan latarbelakang ku kini. Pengalaman ku hari ini. Berjuang dikalangan masyarakat adalah sangat memeritkan. Baru aku sedar kini, kamu merupakan kenangan manis ku.

Yang aku benci sebelum ini menjadi bimbingan. Yang di muakkan selama ini menjadi panduan. Walaupun cuma seketika perasaan itu. Walaupun hampir kesemuanya aku senang dengan kamu. Terima kasih kerana menunda ku dari kegelapan. Terus menunda ke arah sinar kehidupan. TERIMA KASIH! Aku ratapi apa yang aku lakukan kepada kamu dahulu. Maafkan aku........ Semoga anda berjaya di dalam hidup!

Wednesday, August 25, 2010

~~Aku punyer blog, Aku punya suka!!~~

Hei kamu, ini blog aku empunya. Suka hatilah apa aku nak tulis. Peduli apa dengan ape yang korg rasa. Peduli ape dengan koranggelakkan. Ada aku kesah?

Hey kamu!!Ini blog aku gunakan sebagai tempat untuk melempias perasaan dan emosi. Ada peraturankah yang halang aku buat benda2 bodoh dan merapu nie? Untuk apa yang korang rasa, ada aku kesah?

Hey kamu!!Panggil laa aku nie dengan apa2 pun. Semuanya betol. Sebab kamu bukan sesiapa pun. Xde kesan pun dalam idop aku nie..Xdenye luak masaku. Untuk itu, ada aku kusah?

hey kamu!!dengar sini. ini aku punyer blog, untuk itu, aku punya suka lah!!!!!!

~~Akukah Benar, Atau Merekakah Benar?~~

Aku masih seorang lelaki didalam keluarga yang masih mampu menurut kata. Aku adalah seorang anak didalam rumah yang masih lagi melakukan kerja2 rumah sebagai rutin harian. Namun begitu aku masih salah dalam segala2nya. Salah. X betul. X kena. Apa yang aku buat mesti x menjadi. Apakah masalah sebenarku? Apakah aku benar? Ataukah mereka yang benar?

Aku masih lagi turun ke dapur untuk memasak. Aku juga org ke dua didalam keluarga selepas bapaku yang mampu menjelmakan idea kreatif. Hasil kerja ku juga adalah yang ke dua terbaik selepas bapaku dalam bab merekacipta dan mengubah suai barang2 mengikut keperluan. Aku telah mencipta alat yang mampu mengeluarkan tenaga elektrik yang dijana oleh kuasa angin. Aku telah mencipta alat pengoksigen ikan untuk menyimpan umpan dan ikan hidup. Aku lah orangya yang paling effisyen dalam menggunakan internet dan tahu motif2 dalam menggunakan internet. Aku adalah kuli batak yang selalu sahaja menurut kemahuan untuk membayar bil, keluar membeli barang2 dapur ataupun kehendak peribadi org lain. Aku juga pakar dalam hal ubat2tan. Untuk itu aku masih salah? Untuk itu aku masih x benar?

Mungkin kerana aku adalah orang ke dua yang pandai memasak dikalangan kami 3 beradik? Mungkin kerana aku kurang arif dalam hal2 agama seperti adik bongsuku? Mungkin kerana kerja2ku dan emosi ku tidak sekonsisten adik2 ku? Mungkin kerana aku x pandai mengambil hati ibu bapa seperti adik2 ku? Mungkin kerana seorang perenggus dan marah apabila semua yang aku laburkan tidak menjadi? Mungkin kerana itu kah aku salah?

Ya....jika itulah sebabnya, mmg aku salah. Aku adalah pemarah. Aku tidak sabar. Aku kurang mendengar kata. Dan aku tidak pandai mengambil hati orang tua. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat ku ketika mereka sakit. Kerana mereka sering mengambil tindakan yang sangat tidak wajar kepada adik2 ku ketika kesalahan mereka kelihatan seperti zarah di antara puluhan ribu gunung ganang. Untuk itu, aku adalah pesalah!!!!!Jangan berkira2 untuk kamu mengambil mudah kewujudan ku. Hukuman yang setimpal. Silalah.

Andainya aku dapat memulakan hidup sendiri dikala ini, alangkah bahagianya. Andainya aku mampu merancang peribadi ku sendiri, alangkah indahnya. Sekiranya aku mampu menyumbang kepada mereka, alangkah bagusnya. Tetapi aku juga khuatir. Aku risaukan keselamatan mereka. Aku ambil berat pendapat mereka. Aku cuma mahukan mereka memiliki apa yang mereka idam2kan sebelum mereka tidak terdaya. Aku tidak berpindah keluar. Aku masih mampu memekakkan telinga. Mungkinkah kamu mahu aku berpindah? mungkinkah kamu mahu aku jauh diperantauan seperti dahulu? Zahirkanlah. Nyatakanlah supaya aku penuhi apa yang anda berdua hajatkan.

Aku......inginkan 1 motivasi baru yang dapat terus menjana hidup gembira ku. Aku mahu 1 inspirasi yang mampu buat aku terus berkorban dan berlelah2 untuk kebahagian orang lain. Tuhan ku yang maha gagah lagi maha memahami, makhbulkan lah permintaan ku. Sesungguhnya aku mahu berjasa kepada mereka;orang tuaku. Sesungguhnya aku mahu lihat kebahagian adik2 ku melebihi kebahagian diriku. Sesungguhnya aku mahu berkorban tanpa perlu ada rasa berat dan mengeluh untuk membakar diri menerangi insan lain. Tunaikan lah ya Allah.

Monday, August 23, 2010

~~Berilah Untuk Menerima~~

Walaupun cuma baru 24 tahun melihat dunia, aku kini akui aku telah muak dengan segala bentuk ragam isi nya.Tepu dengan kepura2an. Sarat dengan godaan. Penuh dengan kedustaan yang menyiksakan. Ramai antara kita yang tidak sedar. Yang leka bahawa mereka sebenarnya telah menjadi tahi kehidupan. Terlena dikala masih kuat untuk mengejar kebendaan yang boleh mereka agung2kan. Masa muda cuma sekali, dan haruslah kita bergembira sepuasnya....benarkah begitu?

Aku semakin pelik dan bosan apabila ramai dikalangan ku yang bangga menjadi ikon nafsu remaja. Tidakkah kita semua sedar kita bakal temui tua? Mahukah kita menyesal di kemudian hari, sejenak termanggu memikirkan bagaimana mahu mengundur balik masa untuk mengubah masa lampau? Slalu sahaja kedengaran kan....andai dapat ku undur masa~~...

Dari mereka yang bangga dengan paras rupa, kepada mereka yang bongkak dengan apa yang mereka ada. Dari mereka yang bermegah untuk melobi maksiat dan keganasan untuk mendapat perhatian sehinggalah mereka yang mahu selamanya hidup dalam dunia khayalan. Ramai bukan?. Kiralah dengan jari jemari, nescaya anda akan sedar bilanganya tidak terhitung ramainya.

Apa sebenarnya yang aku bisingkan? Apakah perkaranya yang aku kecohkan? Begini. Mungkin ada yang berpendapat, aku ini adalah org yang pelik. Tetapi rasionalnya, setiap insan impikan masa depan yang cemerlang. Mungkin ada diantara kita yang sering dambarkan kehidupan akan datang yang harmoni, penuh dengan tawa riang anak2, serta kegembiraan ibu bapa kita yang sedang ingin bermain bersama cucu2nya. Jadi mengapa mahu berbuat perkara yang salah?

Sifirnya senang sahaja. Untuk dikasihi, kita perlu mengasihi. Untuk dilihat, kita perlu melihat. Untuk di dengar, kita perlu mendengar. Sukarkah? Sekiranya itu, terjadi dunia kita akan aman damai. Tenteram dan harmoni. Bukankah?

Untuk itu, 1 perkara yang secara teorinya mudah; berilah untuk menerima. Aku akui namun begitu, adakalanya sukar untuk dilaksanakan. Tetapi, cubalah. Anda akan dapat rasakan nikmatnya. Kepuasannya. Bezanya. Org berbudi kita berbahasa. Org memberi kita merasa. Jadi, Berilah untuk menerima!

Sekian coret2 sahur.......

Saturday, August 21, 2010

~~Kos0ng~~

Fikiran ku entah dimana. Tubuhku berduduk kaku di kerusi. Apa yang aku fikirkan. Kos0ng. Bukan mengelamun. Cuma Kos0ng. Hampir 1 jam aku duduk2 sahaja memikirkan tentang diri ku. Aku kini sangat pasti. 100% pasti yang aku masih lagi tidak dapat pastikan hala tuju yang sebenarnya.

Sepanjang 24 jam yang menyeksakan; batuk, selsema, demam dan masih lagi tidak tidur untuk tempoh lebih 24 jam, bermacam bentuk bayangan yang menerjah benak ku. Pelbagai soalan bermain di fikiran. Sehingga kini, aku masih lagi mencari dimana aku sebenarnya. Ada pendapat mengatakan, muhasabah diri sblm tidur. Nescayanya kita akan lebih baik dari semalam. Benarkah begitu? Tapi aku rasakan semakin aku pikirkan segala bentuk perbuatan yang lepas2, semakin berat otak ku memproses. Semakin kacau bilau pula aku jadinya. hurmmm........

Menjelang berlalunya bulan Ogos, genaplah 3 bulan aku berdiet. Bukan sekadar mahukan bentuk badan, yang utama adalah cuba mengenalpasti dan memantapkan disiplin diri. Akan tetapi, purata merit yang aku labelkan .....mungkin gred C untuk 2 minggu sejak menjelmanya ogos. Entah bagaimana, aku seperti hilang arah tujuan. Seolah2 seseorang yang tak tahu lansung apa yang sedang dilakukan. PELIK!!!!...Folus ku sedikit keciciran pada bulan ini. Mungkin akibat sedikit tekanan dari luar diri....mungkin...

Bulan ini juga adalah bulan yang sangat gembira bagi bapa ku. Bukan apa. Ulangtahun hari lahir nya telah kami adik beradik sambut dengan 1 event yang belum pernah kami anjurkan. Dengan jumlah tetamu seramai lebihkurang 30 orang, kami juga telah mhadiahkan sebuah tlepon bimbit touch screen yang sangat di idam2kan. Semua yang ttelah di lakukan adalah di luar rancangan kami sebenarnya. Walaubagaimanapun, aku gembira untuk membuat ibu bapa ku senang hati.

Waktu2 kerja di Farmasi Smart Care pula boleh aku anggap sebagai waktu untuk mentafsir definisi bosan sebenarnya. Selama hampir 4 bulan aku disini, segala2nya tampak sama. A sampai Z....sama! Aku mulai bosan dan selalu merapu dikala shif ku tiba menampakkan muka.arggghhh...mungkin aku perlukan motivasi baru.

Aku ada terfikir untuk menghilangkan diri seketika selepas tamat pengajian. Mungkin sebulan 2. Aku mahu mencari siapa diriku sebenarnya. Kampung pada firasatku lokasi yang sesuai. Almaklumlah, cuma ada beberapa buah pekan koboi, dan berhampiran pantai. Lokasi untuk berhibur paling hampir pun kira2 80 kilo; Pekan Sabak Bernam/ Teluk Intan. Jauh sekali hiruk pikuk bandar memecah gegendang telinga. Mungkin sangat sesuai untuk aku bertapa bertemankan bunyi kerbau-lembu. Boleh juga seketika aku penuhkan dada dengan ilmu2 kerja kampung.

Mengingati kembali detik2 yang berlalu, Farmasi anis, Farmasi Smart care, restoren2 dan warung2 kecil tempat aku memdapatkan pendapatan sambilan dahulu, serta farmasi color cosmetik adalah kejadian terbaik pernah berlaku kepada ku. Melalui kalian lah aku dapat mengasah bakat yang sebelum ini aku x pernah pun tahu aku punyai. Bahkan, dengan andalah hubungan ku dengan rakan2 bertambah akrab. Aku juga gembira dapat mengenali beberapa personaliti hebat yang secara individunya aku sanjungi dan hormati. Ada yang hebat dari segi gaya, ada yang gagah dari sudut pencapaian, ada yang .....macam2 lah. Siapa tu, biarlah aku sendirian yang tahu.;p

Hurmm.....jam kini tepat menunjukkan pukul 1 tghari. Aku rasa, wajib untuk ku kiranya dapat melelapkan mata untuk beberapa minit mungkin. Aku perlukan rehat yang cukup sebagai bekal kerja 12jam hari ini. Harap2nya, rasa mual dan pening ini hilang lah dari mengganggu kosentrasi kerja, mungkin selepas mendapat rehat sebentar nanti.

sekian

Friday, August 20, 2010

~~Sang Jelik Dan Dewi Jelita~~

Alur hidup kami berbeza. Dia ibarat seorang puteri. Aku cuma pengemis. Masing2 punyai agenda tersendiri. Aku cuma mampu memburu untuk hidup. Si dia adalah pemangsa yang membunuh untuk kepuasan. Watak yang sangat berbeza.

Namun begitu, dia punyai auranya yang tersendiri. Unik. Sangat menarik perhatian. Dia bergaya. Senyumanya asli. Jelinganya tajam. Segala2nya cukup untuk membuat sang wira kecundang tanpa perlu menghunus keris.

Aku pula cuma mampu melihat. Mengintai dari segenap celah untuk seketika menikmati keindahan cintaan tuhan. Itulah kebiasaannya. Aku kira, cuma sinaran hidupnya mampu mengubati keresahan hatiku. Adakalanya, cukup untuk membiarkan aku kembali beradu didalam kesakitan berbisa.

Pernah juga aku punyai kesempatan. Pernah seketika aku disuakan peluang keemasan. Aku hulurkan kepadanya punca kehidupanku. Aku tadahkan padanya sumber keabadian ku. Namun begitu, bukan lah mudah untuk merumus dan mengandaikan kesudahan bahagia yang terjangka. Sang dewi perlukan lebih dari jiwa seorang dewa. Perlukah aku berkorban untuk impiannya?

Aku mengalah. Aku sedar bahawa perit andainya ku jatuh tersungkur di puncak takhta. Aku mengaku kalah. Aku mengaku yang aku hanya mampu mengintai gerak geri sang bulan dari tempat pembaringan ku. Hanya mampu melihat dirinya tertawa menari. Riang menari ditemani bintang2 sepi.

Sebagai kenangan kepadanya, akan ku pelihara sekuntum mawar merah. Akan ku sisipkan kegembiraan dalam mekar kuntumnya. Akan ku siram curahan kasih sayang ke pinggir akar mu. Agar dapat kau hidup disamping diriku. Sesungguhnya keindahanmu layaknya ku samakan dengan sang dewi. Yang terpelihara murninya disamping sang gagah yang berwajah hodoh.

Thursday, August 19, 2010

~~Aku Masih Waras~~

Bersaiz besar, mempunyai masalah dalam mengawal emosi dan sedang berusaha untuk memperbaiki, bercita2 tinggi sehingga adakalanya merugikan. Itu adalah beberapa sifat yang aku kira kadangkala menjadi beban dalam hidupku. Aku rasakan yang aku mungkin dapat pergi lebih jauh sekiranya aku mampu mengatasi masalah2 peribadi ini. Tapi apakandaya. Aku insan lemah.

Aku juga manusia. Adakalanya aku perlukan sanjungan. Perlukan sokongan. Sangat2 perlukan perhatian dari masyarakat dan insan2 tercinta untuk terus hidup dengan riang dan gembira. Aku mahu hidupku terus dijana kreativiti dan inovati. Aku bangga dapat menyalurkan pendapat dan ilmu kepada masyarakat. Tapi pada masa yang sama aku juga perlukan inspirasi. Perlukan sumber. Perlukan tenaga untuk hidup. hurmmmm......

Mungkin kedengaran tidak masuk akal apabila aku gunakan masa2 tertentu, terutamanya sejak kebelakangan ini untuk membentuk kambali fizikal dan emosi. Bukan mudah untuk menjadi punca kepada kehidupan orang lain. Tp mungkin ada yang berpendapat aku berkelakuan sia2. Benarkah? Ini hujah ku!!

Mereka yang mempunyai paras rupa yang menarik (tidak kiralah saiz badan, bentuk fizikal atau apapun) selalunya dapat berkomunikasi dengan org lain dengan lebih berkesan. Dengan itu, sedikit ilmu di dada yang di curahkan pun seumpama menyiram air sejuk ke tekak yang kering kontang. Semua akan setuju. Semua akan bersetuju tanpa asa kata2 halangan kedengaran.kita pula akan rasa diri kita dihargai.

Kemudian, nilai2 diri dan keyakinan diri bertambah. Kita akan merasa kurang segan untuk berkomunikasi dengan individu lain.Mempunyai perwatakan yang menarik, pada teori akal ku akan dapat memberi persepsi yang berbeza tentang sesuati perkara. Kita akan menjadi lebih berani mencuba sesuatu. Lebih berani untuk mengeluarkan idea2 bernas dan mampu menghadapi hilai tawa orang lain.

Akhirnya, meterialistik jugak amat kita perlukan sebagai backup plan. Sekiranya kita hilang idea untuk memberitahu umum siapa kita, perkenalkan sahaja apa yang kita miliki. Melalui parang2 peribadi juga, personaliti yang hebat juga mampu dibentuk. Keyakinan akan mula memancarkan sinar. Bukan kah begitu??

Kepada mereka yang slalu mengkritik, aku bukan lah orang yang tidak mampu berfikir. Aku bukan lah bodoh..cuma aku hidup dalam tekanan. Namun begitu, aku adalah insan yang waras. Sentiasa waras, dan selalu waras!!

Sekian

Wajarkah?

Menjelma sang ramadhan kali ini, aku punyai lebih banyak masa untuk aku mengimbas kembali perbuatan2 ku, mentafsir mimpi2 yang sering bermain di benak fikiran, serta merencana apa yang terbaik untuk menjadi lebih baik dari semalam. Almaklum lah, dikala malam melabuhkan tirai, umat islam ke majid...bertaraweh bersama2...aku di sini bekerja diatas arahan. hurmm......xde org kot datang nak beli ubat!!

Untuk pertamakalinya, aku mulai berfikir. Setelah apa yang aku anggap sebagai kejayaan untuk memperolehi sesuatu, membuktikan sesuatu, atau apa2 jua tindakan ku, aku mulai ragu2. Wajarkah? Setelah berkira2 kembali, aku sedar yang aku telah membelanjakan RM 1.5k hanya untuk sistem speaker, RM 500 untuk kelengkapan memancing, RM700 untuk lain2 kelengkapan seperti kasut, baju dan lain2, serta RM4k untuk memperolehi kereta 2ndhand yang seperti baru. Jumlah semua, lebih kurang 8k untuk tempoh 6 bulan. Isu sumber tidak pula timbul kerana aku dianggap bekerja. Tp masaalah dasarnya, wajarkah?

Dahulu aku anggap dengan sedemikian rupa sahaja lah aku dapat membuktikan kepada mereka2 yang selalu memandang rendah kepada ku bahawasanya aku bukan bodoh, malahan jauh sekali tidak berkemampuan. Tapi kini aku mulai sangsi bahawa walaupun, sekiranya, jika dan hanya jika aku dapat buktikan aku betul pun, jumlah itu mungkin terlalu besar untuk seseorang seperti ku. Untuk di habiskan bagi membuktikan sesuati yang tidak pasti...umpama menegakkan benang yang basah aku kira.

Aku bingung kini. Mungkin cuma hari ini, atau beberapa hari, atau sebulan dua, atau selama2nya aku rasa bersalah. Entahlah. Perlukah begitu? Wajarkah aku?

Friday, August 13, 2010

Apakah aku bukan aku?

Aku hanyalah seorang yang biasa2 sahaja. Tiada apa pun yang menarik yang dapat menggamit ramai individu mendekat kepadaku. Tiada 1 pun. Bermulanya perjalanan kisah hidupku dari seorang kanak2 kurus keding yang mahir mencuri dan malas belajar. Cacian, makian, hinaan, malahan tumbuk terajang telah menjadi asam garam sehinggakan aku telah lali dengan semua itu. Aku masih ingat lagi pertama kalinya aku terlibat dalam perkelahian. Lawan ku seorang samsing sekolah. Aku dengan beraninya mengankat muka dan mencabar individu terbabit. Itu dahulu.

23 tahun. Usia ku di bumi yang fana ini telah membuatkan aku kaya dengan pengalaman2 yang aku sendiri inginkan. Kini, dengan bangganya aku boleh mendabik dada menyatakan aku adalah seorang yang boleh berubah....malahan aku telah berubah!!!. Berubah apakah? Dari pada seekor katak kepada otromen kah? Ataupun dari seorang manusia miskin yang kini mampu terbang atau berlari sepantas kilat kah? Tidak. Bukan itu yang aku maksudkan.

Dari sorang yang malas, kepada seorang yang ringan tulang. Dari seorang yang pendiam, kepada seorang yang peramah. Daripada seorang yang panas baran kepada seorang yang pemaaf. Dari seorang budak kurus yang selekeh, aku sasarkan untuk menjadi seorang remaja yang tegap dan berpendirian menarik. Wajarkah untuk ku mengejar sifat2 sementara keduniaan ini? Salahkah kiranya aku terus berangan dan bermimpi untuk memiliki? Atau kiranya berdosa untuk ku menikmati masa muda ku dengan bahagia?

Menjelang hari coret2 ini dinukilkan, aku telahpun memiliki beberapa perkara yang sedikit cukup untuk buat ku senyum sendirian. Tertawa kepuasan. Adakalanya menangis kegembiraan. Ya!!! Dengan usaha ku sendiri. Tetapi, 1 persoalan kerap menerjah kotak pemikiran ku. Aku telah sebelah kaki meninggalkan imej kotor, selangkah membina watak wiraku, adakah aku kini menjadi lupa dan alpa dengan semua yang aku ada? Perlukah aku duduk bersenang-senang setelah apa yang aku perolehi mampu memberi kemewahan? Atau wajib bagiku duduk dikelilingi mereka2 yang susah; untuk sama2 berkongsi bahagia; sama2 merasai pahitnya hempedu, sama2 menikmati manisnya madu. Perlukan?

Aku beriya menetapkan had2 tetentu. Cabaran fizikal yang perlu aku hadapi setiap hari. Suatu disiplin diri yang dapat membentuk 1 imej baru kelak. Kini, hasilnya mulai nyata. Ada bezanya sewaktu aku bermula sehingga kini. Baru bermula. Tidak banyak bezanya. Tetapi ada hasilnya. Untuk sebab itu, apakah aku mulai lalai dengan halatuju ku? Adakah aku mulai bongkak? Ataupun sentiasa diriku mendongak dagu? Aku x pasti. Aku keliru. Aku tak tahu. Aku sendiri x dapat tafsirkan.

Untuk selama 23 tahun menjalani hidup sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang abang dan mungkin beberapa kali mengemis watak sebagai seorang kekasih, adakah aku sebenarnya bukan aku? Siapakah aku sebenarnya, Benarkah? Apakah aku bukan aku?

~~Aku si Nelayan Moden~~

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Aku masih berjaga dek kerana meneman dan memberi tunjuk ajar yang sedikit kepada rakan2 tentang bagaimana untuk menyiapkan proposal. Sambil2 menunjuk2 kepandaian yang tidak seberapa, sempat juga aku menggilap dan meminyakkan joran kesayangn ku yang telah mendaratkan seekor anak ikan pari. Untuk sekian kalinya juga, rindu ku kepada desiran ombak dan hembusan lembut bayu laut menjelma. Baru aku sedar. Sudah beberapa minggu aku lupakan hobi ku yang 1 ini. Aku mulai kepingin.Bayangan kekuatan ikan tebal pipi yang telah aku naikkan ke jeti membuatkan aku mengidam untuk kembali beraksi. Suatu angan yang dalam masa terdekat ini sangat mustahil aku laksanakan. Maklumlah, aku telah berhasrat untuk melupakan seketika aktiviti yang mampu mendatangkan sedikit kelapangan di minda dan mampu meredakan seketika kekusutan dalam menempuh arus kehidupan. Untuk mencapai target memburu sedikit wang sebagai landasan melobi lain2 aktiviti masa lapang di kemudian hari. Sesungguhnya kerinduanku yang maha hebat ini sukar untuk ku bendung lagi. Bilakah agaknya aku mampu kembali memegang gelaran nelayan moden.Kepada yang mengerti, terima kasih kerana memberi peluang untuk ku melempias rasa. Sesunguhnya AKU SANGAT RINDU!

Wednesday, August 11, 2010

~~Cuma Secebis Kenangan~~

Puasa menjelma lagi. Sudah beberapa tahun kiranya aku tinggalkan zaman kegemilangan ku. Yang Ku jejaki kini hanyalah sisa2 kegembiraan, tangisan dan airmata setelah apa yang aku idam2kan hampir punah. Namun begitu, aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum, bergembira dan tertawa riang walau didalam keadaan yang tidak seberapa membanggakan.

Ketika ini, di saat ini, pada detik ini, ingin rasanya aku imbas liku2 kehidupan ku di masa lampau. Untuk beberapa kalinya aku pernah menjalani ibadah puasa bersaorangan tanpa ditemani oleh sesiapa.

Aku kira aku berjaya mencipta imej dan identitiku bermula pada tingkatan 4 di sekolah berasrama aliran teknikal dan vokasional. Sehingga menjelma sang Ramadhan, aku pada ketika itu di tingkatan 5, sedang rancak berperang dengan kertas soalan peperiksaan bersenjatakan pena. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan dimana dewan sekolah menjadi lokasi bersejarah di dalam hidupku yang menyaksikan aku hampir2 tewas kepada emosi. Aku pada ketika itu, kerapkali berbuka dengan bubur lambuk sebagai juadah utama kerana tiada apa pun di asrama yang mampu membuka selera.pernah juga aku diam2 menyelinap ke kelas dan membuat megi lantaran muak dengan hidangan tersedia pihak asrama. Waktu bersahur pula sedikit berlainan. Biasanya aku sangat berselera. Mana2 lebihan yang tidak diambil oleh pelajar lain, menjadi habuan ku. Waktu antara berbuka sehingga bersahur pada kebiasaanya akan kami habiskan dengan menelaah buku2 rujukan teks sekolah di dalam kumpulan. Antara watak2 diantara kami adalah Azim Manan, Afiq Misman, arwah Faifuz Dimyati, serta sekali-sekala bersama Muhammad Ridzwan(wan basah)

Situasi yang sangat berbeza ketika aku menuntut di politeknik shah alam, ingin membawa pulang segulung kertas yang sangat bernilai. Di sesi pertama ku, aku menghadapi Ramadhan dengan sekadar air kosong dan roti sahaja. Sekiranya ada duit terpijak, berpikir2 juga aku untuk membeli nasi lemak yang dijual dari tingkat ketingkat. Pernah selama seminggu aku tidak punyai wang, aku menggalas perut ku dikala azan berbunyi dengan hidangan Oat yang ku campurkan dengan gula. Masuk hujung munggu ke 2, bau sahaja Oat, mual tekak ku. Bagi mengelakkan terasa akan kelaparan, selepas manjamah juadah yang ala kadar itu, aku bersolat sebelum kemudianya aku melelapkan diri seketika.

Di Sarawak, hampir setiap hari aku memancing. Alasanya mudah. Untuk dijadikan lauk bersahur pagi nanti bersama rakan2. Di perantauan, aku dan beberapa rakan karib ku selalu sahaja memasak bergilir2 mengikut tugas. Adakalanya aku pada hari tertentu perlu mamasak lauk pauk dan mereka yang lain menyediakan air dan pinggan2.begitu lah kehidupan seharian selama 30 hari di kepulauan borneo. Di sana, aku kagum melihat beberapa resepi masakan yang sukar di temui di semenanjung. Antara yang menjadi kegemaran ku adalah umai obor2 yang pada dasarnya mmg ianya obor2, di siang untuk memastikan yang ianya boleh dimakan.hurmm. Rasanya adalah seperti sotong..haha...unik kan.

hurmm...dikala menunggu azan berbunyi, sempat juga aku nukilkan sebuah coret2 untuk mengimbas kembali bagaimana aku lalui ramadhan untuk beberapa tahun lepas.Aku rasa itu lah sebenarnya yang telah membentuk personalitiku. Aku sangat berpuashati dengan siapa diri aku sekarang ini. Aku juga mampu tersenyum setelah dengan gagahnya pada suatu ketika mengukirnama di pentas masyarakat untuk memberi tahu bahawa sememangnya aku wujud!!

sekian........

Sunday, August 8, 2010

~~Salahkah untuk diriku bermimpi?~~

Melewati tarikh 8/8/2010, aku masih rasakan aku di takuk lama. Tiada bezanya antara aku pada waktu ini, 3 tahun dahulu ataupun mungkin 10 tahun akan datang. Aku tetap aku. Masih sukar untuk aku usahakan apa yang aku angan-angankan. Aku masih seorang yang sukar untuk di fahami, masih lagi seorang lelaki yang ego dengan sikap ingin mencuba, serta tetap sukar diramal. Mungkin yang berbeza di saat ini adalah penampilan, tetapi 1 ketentuan yang pasti; aku adalah aku.

Sehingga ke hari ini, aku masih sibuk mengejar cita2. Mungkinkah ianya cita2? Atau cuma sekadar landasar bagi ku untuk terus bermimpi lagi. Aku gagal menyingkap tabir di sebalik persoalan ini. Mungkin ini petanda aku akan kecundang lagi?.

Kelmarin aku ke Selekoh, Perak untuk bersama2 dengan kaum kerabat dan asal-leluhur diriku. 300 orang. Itu lah jumlah keluarga besar kami. Aku dikira sebagai angota generasi ke 2 kami merupakan seorang cucu kepada arwah kiyai Hj. Jaafar. Ketika di majlis, makcik2 dan para nenek mengajukan soalan yang sedikit pedas bagi ku. Bila nak kawen. Fuh. Merah padam aku dibuatnya.

Bukan soal menolak jodoh. Bukan isunya memilih. Tp aku rasa belum berjumpa dengan seseorang yang betul2 memahami. Aku bukan lah tidak pernah bercinta. Aku bukan lah seorang yang segan untuk meluahkan perasaan. Tetapi untuk memilih seseorang yang padaku, wanita, serta memahami setiap sudut diriku pada dunia moden ini; sangat mustahil. Aku mungkin pada awlnya rasakan, ianya tidak lah sesukar mana. Tapi andaian ku terbukti tidak berasas.

Aku pernah berkasih2 dengan gadis yang aku kenali di zaman2 awal pengajian ku di politeknik. Pada awalnya, aku sangkakan, pencarianku telah berakhir. Tetapi takdir telah membuktikan yang sebaliknya. Dia kecewa dengan sikap ku yang padanya acuh-x acuh. Sejujurnya, aku masih sayangkan sidia. Tetapi aku tidak menduga yang sidia memasang spare. Aku sangat tidak menyangka. Mungkin bukan rezeki ku.

Sebelum itu, aku juga pernah berkongsi perasaan dengan seorang yang padaku mungkin jelitawan. Sebut sahaja nama, 1 seksyen 19 rata2 kenal dengan si dia. Aku terpaku dengan senyuman dan jelingan tajam yang menggoda kalbu gadis dari borneo ini. Tanpa ku sangka, isyarat2 tanpa sedia dari ku dapat dibaca dan ditafsir oleh si dia. Lalu kami berjanji. Gadis berketurunan Bidayuh menjadi sandaran hati. Namun begitu, ianya tidak kekal. Dek tekanan dari ibu bapaku, akhirnya aku terpaksa melepaskan si dia. Biarlah, asalkan ibubapaku bahagia. Padaku, ia pengorbanan yang sangat besar yang pernah aku buat. Namun begitu, biarlah...

Kini, aku masih lagi sendirian. Kadangkala, inginjuga aku lepaskan perasaan. Namun tiada tempatnya. Sehingga kini, aku masih lagi tercari2 diriku yang sebenar. Masih lagi mencari sesuatu yang dapat melekakan ku. Aku tetap aku. Dahulu, kini dan mungkin selamanya.

Sekian..........

Monday, August 2, 2010

Asalamualaikum..ucapan pembuka kata dari ku yg telah lama tidak mengakifkan diri dalam dunia blogger nie. Hampir2 dua bulan jugaklah. Ini hari aku kembali memenuhi ruang2 kosong di tinta cyber ini untuk mengimbas kembali percapaian dan prestasi ku sepanjang bulan julai lalu.

Mungkin ramai yang x tau, x berminat nak tau atau mmg xnak amek tau lansung. Aku tersangatlah sibuk dengan angan2 yang mungkin kepada segelintir individu....(wah wah wah..terhenti kejap..ade awek sabah bah datang mok beli obat bah..abis berdarah idong aku)....hurmm....sampai di mana tadi..sudah lupa sudah..hahaha...ok...aku sangat sibuk dengan aktiviti2 yang mungkin pada kacamata dan pemikiran orang len adalah angan2 semata. Sibuk dengan memenuhi hasrat untuk memiliki sebuah sampan sendiri, sibuk untuk memiliki sebuah kereta sendiri yang selesa dan ala2 racing, serta ingin memiliki sebuah set memancing yang sesuai untuk sungai, pantai mahupun laut dalam.

Kini, dengan pantasnya julai meninggalkan aku. Hampir2 juga aku tidak merasakan yang aku telah malalui liku2 kehidupan selama sebulan. Cepat sungguh. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kereta pertama melalui hasil titik peluh ku sendiri akan di masukkan ke dalam pusat kesihatan kereta untuk di cat dalam minggu ini. Tentang gaji pula, bulan julai merupakan bulan yang sederhana untuk bicarakan tentang perbelanjaan kerana arahan Tauke Farmasi untuk aku memulakan tugas bermula pada pukul 6 dan berakhir pada pukul 10 malam. Hasil O.T. juga tidak banyak

Menyentuh mengenai progress diet pula, seperti yang dijangkakan, penurunana sebanyak 8 kg pada 2 minggu pertama akan menyebabkan jumlah susutan pada minggu2 berikutnya hanya mencatat jumlah yang kecil. hanya 2 kg untuk minggu ke 3 dan ke 4. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, diharap agar usaha ini dapat di tingkatkan lagi di selangi dengan ibadah mudah2han.

Hubungan dengan rakan2 nampak gayanya, ok2 sahaja. Ada jagak la turun men futsal2 kali ngan zahid, shah, shahir, anip kimi dan len2. Tp lepas tu hanyut lah. Sibuk la katakan.haha. Walaubagaimana pun, aku masih belum dapat mencari sesiapa untuk membuka pintu hati untuk berkasih2(eee, geli la plak). Mungkin belom lagi kot, dan mungkin juga aku cume terpikir untuk mengejar cita2 dahulu. Tapi kadang2 bila ujan yang turun dengan lepas tatkala mata tidak mahu terpejam, perasaan nie mula lah melayang2 tah kemana. Kekadang tringin jagak. Tp apakan daya. Patik orang miskin. Cita2 dahulu, ok!!!!

Bulan 8 ini pada diri ku amat bermakna. Mana tidaknya, 8hb adalah tarikh keramat buat ayahanda ku yang sangat dicintai. Aku ada bercita2 untuk membelikan beliau handphone touch screen x kira apa brand skali pon lah. Dia mmg teringin benar gamak nya sehingga tercakap2 jugak lah 2-3 kali. Untuk adik bongsu ku, telah aku hadiahkan sebuah mesin penumpas ikan2 berskala 5-20 kg untuk pancingan laut dalam. Gembira x terkata si bob ble dapat hadiah mcm tu. Biaselah, time gaduh tu sampai bertumbuk. Time menangis tu sampai berpeluk. haha..adik beradik la katakan.

Motivasi aku untuk bulan ini adalah untuk mendapatkan kepuasan berkerja sebelum diberi cuti untuk berhariraya dan berehat2 bersama keluarga. Biar letih btl kerja bro, baru rehat tu puas. Selain tu, misi kali ini juga merupakan serampang banyak mata yang ......tau2 sendiri lah eyh....haha....nak mengumpul duit untuk membeli sebuah enjin sampan berkekuatan 5 kuasa kuda, mengumpul duet tok bercuti di hujung2 tahun kelak

Semua yang aku rencanakan, diharapnya mampulah untuk diterjemahkan menjadi sebuah nikmat yang di kongsi bersama, tidak kiralah keluarga, kawan2, mahupun kekasih hati( borak lebey, awek pun xdak). Apa yang penting, kita sentiasa membantu antara 1 sama lain untuk bangun bersama2 sebagai sebuah komuniti yang kukuh.

Sekian....
#p/s-aku rindukan kawan2 ku!!!!