Thursday, July 22, 2010

~~Semalaman Di Kelong Paradize~~






Sejak seminggu yang lalu aku asyik tidak lena tidur memikirkan keadaanya. Segala kelengkapan telah seminggu awal aku sediakan. Buat pertamakali lah katakan nak merasai nikmat laut dalam. Cuti pun aku dah apply seminggu awal..haha..sumanya gara2 hobi memancing ku ini.

Bila tiba pada tarikh yang ditetapkan, aku pun berkemaslah. Awal aku bangun pagi tu. Kemudian,ayah ku mengajak aku melihat2 umpan hidup yang dikatakan sebelum ini. Namun malang menimpa. Udang hidup yang dijanjikan oleh penternak udang kehabisan stok. Cuma yang tinggal hanya sebesar jari kelingking. Makanya, kecewalah kami 2 beranak. Nasib baik kenalan ayahku dapat membantu. Namun, dek emergency punya hal, harga yang naik 30 sen dari 50 sen seekor udang hidup kepada 80 sen tidak menjadi hal. Kami pun memesan kira2 150 ekor udang hidup dan 20 ekor sotong kurita kecil (paul)yang masih hidup.

Selaps itu kami pergi melihat2 mesin joran keperluan ayah ku yang masih belum dibeli. Barang2 yang lain termasuklah 3set tari berkekuatan 40, 50 dan 60 paun, tali hantu berkekuatan 40 paun dan 70 paun, batu ladung bersaiz 10, 8, 6 dan 5(besau bapak aah binatang nie) serta beberapa set matakail berskala besar. Aku lihat jam, sudah menunjukkan tepat pukul 12. Sedangkan kami berjanji untuk bergerak pada waktu yang sama.

Selesai membeli belah kami pun bergegas balik ke rumah. Kemas2 apa yang patut, kemudian terus memecut ke arah destinasi yang di idami. 1 lagi masalah menimpa. Air laut surut dengan sangat cepat. Pemandu bot kemudianya menelefon untuk memberi tahu bahawa, sama ada bergerak tepat pukul 3.30 petang atau terpaksa pergi pukul 9 malam dari jeti. Kali ini dengan nada serius. Terus lah kami 3 kereta menekan pedal minyak, 12-14 kilo sejam.haha. Kemudian, 1 lagi masalah berlaku..kereta mini kepunyaan ayah ku telah kehabisan minyak!buat hal btl....

Kami tiba tepat pukul 3.40. Pindah kan barang2 dan bot terus bertolak ke kelong yang di perkatakakan. Ditengah jalan, bot pula tersadai dek air yang terlalu surut. Namun, setelah 5 minit membetulkan keadaan enjin bot, dan dengan kepakaran pemandu bot kami kemudian meeruskan perjalanan.

Setibanya kami di sana, aku sangat terpegun melihatkan keadaan kelong yang berdiri gak dan selesan untuk sebarang jenis percutian. Ada bilik untuk disewa, ada ruang makan yang cukup luas, dan tempat memancing yang cukup selesa. Tanpa membuang masa, rakan2 yang lain terus sahaja memasang umpan dan mencampakkan perambut masing2 ke dalam laut. Aku pula........masih terkial2 menggantikan tali benang ke dalam mesin ke tiga2 joran milik ku. haha. Sungguh malang.

Selapas beberapa jam menunggu, aku lah yang beruntung untuk merasmikan tangkapan pertama. Hasilnya seekor ikan tebal pipi sekitar berat 2.5 kilo. Nak terbang beb joran gua layan. Namun dengan bantuan pemancing2 lain di sana, ikan tersebut berjaya di daratkan.

Malam itu, aku seorang lah yang tidak lena. Dek ingat kan bayaran sebanyak RM 150 seorang, aku terus menghayun joran ke lautan biru. Malam itu sahaja, 3 ekor ikan telah berjaya aku tawan. Seekor tebal pipi, seekor senangin yang mempunyai berat sekitar 700 gram dan seekor sembilang kecil. Keesokan harinya, seekor pari pula menjadi mangsa keadaan apabila meragut umpan kailan aku. haha. Nasib lah. Rejeki tetap rejeki(nak tgk gambar, kat fb la bro)

Selama 24 jam disana, aku lah juara kerana mampu mendapatkan hasil sebanyak 4 ekor ikan. Mereka2 yang turut serta dalam ekspidisi ini hanya mampu tersenyum dengan 2 atau kurang ikan. Malah, 3 orang individu termasuk bapaku gagal memperolehi sebarang hasil. haha. Kesian. Sungguhpun begitu, kami masing2 bersetuju bahawa tempat tersebut sangat selesa dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk melempias cuti dengan berehat2 dan bersantai sambil memancing. Sangat selesa. Kami bercadang untuk turun kali yang ke dua lagi 2 bulan akan datang (dek kerana ada yang x puas hati dengan kejayaan ku dan nak repeat balik).

Sekian sahaja lah coret2 kali ini. Mata pun dah kuyu, so nak tidurlah. bubye!!

Tuesday, July 20, 2010

~~The Toughest Discipline I Ever Face~~

I am not a good looking person. My physical was not in shape. But it was my destiny. Maybe I was born to be this way. To deal with this issue. I am tired of being a dumb-lazy-fat boy. For this reason, now I was trying to challenge fate. It has been 2 month since the day I start to work on it.

It starts with changing my routine. I am trying to change my eat habits. Avoid to eat rice, and take minimal requirement; only a plate of rice for a week. For a month, my focus diet is on consuming vegetable and fresh meat. For me, it seems not to burden and affect my daily activities. But it does give affect on me in certain way positively. I am starting to consume fewer cigarettes than before. I do not know what the concrete reason for this behavior is. And for the first time ever, my body feels less weight. It also affects my personality; to become more active in life and increase my self esteem.

July is the 2 month for this programmed. Even though at first, this diet seems does not reflect my routine life, but now it getting tougher. Sometimes, vegetable and fresh meats could not fulfill my appetite anymore. So I have to do something about it. Now I am trying to replace my food with lighter one such as natural fiber like oats. And I will be dead meat if it still could not counter starve.

For additional exercise, I am using my dumbbell I bought 2 years ago and using it with maximum weight of 10 kg, 2 times a day. It would be nice if I had time and could run for 1 km a day. But I don’t have a time for such activities. I am hoping that this diet and activities could drive me to get a new identity; the other side of me. Tq for reading……. ;p

Thursday, July 15, 2010

~~Semangat Yang Membara~~

Alhamdulillah. Hari nie aku terima sehelai kertas yang di atasnya tertera angka 846 (setelah tolak seratus sebagai advance ari tu). Terkejut lah jugak aku sbb jumlah yang aku jangkakan sedikit rendah, mereka nampak gayanya menghargai usaha aku di syarikat mereka. Tq En. Syukri dan Pn. Fatin. Walau cawangan cuma break event jerk, tp tetap menghargai staff. Start bulan nie bos aku suruh aku kerja start kol 6 balik. Tp minggu lepas dia offer aku tok buat fulltime. Kol 9 pagi kat seksyen 7, 6 start kat pinggiran usj. Haha. Tq bos sekali lagi.

Hari nie aku pas keje jerk, tros memecut ke tempat bermain futsal. Lama dah x jumpa Amli. Seronok jugak dapat seminggu sekali join geng2 bersukan. Semenjak kerje nie, agak ssh jugak la nak kua kan peluh. Nasib bek kamu ada Zahid. Dapat gak la beriadah walaupun malam2. Hari 1st turun, jari bengkak. Hari nie siku lak lebam. Apepun, doa saya kepada adik kimi besar; semoga cepat sembuh la eyh. Skill dah ada, cuma keberanian tu....x kene tempat lagi. Xpe..usaha lagi.

Sebelum ke gelanggang futsal td, sempat gak beli kfc tok adik aku yang kecik skali nie. Umor die kira2 dah genap lah 21 tahun. Means that tanggungjawab tu dah makin besar, kene la tanggung sendiri. Sesame la kite ringankan beban mak ngan abah eyh. Aku doakan nko supaya lepas nie senang nak dpt koje. Lagi 1, sila lah mulakan diri tu untuk berjinak2 dengan kerja part time. Bio susah dulu..xpe. T nko da dapat RM, apa yang nko ndak pun sume ley dapat. hehe. Apy bufday bob!!

Balik2 men futsal td, sempat gak layan fb dl sblm basuh baju. Banyak gak kawan2 yang sedang berduka. Xpe kawan2. Rintangan tu adalah ujian. Kalau lulus periksa SPM sekali lagi pun dengan semerlang sekali pun, kalau xde ujian dalam idup, kelak kita senang tersungkur. Kepada Azie, Ecah, Ain, Shida dan lain2, sabo2 la yerk menghadapi dugaan.

Mungkin minggu depan aku nak try memancing kat area laut dalam lak. Kelengkapan dah beli. Tq la kat abah sbb membenarkan aku merasai nikmat menjinakkan ikan yang berskala besar. N tq jugak kerana slalu memahami. Kamu adalah yang terbaik lah. Contoh teladan yang paling aku sanjungi.

Suma2 nie lah yang memberi makna baru dalam idop aku sbnrnye. Tanpa kamu, tanpa nikmat, hidup nie jadik kosong la beb. haha. Untuk semua yang terlibat dalam menyemarakkan lagi usaha ku untuk berjaya dlm idop(walau x sebut nama kat dalam karangan nie pun xpe) tq bebanyak eyh.

P.S. ada masa t jom la kita lepak reramai. Buke puasa sesame ke...nak x rakan2?

Tuesday, July 13, 2010

~~I only do what i have to do~~

It is so pathetic. Sometimes other people does not care what is happening. They does not even know what we do to live. Sometimes it is scary. Fear that comes when we notice that we are alone in this world. Argh. Forget it! I only do what should i do to live my life happily. To care people around me that give a little concern on me. Even though it is only a little.

This is not the story about being sympathy or empathy. This is not! This is the case where i stress on why do people only care about the their life ONLY. Why is that so? Is it because the world is moving towards globalization or modernization? Or is it the failure of future generation to understand about how important the others in their life? Fuh....if it is the case, i wonder where is the value of humanity...it seems like people does not care anymore.

So here i go. Creating my own path. Step by step, i almost in front of the others. Maybe. What is important for me now is decide which direction should i go. With cautiousness. And bring along people who needs my help. Sometimes, live in community is better than creating success individually. But it is important to be alone for a while, thinking back on what have we done. Please. Do not let emotion of materialistic lead you in life. Sometimes we need friends to share the sadness. To motivate the others so that we could share the joy together finally.

Think about it....

~~Maafkan Diriku~~

Aku hanyalah insan biasa. Tiada sesuatu yang istimewa pun yang mampu aku kongsikan. Cuma yang ada pada sekujur jasadku hanyalah impian. Sesuatu yang lazim bagi setiap insan. Telah menjadi matlamat hidup ku untuk menggapai angan. Maafkan aku kiranya ada yang terluka disaat aku sibuk berkejaran. Ku pohon ampun dan beribu kemaafan. Andai kau terkorban, demi aku yang ingin menggapai angan.

Setelah lama aku derita. Setelah lama aku tersiksa. Setelah kering air mata untuk ku tangiskan. Setelah telah lama terluka merangkak di dalam belukar kesusahan. Izinkan lah. Izinkan aku mendakap bahagia. Izinkan aku meninggalkan jauh derita. Izinkan diriku girang tertawa. Walaupun cuma seketika. Izinkan lah.

Aku tidak sedar tingkah laku ku selama ini. Mungkin aku terlalu taksub dengan apa yang aku impi. Mungkin aku sedikit tersasar dari apa yang aku idami. Andainya engkau dapat mengerti. Andainya engkau dapat fahami. Berilah sedikit ruang untuk ku bermimpi. Untuk aku dakap apa yang selama ini aku idami. Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah niatku. Bukanlah cita2ku untuk mengecewakan kamu. Sekiranya kau terluka, ampunkan lah diri ku.

Telah sekian lamanya aku terbelenggu. Tersiksa melihat ragam dunia yang penuh palsu. Kini mungkin telah tiba masa ku. Untuk merangkak keluar dari kurungan ku. Untuk merasai nikmat Mu. Ya Allah ya tuhan ku, andainya ada yang rebah. Disaat aku leka berlari mengejar sumpah. Engkau kurniakan lah padanya tabah. Bebaskan dirinya dari tulah. Yang selama ini hanya membuatkan umat mu susah.

Andai engkau rasa tertindas. Andai engkau rasa terbatas. Oleh kelakuan ku yang lepas-lepas. Ku harap sudilah kiranya kau terima ampun ku ini. Sumpah ku untuk membantu dirimu selepas ini. Untuk kita sama-sama merasai nikmat. Kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ampunkan lah diriku yang jahil dan alpa ini. Maafkan ku.......

Sunday, July 11, 2010

~~Permainan Tuhan~~

Seringkali aku menangis mengingatkan masa lampau. Sudah kering. Tiada lagi air mata mampu aku titiskan. Sungguh banyak dosa2 ku di dalam kehidupan. Ampunkan aku ya tuhan ku. Terima lah taubatku.

Selalu juga aku berpesan. Ingatlah kalian kepada tuhan. Yang menyediakan hidup sebagai ujian. Sesungguhnya dunia ini banyak dugaan. Memang! Ia memang di penuhi rintangan. Sebagai landasan yang mengasingkan antara manusia. Antara yang layak dengan yang tidak. Antara yang baik dengan yang buruk. Antaea yang cekal dengan yang gelojoh.

Seringkali aku beringat. Aku bukanlah dicipta untuk menempa nama. Watak ku di wujudkan untuk menghulurkan bantuan. Sekadar cuma sebagai hiasan. Di alam nan penuh pancaroba. Aku sedar aku seharusnya tidak bongkak. Jauh sekali untuk bermegah. Aku hidup cuma untuk di ingati. Segala jasa dan usaha yang telah aku taburkan. Agar kelak di masa susah ku, dapatlah ku punyai rakan2.

Marilah sahabat. Sedarilah dunia ini bersifat sementara. Bertaubat lah sebelum terlambat. Sebelum segalanya musnah binasa. Marilah rakan2. Saling bantu-membantu antara kita. Hidupkan lah ruang2 ikhsan yang lama terkubur. Sesungguhnya kita bersifat rapuh.

~~Hentikanlah Sketsa Mu~~

Kemanisan wajah mu tidak menggambarkan kesucian akhlak mu. Engkau sedar siapa diri mu, lantau kau gunakan kelebihanmu menakluki lelaki2 lemah. Cukup lah berpura2. Cukuplah lakon layarmu. Hentikan lah sektsa mu.

Apa sebenarnya yang engkau inginkan? Tidak kah puas engkau melihat aku merana. Sedarilah saudari, kita semua insan biasa. Yang sentiasa dimamah waktu. Engkau akan tua juga kelak. Tidak kah engkau takutkan balasan Nya? Hentikanlah kepura2an mu. Cukup lah semuanya.

Sedarlah wahai saudari. Aku ini bukan buta. Bukanya bodoh untuk membiarkan diriku diperguna ibarat boneka. Aku sedar semua itu. Cuma menunggu masa untuk bertindak. Cukup lah semua cakap2 kosong mu. Hentikan semuanya.

Aku masih bingung. Tidak mengerti apa yang sebenarnya engkau mahu. Berterus teranglah. Lepaskan lah aku dari azap. Aku sangat terseksa. Tidak kah engkau fahami perasaan ku? bukan kah dahulu engkau yang beria2. Lupakah engkau pada janji dan ikrarmu dahulu? Maka, lepaskan lah aku. Biarlah aku pergi dengan aman.

Wahai wanita, sungguh hebat engkau berlakon. Berubah hati mu serasi mengikut keadaan. Tapi sedarkah engkau ia tidak berkekalan? Disini aku tekankan. Keseronokan itu bersifat sementara. Pahit getir hidup adalah lebih utama. Sedarkah engkau semua itu? Cukup lah berdrama. Cukuplah bersketsa. Aki telah sedar kini. Tinggalkan lah aku.

~~mungkin lucu~~

Fuh...dah abis keje aku kat farmasi. Ade ke patut bos aku tinggalkan barang tok seminggu nyer stok tanpa apa2 pesan. Sekali buat, 1 hari aku siapkan. Maleh nak tunggu lelame.

So, ble da free nie, dok mengelamun laa aku..slalu nyer aku ske la berhayal pasal kereta n trip memancing or percutian. Tp xtau ngape, hari nie td tetibe aku terpikir kisah2 lucu. Wat aku gelak sensorang jer. Meh la aku stori cket kat korg.

Kes-1

Aku sedang makan di kafeteria UiTM Sarawak bersama seorang rakan adik ku (pompuan aa beb). Mase nak bayar makanan aku, die dok merengek nak asekerim. So aku bli kan la 1. Demand yang mahal lak tu. Koneto yang ade kacang tu la. 3 hengget lebey kot. Mase aku tengah sikit lagi nak abiskan nasik aku, tetibe aku terpandang lah beberapa kacang dalam pinggan aku. Aku terpikir lah, mana plak aa datang kacang2 bodo nie. Kemudian aku terpandang kat tepi2 pinggan aku. Pun pun ada kacang gak. Lalu aku pun angkat la muke mengadap kawan aku sekor nie. Upenye, bley lak die x ske makan asekerim yang ade kacang, die g ludah merata2. Jadi cm peluru tabur abis 1 meja makan aku. Cet. Ampeh tol. klo x ske kacang jangan le pakse aku blanje nko asekerim koneto yang ade kacang. Da tu wat muke selambe jerk lak tu..adeh

Kes-2

Kes nie mase aku memula keje kat farmasi. Adala sorang makcik tu. Datang sbb nak beli ubat gatal. So aku pun dengan ramah mulut nyer tanye laa "makcik gatal yang macamane tu eh?. Infection ke jenis ruam?" then die jawab" gatal mcm nie haa.." sambil tros angkat kain die ke punggong lalu menunjukkan tempat gatal nya kepada aku. adeh. Mmg btl2 gatai makcik tu.

Kes-3

Kisah nie terjadi masa aku belajar kat UiTM Sarawak. Adik aku plan nak supprise kan aku memandang kan keesokanya adalah bufday aku. Aku ngan adik aku nie 1 tempat belajar, cuma lain blok jerk. Asrama selang 1 blok, dua2 tingkat 1. So dia create point. Die kol aku. Die kate ade membe die x puas ati ngan aku sbb aku ade buat hal. Nak settle 1 by 1 face to face. Aku tros jadi hot then ckp la...fine..tunggu aku dtg. Sampai2 tempat yang di persetujui, jumpe lah dak tu. Aku tanya die x puas ati pasal ape?? So die bagi tau 'time nko kua tadi petang nko ade skodeng spender. Dari mood nak fight aku tros jd pelik. Aku pun tanye lagi laa. Spender sape. Dia balas, spender fasha (dak yang meludahkan kacang esekerim kat nasik aku td). kemudia aku jd makin pelik. Aku tnggal la baju kot2 bene tibai ke ape ker. tetiba muncul kek dari belakang aku sambil dorg nyanyi lagu apy bufday. Siot btl. Kalau nak celeb pun x yah la create topic kate aku skodeng spende org....ampeh tol..

Kes-4

Kes nie terjadi semalam. 2 org bangla masuk farmasi tempat aku kerja. then die tanya pasal minyak rambut sambil memegang rambut dan berkata2 'oeild(versi bangla pelat). then aku tunjuk aa minyak rambut gel. die x puas ati die kate die x pakai gel. nanti sakit kepala. then die nak jenis minyak. aku bagi minyak jonsan n jonsan die x nak jugak. then secara membabi buta, die terus ke bahagian toiletries wanita lalu mengambil pencuci bahagian sulit wanita yang seakan2 botol j&j sambil tertera pada botol itu, pencuci virgina serapat sambil mengajuk2 ckp aku 'oeild...oeild' kata nya lalu menunjuk ;good kat aku. aku pun bantai gelak aa. then aku diam jerk. die pun beli lah. cuba bayang kan die pakai benda tu kat kepala sambil pergi kerja..hahaha

Kes-5

Ada sorang bohsia masuk farmasi aku. Then die kate kat aku die nak beli kondom. tok safety la katekan. then aku bagi laa die pilih sendiri. pada masa yang sama, mamat2 rempit ada kat lu usha jerk die. pakai geng lak tu. then aweks tu tanye aku 'kondom mane yang nipis?' aku pun tunjuk laa. then die kate lagi. 'yang ade perisa oren nie mcmane lak? kene gigit dulu baru pakai ke?? aku dalam hati bantai gelak sambil berkata2...ape ke bangang nye pompuan nie geget dulu kondom baru nak pakai..hahahahaha

kes-6

Kisah nie dah lame dah berlaku. masa tu aku baru2 jerk lagi kat bidang farmasi nie; kira2 lima taun lepas laa. masa tu aku di datangi sorg dak indon. die nak carik mask(topeng). tu yang aku paham la. so aku tunjuk la dia facial mask. die kata 'bukan2...bukan yang nie.. yang boleh dipakai mase kerje tu..yang separuh je tu'. then aku ngan kawan aku berpandangan antara 1 sama lain. then aku balas balik. aku kata 'eh, mask nie pun ley jerk nak pakai mase kerje. kalau nak pakai sebelah yang mata je tu pun xpe..lipat laa...' die kemudian x puas ati. lalu berjalan lah die mengelilingi farmasi tu. selang beberapa minit kemudian, die jerit, 'ini lah dia bang mask yang saya nak tu'. aku pun bergegas la tgk ape rupe mask yang die maksudkan. rupe2nye, dia nak beli topeng jerebu..kah kah kah

Tu jerk lah antara perkara yang bermain dalam fikiran semase aku wat keje sensorang td..renung2kan lah!!

~~AKU IBARAT TIN KOSONG~~

Tin kosong. Mungkin itu adalah sesuai untuk menggambarkan kehidupan selama 24 tahun yang telah aku jalani. Cukup sesuai. Sebuah tin yang pada zahirnya dihiasi dengan corak2 yang sangat memukau. Cukup cantik. Di dalamnya adalah kosong. Tiada apa yang mampu aku banggakan.

Ceritanya bermula beberapa tahun lalu. Ketika itu aku cuma seorang kanak-kanak yang berada di dalam keluarga yang miskin. Bapaku adalah seorang yang garang. Aku di bekalkan cuma RM 0.30 untuk mengalas perut selama 2 sesi persekolahan; sekolah kebangsaan disebelah pagi, dan sekolah agama di sebelah petang. Aku masih ingat lagi bertapa kurusnya aku ketika itu. duit belanja ku di sekolah hanya mampu untuk aku peroleh sebatang keropok lekor dan secawan air. Pada waktu itu aku aku hanya mampu meneguk air liur melihat rakan2 ku yang berbelanja mewah. Aku ingat lagi seorang rakan ku yang selalu membantu ku dikala aku disaat sukar. Khaidir namanya. Di sebabkan kemiskinan, aku tergamak mencuri duit belanja nya sehari untuk belanja ku seminggu. Perbuatan ku akhirnya di ketahui disebabkan rasa bersalah ku. Beliau sungguh baik hati. Wang RM 10 yang telah ku ambil harus diganti, namun beliau hanya menagih sehari 10 sen selama seminggu sebagai tebusan kesalahan ku.Di zaman sekolah rendah ku, aku amat selekeh dan sering dibuli oleh rakan2. Kemudian aku ber azam. Tekad ku jelas. Aku tidak mahu dibuli lagi.

Menjelang awal persekolahan ku di alam remaja, aku sangat gembira. Aku rasakan diri ku sudah cukup dewasa. Segalanya bebas. Cumanya, aku masih lagi miskin. Seringgit yang diberi setiap hari sebagai belanja sekolah tidak mencukupi untuk ku isikan perutku sekenyang-kenyangnya. Akhirnya aku mula berniaga sendiri dengan menjual kacang goreng dan gula2. Adakalanya aku memasak nasi goreng pada awal pagi untuk dijual di sekolah. Aku perlukan wang untuk bersosial bersama rakan2 selepas kelas. Maklumlah bagi remaja seperti ku, aku inginkan perhatian. Mungkin cukup bagiku seandainya aku dikenali oleh rakan2 pelajar ataupun gadis2 yang menjadi pujaan di sekolah. Itu mungkin sudah memadai. Namun kemiskinan membataskan segalanya. Aku masih menjadi budak yang di buli. Masih menjadi karung tinju.

Pada waktu itu, aku mendapat 1 idea. Buah fikiran yang mungkin dapat membantu aku keluar dari kepompong kecil yang buruk. Menyertai pasukan bola sepak sekolah. Itu antara agenda yang bermain di benak ku. Mungkin dengan cara itu, aku dapat di kenali ramai, dan aku beroleh rakan2 yang hebat. Mungkin juga mereka berhenti dari membuli ku. Namun begitu, aku masih dibelenggu kemiskinan. Aku tidak mampu pun untuk membeli peralatan bermain bola sepak. Aku bertekad. Aku mahukan sepasang kasut dan kelengkapan bermain bola sepak. Aku menjadi rajin berniaga. Alhamdulillah. Berkat kerajinan ku, akhirnya aku berjaya memperolehinya walaupun ianya tidak seberapa.

Sejak aku berada di pasukan bola sepak sekolah, aku telah berjaya membuka mata beberapa kumpulan pelajar yang akhirnya mengiktiraf kehadiranku di sisi mereka. Aku mulai bangga.
Namun begitu aku masih lagi budak belasahan. Aku tetap di sindir. Segala yang aku rencanakan tidak berhasil nampaknya. Itulah nasib budak yang comot, busuk dan tercorot di kelas nya. Setelah beberapa lama, aku dikejutkan dengan surat tawaran belajar di sebuah sekolah teknik. Ini peluang keemasan bagi ku. Sekolah baru, bererti kehidupan baru. Aku berpeluang menjiwai watak yang selama ini aku sangat dambakan. Sebuah kehidupan yang dihormati.

Menjelang hari pendaftaran aku merupakan seorang pelajar yang tabah. Biarkan sahaja diriku dibuli oleh rakan2 pelajar yang senior; harapnya selepas ini aku mempunyai backup besar yang dapat menjamin kesejahteraan ku di dunia yang ganaz dan mencabar. Almaklumlah, sekolah berasrama. Macam2 boleh berlaku. Segalanya telah aku rancangkan. Cukup bijak. cukup teliti. Ideologi ku cukup mudah untuk di fahami. Aku ingin di kenali, di senangi dan di sanjungi. Bulan pertama sahaja aku telah berjaya dikenali dikalangan warga SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR SG. BULOH kerana penglibatanku di dalam padang sebagai penjaga gol. Aku juga buat pertama kalinya berjaya dikenali hasil jawatan ku di dalam persatuan.

Lantaran watak ku yang semakin di kenali (berbanding dengan sewaktu di sekolah menengah lama) aku mulai lupa diri. Aku ingat lagi bagaimana selepas aku dipilih menjadi penjaga gol utama sekolah, aku keluar bersama seorang bohsia yang juga pelajar sekolah lain. Semanjak itu aku telah merasai 1 fenomena yang antara kamu menggelarnya sebagai 'Kejutan Budaya'. Aku mulai perasan yang aku hebat. Aku mula mengambil tempat sebagai orang di mempengaruhi dikalangan orang yang senang di pengaruhi. Aku di kelompok ku sendiri. Aku juga mula barani bermain cinta dengan pelajar2 sekolah lain yang aku kenali sewaktu sesi perlawanan persahabatan dengan sekolah lain. Aku mulai bertelagah dengan rakan2ku yang turut mempunyai pengaruh besar di dalam agama di sekolah itu. Aku bazirkan masaku di sekolah. Aku hancurkan harapan orang tua ku. Bagi ku sekolah adalah tman permainan yang sangat Besar. Aku telah musnahkan segala2nya. Semuanya melalui sukan bola sepak!

Tuhan maha kaya adil. Sekelip mata sahaja aku hilang segala2nya. kun fayakun. Pada suatu hari, sedang aku berlatih bersama rakan2 ku di atas padang, aku tersalah langkah. Kedengaran seperti bunyi dahan besar yang sedang mereput, patah. "Aduh" jerit ku di atas padang. Secara tidak sedar, aku bakal kehilangan semua nikmat yang sebelum ini aku remeh2kan. Aku telah patah kaki. Kecederaan serius yang berlaku di antan peha dan betisku. Tempurung lutut ku sedikit lari dari kedudukan asal. Aku lansung tidak dapat berdiri. Aku kemudian di papah oleh rakan2 pulang ke bilik. Saat itu juga, pandangan ku kabur. Segala2nya nampak samar. Masa depan ku kelam. Aku mulai gubra kerana ia bukanlah seperti apa yang aku lakarkan dahulu.

Sedikit demi sedikit nikmat ditarik balik. Aku sungguh menyesal kerana sikap takbur ku dahulu. Pernah seketika aku bagai hilang arah dan hampir2 gila dengan sifat fizikal baru ku ini. Buat selama2nya selepas dari saat itu aku menjadi cacat. Tempang sebelah kaki. Pernah sekali aku menangis tatkala sesi riadah bermula dek terlihat pasukan sekolah sedang bersedia untuk menghadapi kejohanan besar antara sekolah2 teknik. Walaubagaimanapun, setelah terseksa dengan tongkat selama lebihkurang empat bulan, dan hampir setiap hari mengalirkan air mata, akhirnya aku pulih!

Menjelang kehidupan ku di POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, aku kembali leka dengan permainan dunia. Aku mula memperjudikan masa depan ku dengan permainan duniawi yang sangat melalaikan. Aku jadi sombong dan bongkak. Aku kembali memperlekehkan kuasa Nya yang maha esa. Walaubagaimanapun, aku masih sedar diri kerana didampingi oleh rakan2 yang waras dan mempunyai pengalaman baik mahupun buruk di masa lalu. disebabkan itu, masalah kelakuan ku tidak lah terlalu serius. Aku mula bermain cinta dengan kekasih yang pada masa itu kepunyaan rakan ku sendiri. Perkara ini kami rahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali 2 orang insan; Iman dan Ijal. Pada masa yang sama juga aku mulai leka dengan kelembutan dan tingkah laku lemah gemalai golongan hawa. Aku lebih banyak mengejar nafsu. Ianya terus barlanjutan sehingga aku tamat diploma dan seterusnya aku berjaya melanjutkan pelajaran di UiTM cawangan Sarawak.

Kepada anda yang sedang membaca, apa yang aku coretkan disini adalah benar2 belaka.

Kehidupan di Sarawak ibarat surga bagi penghuni neraka. Hampir setiap hari aku melakukan dosa. Aku juga pernah cuba meneguk air setan yang memabukan kerana terlalu ingin merasai perasaan gairah tanpa dapat memikirkan tanggungjawab. Aku cuba bersama seorang yang boleh aku ibaratkan sebagai manusia durjana, wanita akhir zaman. Adakalanya bersendirian. Aku di dalam syurga rekaan ku sendiri. Aku bijak menyembunyikan kelakuan buruk ku dipandangan rakan2 mahupun teman serumah ku sendiri. Perhah beberapakali, tanpa sedan dan dipengaruhi alhohol, aku hampir2 melakukan sesuatu yang sangat dahsyat; diatas kerelaan dan godaan seorang wanita yang tidak perlulah aku sebutkan namanya. Nasib baik aku masih waras.

Pada masa yang sama aku juga menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seorang wanita yang sangat aku ingini dari dahulu lagi. Malah, aku juga sangat rapat dengan keluarganya. Saat2 cuti penggal adalah masa yang sangat dinanti2kan. Waktu terbaik untuk melempias kasih dengan wanita itu. Satu hubungan yang merenggangkan aku dengan ibu ku sendiri kerana tidak merestui kasih kami. Aku bersyukur pada tuhan kerana di tunjukkan jalan keluar, tepat pada masanya. Di saat aku melakukan kecurangan di perantauan, kekasih ku yang jauh jaraknya juga berbuat demikian. Dewi segala ratu yang sangat aku cintai. Aku kecewa diatas apa yang terjadi; terhadap diriku dan hubungan ku; terhadap kecurangan yang dilakukan oleh dewi pujaan ku. Buat seketika, aku menjadi murung. Aku telah bertegang urat dengan ibuku semata2 mahu menegakkan benang yang basah; memiliki insan yang tidak tahu erti maruah diri. Tuhan maha adil. Subhanallah!!

Setelah kisah itu berlalu, aku membawa diri. Buat seketika aku mendalami agama ku. Buat seketika aku menghabiskan masa dengan mendekatkan diri kepada Allah yang esa. Dan adakala nya mendekati insan2 tua di sebuah kampung terpinggir di Sarawak; menyelami perasaan mereka serta mendapatkan nasihat2 yang berguna. Kemudian aku membuat keputusan; berpindah ke kampung halaman ku. Di kampus utama di Shah Alam, insan pertama yang memberi nilai kemanusiaan kepada ku serta melayan ku seperti seorang sahabat adalah Hikmi Hakim. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membuat aku rasa dunia ku kembali berharga. Beliau jugalah yang membuatkan aku kembali bercita2. Tidak lupa juga kepada zahid, sabrina, aisyah dan beberapa lagi individu yang telah banyak membantu ku kembali ke pangkal jalan.

Kepada mereka yang membaca kisah ini, ini adalah kisah sempadan. Kisah kejayaan ku memonopoli orang lain demi kepentingan ku, kisah hawa nafsu yang tidak pernah mengenal erti lesu, serta kisah ku yang berjaya memiliki beberapa watak yang digilai mat2 rempit, kaki disko dan individu2 samseng yang leka mengejar kebendaan. Tiada apa yang dapat aku banggakan selain kisah2 jahil masa silamku; ibarat sebuah tin kosong yang di luarnya adalah lukisan yang mempersonakan, tetapi kosong di dalamnya. Tiada apa yang berjaya aku buktikan selain dari kegagalan masa silamku. Akulah tin kosong yang menunggu masa dibuang ke tempat buangan.....Sesungguhnya apa yang aku ingin kongsikan ini adalah sebuah ceritara sebenar yang benar2 berlaku dan telah aku rahsiakan selama ini. Apa yang aku harapkan adalah anda yang membaca mampu menerimaku seadanya serta menjadikan kisah ini sebagai sempadan kehidupan. Supaya yang buruk itu dihindari, yang baik itu sama dikongsi..

Sekian......

Wednesday, July 7, 2010

~~terbang di awan~~

7hb Julai 2010. Ku kira 1 tarikh keramat bagi ku kerana sepanjang 24 tahun aku di bumi tuhan yang fana ini, inilah kali pertama aku berjaya memiliki 1 set audio system yang selama ini sangat aku idam2kan. Lebih manis lagi, ianya adalah hasil titik peluh ku sendiri. Selama sebulan setengah ikat perot, rasanya adalah wajar untuk aku memberi ganjaran kepada diriku sendiri. Untuk itu, RM 1100 bukanlah satu jumlah yang besar untuk dibelanjakan berbanding usaha ku mencapai impian disamping membina 1 disiplin diri yang kuat. Ini baru permulaan. Aku perlu berusaha lebih keras sebagai persediaan menghadapi masyarakat yang tidak peduli akan kepentingan orang lain selain keuntungan diri mereka sendiri.

Untuk pertama kalinya juga, aku berjaya langkah kanan dalam usaha ku memiliki sebuah kenderaan yang selesa dan ranggi. Setelah kecundang dalam percubaan pertama kali ku memulihara kereta yang pertama (proton saga 1st model), kali ini aku bertekat biar merangkak sekalipun, akan cuba ku penuhi juga hasrat ku. Azam ku kuat. Dengan kereta kedua milik ku kali ini, berkat hasil titik peluh ku sendiri, akhirnya aku berjaya.

Ku kira ini langkah pertama bagi merealisasikan impian tinggi menggunung ku ini. Aku masih ingat lagi suatu masa dahulu, untuk mendapatkan set sport rim, selame 2 hari 2 malam aku menggosok rim tersebut yang aku perolehi dari sebuah kereta yang tersadai dan reput ditepi jalan dengan harga 2ratus. Masih segar lagi di ingatan apabila aku berkerja sebagai macai di sebuah restaurant di kaki lima Plaza Alam Sentral sebelum di beri kepercayaan menjaga kebajikan pekerja lain, menjadi tukang masak, serta menguruskan hal2 berkaitan di kiosk kecil untuk membeli sebuah player 'cap ayam' berharga seratus lebih. Dikala itu, umur aku baru sahaja mencecah 18 tahun.

Aku juga gembira apabila semasa proses memasang set audio tersebut pada tengah hari tadi, aku turut ditemani rakan karib ku kimi. Ini baru langkah pertama. Selepas ini, cat, set sport rim dan kalau ada duit lebih atau terpijak, mungkin sepasang kerusi sporty akan menghiasi kereta ku ini. Janji tetap janji. Aku ingin menghias kereta kesayangan ku dengan segala memori indah yang telah aku lalui dahulu. Kepada mereka yang telah menjadi latar belakang kenangan ku dahulu, tiada apa yang mampu aku balaskan kecuali terima kasih. Sekian.....

Tuesday, July 6, 2010

~~menggapai angan~~

Setelah bermula dengan agak lembab dan dalam keadaan yang merangkak, alhamdulillah segalanya hampir2 selesai. Kisah latihan industri ku yang bermula seminggu lebih awal dari rakan2, atas permintaan majikan, akhirnya aku berjaya bertahan sehingga ke hari ini. Bermakna setelah sebulan dua minggu aku menjalan kan tugas sebagai pekerja, cuma 3 hari cuti sahaja yang aku pohon. Hasilnya agak memuaskan. RM 780. Mana mau dapat. hurmm..banyak jumlah tu.....

Hasil dari diet yang aku amalkan, aku juga telah berjaya mengumpul duet poket sebanyak RM300, jumlah yang pada kiraan ku agak sukar untuk di kumpul. Kini, aku telah berjaya mengumpul RM 1280 setelah ditambah dengan O.T bulan mei gaji bulan jun serta sedikit duit simpanan ku.

Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu cuba mengumpul modal, kini adalah layak bagi diri ku memperoleh ganjaran. Selama 2 minggu berturut2, aku telah meng'usha' set audio dan akhirnya aku berkenan dengan tawaran salah satu kedai yang agak pakar. Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal pada yang belum biasa bermain dengan bunyi2an. RM 1100 siap pasang. Aku berjaya memperolehi set subwoofer berjenama ada yang di bina bersama power Amp dan sebuah player berjenama sony.

2minggu lagi mungkin bermula perjalanan ku menjelmakan kereta buruk yang baru aku perolehi 7 bulan lepas dengan harga 7000 kepada sesuatu yang menghadirkan kepuasan kepadaku. Apa yang aku idamkan; sebuah kereta yang mempunyai prestasi yang tinggi, jimat minyak serta selesa untuk digunakan. setalah beberapa minggu menilai, akhirnya aku memutuskan, bahawa warna yangakan digunakan bagi membaluti tubuh kereta ku adalah warna biru cair. Sport rim blom lagi aku putuskan kerana jadual kerja ku yan sentiasa padat. mungkin selepas siap di cat baru aku melihat2 bakal2 sport rim ku.

Menjelang hari raya, aku angan kan sebuah sofa kereta yang sedikit ranggi. Harap2nya adalah promosi. Harga terkini yang aku ketahui 2 minggu lepas adalah RM450 Dengan itu, aku harap2 dapat lah aku melaram dengan kereta ku yang berwajah baru. Kemudian baru lah ringan sikit kepala otak ku ini mahu memikirkan gajet2 yang utk bermain motorsikal berkuasa tinggi pula.

Semalam rakan karib ku ada datang melawat ku di tempat kerja. Setalah sekian lama aku tidak berjumpa, gembira aku tidak terkata. Cumanya, aku sedikit demam dan ini agak membataskan perbualan ku dengan nya.Jumaat ini pula, rakan2 telah mengaturkan 1 perlawanan futsal antara kami. Lama sudah aku tinggalkan bidang yang dahulunya menjadi 1 kegilaan ku.

Cuma beberapa percaturanku masih dalam pertimbangan. Untuk memiliki sebuah bot yang muat2 4 orang, 1 set joran laut dalam, dan beberapa trip percutian bersama rakan2, keluarga dan persatuan. Harap2nya semua yang telah aku rancangkan dapatlah diterjemahkan menjadi 1 ingatan yang abadi. Ayuhlah rakan-rakan ku!!!!