Thursday, August 13, 2015

~~kenapa menangis? ~~

Berkepul asap yang aku hambur. Gudang garam terus terselit di celah jari. Setiap kali aku terbeban, itulah makanan. Dengan Perlahan, racun itu aku sedut dalam-dalam. Ya.... Aku sungguh gusar . Khuatir aku semakin jauh menyimpang.

Aku pernah muda. Muda yang penuh bernafsu. Aku pasti anda juga. Itu lumrah bagi setiap insan; cuma bukan untuk aku. Bersungguh-sungguh aku jauhi dunia seni yang pernah aku kenal dahulu. Ada kalanya, mereka bertanya, kenapa aku bertongkah arus? Tanpa jawapan, aku cuma tersenyum membalas.

Sesungguhnya dunia aku bukan sonsang. Ya, aku masih bernafsu. Punya keinginan. Cuma aku diberi 1 rasa. Rasa itulah yang membunuh. Umpama sebuah bom jangka yang bila-bila masa boleh meledak, dan hanya kita seorang sahaja yang mengetahui bertapa detik itu berjalan. Umpama seorang insan yang mengetahui bertapa sakit nya sakaratul maut sedang dia masih remaja dan sihat sejahtera.

Sungguh aku tidak dapat huraikan. Walaupun nafsu itu sama, namun ia tidak bergelora. Bukanlah dalam bentuk yang di idami semua, tapi aku pernah menjadi sebutan. Walaupun bukan dalam keadaan terbaik, aku pernah sampai di puncak. Perasaan itu sangat melalaikan.

Dan telah aku putuskan. Aku tinggalkan bidang seni jauh-jauh kerana aku kenal siapa aku. Aku tidak punya dinding yang kukuh. Jiwa Ku mudah roboh. Mudah memberontak. Yang Ku bawa hanya kenangan. Bekal hikayat malam buat anak Muda.

Ya, aku pernah menangis. Perasaan itu selalu menghantui. Datang menyerang tatkala aku kosong. Itulah teman bagi mati yang sementara. Pada saat nya dingin yang amat terasa, adakala aku di kejutkan semula. Dan itulah detiknya airmata Ku gugur. Ku hayati setiap bibit bahasa yang keluar dari mulut. Ku kupas dalam-dalam erti ucapan itu. Wah, hati Ku di runtun sebak. Sehingga terbit matahari, baru aku sedar. Tidur Ku nyenyak beralaskan sejadah.

Sungguh aku rindu saat itu. Saat di mana jiwa ku lapang dan bebas. Bebas yang tidak terikat dengan ujian dunia. Itu saat nya aku menangisi alfatihah. Saat di mana aku sebak dengan ikrar Ku sendiri. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin... Maha suci Allah yang menjadi kan sekalian alam.

Saat itu telah berlalu. Godaan dunia kembali beraja. Masih; aku dalam keadaan separuh sedar. Ada masa aku tersentak bertapa jauh langkah yang menyimpang. Masih; aku takkan terlupa rasa itu. Ketawa mulanya tangisan akhirnya. Sungguh aku rindu saat yang telah pergi. Yang sangat aku hargai walaupun cuma singgah sekali.  ya; itu lah rasa yang membunuh semua nya.

Andai ada lagi yang bertanya. Andai ada lagi yang bersuara. Tetap aku tak mampu gambarkan. Itulah sebuah anugerah yang di cari insan. Itulah punca dunia di zahirkan. Itulah sebab aku kehibaan........ Dan aku terus merindui pengalaman. 

No comments:

Post a Comment