Tuesday, October 18, 2011

~~Senyum~~

Imbas kembali saat2 aku mula2 melangkah kaki ke UNIKOP sebagai lecturer business, aku seringkali tertawa sendirian. Manakan tidaknya. Aku tak ubah seperti seorang yang skeema yang bangun pukul 5.30 pagi untuk ke kolej dan bersiap2 untuk mengajar. Rupa2nya, environment di sini tidak seperti sangkaan ku. Lecturer lelaki disini, walaupun ada pelbagai watak dan gaya, semuanya unite belaka. Saling bantu membantu.

Hampir 5 bulan juga aku disini. Kadang-kala, teringat juga aku saat2 aku mahu dengan teruknya melupakan kisah silam. Dan akhirnya, dengan mereka2 ini jugalah aku temui sebuah senyuman.Helmi, Wan, Tahir, Azam, Hanafi, Sufian, Syah dan Nelson.....gelagat mereka sangat melucukan bila dirumah.

Disini jugalah aku mula kembali aktif memancing. Sebabnya, hampir mejoriti staff disini kaki pancing. Pantang ada masa terluang, kesempatan wang dan kemahuan, pastinya kami akan pergi menjadi nelayan joran sebatang. Dan hampir selalunya, akulah yang mempengaruhi keputusan mereka.

Disini juga aku seringkali berkongsi ilmu dan berdebat mengenai perkarsa yang aku suka; automotif. Aku ingat lagi bila aku dan tahir mencari2 spring sport untuk gen2 Tahir gara2 mahu layan corner. Juga apabila berdebat dengaan Wan mengenai aksesories dan gajet2 kereta.

Aku perlu berterima kasih juga kepada Azam dan Syah kerana buat pertama kalinya aku bertugas sebagai emcee yang tah pape untuk malam sambutan aidilfitri anjuran bersama kelab kebajikan kolej dan ahli jawatan kuasa kolej. Walaupun mulanya aku sedikit keberatan, tapi tugasan itu membuatkan aku dikenali oleh staff2 lama. Ianya juga satu kepuasan peribadi bila ramai orang yang telah kenal diri anda sedangkan anda baru beberapa bulan bertugas.

Buat masa ini aku gembira disini. Memasak hampir setiap malam dengan tahir, makan beramai2 dengan budak2 rumah dan melepak merata2 bila xda kerja.

No comments:

Post a Comment