Tuesday, April 7, 2015

~~MENGHAPUS JEJAK MU:ARIEL PETERPAN~~

Perghhhhh... Berkulat blog lama x update... Asek2 layan benda lain... Dok sibuk benda lain... Menung pk isu2 lain... Mau nye nak update blog.... Hurmmm

OK... Terus ke cerita dasar.. Saja nak share ngan kome..kalau perasan lagu peterpan/noah tajuk nya menghapus jejak mu. Waaa, this is my favvy bebbbb... X tergambar mcmana gua imagine bila dgr je lagu nie. Sebab apa,  sebab pada gua, lagu nie kreatif.

Gambaran yang dia Cuba sampaikan dalam video clip sbnrnya gini..... Al-kesahhhhhhh:

Seorang lelaki yang sangat menyayangi wanita tersebut. Namun begitu, si wanita tersebut terus khayal dalam dunia dia sendiri, kejar semua perkara yang duniawi. Tanpa ambil pusing, tak peduli kehidupan si lelaki tadi yang selama ini menjadi teman dan pelindung....

Kemudian, lelaki kepada wanita berkenaan buat keputusan drastik... Drastik sgt2; lari dari epic kisah cinta dorg. Si perempuan nie tadi mula laa perasan, eh eh, laki aku dah x peduli aku (katanya laa kut) - ini baru kisah dalam bus tu... Haaaaaa

Kemudian, si wanita yang sedar salah diri dia, Cuba untuk ambik balik hati si lelaki. Yang lelaki pulak, dengan segala helah, tipu muslihat dia guna nak elak... Cuba tgk video clip tu balik... Si perempuan Akan Cuba sedaya upaya untuk kekal bersama lelaki tu dan Cuba sedaya upaya untuk sama rentak dalam setiap langkah. Biasa laa geng... Lelaki nie nafsu dia 1 je. Tp kalau dia dah kata tak, dia Akan kata x.. Ego tinggi nak mampos.... Kan kan...

Di tengah-tengah video clip tu, situasi berubah menjadi lebih genting. Masa adalah halangan. Si lelaki yang pusing2 nak elak si wanita tu tadi dah hampir2 habis idea. Dan si gadis tu pulak, menitis air Mata sebab semua yang dia buat, lelaki tu x pandang dah. Kat situ gua tertipu. Gua budget lelaki tu Akan cair lepas air Mata perempuan tu gugur kat tangan lelaki tu... Gua silap rupanya. Rupanya yang gugur tu air hujan... Cissss.

Tanpa berlengah, si lelaki menuju ke rumah dengan pantai, sekali lagi dengan helah yang sama. Akan tetapi malang nya, si wanita itu tetap untuk cuba mengikut rentak dan Cuba pastu kan jarak antara mereka dekat.

Apabila sampai kat rumah lelaki tu, hujan dah mula turun renyai2. Trick last kopek lelaki tu buat dengan harapan perempuan tu Akan x mampu untuk ikut... Si wanita ini pula dah nekad. Jadi terpaksa laa si lelaki tu tadi masuk je ke dalam rumah. Pintu terbuka: di sambut oleh wanita lain di muka pintu dengan mesra.

Pada Saat tu, si wanita tu dah sedar. Semua impian dan usaha dia sia2. Duduk dalam hujan mengenang nasib.

Dalam pada tu, cerita berkenan si lelaki, sebenar nya dia masih ada hati pada si gadis tu... (jap, nak bakar sebatang rokok)....... Ok... Sambung balik... Bukti nya, dia memerhati dari ruang pintu keadaan gadis tu. Dia berharap supaya si wanita Akan tabah, terima takdir dan teruskan hidup. (maksudnya kat sini, lelaki tu dah pasrah, serah bulat2 pada takdir...)

Rupanya, kesedihan si wanita tu x lama.. Dan Roda hidup kembali berputar.... Sekian

Itu lah kesah yang gua nak bgtau... Saja nak meng-update blog. Dari berlumut je. Sambil2 gua nak bgtau bertapa gua suka sgt lagu n video clip nie. Tiap2 pagi sebelum g keje, mesti layan 2 round, sebelum tidur, beraund2... Haaa.... K.... Sok keje... Selamat menghayati maksud lagu menghapus jejak mu.... Tata


No comments:

Post a Comment