Tuesday, April 21, 2015

~~detik yang terhenti~~

Hari ini aku gagal lagi. Aku gagal untuk tepati apa yang aku azamkan. Hari ini aku melangkah keluar dari rumah dengan azam untuk sebuah tunggangan yang sopan, bukan seperti hantu pelesit yang membabi  buta tanpa tujuan.

Hari ini aku gagal lagi. Aku gagal untuk mengawal emosi amarah yang singgah sejak aku celik dari tidur. Emosi amarah yang aku terbawa-bawa dari rumah ke atas Jalan raya. Dan di selekoh itu aku lepaskan semua nya.

Dan aku ketagih lagi. Terus ketagih untuk merasa deruan angin yang singgah di muka. Terus ketagih sehingga aku lupa apa itu ujian dan tanggujawab. Aku lupa bagaimana yang ketika aku waras, aku di beritahu bahawa kelajuan itu membunuh.

Aku terus mencari. Suatu pencarian yang sangat menyiksa. Sehingga aku leka dengan aliran adrenaline yang sungguh bernafsu. Leka sehingga pada 1 ketika, aku rasakan waktu bergerak perlahan. Sangat perlahan sehingga pada detik itu, aku peroleh sebuah ketenangan.

Masih terbayang semuanya. Terbayang betapa sedang aku bersedia untuk masuk selekoh dengan bersahaja. Terbayang betapa aku dahagakan sebuah ketenangan. Dan pada titik fokus itu, kosentrasi yang aku pandang tajam-tajam di hadapan luntur seketika. Terganggu oleh getaran hujung sepatu yang tergeser dek permukaan aspal panas yang sangat menggoda. Ya, aku dambarkan semua itu.

Aku sedar. Dengan fikiran warasku betapa rendahnya sudut yang aku ambil pada selekoh kiri itu. Betapa aku rindu pada detik yang perlahan yang berlalu pergi. Aku sedar bahaya yang menanti. Dan aku sedar aku gagal untuk menahan diri dari mencari ketenangan itu. Aku sedar semuanya saat aku lihat kesan pada tayar yang menggigit aspal membahang dek panas mentari.

Ada saatnya aku terpana. Tatkala aku sedar aku punyai 2 identiti. Identiti yang lembut, sopan, riang yang kerap berkonflik dengan yang agresif, kasar dan rakus. Kerana pada pertempuran emosi itu aku temui sebuah ketenangan.

Pada coretan ini aku kongsikan. Pada sudut yang rendah itu aku temuinya. Sebuah ketenangan sementara yang aku dambarkan. Kerana aku dan makhluk besi itu adalah 1. Kerana aku rider, dahulu, kini dan selamanya. Tetap aku.................... Rider..........

No comments:

Post a Comment