Monday, January 17, 2011

~~Sebuah Rahsia~~

Semenjak beberapa hari yang lalu, aku asyik terpikir. Kenapa suratannya begitu. Tiba2 aku tepukul. Ya. 2mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki dan 1 mulut. Semuanya telah di tetapkan. Semuanya ada hikmah. Lalu aku terpikir, mungkin aku kurang mendalami maksudnya selama ini. Kini, mungkin tiba masanya untuk aku menyelami sebuah rahsia untuk menjadi lebih matang.

Darikaca mata rakan2, aku adalah seorang yang periang dan kadangkala moody. Juga berhati kering. Adamasanya aku boleh berfikir diluar kotak pemikiran. Namun, kadangkala aku seringkali tak mampu merealisasikan apa yang aku fikirkan.

Namun begitu, semenjak melangkah kaki meninggalkan alam pengajian, aku seringkali kusut. Acapkali aku buntu memikirkan masalah2 yang melanda. Ingin berdikari.....kononya. Dan ilham yang muncul tiba2 membuatkan aku terpana seketika. Mungkin ada sebabnya ianya tersurat begitu.

Mungkin aku perlu lebih banyak merantau menimba ilmu. Dan aku perlu lebih kerap memerhatikan keadaan sekeliling. Mendengar untuk didengari. Menghidu sesuatu yang lain dari keadaan yang selalunya begitu. Mungkin juga aku perlu melakukan sesuatu lebih dari memperkatakan sesuatu. Mungkin juga begitu.

Buat masa ini aku gembira di perkenalkan dengan seorang otai kampung yang dihormati bergelar Pak Akop. Dia asalnya orang bandar yang berhijrah ke pedalaman di semenanjung dan berkawan dengan orang2 asli tempatan. Azamnya untuk membantu keadaan ekonomi di sana berhasil. Dalam tempoh 10 tahun, sebuah kampung menjadi pekan, dari sebuah pekan menjadi pusat tumpuan pelancongan.

Buat masa ini juga aku berbesarhati di ketemukan dengan seorang yang mampu memberi aku ilmu penternakan. Wak Giman mungkin seorang yang egois dan bercita2 tinggi. Namun die ikhlas mengajarku ilmunya yang tersimpan sepi selama 10 tahun. Aku berbangga.

Juga aku bersyukur di kurniakan seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri, mengambil berat hal2 keluarga serta berazam untuk merubah keadaan diri dan keluarga. Dan aku berjanji tidak akan mensia2kan peluang yang diberi itu. Kepada Cik S, aku akan berusaha!

Kepada diriku, aku berjanji. Untuk tempoh 2 tahun, segalanya akan berubah. Aku akan berusaha memperbaiki diri. Akan aku miliki sebuah rumah untuk masa hadapan, dan akan aku pulihkan keadaan ekonomi diri untuk melobi kesenangan ku kelak. Itu janjiku pada diriku. Untuk itu, aku berterima kasih kehadrat ilahi kerana di kurniakan Allah sebuah rahsia yang x pernah tersingkap oleh diriku. Akan aku tafsirkan perlahan2. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment