Sunday, January 2, 2011

~~Aku Mahu~~

2010. Tahun yang mencatat banyak kenangan suka duka dalam kehidupan serta sedikit sebanyak memberi impak kepada keperibadian ku. Ianya bermula dengan kehadian sebuah kereta milikku yang aku beli secara tunai pada 09/10. Dengan bermodalkan sumber inspirasi dari kenangan silam, aku telah pun menghabiskan RM 4.5k untuk dalaman sahaja. Renspon yang aku terima adalah sangat memuaskan hati.

Seterusnya, aku juga telah menjalani internship di sebuah syarikat farmasi kecil yang baru 2 tahun beroperasi. Disana juga aku banyak menimba pengalaman berkenaan dengan sikap dan tingkahlaku. Elaun yang aku terima sebagai balasan kerajinan juga adalah memuaskan hati. Dengan wang itu lah aku menambah koleksi peribadi dan membeli barangan kereta. Untuk sepanjang 6 tahun melangkah ke alam pengajian tinggi, buat pertama kalinya juga aku memperolehi keputusan yang paling diidam2kan oleh masyarakat pelajar semalaysia. 4flat - menjadikan nilai purata score pengajian ku mencecah 3 setelah berusaha bermati2an.

Tahun 2010 juga banyak mengajarkan erti kesabaran. Akhirnya, setelah lama mengidami saat ini, aku di pertemukan dengan seseorang wanita pujaan hati yang telah lama aku puja. Dengan kesabaran juga, aku berazam untuk menamatkan hidup bujang ku kiranya apa yang aku usahakan pada saat ini berhasil. 2 tahun. Itu tempoh yag aku letakkan untuk mendapatkan semua yang aku impikan.

Langkah seterusnya, menjelang bermulanya tahun 2011, aku berazam untuk memperolehi keuntungan untuk aku melobi kehidupan masa hadapan ku. Aku ingikan sebuah rumah kecil yang terbina di atas 3 ekar tanah. Unutk itu, aku perlu mula berusaha keras. Seterunya, mendapatkan motosikal berkuasa tinggi samaada kawasaki Z750 ataupun Honda CBR600. Niat aku bukanlah untuk mengejar kemewahan hidup, tetapi menjalani kehidupan selesa, bebas dari bebanan kewangan.

Malam tahun baru sangat bermakna buat diri ku. Sewaktu melakukan kerja gila menyambut new year di PD, aku telah bertembung dengan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi yang juga mempunyai event di sana. Lalu, tanpa berpikir panjang, aku menyertai konvoi itu. Hebat rasanya menjadi raja jalanan dengan kelajuan 170-185 diatas jalan raya bersama kumbulan itu. Lantas mencetus sebuah revolusi keinginan untuk memiliki sebuah mesin perkasa yang mempu meberi kepuasan kepada penunggangnya.

Aku juga ingin berumah tangga. Setelah lama hidup mengejar cita2, aku rasa adalah wajar bagi aku untuk merancang masa depan supaya segalanya tidak sia2. Untuk itu, aku jadikan segala2nya sebagai pembakar semangat untuk aku menceburi sebuah perniagaan yang baru. Aku telah mula terjun kolam dalam usaha menternah udang putih dan udang harimau. Untung bersih antara 50-90k membuat aku semakin bersemangat menjalankan aktiviti business itu.

Aku harapkan agar semua yang aku azamkan ini bakal menjadi realiti. Aku sedar, segalanya adalah berisiko tinggi. Tapi, semua perkara dalam kehidupan juga adalah berisiko. Bezanya, adalah berani, tekal mahupun tabah. Itu yang menjadi sempadan pemisah antara yang berjaya dan yang di takuk lama.

Sekian.......

No comments:

Post a Comment