Tuesday, January 11, 2011

~~Dilema Perantau Kota~~

Nak diluah mati emak. Nak ditelan mati bapak. Mungkin itulah yang sedang aku hadapi. Baru aku sedar, bertapa bergeloranya lautan perniagaan. Bertapa kusutnya seorang usahawan. Saat ini aku terkedu seketika. Bertapa pilunya hati apabila membayangkan semangat seorang ibu dan bapa yang bersungguh2 mahukan kejayaan anaknya.

Sebak apabila membayangkan bahawasanya aku berhadapan dengan cabaran kegagalan. Hanya sedikit langkah sahaja, semuanya punah. Dikala ini, baru terasa bertapa beratnya bebanan tanggungjawab yang aku pikul. Mana perginya semangat membara yang membakar dalam ini. Entah kemana menghilangnya.....juga aku telah kehilangan identiti.

Perit rasanya apabila aku tersedar aku telah hanyut dek gelombang kekayaan. Aku leka. Buat seketika, aku rindukan rakan2 yang selalu berada disamping ku di saat2 sukar. Wahai sahabat, datanglah menjenguk2 diriku. Kau nyalakanlah kembali api keazaman diriku. Kau tiupkanlah semangat berkobar2 yang seperti dahulu. Kau bantulah diriku mencari ketenangan

Sejujurnya, aku takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Paling aku benci adalah kekecewaan. Namun, untuk merasa manisnya madu, bukankah kita perlu berhadapan dengan bahayanya sang lebah?

Ya. Aku rasa tak mustahil. Inilah sebabnya. Aku kini bukanlah diriku yang dahulu. Aku kehilangan sikap selamba. Aku keciciran semangat tak berputus asa. Aku ketinggalan diri ku yang dahulu. Yang sentiasa berpegang tguh pada prinsip diri. Wah. Hebatnya permainan dunia. Sehinggakan aku hilang identiti diri.

Sahabat, rakan2 seperjuangan, ayahanda, bonda serta keluarga, dan kekasih. Aku puja kehadiran kamu. Maka cepatlah kembali kepangkuan ku yang sedang gusar meleraikan kekusutan. Hadirlah....aku perlukan kamu

No comments:

Post a Comment