Monday, September 17, 2012

~~Penawar Sepi~~

Hidup aku skrg...boleh laa. There is no interesting stories to be told. Hanya yang berpaut rapat pada aku skrg cuma sebuah memori dan secebis harapan. Aku cuba lupakan semuanya, dan cuba untuk mendakap apa yang termampu. Hidup akku sekarang, mudah. Bangun sebelum subuh, pergi kerja, buat ape yang patut, balik, spend time with family and tido. Rutin yang sama dan membosankan.

Kadang2, aku rindukan semuanya. Mengajar, berniaga sendiri. Wajah2 tertentu adakalanya muncul untuk menduga. Aku tetap kan semangat. Pandang pada yang hadapan. Yang sudah biarlah berlalu. Dari segi sosial, aku bahagia mcm nie. Tiada batasan masa dan had pergaulan. Tp cuma untuk seketika mungkin. Aku perlu pastikan yang aku sangat menikmati saat ini sebelum punyai tanggungjawab terhadap org lain.

Aku yakin, sekiranya aku mampu bertahan sekurang2nya setahun, aku pikir bolehlah kiranya aku hadiahkan kepada diri aku dan ayah sebuah lagi motosikal berkuasa tinggi untuk kami sekeluarga sama2 tersenyum riang. Ini masa aku. Ini waktunya. Akan aku cuba untuk berjimat dan menabung. 1K dan lebih mungkin selama setahun setengah.

Ada masa2nya aku mengeluh bersendirian. Aku terkenang kisah lalu. Tapi aku punyai alasan yang kukuh untuk aku lepaskan itu semua. Ada sebab kenapa aku tidak seramah dahulu. Sakit kan. Itu pernah aku rasai dahulu. Sekarang adalah giliran anda. Imbas kembali. Bilakah saatnya anda hadir dan memberikan senyuman di saat aku perlukan kekuatan?Adakah anda muncul dan abadi bersama kenangan dikala aku di puncak jaya? Ya...tidak pernah. Dan aku dengan bangga menyatakan aku gembira berbuat begitu.

Kini aku lebih aman. Aku punyai teman. Untuk berkawan dalam hilai tawa dan hiba tangisan. Aku hargai mereka yang sudi menyambut kedatangan insan hina ini. Akan aku cuba untuk menjaga semua hati. Langkah kanan untuk sebuah permulaan baru. Duka hanya untuk sebentar!

No comments:

Post a Comment