Sunday, September 2, 2012

~~Harapan, Kekecewaan dan Motivasi~~

Setiap insan ada suka duka pahit manis dalam kehidupan masing-masing. Ada yang secara terbuka mampu meluahkan perasaan, dan ada yang terpaksa memendam segala cerita kecewa. Seperti orang normal yang lain, aku telah muak bergelumang dengan pengalaman. Yang pahit, ataupun yang mampu buat kita seharian tersenyum.

Aku kira, setiap kejadian ada istilahnya.Setiap senyuman ada ganjarannya dan setiap titis air mata ada hikmahnya. Aku perlu lupakan masa lampau, tumpukan sepenuh perhatian pada masa mendatang. Capai apa yang termampu, lepaskan apa yang tak tergapai.

Demi kegembiraan ayah bonda, aku telah berjanji untuk sentiasa senyum dan bersorak girang. Telah akku tetapkan tempoh. Sementara masih belum terlambat, aku ingin habiskan masa secara peribadi dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga tercinta. Biar berdarah dahulu untuk pengalaman dan kemanisan masa hadapan. Dalam tempoh setahun, aku perlu usahakan untuk aku dapatkan sebuah motosikal versys 650 cc. Akan aku hadiahkan mesin tungangan perkasa itu kepada ayahku untuk kegembiraan kami bersama. Untuk kami jelajahi setiap inci tanah semenajung yang merdeka ini.

Aku juga perlu tetapkan tekad bulatkan azam untuk masa hadapan aku sendiri. Aku perlu lebih berdisiplin. Telah tiba masanya aku miliki rumah dan sebidang tanah. Rumah yang kecil di pinggir bandar metropolitan itu. Sungguh bertuah kerana walaupun kecil, aku telah punyai sebuah. Seterusnya langkah untuk aku miliki sebidang tanah. Insyaallah akan aku usahakan.

Aku punyai pandangan, ideologi dan pendirian. Aku mahu ketuai sebuah syarikat adik beradik yang berlandaskan lanskap, pertanian dan hartanah. Aku mahu gunakan sepenuhnya ilmu kami tiga beradik. Aku mahu melakar kejayaan sebelum perpisahan abadi ayah dan bonda. Aku mahu mereka tersenyum puas. Aku mahu air mata kegembiraan.

Tapi setiap cerita kejayaan perlu ada pengorbanan. Aku tidak boleh main lagi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Aku terima seadanya anda yang sudi hadir dalam hidup sepi ku ini. Lupakan seketika kesah itu. Ceritera sebenar kehidupan menanti di hadapan. Dan tiada apa yang mudah. Aku perlu hadapinya seorang diri. Aku perlu berubah.

Semoga Allah pelihara hati orang-orang yang benar dan berusaha. Dan semoga aku tergolong dalam golongan itu. Demi sebuah senyuman tua yang telah puas menongkah hidup, perkenankanlah Ya Allah..............

No comments:

Post a Comment