Sunday, October 12, 2014

~~SYABAS, Air dan Selangor~~

Terpanggil aku kali ini untuk kita sama-sama membahas isu sensasi lagi hangat. Isu Air dan Selangor. Lihat komen-komen berkaitan di facebook, bahasa bukan main "kaw-kaw" mencucuk-cucuk perasaan. Tapi awas. Ada masanya komen-komen ini memperlihatkan kebodohan sendiri. Kebodohan yang selayaknya mmg wajib di tertawa guling-guling. Jom review:-

Ada komen yang menyentuh berkenaan dengan hubungkait parti politik dan masalah air. Konon-kononya masalah air menjadi-jadi setelah Selangor jatuh ke tangan PR. Tidak kurang juga yang mengaitkan empunya syarikat dan peranan beliau semasa menjawat jawatan penting dalam parti BN.Yang melucukan, banyak fakta yang tidak berasas dan semata-mata bersandar khabar angin.Hakikatnya ramai yang malas untuk ambil tahu. Berkenaan isu pinjaman SYABAS yang dibekukan, "flow" kerja SYABAS dan fungsi syarikat konsesi yang lain, dan pelbagai perkara yang remeh.

Pinjaman kewangan SYABAS yang dibekukan mengakibatkan program pertukaran paip yang dibuat oleh syarikat berkenaan tergendala. Siapa yang bekukan? Kenapa? Cari lah sendiri. Rajin-rajin lah bertanya pada Mr Google.Sebab? Sebab jawapan media sangat berat sebelah.

Berkenaan Flow kerja SYABAS, tidak kurang yang komen syarikat berkenaan kurang efektif kerana isu pemotongan cepat, notis lambat, sambung lambat, bil tinggi dan sebagainya. Selidiklah. SYABAS menggunakan meter air analog/manual yang menyebabkan terdapat beberapa kekeliruan tentang bil tinggi. Bacaan pada meter pun ramai yang tidak arif tentang cara melihat bacaan, lagikan pula yang sebut meter baru bergerak laju. Pelik.memang betul ada teknologi yang membolehkan bacaan di buat tanpa melibatkan pekerja turun tapak, tapi di sini saya tegaskan, Gantirugi meter yang rm 50 tu pun dah bising nak bayar, lagikan pula nak melabur ratus ringgit untuk meter digital?????

Ada yang berpendapat peranan PUSPEL seperti wayang semata-mata. Malah ada yang tak pernah tahu pun SYABAS dan PUSPEL tu berbeza. cetek sungguh IQ rakyat kita.Cari sendiri apa perbezaan. Ada masanya, aduan yang di buat pada PUSPEL gagal memberi sebarang perubahan. Bukan sahaja hal ini berlaku, malah Call Centre juga seperti tidak berfungsi. Ini faktanya.Berbeza dengan semua jenis perkhidmatan telco, aduan pada PUSPEL memanglah lambat. Sebabnya Call Centre SYABAS nie bukan "on-call-solution". Aduan yang di buat akan dihantar ke wilayah masing-masing, bahagian tertentu untuk tindakan. Jadi PUSPEL nie apa benda? PUSPEL nie sebenarnya Pusat Aduan Pelanggan a.k.a. Call Centre. Bukan dengan sekali enter je masalah selesai. Pelik betul persepsi awam sekarang.

Paip pecah lambat tindakan.Tiada air pon lambat tindakan.Proses "recovery" ambil berhari-hari. SYABAS makan gaji buta? Hakikatnya, SYABAS tak buat pon paip pecah tu, Syarikat ni akan upah kontraktor ikut kelas masing-masing untuk proses baik pulih.Syarikat swasta lah katakan. Mesti mau untung. Lagi pun, SYABAS tiada kuasa untuk mepercepat, menghalang dan atau dengan sengaja melambat-lambat tindakan. Sebab SYABAS nie bukan SPAN. SPAN???? Ya, SPAN....Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.Kan dah terlopong. Tak pernah tau pun sebelum nie SPAN tu wujud kan? Tu la, bila suruh membaca, awak baca benda takde faedah.

Isu pencemaran sungai, kegagalan loji memproses air dan sebagainya, ramai yang anggap SYABAS sangap "makan duit". Tapi ramai pulak tu yang tak tahu fungsi SYABAS. Kawan-kawan, syarikat nie cuma ambil untung membekalkan air terawat. Proses Rawatan air tu di kelola oleh syarikat lain.Pernah dengar nama seperti SPLASH, ABAS dan PUNCAK NIAGA? Siapa yang jaga loji rawatan air Semenyih? SSP 1 SSP 2 dan SSP 3? Ini semua bukan hak milik SYABAS. SYABAS tiada kuasa pun untuk mengawal perkara nie. Apa yang SYABAS buat? Beli air dari dorg, jual balik kat pengguna. Bukan ke benda tu sia-sia? Cuba tgk balik situasi di Malaysia. Bukan semua benda pon mcm tu ke? So kalau kata SYABAS korup, maka anda berhak katakan amalan perniagaan di Malaysia juga korup!! Sekarang masuk akal tak kenapa isu gangguan bekalan ada masanya notis lambat keluar? Siapa jaga sungai? Siapa jaga loji rawatan air?Kawan-kawan, Tenaga Nasional pon sama jugak ye. Ada syarikat yang jual bekalan elektrik pada TNB. Kesian kalau Tak tahu.

Berkenaan campurtangan Politik pulak, ada yang berbunyi Selangor gagal kendali bekalan air. Itu paling lucu.Kerajaan Selangor masih dalam proses nak menyatukan ABAS SPLASH dan aset rawatan air milik Puncak Niaga di bawah 1 bumbung supaya info dan proses salluran air senang di salurkan dan di kendali.Fikir logik la, kalau kata Selangor dah ambil alih, kenapa nama syarikat berkenaan masih SYABAS a.k.a. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR???? Habis tu kenapa lama sangat nak ambil alih? Cuba lihat balik siapa di sebalik tirai pengambil alihan. KEITTHA, Kerajaan Negeri dan SPAN. KEITTHA pulak. Siapa tu? Kalau tak tahu, maka rugi je belajar tinggi-tinggi berhabis tapi tak pandai selidik.Jadi apa sebab lambat sangat nak ambil alih? Fikir sendiri.

Tapi kadang-kadang pelik jugak. Kenapa selalu sangat bekalan air di Selangor bermasalah? Cuba selidik balik. sungai dalam Selangor, yang manakah sesuai untuk dijadikan sumber utama? Sungai Selangor tu bukan ke kotor. Mayat orang ada, tuala wanita pon ada, segala bangkai dalam tu. Ikan pon boleh mati. Kenapa jadi mcm tu? Jawapan dia, berbalik pada diri sendiri. Kalau hisap rokok pon buang rata-rata, malu laa sikit nak maki-maki carut-carut salahkan orang lain tak pandai urus operasi bekalan air. Lagi 1, Sepatutnya bekalan air terawat nie di gunakan hanya untuk mandi, membasuh, memasak dan sebagainya. Dah tu yang pegi guna air terawat buat siram pokok bunga, buat cuci kereta ke kenapa?Sebab tu laa pembaziran air terawat sangat tinggi

Guna air lombong boleh memudaratkan? Kandungan logam tinggi kan. Paip SYABAS pulak guna getah ke? Tak nak ambil kira air-air karat yang keluar dari paip singki yang kita guna buat memasak hari-hari tu? Kenapa tak ganti paip je? Asek pecah dan berkarat? Siapa pulak yang bekukan pinjaman SYABAS?Kenapa pulak teknologi proses air laut tidak di perkenal? Kenapa Langat 2 lambat siap? Kos Langat 2, kontraktor Langat 2?

Jangan berlagak jadi Dato Datin makan sedap tapi tak fikir secara normal. Kata belajar tinggi-tinggi..................

Pelik sungguh.

Tuesday, August 20, 2013

~~Pencarian~~

Hidup semakin di mamah usia.....yang tertulis itu suatu janji, keredhaan yang dicari, dan mati itu pasti. Siapalah kita untuk menilai. Ada masanya ia beban yang berterusan. Ada masanya ia adalah sebentuk keinsafan. Dalam sebuah pencarian.

Aku gembira dengan pertemuan, dan telah aku tangisi perpisahan. Roda kehidupan yang berputar, ada masa ianya sukar. Dan kita terus mencari, demi kehidupan yang harmoni.

Kenangan...yang pada siangnya menghadirkan senyuman. Yang pada malamnya kita sesali perbuatan. Sesuatu yang kita pegang, sesuatu yang tersimpan. Yang kita ukir pada setiap saat kehidupan.

Siapalah kita untuk menghakimi? Layak kah kita untuk mengadili? Sedangkan kita cuma boneka. Yang digerakkan oleh Yang Kuasa.

Pada si kecil, permainan itu suatu penyelesaian. Pada yang bujang, perkahwinan itu suatu jawapan. Pada yang berkeluarga, masa depan dan waris adalah keperluan. Dan untuk si tua, segala-galanya adalah berkenaan persediaan.

Sedarkah kita? Yang kusut, yang serabut, pergolakan, permasaalahan....semuanya berulang. Tiada yang abadi selain Dia. Yang telah menentukan segalanya...

Friday, May 31, 2013

~~Hari Ini Untuk Semalam....~~

ini kucing aku...nama dia jerry, n dia lahir atas riba aku...sian dia makin kurus skrg nie...haish

Assalamualaikum para sahabat sekalian. Lama x update blog. Sebab bukan ape...mr lappy dah rosak....x repair lagi.hehe. Ayuh ke topil utama.

Selepas 3 tahun yang memeritkan, aku masih berjaya bertahan. Sehingga ke hari ini, aku bawa seorang lagi keluarga baru dalam hidup aku....memperkenalkan, Gixxers suzuki gsxr 750.


Haaa. Ada sebab kenapa aku beli yang ini. Kepada yang berkenaan, igt x aku pernah kata aku nak abadikan semua kenangan kita dl. Walaupun anda dah xde kat sini. Xde dengan aku. Xde pape lagi. Ini buktinya.  Semua benda yang berwarna merah adalah lambang kenangan aku kat anda. Beauty n The Beast laa katekan. haha
kiss...hanya yang aku ada cuma kenangan je

yang merah tepi sekali sebelah kanan tu paling aku sayang. 2k RM. kenapa merah?moto kaler biru putih

Tempoh 3 tahun yang seksa. Last2 duit aku kumpol cket2 nak buat kawen aku buat beli moto ngan aksesori helmet dsb. Untuk apa? Sebab aku pernah frust menonggeng. Jd takkut aku skrg ngan pompuan.haha. Ye lah. Mana idaknya. Dah janji2, famili dah kenan. Bila ada sikit hal, gaduh. Pastu alasan nak merajuk. Ade pulak tu yang cocok line. Abis melepas. Dah bahagia skrg anda kan. Semoga menjadi isteri yang solehah....=)

Sebab menonggeng aku turun berat sampai 7-8 kilo x sampai sebulan x aksersize bagai. Haa, bayangkan. Last2 atas nasihat ****** (nama di rahsiakan atas sebab keselamatan), aku mencari....mencari dan mencari.  N aku njumpa sesuatu yang lebih dari sekadar dunia. Tq pada yang berkenaan.
Semalam aku tgk wayang cite Fast Furious 6. Sadar xsedar, mengalilr gak air mata jantan bila tang part Dom Torento Berjumpa balik si Letty, aksi2 dia cuba mengingatkan balik kenangan silam dorg walaupun si Letty dah x de igt pape (hilang ingatan). Salah satu ayat dlm tu yang buat aku touching lebih bila si Dom ckp kat ipar dia; org boleh lupakan kita tapi kita x boleh lupakan org (bih kurang mcm tu laa ayat dia). Fuh fuh fuh.touching bro. Dari duduk tegak terus aku zip jeket aku sampai atas buat2 mcm kene sesema dek sejuk aircond. Tp aku ase membe sebelah tu perasan. MALUUUUUUU~~

Sampai ke hari nie aku ada masanya terkenang. Bila susah hati kusut masai, salah satu yang aku buat, aku pelok moto ketat2 atas jalan bawak slow2....sambil imbas balik apa yang dah aku lalui sepanjang 3 tahun. Hari ini untuk semalam.....yang telah hilang.

Motif? Sebenarnya, aku ceritakan kisah nie bukan sebab nak menunjuk. Tp utk di kongsi. Kepada mereka yang sedih, 1 hari nanti anda akan ok. Igt 1 je. Jodoh ajal rejeki sebenarnya dahpun tertulis sejak kita lahir lagi. Hanya Allah yang tahu.

kotor kan...haaaa...pelagi.....cuci cuci services laa..haha
ok laaaa...nampak gayanya sampai sini sahaja pertemuan kita kali nie. Aku ngantok dah, tp balik2 tgk my sweety dlm keadaan kotor. so cuci dl....haha...k bye

Assalamualaikum.

Ps: jom tido...hehehe


Monday, November 5, 2012

~~Bidadari Dunia~~

Kuyu, layu.....Mata masih bulat terbuka. Fikiran melayang tah kemana. Si gadis yang ayu bertudung yang tersenyum mengusik. Ayu....cantik. Hati terdetik untuk menyapa...atau setidak-tidaknya seketika melayan perasaan. Apa salahnya. Bukan selalu berpeluang. Tapi...

Siapalah aku untuk si dia.  Sang gembala tidak termampu untuk memiliki si puteri. Biarlah enggang sama enggang. Bahagia bukan dengan cinta. Mimpilah si pipit. Walaupun tidak di alam nyata.

Sayang seribu kali sayang. Dunia penuh kejam. Indah cuma hiasan. Perasaan cuma menyiksa. Nafsu mengundang derita. Hidup penuh ujian. Aku sedar. Kaca bukanlah permata. Jauh beza emas dengan tembaga.

Ayu...cantik...bukan untuk aku. Bukan. Cuma pandang.Cuma lihat....rasai....imaginasi...tiada yang lain yang selayaknya. Hanya itu yang termampu. Sabarlah.....

Monday, October 15, 2012

~~Bulan, Bintang dan Kelam~~

Dunia semakin hari semakin mencabar. Aku, seperti selalu...hampir-hampir kembali hilang arah. Aku gagahkan juga langkah menghampiri sebuah ketakutan. Kerana aku sedar, apa yang aku takuti itu hanyalah sebuah bayang kiranya tidak aku ungkap.  Tiada jalan yang mudah untuk menikmati keindahan hidup. Atas kesedaran itulah aku teruskan perjalanan.

Setiap destinasi yang aku singgah, setiap simpang yang aku pilih, punyai cabaran tersendiri. Aku pasrah. Apa yang dapat aku lakukan, cuma pejamkan mata, dan hayati kegusaran itu. Kerana aku yakin, ada ganjaran disebalik tangisan.

Hari demi hari, waktu berlalu pergi. Watak datang berganti. Roda kehidupan berputar kembali. Ada kala aku tersenyum puas. Hingga ada saatnya aku terlupa bahawa bumi itu bulat. Pada seketika aku tersedar. Tersentak dan merayu simpati. Hingga ada masanya aku lalai pada permainan duniawi. Dan aku tewas kembali.

Biarlah. Pasrah pada apa yang bakal tersurat dan tersirat. Kerana setiap kejadian ada hikmahmya. Kita cuma boneka yang telah ditentukan keadaan akhirnya. Dunia atau yang hakiki. Bersabarlah. Semuanya bakal berakhir kelak. Bakal berakhir...................................................berserah pada takdir........................

Sunday, October 7, 2012

~~Resah...Kusut~~

Secara tibe-tiba hari nie aku jadi pelik. Dengan tak semena2, aku resah je...mcm2 terpikir. 2 minggu bersama otai2, banyak input aku dapat. N banyak jugak benda yang bermain-main dalam kepala.

Sifat 20, amalan2 dan segala jawapan yang selama ini aku cari, sebenarnya dah terhidang depan mata. Tapi semakin aku dekat dengan jawapan tu, makin aku jadi takut. Aku takut bila aku dapat kelebihan yang x semua org dapat, n aku salah gunakan. Aku takut bila aku tau kebenaran, tapi aku tetap berpegang pada yang bukan nyata. Aku takut bila pikirkan apa yang bakal aku terima nanti. Tapi, cuma ini laa peluang untuk aku belajar dan kenal diri, sebelum semuanya terlambat. Selepas 26 tahun mencari, saat ini aku jumpa. Tapi aku takut.

Hari nie jugak aku berpikir bukan2. Maybe sbb aku x lelap lagi. Tpk pasal masa depan. Tpikir pasal bina keluarga. Bercerita tentang bina keluarga, aku sebenarnya risau untuk menjadi seorang peminpin. Tugasan itu bukan mudah. Banyak yang kene di korbankan. Aku pon masih belum cukup ilmu. Tapi sampai bila? Sampai bila asek nak dengki hati stiap kali dpt kat kawin?kan.....

Saat-saat mcm nie jugak laa aku terima beberapa tawaran kerja. Pilihan sambung belajar lagi. banyak nyer pintu. Aku btl2 serabut. Aku x nak pk pasal sesiapa atau apa2. Sebab semua org pon sama je. 2-3, pusing2 balik jugak ke situ. X payah berjanji cite lebat kalau x dapat tunai. Sendiri kenal diri tu. Aku kene fokus. Buat balik ape yang patut. Cari motivasi diri. Carian bermulan dengan.....TIDO SKRG....sbb aku dah 2 hari kurang tido, hari nie lansung x tido dah dekat 24 jam...gile babi......nitey nite.......SLM

Thursday, October 4, 2012

~~Rindu~~

Hari nie aku x dpt tido siang lagi. n bila dah jadi mcm nie, kepala pon nek pening terpikir mcm2. Kadang2 aku terpikir pasal #teeettttttt#......seseorang tak berubah tanpa sebab. So, atas alasan itu, kira... out lah eyh. Sbb sifir aku senang. Pilih 1 antara 2 jalan. Pilih 1 antara 2 pintu. thats it!. Anda telah memilih...tahniah...

Aku bukan ape. Nak pilih sangat yang terbaik kan?Pilih lah. Buktikan yang pilihan tu yang terbaik...or else, being dumb for nothing. Kan. Sbb pada aku semua org sama. Beza nya cuma sanggup atau tak nko terima lafas ikrar sehidup semati susah senang bersama.

Ahaaaaa~~aku bukan nak mengomel ape. Saje memenuhi masa lapang dekala x ley tido. haha. So saje berstory. Psssshhhhtttttt.....nak tau sesuatu?

kadang2 aku rindu dia laa. ehe. Dah mula dah nie. Aku rindu dia punya senyum. Rindu mata dia yang meliar. Bile aku duduk mengadap dia, dia akan buat bodo-xreti pape main kembong2 pipi. Haha.Dia punya selambe tu..haha...sempoi je. Kalau kene marah, ley buat derk je kut. Geram tu mmg geram, tp lame2 dia buat mcm tu aku kalah. Budak oh budak....

Something special bout her, dia nakal. Tp pada masa yang sama, dia baik, terdidik n bijak...ops..lupe...seksi in her own way( bertudung x menghalang org tu jd seksi k). Kalau dia merengek nak ponteng kelas, mengadu ngan aku...awak2, kalau x mo g kelas boleh x? Then aku ckp...asal nak ponteng?ok2..kalau awak berjaya g kelas hari nie, mlm nie sy teman g makan. N she's like....like....hurmmm....x boleh di gambarkan...childish!

Kalau dia balik kampong, dia akan bawak 2 kontena beg baju. Kadang2 dengan 2 guni buku...n I was like...kah kah kah...n dia buat muke sposen pastu, tp merengek mintak handle bagasi-akademi fantasia tu sbb terlampau berat. Haish. I wonder mcmana laa nanti bile dia dah sampai...hurmmmm

Tp tulaaa...aku ambik keputusan untuk elak diri dari jumpa dia. Sbb masa depan dia jauh lagi. N setiap kali aku jumpa dia, end up dengan pesanan, jgn tinggal solat, jgn malas belajar, kejar dl ape yang awak nak.n still.....I miss her....a lot! #teeettttttttttttt#

Yups. It is me basically. Aku ramai kawan, tp once aku kata aku suka, x pernah ade 2 atau 3. No spare. Sbb aku paling anti org buat mcm tu. So, xkan nak buat kalau benci. Kan. dan, kalau bercinta nie, salah ke berkawan? Aku nie dah laa enset jenis nak campak2 bgn pagi enset kutip bawak katil bersepai. Xkan laa nak curang2 nie...haish...not me OK!

Aku suspek aku nie dah sewel-kurang tido n layak bergelar gile senget sbb menghasilkan bahan bacaan bosan al nak mati mcm nie. HAREEEMMMM!...bek lah tuan tuan. try to get some sleep. nunite!!