Monday, March 7, 2011

~~Cerita Sang Kembara~~

Aku X pernah kesal dengan jalan yang aku pilih. Cuma kadang2 ianya amat berat untuk aku tempuhi berseorangan. Ramai yang bertanya...KENAPA? Aku tak ada jawapan yang tepat. TIADA! Cuma yang aku mampu ukirkan hanyalah sebuah senyuman keruh yang sudah pasti menyimpul berjuta tanda tanya.

Kadangkala aku rasakan malam2 ku sunyi. Adakalanya aku nikmati kesepian. SADIS! Itukah langkah permulaan yang biasanya dilalui oleh yang berjaya? Hampir2 sahaja aku tewas. Bukan sekali, bukan 2 X, malahan acapkali!

Cuma yang aku perlukan hanyalah secebis kesenangan. Utk itu, aku perlu berhadapan dengan berjuta bebanan. Berat bukan. Aku sangat kagum dengan mereka yang berjaya, juga sangat gerun melihat yang tersungkur selepas berjaya. Semakin aku hampiri mereka, semakin aku x paham permainan dunia. Juga kagum dengan persembahan realiti.

Hanya beberapa gumpal awan anganan yang ingin aku gapaikan ku jadikan sandaran. Hanya beberapa nama menjadi pengubat rindu. Kepada mereka yang sudi mendampingi...yang sudi menemani... dan yang terus memahami... aku ucapkan terima kasih.

Sebenarnya, aku cuma ingin mengenal dunia. Ingin menduga liku2 kesukaran. Dan yang paling utama, masih ingin belajar mengendali boneka. Untuk drama sebenar sebuah kehidupan.

Semoga aku tabah menghadapi ragam perniagaan.............

No comments:

Post a Comment