Wednesday, August 17, 2011

~~Its My Life~~

Pada umor 25 tahun, rasanya dah sampai masanya aku mula rancang masa depan. Rancang untuk kehidupan peribadi, rumahtangga, kehidupan ayah, ibu dan adik2. Tp mana permulaan yang sesuai? Apa jalan yang terbaik?

Kehidupan di alam kolej sebagai lecturer banyak memberi aku erti kehidupan. Bergaul dengan rakan2 yang sangat istimewa, punyai kelebihan tersendiri, imej, identiti dan kekuatan yang tersendiri telah banyak mendedahkan aku kepada cara utk merencana kehidupan.

Persoalanya, pelaburan emas komuditi kah ataupun Amanah Saham Nasional? Kedua2nya mampu memberi keadaan yang berbeza. Ada pro n kontra. Untuk tempoh 25 tahun akan datang, mungkin aku selesa. mungkin dlam masa 10 tahun akan datang aku mampu urus perkahwinan aku dan adik2 aku sendiri dan bebas hutang.

X perlu lah menjadi kaya. Cukup sekadar, selesa dan berkemampuan. Cukup kalau ada 2-3 bijik rumah, sebuah honda civic 2.0 dan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Walaubagaimanapun, aku harus bermula sekarang.Cuma perlu bertahan setahun sahaja lagi. Semoga Allah membantu org2 yang sukar. Amin~~

No comments:

Post a Comment