Sunday, September 18, 2011

~~Ketentuan~~

Aku agak kurang pasti apa yang aku buat nie betol atau salah. Terlalu lama aku pikirkan. Terlalu berat untuk aku tanggung. Siapakah sebenarnya diantara mereka? Aku rasakan, aku telah tersilap perhitungan. Terlampau banyak yang aku perlu ubah. Kenapa ini jalan yang aku pilih sedangkan banyak lagi jalan yang masih belum aku pertimbangkan. Berat sungguh semua ini. X sangka ianya berlaku. Seikhlas hati aku katakan, aku tiada perasaan. Hanya mahu berkongsi cerita. Tp kenapa ini yang berlaku?

Hanya yang mampu aku lakukan, sekali lagi-fokus pada kerjaya. Aku punyai misi. Kewangan sepatutnya bukanlah penghalang. Aku akan cuba.

Tp, sejarah lama x mungkin dapat diubah. Adakalanya, ia menerjah ke dalam ruang ingatan. Rindu....Untuk beberapa pertemuan selepas berakhir segalanya, aku turut akui ia masih bersisa. Pahit untuk ditelan, payah untuk dibuang. Adakalanya juga aku seperti mengharap sesuatu yang mustahil. Yang sudah pastinya bukan mudah untuk dijelmakan kepada realiti......

p.s.-I Love U

No comments:

Post a Comment