Tuesday, June 15, 2010

cinta dan penghujung usia........

Kelmarin, aku telah di pertemukan oleh kuasa Nya yang maha esa dengan seorang lelaki separuh abad bernama Pakcik Bakar. Berkunjung kerumah anaknya di usj 1, dia adalah seorang bapa dan suami yang kesepian. Dikurniakan 4 orang anak, serta berdiri di hujung2 hayatnya dia telah bersungut. Cerita nya yang sersahaja tetapi benuh misteri, aku mendengar dengan penuh khushuk.

Alkisahnya, anak lelaki yang sulung hampir2 sahaja mencecah umur 30 tahun. Anak yang kedua telah berkahwin da belum mempunyai anak walau telah 8 tahun berkahwin dan. yang ketiga hilang entah kemana tanpa kabar berita dan yang bongsu mencecah umur 21 tahun. Pakcik Bakar gemar datang ke tempat ku berkerja kerana dia kagum dengan semangat ku yang tanpa mengelur, mencari rezeki bertungkuus lumus(katanya).

Oleh kerana senang bercerita dengan ku, die hari ini telah menceritakan satu kisah yang tidak diketahui oleh semua termasuk anak2 nya. Dia mengaku tidak sehaluan dan tidak sefahaman dengan isterinya. Namun demi masa depan anak2, pesara polis ini dan isterinya tidak mahu bercerai. Dia juga telah menceritakan kepada ku bagaimana isterinya memaki hamun serta sangat gemar mengutuk keturunan Pakcik Bakar. Aku mulanya tidak percaya. Bagaimanapun ketidakpercayaan itu bakal dihapuskan oleh Pakcik Bakar.

Setelah 5 minit menelifon isterinya, dia yang berdiri dihadapan ku telah memasang "loud speaker". Sengan telinga sendiri aku telah mendengar. Sangat sedih aku bayangkan. Baru 2 hari lepas dia mengadu kepada ku. "Rindu makcik kau lah" katanya. Petang tadi riak mukanya menceritakan segala2nya.

Pakcik Bakar juga ada menceritakan kepadaku bagaimana malasnya anak2 mereka untuk keluar berkerja. Anak lelaku sulung nya dan anak bongsunya hanya duduk2 di rumah manakala anak perempuan nya yag sudah berkahwin berkerja sebagai pegawai bank. Di rumah anak perempuan nya( tempat dia singgah sebentar untuk menginap dan melapas rindu yang berhampiran dengan tempat kerja ku) hanya membuat rumah sebagai bilik tidur. Tidak pernah memasak serta sangat jarang menghabiskan masa bersama suami mahupun keluarga yang lain.

Dia juga ada bertanyakan kisah hidup ku. Seperti yang anda semua telah ketahui, ceritanya sama seperti yang terpapar dalam journal2 di blok ku sebelum ini. Kemudian dia ada memberi nasihat. "kamu muda lagi"kata nya penuh semangat. Pesannya sangat beremosi, pilih calon isteri dengan teliti kalau tidak mahu menjadi sepertinya kelak.

Ianya membuatkan ku terpikir sejenak, bagaimana kelak dengan kisahku. Bagaimana permulaan nya. Bagaimana akhiran nya. Adakah ianya penghabisan yang bahagia? Atau sekadar cuma untuk memenuhi kenangan2 silam supaya dapat di perturunkan kepada generasi seterusnya.

Tanpa sedar, masa telah berlalu sepantas kilat. Baru sebentar tadi aku masuk. Kulihat jam telah mencecah angka 10.15 malam. Aku telah terlambat 15minit untuk "closing". Sedar keadaan ku yang kelam kabut, Pakcik bakar telah meminta izin untuk pulang tanpa mahu mengganggu kerja ku. Sempat juga dia mempelawa aku untuk minum2 selepas kerja di restauran berhampiran, tetapi ku menolah. "Jumpa esok aje lah pakcik. dah malam nie" kata ku. Sambil tersenyum, dia berjalan pulang berseorangan.....

No comments:

Post a Comment