Thursday, June 24, 2010

~~Menghitung Hari~~

Semakin hampir dengan tarikh yang berkenaan, semakin runsing dan berdebar2 aku rasakan. Maklumlah, aku telah diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan lampau buat pertama kalinya di dalam hayat ku. Aku juga telah memiliki sebuah kereta yang ingin ku dedikasikan hiasan serta rupa bentuknya kepada mereka2 yang telah hadir dalam hidup ku; memberi corak dan kesan keatas sejarah hidupku yang lampau. Kepada mereka semua, terima kasih banyak2.

Aku juga semakin tidak keruan apabila memikirkan kerjaya masa depan serta halatuju hidupku kelak. Apa yang aku harapkan, aku akan masih seperti dulu; tenang dan dapat menikmati setiap saat yang berlalu. Kini, sebelah kaki ku telah berpijak melepasi sempadan; bermakna aku hampir2 perlu berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga serta rakan2. Untuk pengetahuan semua, ia adalah satu perasaan yang mengerikan dan menggentarkan.

Sedar tak sedar, hampir sebulan aku bertahan untuk makan gaji serta mengumpul ilmu tanpa 1 hari pun diperuntukan untuk cuti2 dan berehat2. Melihatkan tarikh yang kini telah memcecah angka 24, aku menjadi semakin tidak sabar membayangkan hari2 yang telah dirancang bersama rakan2 tersayang; menghabiskan masa bersama2. Ekspedisi menawan semenanjung kunonnye. Moga2 apa yang dihajatkan tercapai hendaknya.

Aku juga rindu hendak menghabiskan masa ditepi pantai mahupun sungai, bermain unggun api dikala malam melabuhkan tirai serta merasai kekuatan tatkala rod pancing yang di sangkutkan umpan direntap ikan. Begitu lama rasanya aku tinggalkan semua ini. Sungguh lama.

Kepada mereka yang membaca catatan peribadi ini, terima kasih kerana sudi menyelam isi hati diriku yang kini kegersangan oleh keseronokan dan cabaran alam semulajadi. Sekian al-kisahnya....

2 comments: