Sunday, June 13, 2010

asal usul sang singa si raja rimba

Cerita bermula dengan kelahiran seokor anak singa. Sang ibu telah melahirkan 4 ekor anak singa yang comel. Dalam meniti usia remaja, sang ibu slalu sahaja mengawasi anak2 mereka supaya tidak bermain2 jauh dari kawasan. Singa2 liar pula sentiasa mencari peluang agar dapat menghapuskan bakal2 pesaing mereka. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang mereka perlu sedar dan belajar. Tidak lupa juga konflik yang perlu dihadapi dalam kehidupan seharian, termasuklah persaingan sesama adik2 singa yang lain.

Menjelang remaja, sang ibu mula membawa anak2 singa belajar memburu. Ilmu yang diajar adalah cara bagaimana sang singa dapat memburu secara berkumpulan. Dan apabila dewasa dan cukup pengalaman, sang singa dilepaskan secara sendirian untuk menetapkan halatuju masing2. Bermulalah kisah bagaimana sang singa mengorak langkah untuk mencipta empayarnya. Namun begitu, kejayaan sang singa tetap bergantung dengan kumpulan yang disertainya, dan bagaimana sang singa mengepalai aktiviti kumpulanya.

Inilah yang dinamakan lumrah alam. Tiada yang terlepas dari takdir Nya; dari sekecil semut sehingga sebesar2 gajah. Begitu juga manusia. Setiap insan perlu dijaga dan dididik oleh ibu bapa mereka. Sehinggalah mereka mampu berdikari dan penuh pengalaman suka dan duka, mereka tetap masih perlu berhadapan dengan kerenah masyarakat yang disertai.

Aku dibesarkan dalam keadaan miskin oleh keluargaku. Sedari kecil ku, telah diajar dan ku lihat bagaimana ibubapaku cuba untuk menyara keluarga serta berhadapan dengan kerenah masyarakat dan ekonomi setempat. Aku sendiri telah mula berniaga di pasar2 malam dari umur ku mencecah 7 tahun. Aku pernah melihat bagaimana keadaan rumahku yang penuh dengan barang2 untuk dijual kepada rakan2 pejabat ibu bapaku-cuma ada cukup2 ruang untuk kami ber5 menjalani kehidupan.

Bila menjangkau umur belasan tahun, aku telah mula berkecimpung dalan dunia perniagaan sendiri; bagi menampung perbelanjaan harian sekolah serta minat remaja ku. Aku telah mula belajar memasak, membuat kuih-muih serta mencari palanggan sendiri. Ia berterusan sehinga aku di terima masuk kedalam institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan kelulusan yang mampu memastikan masa depan ku terjamin. Di institusi itulah aku telah berniaga topup, mengambil upah membasuh kain serta menjalankan kegiatan fotokopi bersama rakan2.

Pada penghujung pengajian, aku telahpun memberanikan diri untuk memceburi bidang kerja didalam industri sebenar-secara sambilan. Aku telah membuka perniagaan katering dan pembekal makanan sejuk beku bagi kawasan shah alam(seksyen 19&20) , membuat kerja sambilan di farmasi dan menjadi seorang pelajar pada masa yang sama. Hidup ku benar2 terisi sehinggakan aku digelar dato' oleh rakan2 seperjuangan dek terlalu sukar untuk ku menjalani kehidupan sepert remaja lain; melepak dan bersantai selepas kelas.

Buat beberapa kali juga, kisah cinta; seperti kisah2 novel romantis; datang dan pergi. Mungkin kerana aku tidak mampu memberikan komitmen dalam hal2 seperti itu. Mungkin juga aku terlalu sibuk mengejar hal2 duniawi. Akhirnya keseronokan dalam kesibukan itu terhenti. aku berjaya menyambung palajaranku ke peringkat yang lebih tinggi; melangkah setapak kehadapan untuk menjiwai salah satu watak didalam ribuan pelakon dalam masyarakat.

Aku telah berpijak dibumi asing. Segala2nya tampak begitu berbeza. Budaya, bahasa dan perjuangan hidup mereka benar2 berbeza. Disana aku telah sedar bahawa kewujudan kita umpama setitik zarah di dalam ruang udara yang tak terkira besarnya. Aku cuma seorang pemain didalam ribuan pejuang. Dek kerana telah terbiasa dengan kehidupan yang pelbagai dalam satu masa, aku mulai rimas dan merindui kampung halaman. Tanpa berlengah, aku telahpun mengaturkan sesuatu.

Kini ku telah kembali ke kampung halaman ku, menjejaki sisa2 ilmu yang telah di timba di bumi asing lalu. Aku bermula dengan kisah seorang pelajar di sektor pendidikan awam sebelum kembali berkecimpung didalam dunia kerja secara sambilan.

Setelah beberapa lama menjiwai watak pelajar, akhirnya aku hampir2 ke penghujung jalan cerita; satu akhiran yang malang bagi belia yang leka mencari keseronokan dunia seperti ku. Kesedaran itu lah yang membawa aku untuk menyelami watak2 yang lebih serius. Antaranya adalah watak sebagai pekerja, watak sebagai bapa, watak sebagai seorang pembimbing rakan dan pelbagai lagi. Kini aku masih lagi mencari2 siapa sebenarnya diriku. Yang aku risaukan adalah kisah2 kegagalan mereka2 yang terdahulu yang pada hakikatnya jauh lebih berpengalaman sebagi insan berbanding diriku. Aku akui, adalah sangat sukar untuk menjadi siapa yang kita idamkan, dan adalah begitu senang untuk kita meniru siapa yang kita benci.

Harapan yang tinggi menggunung telah di lakarangkan agar mereka yang bergelar sahabat sama2 mencari peranan dalam permainan dunia. Agar yang buruk itu dihindari, yang cantik itu di kerumuni. Adalah penting bagi kita semua untuk menentukan siapa diri kita di dalam masyarakat, bagaimana haluan kita di rencana dan kisah apa yang terbaik untuk di ingingati oleh mereka2 yang lain supaya suatu akhiran yang terbaik dapat di ramal.

Sekian lah kisah asal usul sang singa si raja rimba

2 comments: