Saturday, June 12, 2010

hikayat seorang budiman


Tatkala melihatkan tarikh yang kini telah menjangkau angka 13, azam dan tekad ku semakin berkobar2. Apa yang ku impikan.........adalah untuk memperolehi kepercayaan penuh majikan untuk menguruskan operasi kedai (farmasi) selain dapat menceduk sedikit ilmu pengurusan yang selama ini diaanggap sebagi rempah rahsia kejayaan kebanyakan usahawan. Aku akui ilmu ini lah yang tersangat penting memandangkan aku ada bercita2 membuka perniagaan kongsi berasaskan ubat-ubatan di kawasan2 yang tidak pernah dipikirkan oleh mereka2 yang telah berjaya (dah ade rancangan nak bkk kat kawasan yang ble korg dgr, rase mcm mengarot)
Misi 3 serampang....itulah yang tersemat di benak ku. Selain daripada memperoleh ilmu pengurusan sebagai persediaan masadepan ku, aku juga telah nekad untuk mengumpul duit secukupnya sebagai landasan untuk mengecapi impian yang selama ini telah berlaman di sanubari. Memiliki kereta yang cukup jantan' bagi seorang lelaki serta indah mata memandang adalah antara agenda yang sering berlegar2 dalam angan2. Umpama mat jenin, aku sering berkhayal bagi memenuhi citarase dan mencari kreativiti untuk tujuan hiasan dan performance' kereta ku kelak.
Bagi bakal graduan seperti aku, aku seringkali tercabar membaca dongeng2 kuno dimana wiranya begitu disanjung tinggi oleh orang kebanyakan. Begitu juga dengan kisah2 seperti Pemikiran Tun Mahathir, atau semangat Nelson Mandela yang cuba untuk mengubah negara bangsanya menjadi gah di muka dunia. Ianya telah membuatku terfikir; sekiranya aku seorang pengurus, adakah aku berkemampuan .....atau adakah aku mampu mempengaruhi.... Aku mendapati gaya ku yang sering bersabar, diam dan mengambil kira semua pendapat sejajar dengan gaya pengurusan ala contoh melalui teladan' memandangkan aku selalu cuba untuk mengambil kira perasaan orang lain serta seringkali terkorban dalam mencapai impian.
Apa yang ku harapkan adalah sepanjang watak ku di layarkan di pentas realiti, sepanjang pengajian dan sepanjang kerjaya ku, mereka tidak akan lupa sumbangan serta jasa yang telah aku laburkan....untuk suka dan duka yang telah kita sama2 lalui.....untuk meniti masa depan yang tidak ketahuan. Semoga apa yang aku cita-citakan dan impiakan menjadi realiti, aku sayang kawan2 ku!! sekian
~~hikayat seorang budiman~~

No comments:

Post a Comment