Tuesday, July 6, 2010

~~menggapai angan~~

Setelah bermula dengan agak lembab dan dalam keadaan yang merangkak, alhamdulillah segalanya hampir2 selesai. Kisah latihan industri ku yang bermula seminggu lebih awal dari rakan2, atas permintaan majikan, akhirnya aku berjaya bertahan sehingga ke hari ini. Bermakna setelah sebulan dua minggu aku menjalan kan tugas sebagai pekerja, cuma 3 hari cuti sahaja yang aku pohon. Hasilnya agak memuaskan. RM 780. Mana mau dapat. hurmm..banyak jumlah tu.....

Hasil dari diet yang aku amalkan, aku juga telah berjaya mengumpul duet poket sebanyak RM300, jumlah yang pada kiraan ku agak sukar untuk di kumpul. Kini, aku telah berjaya mengumpul RM 1280 setelah ditambah dengan O.T bulan mei gaji bulan jun serta sedikit duit simpanan ku.

Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu cuba mengumpul modal, kini adalah layak bagi diri ku memperoleh ganjaran. Selama 2 minggu berturut2, aku telah meng'usha' set audio dan akhirnya aku berkenan dengan tawaran salah satu kedai yang agak pakar. Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal pada yang belum biasa bermain dengan bunyi2an. RM 1100 siap pasang. Aku berjaya memperolehi set subwoofer berjenama ada yang di bina bersama power Amp dan sebuah player berjenama sony.

2minggu lagi mungkin bermula perjalanan ku menjelmakan kereta buruk yang baru aku perolehi 7 bulan lepas dengan harga 7000 kepada sesuatu yang menghadirkan kepuasan kepadaku. Apa yang aku idamkan; sebuah kereta yang mempunyai prestasi yang tinggi, jimat minyak serta selesa untuk digunakan. setalah beberapa minggu menilai, akhirnya aku memutuskan, bahawa warna yangakan digunakan bagi membaluti tubuh kereta ku adalah warna biru cair. Sport rim blom lagi aku putuskan kerana jadual kerja ku yan sentiasa padat. mungkin selepas siap di cat baru aku melihat2 bakal2 sport rim ku.

Menjelang hari raya, aku angan kan sebuah sofa kereta yang sedikit ranggi. Harap2nya adalah promosi. Harga terkini yang aku ketahui 2 minggu lepas adalah RM450 Dengan itu, aku harap2 dapat lah aku melaram dengan kereta ku yang berwajah baru. Kemudian baru lah ringan sikit kepala otak ku ini mahu memikirkan gajet2 yang utk bermain motorsikal berkuasa tinggi pula.

Semalam rakan karib ku ada datang melawat ku di tempat kerja. Setalah sekian lama aku tidak berjumpa, gembira aku tidak terkata. Cumanya, aku sedikit demam dan ini agak membataskan perbualan ku dengan nya.Jumaat ini pula, rakan2 telah mengaturkan 1 perlawanan futsal antara kami. Lama sudah aku tinggalkan bidang yang dahulunya menjadi 1 kegilaan ku.

Cuma beberapa percaturanku masih dalam pertimbangan. Untuk memiliki sebuah bot yang muat2 4 orang, 1 set joran laut dalam, dan beberapa trip percutian bersama rakan2, keluarga dan persatuan. Harap2nya semua yang telah aku rancangkan dapatlah diterjemahkan menjadi 1 ingatan yang abadi. Ayuhlah rakan-rakan ku!!!!

4 comments:

  1. jom bli bot man...kte mancing sesame...

    ReplyDelete
  2. bagus lukman....aku kena bersemngat mcm ko tuk realisasi kn impian aku...
    aku doakn ko sentiasa menemui kejayaan..
    Amin...

    ReplyDelete
  3. tq cah...ti sesame susah dl...aku x lupe sume kwn2 aku...dah last2 sem nie baru aku kenal sapa kawan sapa lawan..ada masa free t aku try setting kt hang out reramai k..aku rindu kat korg sume!!

    ReplyDelete
  4. hahaha..angan2 jerk tu mi..tah dapat tah idak...tp aku mmg dah gian memancing nie..ble nak turun mancing lagi kimi??jom jom

    ReplyDelete