Tuesday, July 13, 2010

~~Maafkan Diriku~~

Aku hanyalah insan biasa. Tiada sesuatu yang istimewa pun yang mampu aku kongsikan. Cuma yang ada pada sekujur jasadku hanyalah impian. Sesuatu yang lazim bagi setiap insan. Telah menjadi matlamat hidup ku untuk menggapai angan. Maafkan aku kiranya ada yang terluka disaat aku sibuk berkejaran. Ku pohon ampun dan beribu kemaafan. Andai kau terkorban, demi aku yang ingin menggapai angan.

Setelah lama aku derita. Setelah lama aku tersiksa. Setelah kering air mata untuk ku tangiskan. Setelah telah lama terluka merangkak di dalam belukar kesusahan. Izinkan lah. Izinkan aku mendakap bahagia. Izinkan aku meninggalkan jauh derita. Izinkan diriku girang tertawa. Walaupun cuma seketika. Izinkan lah.

Aku tidak sedar tingkah laku ku selama ini. Mungkin aku terlalu taksub dengan apa yang aku impi. Mungkin aku sedikit tersasar dari apa yang aku idami. Andainya engkau dapat mengerti. Andainya engkau dapat fahami. Berilah sedikit ruang untuk ku bermimpi. Untuk aku dakap apa yang selama ini aku idami. Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah niatku. Bukanlah cita2ku untuk mengecewakan kamu. Sekiranya kau terluka, ampunkan lah diri ku.

Telah sekian lamanya aku terbelenggu. Tersiksa melihat ragam dunia yang penuh palsu. Kini mungkin telah tiba masa ku. Untuk merangkak keluar dari kurungan ku. Untuk merasai nikmat Mu. Ya Allah ya tuhan ku, andainya ada yang rebah. Disaat aku leka berlari mengejar sumpah. Engkau kurniakan lah padanya tabah. Bebaskan dirinya dari tulah. Yang selama ini hanya membuatkan umat mu susah.

Andai engkau rasa tertindas. Andai engkau rasa terbatas. Oleh kelakuan ku yang lepas-lepas. Ku harap sudilah kiranya kau terima ampun ku ini. Sumpah ku untuk membantu dirimu selepas ini. Untuk kita sama-sama merasai nikmat. Kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ampunkan lah diriku yang jahil dan alpa ini. Maafkan ku.......

No comments:

Post a Comment