Sunday, July 11, 2010

~~Hentikanlah Sketsa Mu~~

Kemanisan wajah mu tidak menggambarkan kesucian akhlak mu. Engkau sedar siapa diri mu, lantau kau gunakan kelebihanmu menakluki lelaki2 lemah. Cukup lah berpura2. Cukuplah lakon layarmu. Hentikan lah sektsa mu.

Apa sebenarnya yang engkau inginkan? Tidak kah puas engkau melihat aku merana. Sedarilah saudari, kita semua insan biasa. Yang sentiasa dimamah waktu. Engkau akan tua juga kelak. Tidak kah engkau takutkan balasan Nya? Hentikanlah kepura2an mu. Cukup lah semuanya.

Sedarlah wahai saudari. Aku ini bukan buta. Bukanya bodoh untuk membiarkan diriku diperguna ibarat boneka. Aku sedar semua itu. Cuma menunggu masa untuk bertindak. Cukup lah semua cakap2 kosong mu. Hentikan semuanya.

Aku masih bingung. Tidak mengerti apa yang sebenarnya engkau mahu. Berterus teranglah. Lepaskan lah aku dari azap. Aku sangat terseksa. Tidak kah engkau fahami perasaan ku? bukan kah dahulu engkau yang beria2. Lupakah engkau pada janji dan ikrarmu dahulu? Maka, lepaskan lah aku. Biarlah aku pergi dengan aman.

Wahai wanita, sungguh hebat engkau berlakon. Berubah hati mu serasi mengikut keadaan. Tapi sedarkah engkau ia tidak berkekalan? Disini aku tekankan. Keseronokan itu bersifat sementara. Pahit getir hidup adalah lebih utama. Sedarkah engkau semua itu? Cukup lah berdrama. Cukuplah bersketsa. Aki telah sedar kini. Tinggalkan lah aku.

2 comments: