Wednesday, April 27, 2011

~~Demi Cinta Hati~~

Hari nie aku agak touching cket. Bukan touching2 marah eyh. Nie touching sbb aku rasa aku dah buat silap pada seseorang. Kepada cik S, artikel hari tu aku tulis berdasarkan emosi. Bukan akal. Tp aku rasa aku berhak menulis. Walaupun pada hakikatnya ianya adalah sesuatu yang memalukan, salah dan mempunyai akibat yang buruk. Tp aku rasa ianya adalah kebebasan menulis dan berpendapat. Aku akui ia salah sbb aku menulis hal peribadi kat web sosial yang 1 dunia boleh tau. Atas sebab itu, aku mintak ampun mintak maaf. Aku janji benda nie xkan jd lg. (tp kalau hal2 peribadi yang agak romantik, ok kot...haahhaha)

Sejarah aku menulis bermula pada zaman sekolah menengah(kat sekolah teknik)yang secara ideologi n praktikelnya, tingkatan 4&5 lah. Aku mula menulis sbb kat sana aku alami banyak benda baru yang sangat mengujakan. Kat sana lah aku bermula dengan kisah baru yang mana aku x lagi jadi budak hingusan yang selalu di buli, kenal kawan2 otai, mula2 belajar nak main2 cintan, kisah2 seram dsb. Kalau x silap, diari tu ada lagi aku simpan sebagai kenang2an kat laci keramat bilik aku(tu pun kalau mak aku x kemas n buang). Tp, memandangkan sekarang nie, umo aku dah cecah 25, agak malu aa kan klo ade buat lagi benda2 tu. Aku menulis sbb aku dah ketagih kot. haha..ape punye alasan laa.....

Tp, memandangkan anda(cik S) dah pun cool, aku pun dah cool, so adalah wajar untuk aku ekspresikan maaf kat dunia cyber nie. Apa yang berlaku nie sume suratan. Aku x berniat untuk memalukan. Tp aku rasa, alasan yang paling kukuh aku bg adalah, aku x dpt berfikir dgn sewaras2 akal. Itulah reasonnya.

Ada kesah yang aku pelajari. Aku semakin kenal diri anda. N apa yang aku rasa dlm hati nie, x penah cket pon beganjak. Untuk itu, sekali lagi aku pohon ampun dan maaf.

Hari nie pun adalah hari yang paling aman (kot) dlm hidup sbb hari nie aku demam..hahaha.Bukan seban itu lah. Aku nampak simpati dari org yang aku hormati dan aku anggap ayah angkat aku. Pak Akop hari nie asek tgk aku je. Ksian kot sbb aku nie rajin bersin. Tahap kenyaringan bersin aku nie, sangat tinggi sampai kalau akujd tukang kejut org, bukan org tu je bangun, tp 1 kampung pon boleh tjaga.

Aku jugak gembira kerana dapat membantu sorang pakcik nie, yang dah diusir oleh abg die dari rumah n kerja, n kelihatan sebagai sebatang kara. Aku masak untuk die, aku layan die sbgai tetamu tiap2 hari sampaikan org yang rapat ngan aku n benci pakcik tu pon boleh terima die. Aku bukan apa. Aku xnak hari tua aku jd mcm tu.

N salah satu sebab jugak aku jd suke hari nie adalah, walaupun aku demam, aku dah mule ajar sorg ayah dari seberang(indon) tentang komputer. Dia ada hasrat nak belikan anak die komputer untuk anak die belajar. Suka sgt2. Aku jugak dapat baju jersi dari siam yang membe baik aku bagi. Tq niesa!!!hehehe. Tp, yang paling utama buat aku tenang, aku dpt dengar suara cik S!!!

oklah. Kepala pusing, idung bermukus, n mata pun berat. Aku nak landing dl. bubye...


#p.s. :LOVE U ALWAYS MISS S!!

No comments:

Post a Comment