Wednesday, April 20, 2011

~~Kiri Atau Kanan~~

Kadang kala hidup ini indah. Sangat indah sehinggakan kita sanggup menghadapi segala dugaan, bersedia menerima segala rintangan. Menghadapi segalanya dengan penuh ketabahan. Tp, itu adalah hakikat yang palsu apabila our life turn up side down. Kata org, mmg senang untuk susah, dan mmg susah untuk senang....benarkah itu?

Apabila aku imbas kembali, aku mula berazam untuk berubah setelah aku kembali ke semenanjung setelah meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran. Setelah puas dengan segala keseronakan dunia. Meninggalkan jauh segala kenangan yang palsu. Melangkah mendekati sebuah erti yang baru. Rupa2nya, jalan yang suci itu adalah lebih sarat dengan dugaan. Yang ianya hanya membuat insan2 seperti aku ini berfikir 2X untuk meneruskan langkah.

Mungkin lebih mudah unruk berpatah balik. Mungkinadalah lebih selesa untuk berpegang kepada sesuatu yang telah kita ada. Tp aku sedar sesuatu yang pasti. Kita tak akan kekal seperti sedulukala. Kita akan tua. Aku tanya sendiri diri aku. Adakah aku bersedia menghadapi dunia tanpa ibu bapa? Redhakah aku menghadapi dugaan tanpa ada sesiapa? Mampukah aku menjadi seorang ketua keluarga, pemain dalam sebuah masyarakat?

25 tahun aku hidup. Tiada 1 pun kegembiraan aku yang mampu buat aku tersenyum lebar sepanjang hayat. Tiada! Kadangkala aku terasa seperti mahu kembali menoleh kebelakang untuk segala yang aku tinggalkan? Berat rasanya mahu memutuskan sama ada kiri ataupun kanan. Apakah kesudahanya. Perlukah kegembiraan di awal ataupun kebahagiaan pada akhir?

Untuk hari ini, aku masih berterima kasih kepada Rosnida Ismon, Ct Mardhiana Mohammad, Maslina, Princelia Joseph, Saripa Hosaeni, dan rakan2 seperjuangan; Kimi, Ejal, Amer, Iman dan mereka2 yang dahulunya ada d samping aku untuk memberikan harapan dan pengajaran. Tp aku tidak pasti apakah yang akan terucap olehku untuk hari esok.

Setelah memutuskan untuk beralih arah, kadangkala masih sukar untuk aku mengutarakan siapa sebenarnya aku. Sejujurnya, aku kesal kerana masih mencari identiti diri pada tahap yang boleh dianggap lewat. Kadangkala semuanya seperti tidak penting lagi. Kiri atau kanan?

No comments:

Post a Comment