Sunday, July 11, 2010

~~AKU IBARAT TIN KOSONG~~

Tin kosong. Mungkin itu adalah sesuai untuk menggambarkan kehidupan selama 24 tahun yang telah aku jalani. Cukup sesuai. Sebuah tin yang pada zahirnya dihiasi dengan corak2 yang sangat memukau. Cukup cantik. Di dalamnya adalah kosong. Tiada apa yang mampu aku banggakan.

Ceritanya bermula beberapa tahun lalu. Ketika itu aku cuma seorang kanak-kanak yang berada di dalam keluarga yang miskin. Bapaku adalah seorang yang garang. Aku di bekalkan cuma RM 0.30 untuk mengalas perut selama 2 sesi persekolahan; sekolah kebangsaan disebelah pagi, dan sekolah agama di sebelah petang. Aku masih ingat lagi bertapa kurusnya aku ketika itu. duit belanja ku di sekolah hanya mampu untuk aku peroleh sebatang keropok lekor dan secawan air. Pada waktu itu aku aku hanya mampu meneguk air liur melihat rakan2 ku yang berbelanja mewah. Aku ingat lagi seorang rakan ku yang selalu membantu ku dikala aku disaat sukar. Khaidir namanya. Di sebabkan kemiskinan, aku tergamak mencuri duit belanja nya sehari untuk belanja ku seminggu. Perbuatan ku akhirnya di ketahui disebabkan rasa bersalah ku. Beliau sungguh baik hati. Wang RM 10 yang telah ku ambil harus diganti, namun beliau hanya menagih sehari 10 sen selama seminggu sebagai tebusan kesalahan ku.Di zaman sekolah rendah ku, aku amat selekeh dan sering dibuli oleh rakan2. Kemudian aku ber azam. Tekad ku jelas. Aku tidak mahu dibuli lagi.

Menjelang awal persekolahan ku di alam remaja, aku sangat gembira. Aku rasakan diri ku sudah cukup dewasa. Segalanya bebas. Cumanya, aku masih lagi miskin. Seringgit yang diberi setiap hari sebagai belanja sekolah tidak mencukupi untuk ku isikan perutku sekenyang-kenyangnya. Akhirnya aku mula berniaga sendiri dengan menjual kacang goreng dan gula2. Adakalanya aku memasak nasi goreng pada awal pagi untuk dijual di sekolah. Aku perlukan wang untuk bersosial bersama rakan2 selepas kelas. Maklumlah bagi remaja seperti ku, aku inginkan perhatian. Mungkin cukup bagiku seandainya aku dikenali oleh rakan2 pelajar ataupun gadis2 yang menjadi pujaan di sekolah. Itu mungkin sudah memadai. Namun kemiskinan membataskan segalanya. Aku masih menjadi budak yang di buli. Masih menjadi karung tinju.

Pada waktu itu, aku mendapat 1 idea. Buah fikiran yang mungkin dapat membantu aku keluar dari kepompong kecil yang buruk. Menyertai pasukan bola sepak sekolah. Itu antara agenda yang bermain di benak ku. Mungkin dengan cara itu, aku dapat di kenali ramai, dan aku beroleh rakan2 yang hebat. Mungkin juga mereka berhenti dari membuli ku. Namun begitu, aku masih dibelenggu kemiskinan. Aku tidak mampu pun untuk membeli peralatan bermain bola sepak. Aku bertekad. Aku mahukan sepasang kasut dan kelengkapan bermain bola sepak. Aku menjadi rajin berniaga. Alhamdulillah. Berkat kerajinan ku, akhirnya aku berjaya memperolehinya walaupun ianya tidak seberapa.

Sejak aku berada di pasukan bola sepak sekolah, aku telah berjaya membuka mata beberapa kumpulan pelajar yang akhirnya mengiktiraf kehadiranku di sisi mereka. Aku mulai bangga.
Namun begitu aku masih lagi budak belasahan. Aku tetap di sindir. Segala yang aku rencanakan tidak berhasil nampaknya. Itulah nasib budak yang comot, busuk dan tercorot di kelas nya. Setelah beberapa lama, aku dikejutkan dengan surat tawaran belajar di sebuah sekolah teknik. Ini peluang keemasan bagi ku. Sekolah baru, bererti kehidupan baru. Aku berpeluang menjiwai watak yang selama ini aku sangat dambakan. Sebuah kehidupan yang dihormati.

Menjelang hari pendaftaran aku merupakan seorang pelajar yang tabah. Biarkan sahaja diriku dibuli oleh rakan2 pelajar yang senior; harapnya selepas ini aku mempunyai backup besar yang dapat menjamin kesejahteraan ku di dunia yang ganaz dan mencabar. Almaklumlah, sekolah berasrama. Macam2 boleh berlaku. Segalanya telah aku rancangkan. Cukup bijak. cukup teliti. Ideologi ku cukup mudah untuk di fahami. Aku ingin di kenali, di senangi dan di sanjungi. Bulan pertama sahaja aku telah berjaya dikenali dikalangan warga SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR SG. BULOH kerana penglibatanku di dalam padang sebagai penjaga gol. Aku juga buat pertama kalinya berjaya dikenali hasil jawatan ku di dalam persatuan.

Lantaran watak ku yang semakin di kenali (berbanding dengan sewaktu di sekolah menengah lama) aku mulai lupa diri. Aku ingat lagi bagaimana selepas aku dipilih menjadi penjaga gol utama sekolah, aku keluar bersama seorang bohsia yang juga pelajar sekolah lain. Semanjak itu aku telah merasai 1 fenomena yang antara kamu menggelarnya sebagai 'Kejutan Budaya'. Aku mulai perasan yang aku hebat. Aku mula mengambil tempat sebagai orang di mempengaruhi dikalangan orang yang senang di pengaruhi. Aku di kelompok ku sendiri. Aku juga mula barani bermain cinta dengan pelajar2 sekolah lain yang aku kenali sewaktu sesi perlawanan persahabatan dengan sekolah lain. Aku mulai bertelagah dengan rakan2ku yang turut mempunyai pengaruh besar di dalam agama di sekolah itu. Aku bazirkan masaku di sekolah. Aku hancurkan harapan orang tua ku. Bagi ku sekolah adalah tman permainan yang sangat Besar. Aku telah musnahkan segala2nya. Semuanya melalui sukan bola sepak!

Tuhan maha kaya adil. Sekelip mata sahaja aku hilang segala2nya. kun fayakun. Pada suatu hari, sedang aku berlatih bersama rakan2 ku di atas padang, aku tersalah langkah. Kedengaran seperti bunyi dahan besar yang sedang mereput, patah. "Aduh" jerit ku di atas padang. Secara tidak sedar, aku bakal kehilangan semua nikmat yang sebelum ini aku remeh2kan. Aku telah patah kaki. Kecederaan serius yang berlaku di antan peha dan betisku. Tempurung lutut ku sedikit lari dari kedudukan asal. Aku lansung tidak dapat berdiri. Aku kemudian di papah oleh rakan2 pulang ke bilik. Saat itu juga, pandangan ku kabur. Segala2nya nampak samar. Masa depan ku kelam. Aku mulai gubra kerana ia bukanlah seperti apa yang aku lakarkan dahulu.

Sedikit demi sedikit nikmat ditarik balik. Aku sungguh menyesal kerana sikap takbur ku dahulu. Pernah seketika aku bagai hilang arah dan hampir2 gila dengan sifat fizikal baru ku ini. Buat selama2nya selepas dari saat itu aku menjadi cacat. Tempang sebelah kaki. Pernah sekali aku menangis tatkala sesi riadah bermula dek terlihat pasukan sekolah sedang bersedia untuk menghadapi kejohanan besar antara sekolah2 teknik. Walaubagaimanapun, setelah terseksa dengan tongkat selama lebihkurang empat bulan, dan hampir setiap hari mengalirkan air mata, akhirnya aku pulih!

Menjelang kehidupan ku di POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, aku kembali leka dengan permainan dunia. Aku mula memperjudikan masa depan ku dengan permainan duniawi yang sangat melalaikan. Aku jadi sombong dan bongkak. Aku kembali memperlekehkan kuasa Nya yang maha esa. Walaubagaimanapun, aku masih sedar diri kerana didampingi oleh rakan2 yang waras dan mempunyai pengalaman baik mahupun buruk di masa lalu. disebabkan itu, masalah kelakuan ku tidak lah terlalu serius. Aku mula bermain cinta dengan kekasih yang pada masa itu kepunyaan rakan ku sendiri. Perkara ini kami rahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali 2 orang insan; Iman dan Ijal. Pada masa yang sama juga aku mulai leka dengan kelembutan dan tingkah laku lemah gemalai golongan hawa. Aku lebih banyak mengejar nafsu. Ianya terus barlanjutan sehingga aku tamat diploma dan seterusnya aku berjaya melanjutkan pelajaran di UiTM cawangan Sarawak.

Kepada anda yang sedang membaca, apa yang aku coretkan disini adalah benar2 belaka.

Kehidupan di Sarawak ibarat surga bagi penghuni neraka. Hampir setiap hari aku melakukan dosa. Aku juga pernah cuba meneguk air setan yang memabukan kerana terlalu ingin merasai perasaan gairah tanpa dapat memikirkan tanggungjawab. Aku cuba bersama seorang yang boleh aku ibaratkan sebagai manusia durjana, wanita akhir zaman. Adakalanya bersendirian. Aku di dalam syurga rekaan ku sendiri. Aku bijak menyembunyikan kelakuan buruk ku dipandangan rakan2 mahupun teman serumah ku sendiri. Perhah beberapakali, tanpa sedan dan dipengaruhi alhohol, aku hampir2 melakukan sesuatu yang sangat dahsyat; diatas kerelaan dan godaan seorang wanita yang tidak perlulah aku sebutkan namanya. Nasib baik aku masih waras.

Pada masa yang sama aku juga menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seorang wanita yang sangat aku ingini dari dahulu lagi. Malah, aku juga sangat rapat dengan keluarganya. Saat2 cuti penggal adalah masa yang sangat dinanti2kan. Waktu terbaik untuk melempias kasih dengan wanita itu. Satu hubungan yang merenggangkan aku dengan ibu ku sendiri kerana tidak merestui kasih kami. Aku bersyukur pada tuhan kerana di tunjukkan jalan keluar, tepat pada masanya. Di saat aku melakukan kecurangan di perantauan, kekasih ku yang jauh jaraknya juga berbuat demikian. Dewi segala ratu yang sangat aku cintai. Aku kecewa diatas apa yang terjadi; terhadap diriku dan hubungan ku; terhadap kecurangan yang dilakukan oleh dewi pujaan ku. Buat seketika, aku menjadi murung. Aku telah bertegang urat dengan ibuku semata2 mahu menegakkan benang yang basah; memiliki insan yang tidak tahu erti maruah diri. Tuhan maha adil. Subhanallah!!

Setelah kisah itu berlalu, aku membawa diri. Buat seketika aku mendalami agama ku. Buat seketika aku menghabiskan masa dengan mendekatkan diri kepada Allah yang esa. Dan adakala nya mendekati insan2 tua di sebuah kampung terpinggir di Sarawak; menyelami perasaan mereka serta mendapatkan nasihat2 yang berguna. Kemudian aku membuat keputusan; berpindah ke kampung halaman ku. Di kampus utama di Shah Alam, insan pertama yang memberi nilai kemanusiaan kepada ku serta melayan ku seperti seorang sahabat adalah Hikmi Hakim. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membuat aku rasa dunia ku kembali berharga. Beliau jugalah yang membuatkan aku kembali bercita2. Tidak lupa juga kepada zahid, sabrina, aisyah dan beberapa lagi individu yang telah banyak membantu ku kembali ke pangkal jalan.

Kepada mereka yang membaca kisah ini, ini adalah kisah sempadan. Kisah kejayaan ku memonopoli orang lain demi kepentingan ku, kisah hawa nafsu yang tidak pernah mengenal erti lesu, serta kisah ku yang berjaya memiliki beberapa watak yang digilai mat2 rempit, kaki disko dan individu2 samseng yang leka mengejar kebendaan. Tiada apa yang dapat aku banggakan selain kisah2 jahil masa silamku; ibarat sebuah tin kosong yang di luarnya adalah lukisan yang mempersonakan, tetapi kosong di dalamnya. Tiada apa yang berjaya aku buktikan selain dari kegagalan masa silamku. Akulah tin kosong yang menunggu masa dibuang ke tempat buangan.....Sesungguhnya apa yang aku ingin kongsikan ini adalah sebuah ceritara sebenar yang benar2 berlaku dan telah aku rahsiakan selama ini. Apa yang aku harapkan adalah anda yang membaca mampu menerimaku seadanya serta menjadikan kisah ini sebagai sempadan kehidupan. Supaya yang buruk itu dihindari, yang baik itu sama dikongsi..

Sekian......

6 comments:

  1. eh eh yg part sarawak tuuu yg cinta jarak jauh tu aku cm agak tau laa rase2nya..
    hihihi~

    ReplyDelete
  2. hahaha....laju jerk nko bace eh...haha

    ReplyDelete
  3. huish...sedih cter ko..nak nanges aku...

    xpe man...sume org pun mula dgn kosong....ade yg bertuah & senang mase kecik, tp ade jugak yg x brape bertuah...sume yg ko cter sume pengalaman idop ko...sume bernilai beb...jadi pengajaran tok org lain...

    ape pon ko dah x mcm dulu...ko bukan kosong lg...org nampak ko mcm dibuli...tp sebenarnye x...ko baik...ko buat sesuatu bkn sebab terpaksa...tp sebab ko ikhlas...satu kelemahan ko yg plg besar ialah ko x bleh ckp xnak ngan kawan2...ko mesti nak tolong...x kre la kawan 2 cmne...susah beb nak jumpa org cm ko...

    aku untung kenal ko...ko byk gler tlg aku...x terbalas...

    ape2 pon ko x yah nak rendah diri sgt...x la bermaksud ko kene sombong...tp bangga la ngan diri ko..ko bkn lg tin kosong..ko skang dah ade ilmu & cita2...aku nampak usaha ko...kalu ko teruskan cmnie konfrim ko leh g jauh...aku support ko beb...walaupun kte kenal x lame tp ko plg byk bg impak kat aku dari member2 lain yg aku dh kenal sejak tadika..

    teruskan usaha ko beb...satu ari org akan nampak gak ko sape sebenarnye...drg akan nampak ape yg aku nampak...(bkn takat nampak perut je)..hahaha...

    ReplyDelete
  4. dah jgn nak bgga lebih2 lak aku puji ko nie..hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha..jom kimi...la kita x wat masalah..haha

    ReplyDelete