Wednesday, July 7, 2010

~~terbang di awan~~

7hb Julai 2010. Ku kira 1 tarikh keramat bagi ku kerana sepanjang 24 tahun aku di bumi tuhan yang fana ini, inilah kali pertama aku berjaya memiliki 1 set audio system yang selama ini sangat aku idam2kan. Lebih manis lagi, ianya adalah hasil titik peluh ku sendiri. Selama sebulan setengah ikat perot, rasanya adalah wajar untuk aku memberi ganjaran kepada diriku sendiri. Untuk itu, RM 1100 bukanlah satu jumlah yang besar untuk dibelanjakan berbanding usaha ku mencapai impian disamping membina 1 disiplin diri yang kuat. Ini baru permulaan. Aku perlu berusaha lebih keras sebagai persediaan menghadapi masyarakat yang tidak peduli akan kepentingan orang lain selain keuntungan diri mereka sendiri.

Untuk pertama kalinya juga, aku berjaya langkah kanan dalam usaha ku memiliki sebuah kenderaan yang selesa dan ranggi. Setelah kecundang dalam percubaan pertama kali ku memulihara kereta yang pertama (proton saga 1st model), kali ini aku bertekat biar merangkak sekalipun, akan cuba ku penuhi juga hasrat ku. Azam ku kuat. Dengan kereta kedua milik ku kali ini, berkat hasil titik peluh ku sendiri, akhirnya aku berjaya.

Ku kira ini langkah pertama bagi merealisasikan impian tinggi menggunung ku ini. Aku masih ingat lagi suatu masa dahulu, untuk mendapatkan set sport rim, selame 2 hari 2 malam aku menggosok rim tersebut yang aku perolehi dari sebuah kereta yang tersadai dan reput ditepi jalan dengan harga 2ratus. Masih segar lagi di ingatan apabila aku berkerja sebagai macai di sebuah restaurant di kaki lima Plaza Alam Sentral sebelum di beri kepercayaan menjaga kebajikan pekerja lain, menjadi tukang masak, serta menguruskan hal2 berkaitan di kiosk kecil untuk membeli sebuah player 'cap ayam' berharga seratus lebih. Dikala itu, umur aku baru sahaja mencecah 18 tahun.

Aku juga gembira apabila semasa proses memasang set audio tersebut pada tengah hari tadi, aku turut ditemani rakan karib ku kimi. Ini baru langkah pertama. Selepas ini, cat, set sport rim dan kalau ada duit lebih atau terpijak, mungkin sepasang kerusi sporty akan menghiasi kereta ku ini. Janji tetap janji. Aku ingin menghias kereta kesayangan ku dengan segala memori indah yang telah aku lalui dahulu. Kepada mereka yang telah menjadi latar belakang kenangan ku dahulu, tiada apa yang mampu aku balaskan kecuali terima kasih. Sekian.....

3 comments:

  1. ko mmg layak dapat man...ko dah usaha gler2...aku kagum ngan ko beb....

    ReplyDelete
  2. hurmm...kimi...t aku tlg nko lak k...nko ade target aku pun ade target..aku jatuh nko tulun, nko jatuh aku mati..haha..jom kejar impian jom!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha...ko mati sebab aku jatuh hempap ko kan....hahaha...jom kejar beb!!!!

    ReplyDelete