Sunday, August 8, 2010

~~Salahkah untuk diriku bermimpi?~~

Melewati tarikh 8/8/2010, aku masih rasakan aku di takuk lama. Tiada bezanya antara aku pada waktu ini, 3 tahun dahulu ataupun mungkin 10 tahun akan datang. Aku tetap aku. Masih sukar untuk aku usahakan apa yang aku angan-angankan. Aku masih seorang yang sukar untuk di fahami, masih lagi seorang lelaki yang ego dengan sikap ingin mencuba, serta tetap sukar diramal. Mungkin yang berbeza di saat ini adalah penampilan, tetapi 1 ketentuan yang pasti; aku adalah aku.

Sehingga ke hari ini, aku masih sibuk mengejar cita2. Mungkinkah ianya cita2? Atau cuma sekadar landasar bagi ku untuk terus bermimpi lagi. Aku gagal menyingkap tabir di sebalik persoalan ini. Mungkin ini petanda aku akan kecundang lagi?.

Kelmarin aku ke Selekoh, Perak untuk bersama2 dengan kaum kerabat dan asal-leluhur diriku. 300 orang. Itu lah jumlah keluarga besar kami. Aku dikira sebagai angota generasi ke 2 kami merupakan seorang cucu kepada arwah kiyai Hj. Jaafar. Ketika di majlis, makcik2 dan para nenek mengajukan soalan yang sedikit pedas bagi ku. Bila nak kawen. Fuh. Merah padam aku dibuatnya.

Bukan soal menolak jodoh. Bukan isunya memilih. Tp aku rasa belum berjumpa dengan seseorang yang betul2 memahami. Aku bukan lah tidak pernah bercinta. Aku bukan lah seorang yang segan untuk meluahkan perasaan. Tetapi untuk memilih seseorang yang padaku, wanita, serta memahami setiap sudut diriku pada dunia moden ini; sangat mustahil. Aku mungkin pada awlnya rasakan, ianya tidak lah sesukar mana. Tapi andaian ku terbukti tidak berasas.

Aku pernah berkasih2 dengan gadis yang aku kenali di zaman2 awal pengajian ku di politeknik. Pada awalnya, aku sangkakan, pencarianku telah berakhir. Tetapi takdir telah membuktikan yang sebaliknya. Dia kecewa dengan sikap ku yang padanya acuh-x acuh. Sejujurnya, aku masih sayangkan sidia. Tetapi aku tidak menduga yang sidia memasang spare. Aku sangat tidak menyangka. Mungkin bukan rezeki ku.

Sebelum itu, aku juga pernah berkongsi perasaan dengan seorang yang padaku mungkin jelitawan. Sebut sahaja nama, 1 seksyen 19 rata2 kenal dengan si dia. Aku terpaku dengan senyuman dan jelingan tajam yang menggoda kalbu gadis dari borneo ini. Tanpa ku sangka, isyarat2 tanpa sedia dari ku dapat dibaca dan ditafsir oleh si dia. Lalu kami berjanji. Gadis berketurunan Bidayuh menjadi sandaran hati. Namun begitu, ianya tidak kekal. Dek tekanan dari ibu bapaku, akhirnya aku terpaksa melepaskan si dia. Biarlah, asalkan ibubapaku bahagia. Padaku, ia pengorbanan yang sangat besar yang pernah aku buat. Namun begitu, biarlah...

Kini, aku masih lagi sendirian. Kadangkala, inginjuga aku lepaskan perasaan. Namun tiada tempatnya. Sehingga kini, aku masih lagi tercari2 diriku yang sebenar. Masih lagi mencari sesuatu yang dapat melekakan ku. Aku tetap aku. Dahulu, kini dan mungkin selamanya.

Sekian..........

1 comment:

  1. Jack,

    nasib kite sama la, masih sendirian tanpa teman. hehe. Masih dalam pencarian. Teruskan usahamu jack dalam misi pencarian mu itu.

    salam

    ReplyDelete