Friday, August 13, 2010

Apakah aku bukan aku?

Aku hanyalah seorang yang biasa2 sahaja. Tiada apa pun yang menarik yang dapat menggamit ramai individu mendekat kepadaku. Tiada 1 pun. Bermulanya perjalanan kisah hidupku dari seorang kanak2 kurus keding yang mahir mencuri dan malas belajar. Cacian, makian, hinaan, malahan tumbuk terajang telah menjadi asam garam sehinggakan aku telah lali dengan semua itu. Aku masih ingat lagi pertama kalinya aku terlibat dalam perkelahian. Lawan ku seorang samsing sekolah. Aku dengan beraninya mengankat muka dan mencabar individu terbabit. Itu dahulu.

23 tahun. Usia ku di bumi yang fana ini telah membuatkan aku kaya dengan pengalaman2 yang aku sendiri inginkan. Kini, dengan bangganya aku boleh mendabik dada menyatakan aku adalah seorang yang boleh berubah....malahan aku telah berubah!!!. Berubah apakah? Dari pada seekor katak kepada otromen kah? Ataupun dari seorang manusia miskin yang kini mampu terbang atau berlari sepantas kilat kah? Tidak. Bukan itu yang aku maksudkan.

Dari sorang yang malas, kepada seorang yang ringan tulang. Dari seorang yang pendiam, kepada seorang yang peramah. Daripada seorang yang panas baran kepada seorang yang pemaaf. Dari seorang budak kurus yang selekeh, aku sasarkan untuk menjadi seorang remaja yang tegap dan berpendirian menarik. Wajarkah untuk ku mengejar sifat2 sementara keduniaan ini? Salahkah kiranya aku terus berangan dan bermimpi untuk memiliki? Atau kiranya berdosa untuk ku menikmati masa muda ku dengan bahagia?

Menjelang hari coret2 ini dinukilkan, aku telahpun memiliki beberapa perkara yang sedikit cukup untuk buat ku senyum sendirian. Tertawa kepuasan. Adakalanya menangis kegembiraan. Ya!!! Dengan usaha ku sendiri. Tetapi, 1 persoalan kerap menerjah kotak pemikiran ku. Aku telah sebelah kaki meninggalkan imej kotor, selangkah membina watak wiraku, adakah aku kini menjadi lupa dan alpa dengan semua yang aku ada? Perlukah aku duduk bersenang-senang setelah apa yang aku perolehi mampu memberi kemewahan? Atau wajib bagiku duduk dikelilingi mereka2 yang susah; untuk sama2 berkongsi bahagia; sama2 merasai pahitnya hempedu, sama2 menikmati manisnya madu. Perlukan?

Aku beriya menetapkan had2 tetentu. Cabaran fizikal yang perlu aku hadapi setiap hari. Suatu disiplin diri yang dapat membentuk 1 imej baru kelak. Kini, hasilnya mulai nyata. Ada bezanya sewaktu aku bermula sehingga kini. Baru bermula. Tidak banyak bezanya. Tetapi ada hasilnya. Untuk sebab itu, apakah aku mulai lalai dengan halatuju ku? Adakah aku mulai bongkak? Ataupun sentiasa diriku mendongak dagu? Aku x pasti. Aku keliru. Aku tak tahu. Aku sendiri x dapat tafsirkan.

Untuk selama 23 tahun menjalani hidup sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang abang dan mungkin beberapa kali mengemis watak sebagai seorang kekasih, adakah aku sebenarnya bukan aku? Siapakah aku sebenarnya, Benarkah? Apakah aku bukan aku?

2 comments:

  1. jgn la sedih sgt bunyinya luke..tkesima aku baca

    ReplyDelete
  2. hurmm...lom ade penyeri g kot...tu yang cedih2 jerk tu..haha

    ReplyDelete