Monday, August 23, 2010

~~Berilah Untuk Menerima~~

Walaupun cuma baru 24 tahun melihat dunia, aku kini akui aku telah muak dengan segala bentuk ragam isi nya.Tepu dengan kepura2an. Sarat dengan godaan. Penuh dengan kedustaan yang menyiksakan. Ramai antara kita yang tidak sedar. Yang leka bahawa mereka sebenarnya telah menjadi tahi kehidupan. Terlena dikala masih kuat untuk mengejar kebendaan yang boleh mereka agung2kan. Masa muda cuma sekali, dan haruslah kita bergembira sepuasnya....benarkah begitu?

Aku semakin pelik dan bosan apabila ramai dikalangan ku yang bangga menjadi ikon nafsu remaja. Tidakkah kita semua sedar kita bakal temui tua? Mahukah kita menyesal di kemudian hari, sejenak termanggu memikirkan bagaimana mahu mengundur balik masa untuk mengubah masa lampau? Slalu sahaja kedengaran kan....andai dapat ku undur masa~~...

Dari mereka yang bangga dengan paras rupa, kepada mereka yang bongkak dengan apa yang mereka ada. Dari mereka yang bermegah untuk melobi maksiat dan keganasan untuk mendapat perhatian sehinggalah mereka yang mahu selamanya hidup dalam dunia khayalan. Ramai bukan?. Kiralah dengan jari jemari, nescaya anda akan sedar bilanganya tidak terhitung ramainya.

Apa sebenarnya yang aku bisingkan? Apakah perkaranya yang aku kecohkan? Begini. Mungkin ada yang berpendapat, aku ini adalah org yang pelik. Tetapi rasionalnya, setiap insan impikan masa depan yang cemerlang. Mungkin ada diantara kita yang sering dambarkan kehidupan akan datang yang harmoni, penuh dengan tawa riang anak2, serta kegembiraan ibu bapa kita yang sedang ingin bermain bersama cucu2nya. Jadi mengapa mahu berbuat perkara yang salah?

Sifirnya senang sahaja. Untuk dikasihi, kita perlu mengasihi. Untuk dilihat, kita perlu melihat. Untuk di dengar, kita perlu mendengar. Sukarkah? Sekiranya itu, terjadi dunia kita akan aman damai. Tenteram dan harmoni. Bukankah?

Untuk itu, 1 perkara yang secara teorinya mudah; berilah untuk menerima. Aku akui namun begitu, adakalanya sukar untuk dilaksanakan. Tetapi, cubalah. Anda akan dapat rasakan nikmatnya. Kepuasannya. Bezanya. Org berbudi kita berbahasa. Org memberi kita merasa. Jadi, Berilah untuk menerima!

Sekian coret2 sahur.......

2 comments: