Wednesday, August 11, 2010

~~Cuma Secebis Kenangan~~

Puasa menjelma lagi. Sudah beberapa tahun kiranya aku tinggalkan zaman kegemilangan ku. Yang Ku jejaki kini hanyalah sisa2 kegembiraan, tangisan dan airmata setelah apa yang aku idam2kan hampir punah. Namun begitu, aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum, bergembira dan tertawa riang walau didalam keadaan yang tidak seberapa membanggakan.

Ketika ini, di saat ini, pada detik ini, ingin rasanya aku imbas liku2 kehidupan ku di masa lampau. Untuk beberapa kalinya aku pernah menjalani ibadah puasa bersaorangan tanpa ditemani oleh sesiapa.

Aku kira aku berjaya mencipta imej dan identitiku bermula pada tingkatan 4 di sekolah berasrama aliran teknikal dan vokasional. Sehingga menjelma sang Ramadhan, aku pada ketika itu di tingkatan 5, sedang rancak berperang dengan kertas soalan peperiksaan bersenjatakan pena. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan dimana dewan sekolah menjadi lokasi bersejarah di dalam hidupku yang menyaksikan aku hampir2 tewas kepada emosi. Aku pada ketika itu, kerapkali berbuka dengan bubur lambuk sebagai juadah utama kerana tiada apa pun di asrama yang mampu membuka selera.pernah juga aku diam2 menyelinap ke kelas dan membuat megi lantaran muak dengan hidangan tersedia pihak asrama. Waktu bersahur pula sedikit berlainan. Biasanya aku sangat berselera. Mana2 lebihan yang tidak diambil oleh pelajar lain, menjadi habuan ku. Waktu antara berbuka sehingga bersahur pada kebiasaanya akan kami habiskan dengan menelaah buku2 rujukan teks sekolah di dalam kumpulan. Antara watak2 diantara kami adalah Azim Manan, Afiq Misman, arwah Faifuz Dimyati, serta sekali-sekala bersama Muhammad Ridzwan(wan basah)

Situasi yang sangat berbeza ketika aku menuntut di politeknik shah alam, ingin membawa pulang segulung kertas yang sangat bernilai. Di sesi pertama ku, aku menghadapi Ramadhan dengan sekadar air kosong dan roti sahaja. Sekiranya ada duit terpijak, berpikir2 juga aku untuk membeli nasi lemak yang dijual dari tingkat ketingkat. Pernah selama seminggu aku tidak punyai wang, aku menggalas perut ku dikala azan berbunyi dengan hidangan Oat yang ku campurkan dengan gula. Masuk hujung munggu ke 2, bau sahaja Oat, mual tekak ku. Bagi mengelakkan terasa akan kelaparan, selepas manjamah juadah yang ala kadar itu, aku bersolat sebelum kemudianya aku melelapkan diri seketika.

Di Sarawak, hampir setiap hari aku memancing. Alasanya mudah. Untuk dijadikan lauk bersahur pagi nanti bersama rakan2. Di perantauan, aku dan beberapa rakan karib ku selalu sahaja memasak bergilir2 mengikut tugas. Adakalanya aku pada hari tertentu perlu mamasak lauk pauk dan mereka yang lain menyediakan air dan pinggan2.begitu lah kehidupan seharian selama 30 hari di kepulauan borneo. Di sana, aku kagum melihat beberapa resepi masakan yang sukar di temui di semenanjung. Antara yang menjadi kegemaran ku adalah umai obor2 yang pada dasarnya mmg ianya obor2, di siang untuk memastikan yang ianya boleh dimakan.hurmm. Rasanya adalah seperti sotong..haha...unik kan.

hurmm...dikala menunggu azan berbunyi, sempat juga aku nukilkan sebuah coret2 untuk mengimbas kembali bagaimana aku lalui ramadhan untuk beberapa tahun lepas.Aku rasa itu lah sebenarnya yang telah membentuk personalitiku. Aku sangat berpuashati dengan siapa diri aku sekarang ini. Aku juga mampu tersenyum setelah dengan gagahnya pada suatu ketika mengukirnama di pentas masyarakat untuk memberi tahu bahawa sememangnya aku wujud!!

sekian........

2 comments:

  1. salam
    selamat menjalankan ibadah puasa. Syabas pakman, hasil penulisan yang sangat menarik.

    Selamat beramal, salam

    ReplyDelete