Friday, August 27, 2010

~~Sesuatu Yang Aku Sesalkan~~

Hari ini cukup berbeza. Entah mengapa, aku rasakan aku harus lakukan ini. Ianya adalah salah satu perkara yang sering membebani setiap detik hidupku. Setiap saat seterusnya dalam hidupku adalah mencari ruang. Mencari sekelumit kemaafan yang biasanya sangat sukar untuk dihulur manusia.

Aku bukanlah seorang ikonik. Aku bukan seorang cendekiawan. Jauh sekali untuk menjadi idola. Aku lemah. Selalu tewas dengan godaan. Tapi aku mungkin unik. Kerana mahu mencari kejujuran. Mungkin pelik kerana menagih belas ihsan. Dan mungkin kurang berakal kerana mengakui kesalahan. Itulah diriku sebenarnya.

Setiap langkah permulaan ku adalah kegagalan. Mungkin itu takdir. Terapi aku bertekad untuk melawan. Aku kini menungkah arus. Namun, untuk setiap perjalanan yang aku mulakan, pastinya ada langkah sumbang di bumi yang ku pijak. Untuk apa yang aku nukilkan dikala subuh menjelmakan sifatnya, sejujurnya, ku pohon ampun beribu kemaafan.

Aku seorang yang sering menjadi mangsa keadaan. Aku lahir di dalam bumi tuhan yang pada masa itu kekayaan adalah keutamaan. Aku dibesarkan dalam keadaan serba kurang. Berbekalkan RM 0.30, aku kesekolah. Menjelang umurku 11 tahun, belanja sekolah ku meningkat sedikit. Aku diberi wang RM 1 sebagai umpan untuk ku terus mara ke menara gading. Aku sedar kesusahan ibubapaku. Namun, godaan duniawi lebih menarik perhatian ku.

Akhirnya aku tewas. Aku mula lakukan pelbagai perkara jahil semata2 mahu hidup senang ataupun mendapatkan perhatian. Dikala aku berjaya, kegagalan adalah bayanganku. Disaat aku mekar, dosa adalah bajaku. Di waktu aku berdiri megah, aku sebenarnya insan yang kesakitan dan sering terjatuh di jalan lapang lagi rata.Untuk setiap usaha yang aku semai, sebenarnya aku cuma menyulam sesalan di hari tuaku.

Sehinggalah aku mula temui sinar. Selangkah di menara gading, aku akhirnya berjaya menyinsing tirai kegelapan yang selama ini mengaburi pandangan ku. Aku nampak jalan sebenarnya. Cuma yang aku perlu lakukan adalah memilih. Jalan berliku yang curam tetapi pendek ataupun jalan lapang dilitupi awan redup sepanjang jalan yang sangat panjang.

Keputusan jalan hidupku bukanlah terletak ditanganku sebenarnya. Anda yang membaca adalah sebabnya sebenarnya. Untuk setiap watak dalam jalan cerita yang berlainan, anda adalah kuncinya. Orang yang membentuk peribadi hidupku pada hari ini. Untuk itu, terima kasih dariku secara peribadi aku lontarkan.

Terima kasih untuk apa? Untuk setiap memori yang kita telah sama2 pahatkan. Untuk setia disisi dikala aku kegusaran. Untuk bersama tertawa di dataran kecemerlangan. Untuk terus menghargai kewujudan ku. Untuk segala nasihat yang telah di di berikan. Untuk terus kekal menganggapku sebagai seorang RAKAN. Untuk rela berada sebaris dengan ku di mercu kejayaan, walaupun dasarku adalah hitam dan kotor. Terima kasih untuk itu.

Siapa yang aku maksudkan? Anda yang sudi membaca, ataupun terpanggil untuk membaca, mahupun aku jemput keruangan ini untuk membaca. Setelah beberapa tahun menjadi kuli batak hidup. Mengejar kebahagiaan kemudian hari, aku telah sedar. Sebenci-benci aku dengan kalian, setitik rasa menyampah dengan gelagat anda, aku kini sedar. Kamu merupakan latarbelakang ku kini. Pengalaman ku hari ini. Berjuang dikalangan masyarakat adalah sangat memeritkan. Baru aku sedar kini, kamu merupakan kenangan manis ku.

Yang aku benci sebelum ini menjadi bimbingan. Yang di muakkan selama ini menjadi panduan. Walaupun cuma seketika perasaan itu. Walaupun hampir kesemuanya aku senang dengan kamu. Terima kasih kerana menunda ku dari kegelapan. Terus menunda ke arah sinar kehidupan. TERIMA KASIH! Aku ratapi apa yang aku lakukan kepada kamu dahulu. Maafkan aku........ Semoga anda berjaya di dalam hidup!

2 comments:

  1. dun wory
    the life is adventure..so keep a hard work to gain the best life..

    ReplyDelete